28 April 2009

SHAFEI AFDAL LEBIH 'AFDAL'JAGA SABAH DARI SIBUK-SIBUK NAK RAMPAS KEDAH


Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah yang baru dilantik, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dinasihatkan agar menumpukan Sabah yang silap haribulan bakal terlepas kepada Pakatan Rakyat daripada sibuk-sibuk untuk merampas Kedah yang diterajui oleh Datuk Seri Azizan Razak.

Ini memandangkan pilihanraya negeri Sabah yang bakal diadakan tidak lama lagi. Siapa Shafie Afdal yang sibuk-sibuk nak merampas Kedah? Pelantikan Shafie Afdal sendiri sebenarnya satu penghinaan kepada Umno Kedah yang seolah-olah ketandusan tokoh dan calon yang berwibawa sehingga terpaksa mengimport tokoh yang menyeberangi Laut Cina Selatan untuk mengajar Umno Kedah tentang erti perpaduan dan kerjasama yang dikatakan faktor ketewasan mereka dalam pilihraya umum yang lalu.

Pelantikan Shafei bukan sahaja menimbulkan perasaan tidak puas hati kepada Umno Kedah tetapi menyebabkan perpecahan dalam Umno negeri itu semakin kronik. Faktor ini Insyaallah akan membantu untuk mengekalkan Kerajaan Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum akan datang.

1 comment:

Pak Lubis said...

UMNO Kedah ketandusan pemimpin ke ???? Dan boleh lah dikata UMNO di Semananjung dah tak ada pemimpin berkelibar untuk memimpin negeri kedah ..... Apalah nasib UMNO..