Imam Ramlag Porigi yang didakwa menjadi saksi sumpah laknat Saiful Bukhari Azlan mangsa yang mendakwa diliwat begitu sadis akhirnya dipecat.
Ramlang Porigi, yang ditukar serta-merta ke JAKIM September lalu selepas berucap dalam satu kempen ketika pilihanraya kecil Permatang Pauh, mendapat surat pemecatan itu minggu lalu. Dalam surat tersebut yang bertarikh 20 Januari, ketua pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz menyatakan bekas imam muda itu dipecat kerana "mencemarkan nama perkhidmatan awam" selepas terlibat dalam kempen Anwar pada 24 Ogos lalu.
Tindakan memecat Ramlag walaupun dilakukan oleh Jakim tapi umum mengetahui ia didalangi oleh pemimpin Umno. Saya buat tuduhan liar? Orang yang beranggapan begitu ibarat sudah gaharu bertanya pula...Dah tahu buat-buat tanya pula...
Saya yakin Ramlag akan mendapat pembelaan dari Pakatan Rakyat. Tindakan memecat Ramlag sebenarnya akan menambah kebencian kepada Umno yang kini sedang menghitung hari-hari akhirnya. Tindakan memecat ini sebenarnya akan memberi kelebihan dan kemenangan moral pada Pakatan Rakyat khususnya Dato Seri Anwar Ibrahim bahawa tuduhan liwat ke 2 adalah konspirasi yang tidak terancang dan caca marba.
1 comment:
Itu yang pelik tu, bila orang Umno yang jadi kakitangan kerajaan berkempen dan pegang jawatan dalam umno tak pe pulak. Malah saya ada bukti di tempat rakan saya bekerja di ada yang jadi ketua cawangan, naib ketua cawangan dan orang kuat umno di peringkat bahagian. Apa komen orang umno?
Post a Comment