11 May 2009

MAHKAMAH PUTUSKAN NIZAR MB PERAK, ZAMRY MB HARAM!


Akhirnya segala perjuangan untuk mempertahankan hak sebagai Menteri Besar Perak terbukti hari ini apabila mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi memutuskan bahawa Dato Seri Ir Nizar Jamaludin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Dalam penghakimannya, hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata seseorang menteri besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di DUN, seperti kes Stephen Kalong Ningkan.

Sekaligus pelantikan Datuk Zamry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak sebelum ini adalah tidak sah dan terbatal. Bermakna Zamry adalah Menteri Besar haram!

Bermakna segala keputusan dan arahan Zamry semasa menjadi 'Menteri besar' sebelum ini adalah terbatal dengan sendirinya. Zamry sebelum ini dengan muka tak malu telah menduduki pejabat Menteri besar, melalui SUK mengarahkan Nizar mengosongkan kediaman rasmi MB, melelong Toyota Camry, melantik barisan 'Exco",melaksanakan pelbagai upacara rasmi sebagai 'Menteri Besar' termasuk sidang Dun haram pada 7 Mei lalu dengan melantik speaker haram dan membenarkan pihak polis mencemari sidang Dun Perak.

Saya menjangkakan Dun Perak akan dibubarkan bila-bila masa dari sekarang. Keputusan mahkamah ini merupakan satu kemenangan rakyat dan tamparan yang paling hebat kepada Dato Seri Najib yang mendalangi dan merestui rampasan kuasa di Perak. Semua jentera Pakatan Rakyat mesti bersiap sedia di setiap peringkat bagi menghadapi pilihanraya kecil di Dun Perak dalam tempoh terdekat.

1 comment:

Anonymous said...

Apa lagi si Zamry tu nak cakap...mesti dia akan kata .." Hakim biadap,tak nak akui dia sebagai MB Perak.Saya betul-betul kecewa dengan keputusan mahkamah ari ini..dan dia akan arahkan speaker haram suruh hakim tu di heret keluar"..


hehehe...nasib ko laa labu zamry