22 June 2009

SUK MELAKA SALAH GUNA HARTA KERAJAAN

Saya menerima email dari seorang pembaca blog ni tentang salah guna harta kerajaan oleh SUK Melaka, Datuk Wira Omar Bin Kaseh semasa majlis perkahwinan anaknya baru-baru ni. Di antaranya beliau menggunakan letter head milik kerajaan negeri untuk urusan peribadi jemputan perkahwinan anaknya. Walaupun mungkin perkara ini kelihatan kecil ia tetap satu salah guna kuasa. Adakah pihak SPRM Melaka akan siasat? Rasanya tidak, saya yakin Pengarah SPRM Melaka turut mendapat surat jemputan sama daripada SUK. Insyallah banyak lagi pendedahan tentang penyelewengan yang berlaku bakal didedahkan kepada umum dalam blog ini.

Ruang yang dihitamkan bertujuan untuk mengelakkan pemberi makumat dikenali.

7 comments:

RomaEnterprise said...

Rasuah yang besar entah kemana ni kan pula yang kecil!

jakmas63 said...

Dikira rasuah kalau kena cekup dgn SPRM. Kalau tak kena cekup istilahnya lain. Tak tahulah apa istilahnya kena tanya SPRM

angkasaraya said...

harap SPRM KENA SIASAT HAL INI. APAKAH MEREKA BERANI??? JANGAN HANYA TAKUT PADA KERAJAAN. KALAU PEMBANGKANG MACAM HALILINTAR DIA DATANG.

Ismail Salleh said...

SUK tuh sebahagian dari Kerajaan Negeri Melaka iaitu kerajaan barisan nasional(kerajaan Pemerintah) jadi suka hati dia la nak pakai letterhead...apele kebebal kaum-kaum pembangkang ni...otak singkat macam anwar al juburi.

Korang paham ke istilah rasuah? pakai letterhead pun ada kene mengena dengan SPRM ke? Pakatan Rakyat tak layak memerintah negara!!jangan bermimpi lah...pakai songkok, pakai serban tapi bersengkongkol dengan parti kafir dan PKR(parti kencing rakyat), apa sudah jadi? sudah lari dari misi perjuangan yg asal bukan?? kerja korang(PR) yang korang biasa buat sampai sekrang iaitu FITNAH sane-sini, PROVOK, mencarut, merepek itu je la kerja korang, ape yang korang perjuangkan ni sebenarnya? keadilan? islam? hahahah kelakar la parti sebodoh, sebengap ni...

angkasanuri said...

pembaca budiman, nilailah sendiri budi bahasa orang Umno seperti Ismail Salleh ni. Saya sengaja lepaskan komen ini untuk penilaian anda

Anonymous said...

adakah menjemput orang ke walimah itu satu kesalahan? adakah isu yang sekecil ini perlu di perbesarkan? banyak lagi perkara yang perlu difikirkan..melayu semakin mundur jika asyik fikirkan perkara seperti ini.

fadz said...

Apela korang ni, korang tak mengenali datuk wira omar. dia seorang yg sgt lemah lembut dan soft spoken....tau tau nak tuduh jek... korang ni, guna la akal sket, jgn jd mcm lim guan eng.balik balik salahkan kerajaan lama.. dah jadi ketua menteri pandai2 la jaga.. dulu nak sgt jd ketua menteri.