29 September 2009

MEE SEGERA PENGGANTI KETUPAT DAN LEMANG DI BAGAN PINANG


Ketika umat Islam di negara ini sibuk dengan rumah terbuka menjamu lemang dan ketupat kepada tetamu yang hadir, penduduk di Bagan Pinang pula dihidangkan dengan menu yang berbeza dan sungguh istimewa.

Hidangan ini cukup istimewa kerana disediakan bukan calang-calang chef. Menunya sangat istimewa kerana hanya muncul semasa musim pilihanraya terutama pilihanraya kecil. Walaupun pernah 'diharamkan' oleh Perdana Menteri 1Malaysia ia tetap menjadi hidangan utama atau menu wajib. Bertuah penduduk Bagan Pinang kerana dapat merasa 'air tangan' Timbalan Perdana Menteri, Menteri, timbalan dan Menteri Besar sendiri. Kepada penduduk Bagan Pinang selamat menikmati hidangan 'projek mee segera'.....selamat menjamu selera...

3 comments:

IndukYati said...

salam semua,
nak haramkan camner?..sedap diberi..menang memakannyer..

inilah taktik lapuk dan ketinggalan zaman yg masih wewenang dilakukan oleh UBN tika menghadapi pilihanraya..dulu bolehlah..sikalang tidak lagi...no more project mee segera..

Sudahlah tu..dah lama sangat menipu rakyat Malaysia nie..

Anonymous said...

Salam,

Artikel yang menarik tuan..
Jika tak keberatan layari Neutral Daily sekarang dan linkkan blog kami di blog anda.
Terima Kasih..

"Informasi Neutral Tanpa Kepentingan"
http://neutraldaily.blogspot.com/

angkasanuri said...

Salam....induk yati dan neutral daily menu projek mee segera dan umno@BN dah sebati tidak boleh dipisahkan. Buat neutral daily saya dah link blog tuan. Blog yang menarik dan berinformasi.Tahniah.