14 May 2009

MAHKAMAH RAYUAN TIDAK BUAT PENGHAKIMAN BERTULIS KES RAYUAN ZAMBRY


Peguam Menteri Besar Perak Dato Seri Ir Nizar Jamaludin berhadapan kesukaran apabila Hakim Mahkamah Rayuan Dato Ramly Ali yang membenarkan penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi Rayuan Khas yang mengesahkan Nizar sebagai Menteri Besar tidak menyediakan penghakiman secara bertulis.

Ini menyebabkan peguam Nizar berhadapan masalah untuk mengkaji alasan penghakiman yang di buat Hakim Mahkamah Rayuan Dato Ramly Ali yang membenarkan rayuan Datuk Zambry Abdul Kadir untuk mencabar keputusan berkenaan di Mahkamah Rayuan 18 Mei ini.

Pendedahan ini membuktikan ada sesuatu yang tidak kena berkaitan kes rayuan Zambry yang sebelum ini begitu efisen, cekap dan pantas dalam membuat keputusan hanya 2-3 jam sahaja. Berbeza dengan prosedur yang diambil oleh Mahkamah Rayuan dalam langkah Nizar mencabar keputusan menangguhkan keputusan mahkamah Tinggi yang hanya akan didengar pada minggu hadapan.

Patutlah keputusan tempohari dapat dilakukan oleh begitu pantas, rupa-rupanya hakim tak perlu buat alasan bertulis penghakiman. Semua ini menambah kemusykilan dan menjadikan keadaan di Perak semakin bersimpul-simpul.

5 comments:

Pak Lubis said...

Masyaallah..... Macam ini pun ada ... kalau tak bertulis ..kalau tak ada tak boleh lah nak dikuat kuasakan...

Hasbullah Pit said...

Mahkamah cakap mulut?

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

JIKA MENGUNTUNGKAN DIRI, PERLU DAN WAJIB DISEGERAKAN.

JIKA MENGUNTUNGKAN ORANG LAIN, LEWAT PUN TAK APA..

Amri Mat Saaid said...

Kes Spekaer DUN Perak vs Zambry pun mana penghakiman yang bertulis sampai sekarang ni

Anonymous said...

hakim2 mcm ni last2 mati bunuh diri