Pilihanraya Kecil Manek Urai menunjukkan Umno seperti tidak berminat untuk bertanding di sana. Mungkin Umno merasakan peluang mereka untuk menang adalah tipis berdasarkan Manek Urai merupakan sarang dan kubu kuat Pas sekian lama. Walaupun diakui Pas pernah tewas pada 2004 disebabkan isu nasional serta rakyat tertipu dengan imej Islam Hadhari ketika itu.
Perkembangan isu semasa juga tidak memihak kepada Umno walaupun mereka cuba memainkan isu kerajaan perpaduan siang malam. Bagi penduduk Manek Urai isu kerajaan perpaduan tidak memberi apa-apa makna kerana mereka hanya inginkan bulan purnama berbanding dacing yang senget sebelah.
Tetapi saya menjangkakan Umno akan membuat kejutan bagi saya sesuatu yang tidak mengejutkan. Umno mungkin akan meletakkan juara dan pakar lompat seantero dunia sebagai calon di situ. Mungkin juga si kaki lompat tidak dipilih menjadi calon tetapi akan mengistiharkan memasuki Umno sebelum atau semasa pilihanraya kecil Manek Urai berlangsung untuk meningkatkan imej Umno di Manek Urai.
Ini berdasarkan perkembangan muktahir bahawa si kaki lompat tadi kelihatan begitu telioq dan kebuloq untuk memasuki Umno kembali untuk kali ke berapa tahh...Gambar di atas mungkin dapat menceritakan segala-galanya.
Bagi saya letaklah siapa pun sama ada kaki lompat, kaki terbang atau kaki temberang sekalipun sebagai calon Umno, Umno akan ditewaskan di Manek Urai. Berdasarkan sokongan padu kepada Pas dan kepimpinan Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini tak ada sebab penduduk di Manek Urai hendak menyokong Umno. Seperti kata-kata popular Tok Guru satu ketika dulu...Tak ade sebab demo nak lawe kawe....
1 comment:
salam...kemenangan kaki lompat di Pasir mas bukanlah sebab ketokohan beliau tetapi kerana beliau bertanding atas tiket Pas dan pengundi pas mengundi calon yg bertanding atas tiket pas...jika benar ketokohan beliau terselah, silalah bertanding di manek urai.pasti kalah memalukan.salam
Post a Comment