11 May 2009

APA PUN KEPUTUSAN MAHKAMAH HARI INI TIDAK AKAN MENYELESAIKAN KRISIS POLITIK DI PERAK

Pada jam 2.30 petang ini mahkamah tinggi dijangka akan membuat keputusan tentang permohonan Dato Seri Ir Nizar Jamaludin untuk diistiharkan sebagai menteri besar Perak yang sah.

Adakah keputusan mahkamah hari ini akan menyelesaikan konflik di Perak? Jawapannya tidak! Apa juga keputusan sama ada memihak kepada Nizar atau Datuk Zamri Menteri Besar kudeta sekarang tidak mampu menyelesaikan masalah politik di Perak.

Masalah di Perak hanya boleh diselesaikan dengan mengembalikan pilihan dan hak kepada rakyat untuk membuat keputusan sama ada ingin diterajui oleh Umno@BN atau kepada Pakatan Rakyat. Justeru itu marilah kita berdoa agar DYMM Tuanku Sultan Perak memperkenankan pembubaran Dun Perak.

2 comments:

Syeikh Al-Hafiz said...

Membubarkan DUN untuk membolehkan DAP membariskan seorang dua calon Melayu untuk menjadi Menteri Besar Perak. Baguslah.

LeeZ said...

Melayu PAS jd MB... dikatakan boneka... kalau melayu DAP pun salah gak??? Melayu PKR pun dikatakan boneka gak nanti...

Habis melayu mana yang berhak jd MB???? Melayu UMNO???

Nampak sgt cetek pemikiran puak2 UMNO/BN ni...