15 April 2009

ADUN BOIKOT GELAR AHMAD SAID MB CAP AYAM


Saya memetik kata-kata Alias Abdullah Setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan Terangganu yang juga Adun Alur Limbat daripada Malaysiakini menjelaskan bahawa Datuk Idris Jusoh tidak terlibat dalam konspirasi memboikot sidang Dun Terangganu yang didakwa untuk menjatuhkan Datuk Ahmad Said, MB Terangganu sekarang.


Kalau tidak ada Idris, kami pun boleh buat juga, seolah-olah kami tiada kewibawaan,”

“Adakah anda ingat kami wakil rakyat cap ayam, macam menteri besar (sekarang)?”

Nampak gayanya wakil rakyat Umno@BN di Terangganu semakin berani 'sembah derhaka' dengan menggelar MB mereka sendiri sebagai MB cap ayam. Apa agaknya reaksi Ahmad Said selepas ni?

Saya pun tak pasti kenapa wakil rakyat berkenaan tergamak memanggil Ahmad Said,MB cap ayam. Kalau sebut pasal ayam ni, biasanya orang bela, bagi makan kemudian tunggu masa untuk disembelih!

5 comments:

Anonymous said...

Orang Melayu macam itulah..tak hilang PHD..Orang nak naik akan dicakar supaya turun..tak boleh tengok orang lain kaya..tak boleh tengok orang lain senang..
Sepatutnya berkompromi..
tapi aku rasa mereka ni bergaduh pasal nak agih-agihkan habuan korban..4 bilion tuh1..tu je masalahnya..
Orang selalunya tak puashati ni dad beberapa sebab..
i. Pasal harta,
ii. PasalPerempuan
iii. Dah semua otak lembab diberi kuasa..tak tahu nak pakai..tak nampak rakyat menyampah atas gelagat mereka...

Ibnu Mohyeddin said...

hmm .. kalau MB cap ayam .. ADUN2 yang sebendera dengannya pun kira cap ayamlah jugak agaknya kot .. harharhar

taiko said...

Peliknya.. Dah tau cap ayam tapi masa pilihanraya ari tu dilantik jadi wakil rakyat buat per?? Maksudnya dia berkhidmat untuk ayam kot?? Rasa dah banyak penggal MB tu jadi ADUN Terengganu..

mareesta said...

cap ayam tak pa,jangan cap buaya atau cap pisang.
mun di sarawak buaya makan orang mun pisang diberi untuk makanan monyet.ayam ada ditinkan,buaya dan pisang tak ada pun.lepas ini dapatlah adun bersidang di bangunan ayam(reban)makan nasi ayam,berkaki ayam dan mun penat bolehlah tidur-tidur ayam.
lain kali carilah nama yang standard sikit!!!!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

Ini kes Ayam Raja tapi berak kapur. memang cap ayam sebab jadi MB atas lantikan sultan bukan dari rakyat sebab itu CAP AYAM. Kalau sapa sokong ayam maka dialah ayam. Shuttle badminton cap ayam harganya 10 sen sebiji.