15 May 2009

KES RAYUAN NIZAR DIPINDA DARI 18 KE 21 MEI PULAK....


Mahkamah Rayuan hari ini meminda tarikh awal yang ditetapkan sebelum ini dari 18 Mei ke 21 Mei 2009. Tidak ada sebarang alasan diberikan pelanjutan tarikh baru ini. Harap-harapnya tidak lagi ditunda atau ada lagi sebarang aral yang melintang atau aral yang sengaja yang dilintang pukangkan.

Ada dua rayuan yang akan didengar sekali gus oleh Mahkamah Rayuan iaitu rayuan Datuk Zambry Abdul Kadir terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang tidak mengiktirafnya sebagai Menteri Besar dan rayuan Menteri Besar Dato Seri Nizar untuk menolak penangguhan yang diterima oleh Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi sebelumnya.

Peguam Nizar, Amer Hamzah berkata beliau berharap mahkamah akan mendengar rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dahulu supaya mengekalkan pelaksaan keputusan yang memutuskan Nizar sebagai Menteri Besar yang sah.

Bermakna tarikh Nizar memasuki pejabatnya sendiri terpaksa juga ditunda lagi. Ini juga bermaksud lama lagi Zambry menduduki pejabat Menteri Besar. Bayangkanlah berapa banyak elaun dan gaji dari duit haram yang diambil oleh Zambry daripada pendapatan sebagai menteri besar yang tak layakpun diperolehinya kerana terbukti Mahkamah Tinggi telah mengesahkan hanya seorang sahaja Menteri Besar di Perak iaitu Nizar.

2 comments:

Kelana said...

Aku pun pelik..

TpK said...

hmmmm.....dah agak dahh...ada je putar belit depa nak buat dgn perguna mahkamah cukup2. Delay apa saja depa boleh dgn bantuan pencacai. Tak malu betoi puak2 yg jadi pencacai nie punnn.....Wooi!! tak malu kat Tuhan ka? tak malu kat rakyat ka dgn kerja bobrok hangpa tu?...meluat aku!! Mptuihh!! Memg tak bagus maki, tapi kdg2 tu dah geram sgt nak buat camno? maki pi lah...pengkhianat amanah rakyat memng layak terima pun.

Depa tetap nak elak bubar DUN. Sket hari lagi depa akan "nyahkan" DS Nizar dgn undi tak percaya...tgk la... Bab speaker haram ke tak haram ke, vote tu sah ke tak sah ke, depa serah kat mahkamah...konpom drag panjg mana pun takpa,last2 puak2 tu menang, rakyat marah pun takpa, janji depa berkuasa di Perak boleh kebaih lagi harta meghedak rakyat sampai PRU-13.

Desas desus depa nak bubar DUN tu hanya psywar je, stop lah ckp pasal tu. Bullshit la!! Depa tak akan setuju nak bubar DUN punyalah, pengecut!! Hanya Tuanku Sultan je kot2 tiba2 mimpi bubar DUN? Kot tertonggeng JW kot??
Tapi...malammmm skettt la....jgn harap!!