15 May 2009

USAHA MEMBURUKKAN PAS MENJELANG MUKTAMAR

Sehari hari dua ini terdapat usaha media yang terkenal dengan sikap pengampu dan penipu untuk mengheret Pas yang kononnya terlibat dengan isu sogokan, belanja makan dan pemberian sagu hati menjelang muktamar. Terdapat juga beberapa blog bebas yang mendakwa mempunyai bukti bahawa isu berkenaaan benar-benar berlaku di dalam Pas menjelang muktamar.

Mereka memetik kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas Ustaz Muhammad Daud Iraqi dalam satu kenyataan sekiranya berlaku sogokan di kalangan perwakilan dan kawasan meminta perkara itu dihentikan kerana beliau dimaklumkan oleh pihak tertentu tentang perkara berkenaan. Bermakna Ustaz Muhammad Daud tidak mengatakan perkara itu berlaku...Tetapi katanya jika berlaku....

Dalam hal ini saya mengesa agar semua ahli dan penyokong termasuk pimpinan di semua peringkat tidak terperangkap dengan agenda pihak lawan,media 'senget sebelah' dan sumber 'bebas' yang bertujuan untuk memburuk-burukkan Pas pada pandangan umum. Isu ini sengaja dibangkitkan untuk menutup isu sebenar yang hangat sedang berlaku dalam negara.

Kita perlu berhati-hati dengan sebarang maklumat lebih-lebih lagi yang datang bukan daripada pimpinan dan lidah rasmi parti atau jemaah. Keutuhan dan adab berjemaah perlu dijaga agar tidak wujud ruang kosong untuk musuh atau mereka yang mencemburi Pas untuk menabur fitnah.

Misalnya saya mempunyai maklumat tentang isu pimpinan kawasan yang 'belanja makan' untuk mendapat undi dan sokongan daripada perwakilan adalah sesuatu tohmahan yang tidak berasas. Menurut sumber daripada Pas Perhubungan Negeri isu yang berlaku ialah Yang Dipertua Kawasan yang baru dipilih membuat jamuan yang tak ada kena mengena dengan Mesyuarat Kawasan atau pemilihan Pas di peringkat pusat.

Begitu juga isu kepimpinan ulama dan profesional yang sengaja diperbesarkan seolah-olah golongan yang memainkan isu ini sudah ketandusan idea dan modal untuk mengugat sokongan dan keutuhan Pas yang semakin mendapat sokongan masyarakat akhir-akhir ini.

1 comment:

Anonymous said...

Diharapkan para pemimpin PAS disemua peringkat lebih berhati-hati dan berhemah serta bertanggungjawab apabila mengeluarkan kenyataan. Jangan sampai memberi ruang kepada tukang fitnah memutar-belitkan ucapan lidah anda. Kebelakangan ini sering kedengaran kenyataan-kenyataan yang tidak sewajarnya (andaian-andaian/dengar cakap yang tanpa bukti sahih) di keluarkan pada media (seharusnya menggunakan saluran yang disediakan oleh parti) berlaku dan akibatnya musuh-musuh menyerang di ruang-ruang telah di buka seluas-luasnya untuk mereka. Harap pemimpin PAS peka dengan keadaan ini. Jangan mengejar populariti sampai menolak ketepi adab dan peraturan berorganisasi.