Dato Seri Anwar Ibrahim memberi dan peringatan yang cukup tegas kepada mereka yang ingin menggugat kerajaan Pakatan Rakyat di lima negeri khususnya di Perak bahawa 2 adun PR yang hilang akan menyusul 200 yang lain.
Secara sepintas lalu kita akan anggap ini mustahil, tak kan le sampai sebanyak tu? Tetapi bagi mereka yang faham tentang cakap politik, kenyataan DSAI mempunyai maksud tersirat yang tidak sukar untuk difahami.
Ternyata hari ini BN dan Umno mula terjerat dan terperangkap dengan permainan politik mereka sendiri. DSAI ternyata telah dapat menghidu apa yang bakal berlaku dengan menyusun strategi yang tidak diduga oleh BN dan Umno.
Sekiranya BN dan Umno di bawah Pak Lah dan Najib boleh 'menghalalkan' tindakan adun PKR menyertai Umno adakah mereka boleh berpendirian serupa jika ada ahli parlimen dan adun BN menyertai PR?
Pihak tertentu begitu ghairah untuk merampas dan menumbangkan kerajaan PR di Perak sehinggakan mereka terlupa bahawa kedudukan mereka juga goyah di beberapa negeri dan di peringkat pusat. Di Negeri Sembilan dan Pahang difahamkan ada wakil rakyat BN sedang menunggu masa yang sesuai untuk menyertai PR.
Mungkinkah hasrat terpendam wakil rakyat BN yang menangguhkan hasrat menyertai projek 13 September akan diteruskan berdasarkan perkembangan yang berlaku? Pak Lah sendiri beritahu, tidak ada salahnya jika ada wakil rakyat yang hendak menyertai parti lain. Kita ingat dan pegang kata-kata Pak Lah ini!
Jika mereka merancang untuk menumbangkan kerajaan PR ketika PR berada dalam keadaan bergolak dan bergaduh sesama sendiri kemungkinan misi jahat itu boleh terlaksana. Tetapi mereka bertindak ketika perpaduan dan kerjasama dalam PR begitu ampuh. Malah mood sokongan rakyat juga begitu jelas memihak kepada PR. Jadi tindakan mereka cuba menjatuhkan kerajaan PR di Perak adalah tidak kena masanya.
Mereka yang ghairah untuk melihat kejatuhan kerajaan PR di Perak umpama mengejar bayang-bayang. Nanti yang dikejar tak dapat yang dikendung keciciran..
02 February 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
kenapa Anwar perlu menggelabah?.dia jugak kat sebelum ini dah ada ramai adun BN yang bakal melompat ke PR jesteru dapat menubuhkan kerajaan baru.tapi bila baru 2 orang Adun heboh nak keluar dari PKR Anwar pula jadi tak keruan :)
nampaknya macam PR dah boleh menghela nafas lega sedikit kerana SPR dah umumkan yang takkan ada pilihanraya kecil di Behrang dan Changkat Jering.tapi PR masih belum boleh untuk relaks kerana Jamaludin masih lagi memikirkan untuk bergerak bersama dengan PKR ataupun secara bebas.buat masa ini Jamaludin cuma berkata dia mahu berehat buat sementara waktu.
Post a Comment