28 April 2009

MAHKAMAH PERSEKUTUAN TOLAK PERMOHONAN ZAMRY PERCEPATKAN KES


Mahkamah Persekutuan yang bersidang hari ini menolak permohonan Menteri Besar kudeta, Datuk Zamry Abdul Kadir untuk mempercepatkan kes dan keputusan untuk mendapat pengistiharan siapa Menteri Besar Perak sebelum sidang Dun 7 Mei ini.

Sebaliknya Mahkamah Persekutuan mengarahkan agar kes itu dirujuk dan dibicarakan kembali di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Keputusan ini terus menyaksikan status Menteri Besar Perak akan terus menjadi pertikaian dan perdebatan pada sidang Dun akan datang.

Apa yang lebih menghairankan kenapa Zamry begitu beria-ia dan tergesa-gesa meminta Mahkamah mengistiharkannya sebagai Menteri besar Perak? Bukankah selama ini beliau mendabik dada mengaku bahawa beliau Menteri Besar yang sah? Adakah beliau juga meragui perkenan daripada Sultan berhubung pelantikan beliau sama ada mengikut pelembagaan atau sebaliknya?

2 comments:

jerai said...

Zambry mesti kalut kerana DUN tak boleh bersidang kerana lantikan dia haram dan Speaker dewan kata panggilan mesyuarat tu tak sah.
Semua itu ketentuan Allah.Tahniah hakim kerana berani membuat keputusan.
Najib dah mengelabah.Nazri tidur tak lena,mesti kena panggil dan kena sembur oleh PM

jerai said...

Zambry dah kecut,bila mahkamah menolak permohonannya,Persidangan pada 7 Mei mesti ditangguhkan.
Najib mula mengelabah.Nazri pula kecut.Tahniah kepada hakim kerana berani menegak keadilan.