15 January 2009

VENEZUEALA LEBIH PRIHATIN NASIB UMAT ISLAM DI PALESTIN

Venezuela memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel semalam sebagai memprotes keganasan tentera Zionis di Genting Gaza.

Kerajaan Presiden Hugo Chavez mengambil keputusan tersebut seminggu selepas ia mengusir Duta Israel di sini, Shlomo Cohen serta tujuh kakitangan kedutaan bagi membantah tindakan rejim Yahudi itu di Gaza.

“Venezuela mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel disebabkan penindasan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan terhadap rakyat Palestin,” menurut kenyataan Kementerian Luar semalam.

Apa yang dilakukan oleh kerajaan Venezuela sepatutnya membuka mata semua negara umat Islam termasuk Malaysia. Walaupun Islam adalah agama minoriti yang terlalu kecil bilangan penganutnya di negara itu, Venezuela lebih berani dan simpati dengan nasib umat Islam Palestin.

Sebaliknya, Malaysia yang pernah mendakwa sebagai negara Islam yang mengamalkan konsep Islam Hadhari yang pernah mengetuai OIC masih lagi teragak-agak mengambil tindakan yang lebih tegas.

Walaupun negara ini tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan Israel Malaysia boleh bertindak dengan sekurang-kurangnya memanggil duta Amerika yang menjadi sekutu kuat Israel ke Wisma Putra untuk menyatakan bantahan Malaysia secara rasmi.

Perlu diingat Amerika bukan sahaja membantu israel dari segi ekonomi tetapi juga menyedia peruntukan bernilai puluhan juta bilion US setahun untuk membantu Israel melengkapkan senjatanya yang sekarang ini digunakan untuk membunuh umat Islam Palestin.

Saya yakin Malaysia tidak mampu melakukannya lebih-lebih lagi untuk mengusir duta Amerika di negara ini. Sebabnya negara ini telah sekian lama terlalu bergantung kepada Amerika, sekutu rapat yahudi Israel terutamanya dari segi ekonomi.

3 comments:

Anonymous said...

Jadi siapa sebenarnya bersekongkol dengan yahudi??????Masih ingat lagi pemuda pas pernah ditangkapDAN DIBELASAH kerana berdemo membantah pasukan kriket israel. Siapa yang luluskan visa? Kerajaan! parti mana yang berkuasa dalam kerajaan. UMNOOOOOOO....

Anonymous said...

tikus nampak tapi gajah tak nampak.venezuela harus dipuji kerana tindakan mereka tapi rasanya Malaysia juga layak diberi pujian kerana cuba untuk membuat usul kepada PBB tentang apa yang berlaku di gaza sekarang.tambahan diparlimen pun ada membincangkan isu di Gaza.

Venezuela mengusir Duta Israel tetapi Duta Amerika tidak diusir.look at the bigger picture.

Fauzi said...

SALAM.. SEMUA DI JEMPUT BERAMAI RAMAI PROGRAM CERAMAH BEBASKAN PALESTINE DI MASJID AL ALAMI, MITC AYER KEROH PADA 17 JAN 09. LEPAS MAGHRIB..
PENCERAMAH - Prof Madya Dr Hafidzi Md Noor. Pengarah PACE ( Palestine Center of Excellent )
Anjuran JIM Melaka & Masjid Al Alami.