15 January 2009

KEJAMNYA BANGSA YAHUDI!



Tak tahu apa lagi perkataan yang paling sesuai nak digunakan pada golongan zionis Yahudi ini. Sehingga hari ini lebih 900 nyawa umat Islam telah menjadi mangsa korban.

Kezaliman dan kebiadapan mereka semakin melampau, bukan sahaja kanak-kanak, wanita dan golongan tak berdaya yang masih hidup menjadi mangsa kini jasad mereka yang telah mati pun turut dijadikan sasaran.

Terbaru, golongan pengganas zionis ini mengebom satu kawasan perkuburan umat Islam di Sheikh Radzwan, Bandar Gaza menyebabkan jenazah yang dikuburkan disitu sekian lama berterbangan dibom oleh pesawat Israel.

Menurut seorang saksi kejadian berkata, kawasan itu kini berbau busuk yang berpunca daripada mayat yang reput dan hangus terbakar.

"Daging serta organ dalaman manusia bertaburan di atas bumbung dan kami meletakkan ia ke dalam beg plastik," kata seorang penduduk, Ahmad Abu Jarbou.

Ahmad memberitahu bahawa seorang jirannya menemui tangan seorang wanita yang telah mati bertahun-tahun dahulu di kediamannya.

"Jiran saya juga terpijak cebisan daging manusia ketika dia keluar untuk melihat apa yang berlaku," jelasnya.

Saudara-saudaraku masihkah kita tergamak untuk kita hanya membisu dan mendiamkan diri?

Ayuh nyatakan sokongan dan keperhatinan kita, membantah kekejaman yahudi selepas Solat Jumaat esok di perkarangan Masjid Al Adzhim Melaka.

Jika tidak kesempatan dan keberanian, buatlah mana yang mampu. Apa yang pasti membela nasib saudara seagama adalah menjadi tanggungjawab dan kewajipan kita bersama.

1 comment:

Sameon said...

Sesungguhnya pada zaman ini memang tidak ada bangsa yang paling kejam dan ganas melainkan israel laknatulLah. Kezaliman dan kekejaman mereka lebih hina daripada manusia cannibal yang memakan daging sesama manusia. Dah tak terucap dengan kata-kata apa lagi dah... Mereka mahazalim dan maha kejam... Marilah kita sama-sama memohon kepada ALLAH SWT agar mengutuskan burung Ababil yang dulu pernah memusnahkan tentera bergajah musyrikin... Hanya ALLAH SWT yang Maha Berkuasa untuk menghapuskan bangsa zionis ini...