07 June 2009

KERAJAAN PERPADUAN: UMNO SEPERTI GILA TALAK

Kemenangan Ustaz Nashrudin Mat Isa dan ketewasan Datuk Paduka Husam Musa dalam pertandingan jawatan Timbalan Presiden Pas membawa makna tersendiri kepada pemimpin-pemimpin Umno. Ustaz Nasharudin dilihat lebih mudah diajak berunding isu kerajaan perpaduan berbanding dengan Husam yang dilihat agak vokal dan senada dengan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tidak bersetuju dengan kerajaan perpaduan.

Jadi tidak hairanlah ada pemimpin Umno bersorak dan bertepuk tangan apabila Husam tewas dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden Pas. Walaupun Presiden Pas, Tuan Guru Dato Seri Hj. Abdul Hadi Awang menegaskan beberapa kali dalam kenyataannya sebelum Muktamar ke 55 bahawa isu kerajaan perpaduan telah ditutup.

Tetapi nampaknya Umno seperti orang yang gila talak setelah dicerai talak tiga yang masih berangan dan bermimpi untuk terus mengadakan rundingan tentang kerajaan perpaduan. Ini jelas berdasarkan kenyataan Khairy Jamaludin, Ketua Pergerakan Pemuda Umno yang tersisih yang mengharapkan perbincangan kerajaan perpaduan akan diteruskan dengan Pas.

Dalam isu ini saya harap agar pimpinan, ahli serta penyokong Pas tidak terperangkap dengan sebarang isu yang dimainkan olah Umno. Apa juga keputusan kita perlu akur kepada keputusan pimpinan, ahli majlis Syura dan keputusan muktamar. Umno sengaja memainkan isu ini dengan tujuan untuk meretakkan hubungan Pas dalam Pakatan Rakyat disamping menghakis sokongan terutama sekali sokongan golongan bukan Islam dan golongan atas pagar terhadap perjuangan Pas.

1 comment:

serupasekala said...

KERJAAN CAMPURAN BELUM DITUTUP OLEH PRESIDEN PAS :
Tema Muktamar ialah Islam Memimpin Perubahan. Ada pemerhati yang cepat-cepat mencelah tema itu sebagai Islam (PAS) memimpin Pakatan. Dan yang ketara selain daripada slogan itu ialah pengumuman perancangan PAS untuk membina Pusat PAS di Putrajaya, memperluaskan pengaruhnya di Sabah dan Sarawak dengan lebih bersungguh-sungguh, dan penerimaan Kelab Penyokong PAS di kalangan bukan Islam sebagai salah satu sayap parti yang rasmi. Dan sebaik sahaja selesai ucapan dasar; semasa mengadakan sidang akhbar hari itu Hadi terus mempertahankan pependiriannnya supaya PAS meneruskan usaha menyokong konsep Kerajaan Perpaduan (Unity Government), iaitu berkerjasama dengan Barisan NasionalUMNO. Sedangkan dia tahu perasaan Tok Guru Nik Aziz dan ramai lagi pemimpin PAS dalam hal ini. yang kelihatan tidak begitu bersetuju dengan saranan Dato’ Seri Hj Hadi. Namun tanpa gentar, ia tetap diluahkan oleh beliau dengan penuh yakin. Sekaligus mempamerkan ketegasan dan keyakinannya, tetapi bagi saya, Hadi telah menjadi terlalu yakin (Overconfident).

Posted by: myzaidibrahim on: June 7, 2009


SAYANG SERIBU KALI SAYANG.
ANDAIKATA DATO PRESIDEN PAS BERHAJAT DENGAN KERJAAAN CAMPURAN DAN KALAULAH IA BERLAKU MAKA SEKALI LAGI PERPECAHAN DALAM PAS AKAN BERLAKU.
SAPERTI SEJARAH SEMASA DATUK MOHD ASRI DULU JADI PRESIDEN PAS.
LAMBAT LAUNG PAS AKAN TERSUNGKUR MENYEMBAH BUMI.
WAHAI AJK YANG BARU DILANTIK NASIHATLAH KEPADA YB DATO PRESIDEN . ABAIKAN SAHAJA NIAT DENGAN KERAJAAN CAMPURAN BERSAMA UMNO DEMI KEHORMATAN PAS.
SUDAH CUKUP DENGAN SEJARAH DIMASA LAMPAU