25 January 2009

KEMENANGAN RAKYAT SEMAKIN HAMPIR..



Pilihanraya umum ke 12, pilihanraya kecil Permatang Pauh dan Kuala Terangganu memberi isyarat jelas bahawa momentum kuasa rakyat bakal mengubah lanskap politik negara daripada kerajaan BN kepada PR.

Terkini Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota, Dato' Nasarudin Hashim mengisyhtiharkan keluar Umno sekaligus menyertai KeADILan hari ini. Sekaligus memberi pukulan maut kepada Umno yang masih tercari-cari punca dan alasan mengapa mereka ditolak oleh majoriti pengundi di Kuala Terangganu.

Penyertaan Nashrudin ke dalam PKR dijangka akan mewujudkan kembali spekulasi bahawa ramai lagi wakil rakyat daripada BN akan melompat ke Pakatan Rakyat. Dato Seri Anwar telah berulangkali menyatakan kemungkinan ini, malah Tuan Guru Dato' Hj. Abdul Hadi Awang juga sebelum ini ada mengesahkan bahawa sudah ada wakil rakyat dari BN yang menyertai PR secara senyap-senyap.

Mungkinkah akan berlaku lagi acara melompat secara beramai-ramai sebelum pemilihan Umno atau paling lewat selepas pemilihan Umno Mac ini? Ramai pihak dalam BN menganggap cita-cita PR tak ubah seperti cerita angan-angan Mat Jenin. Tetapi perkembangan yang berlaku mukhtahir ini cukup membimbangkan mereka ia menjadi kenyataan.

Bagi saya penyertaan Adun Bota dari Perak ke PKR hari ini baru satu permulaan daripada perubahan yang lebih besar yang bakal mengubah sejarah dan senario politik negara.

4 comments:

M.SEPIAL said...

Tuan Angkasanuri,

Prinsip mesti dipegang. Manusia dipegang pada janjinya, kerbau dipegang pada talinya.

2. Tak padan keluar masuk PKR, tapi perlu kosongkan juga ADUN tu, bior rakyat pilih sama ada BN/UMNO atau PR/PKR. Itu baru jantan dan berprinsip namanya, pulangkan semula kepada rakyat.

Maaf dan TK

Anonymous said...

Salam sahabat, Tak perlu diadakan PRK buat abis duit rakyat je, dalam keadaan ekonomi yg tidak menentu ni kita lebih perlu berhemat dalam membelanjakan kewangan yg ada. Cuba kita lihat apa yg berlaku di Sabah satu ketika dahulu.

Selepas adun2 melompat masuk Be End adakah PRK diadakan? Jelas dengan ini kalau diadakan PRK hanya membazirkan wang rakyat. Memdazir itu sahabat syaitan. Takbir.. MNM4774

fecto said...

tiada masalah Datuk Nasa melompat ke parti PKR.cuma agak obvious juga dia melompat ke PKR kerana "kekecewaan" semasa berada dalam UMNO.iyelah dia kalah dalam pemilihan parti dan khidmat sebagai pengerusi felcra juga tidak disambung.nampaknya macam Datuk Nasa ni "merajuk" :)

youth attack said...

saya cukup tak setuju dengan cara Anwar mahu menubuhkan kerajaan baru dengan cara lompat melompat ni.kenapa tak tunggu sahaja pada PRU nanti dan biarkan rakyat tentukan?

janganlah jadikan alasan pengundi hantulah,SPR tak jujurlah untuk menghalalkan taktik lompat ini kerana pada 3 pilihanraya yang lepas sudah terbukti yang pembangkang boleh menang.jadi apa masalahnya?

elok saja keputusan diletakkan pada tangan rakyat.biar rakyat yang menentukan parti yang mana yang mereka mahu.