15 May 2009

SATU LAGI PENDEDAHAN MENGEJUTKAN TENTANG HAKIM MAHKAMAH RAYUAN MEMBENARKAN RAYUAN ZAMBRY

Jika semalam ini kita dikejutkan dengan tidak ada alasan penghakiman bertulis dalam membenarkan rayuan penangguhan kes Datuk Zambry Abdul Kadir oleh Hakim Mahkamah Rayuan Dato Ramly Mohd. Ali, hari ini Ahli Majlis Tertinggi KeADILan Badrul Hisham membuat pendedahan yang lebih mengejutkan.

Menurut beliau Hakim Mahkamah Rayuan itu yang dilantik 15 April lalu iaitu 27 hari sebelum Zambry merayu kes itu di mahkamah.Lebih mengejutkan Dato Ramly turut disebut dalam pita rakaman VK Linggam yang telah mencalar sistem kehakiman negara.

Mengikut perbualan itu kata Badrul, VK Linggam telah menyebut nama tiga orang yang sepatutnya hendak dilantik sebagai hakim. "Mereka adalah Dato' Heliliah Mohd Yusof, Dato' Ramly Ali dan Dato Ahmad Maarof. Ketiga-tiga nama ini telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi oleh Yang Dipertuan Agung pada 1 February 2002,".

Apa yang sepatutnya dilakukan ialah siasatan susulan terhadap hakim-hakim yang didakwa terlibat. Saya juga ternanti-nanti apakah tindakan susulan ekoran hasil siasatan Suruhanjaya Diraja yang ditubuhkan tidak lama dulu berkaitan kes berkenaan. Senyap je....

4 comments:

malaysia baru said...

Banyak betul masalah dgn BN...

Bila pilihan raya, undi selain BN. Senang.
Kerajaan baru tak pandai rasuah lagi..

Bila kerajaan dah amalkan rasuah, kita pilih kerajaan lain pula.

Pak Lubis said...

Correct ... Correct ......... Correct ... Look like me .. sound like me .... look like my judge .... sound like my judge ...... correct ... correct ... correct ...

IBAN MUSLIM said...

Mahkamah dunia serba-serbi telatahnya. Yang pasti kesabaran kita sebagai rakyat begitu teruji. Namun, mahkamah akhirat tidak ada rayuan lagi...

http://ibanmuslim.blogspot.com

Link.

mathanis said...

Ghasanya berkaitan VK lingam ni dah ada siasatan Di Raja...tapi masih tak ketahuan...Hari ni timboi pulak si Hakim ni ada jugak nama disebut dalam tape tu...wahai si hakim sebelum terima jawatan tu...ukoq-ukoq la badan sendighi..boleh adil ka aku ni..Jangan diberi jawatan kepada sapa-sapa yang memintak-mintak..hancus semua..INGAT TU SAPA-SAPA YANG ADA ANGAN-ANGAN NAK JAWATAN TERTENTU...