Kerajaan Pas Kelantan mengumumkan sumbangan minimum RM 1 juta untuk membela nasib umat Islam di Gaza Palestin.Perkara itu dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Dato Husam Musa.Selain itu pada 23 Januari ini satu perhimpunan perdana akan diadakan oleh kerajaan negeri untuk menyatakan sokongan dan simpati kepada nasib umat Islam di sana.
Kerajaan-kerajaan negeri yang lain macam mana? Semalam kerajaan Melaka buat perhimpunan anti Zionis di MITC Ayer Keroh yang diketuai oleh Dato Seri Ali Rustam dan dihadiri oleh kira-kira 10 ribu orang. Dalam himpunan tu, menurut rakan-rakan yang hadir dan berita Sinar Harian Ali Rustam mengecam Israel dan kemudiaanya membakar bendera Israel. Tak ada pulak dinyatakan apa-apa sumbangan kepada umat Islam Palestin. Belum lagi kot?
Begitu juga dengan kerajaan negeri yang lain sama ada dari PR dan BN. Bukan tujuan untuk menunjuk-nunjuk dan berbangga dengan jumlah sumbangan tetapi umum mengetahui sumber kewangan kerajaan Kelantan tidaklah semewah negeri-negeri lain.
Sumbangan ini sudah pasti sedikit sebanyak dapat membantu rakyat palestin memulakan kehidupan lebih baik selepas keadaan kembali reda.
14 January 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Perlukah nak dihebohkan jumlah sumbangan? Nak beri sumbangan atau nak menunjuk-nunjuk? Tak perlu nak hebohkan jumlah sumbangan jika ikhlas nak tolong warga Palestin di Gaza...Angkasanuri sumbang berapa? Tak nak hebohkan ke jumlahnya?...
Apa kata kita lelong kereta mercedez khir toyo yang hampir RM 1 juta tu untuk bantu umat Islam palestin
Apalah sameon orang cakap sumbangan dari kerajaan negeri yang kau melilau tak tentu pasal tu apa hal.
Orang umno ni bab membazir buat secara terang-terang tapi bab buat derma kononnya kena senyap-senyap.
dalam bab menderma ni,sukahati lah samada mahu menghebohkan atau tidak.tak jadi masalah.yang penting adalah niat.kalau niat itu ikhlas maka tak kisahlah jika masuk berita atau tidak.
tapi kita perlu ingat yang PAS adalah parti politik.begitu juga BN.selalunya tindakan parti politik ada udang disebalik batu :).tambahan pula prk KT semakin dekat.jadi rasanya kita sendiri boleh faham,bukan? :)
bagi pun kena tgk betul2 kat mana salurannya. Jgn bagi kat Fatah.. Fatah tu sokong Israel..
apa lah ertinya sumbangan dan derma dari kacamata politik baik BN mahupun Pas tak lebih dari tu.. lebih-lebih menjelang PRKKT. Ape-ape pun tahniah kepada penyumbang.. nak tau juga berapa sumbangan dari kerajaan PKR selangor dan DAP Perak.
Post a Comment