Seperti yang saya jangkakan PAS agak sukar untuk menang di Bagan Pinang. Berikut adalah faktor ketewasan calon PAS di Bagan Pinang: Ini merupakan faktor dominan iaitu :-
1. Calon Pas bukan perasuah seperti calon Umno
2. SPR senget sebelah kepada Umno@BN- Bakal menjadi komponen BN?
3. Undi Pos???? Malas nak cerita... askar pencen berbelas tahun masih jadi pengundi Pos?
Faktor lain yang perlu diberi perhatian :
1. Calon Pas bukan anak tempatan
2. Strategi gerak saraf Pas perlu diberi perhatian.
3. Petugas PAS yang datang dari seluruh negara kurang efisen - Hanya meramaikan majlis ceramah, memenuhi gerai jualan dan beriadah di pantai Port Dicksons
4. Kesesakan di hadapan markas Besar Pas akibat pembinaan gerai jualan dan kenderaan yang diletakkan sesuka hati menimbulkan kemarahan kepada penduduk / pengundi tempatan.
5. Isu pembinaan kuil di Selangor yang dibangkitkan kepada pengundi India di Bagan Pinang.
6. Isu 'perbalahan' Pakatan Rakyat di Kedah dan Selangor yang didedahkan oleh media????
Walau bagaimanapun bagi semua pimpinan dan petugas yang ikhlas kita tidak pernah tewas dan tidak kalah cuma tidak menang. Allah SWT tidak melihat hasil atau kemenangan sebagai balasan ganjaran dari-Nya. Tingatkan usaha dan keikhlasan ...Kita berjuang bukan kerana sanjungan dan pujian manusia kita berjuang kerana mengharapkan keredhaan Allah SWT. Teruskan perjuangan....
11 October 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Moral PAS tidak Tewas
Tindak Tanduk Hasan ALi yang seolah olah direstui oleh Presiden dan Timbalannya membuat non muslim mula hilang keyakinan kepada PAS. pucuk pimpinan PAS harus memberi ,kata dua kepada Hasan ALI supaya berkerjasama dengan rakan rakannya dalam PR dan bukan cuba nak menonjolkan diri sebagai HERO>
1. Kegagalan DAP menyelesaikan isu Kg Buah Pala juga boleh jadi faktor kepada kembalinya undi kaum India kpd BN.
2. PAS kali ini nampaknya seperti terikut2 provokasi UMNO. Banyak isu pergaduhan bermula dari UMNO disambut oleh PAS. Mereka ada media dan PAS tiada. Jadi yang kena goreng tentulah PAS. Salahuddin Ayub tidak sesuai mengetuai jentera PAS di PRK ini. Carilah pemimpin yang lebih berusia dan yang berdarah sejuk sikit.
3. PAS terlampau tumpu kepada undi pos hingga terlupa kepada pengundi2 biasa. Lupakan pasal pengundi pos selagi SPR dan pengerusinya masih bertapak di Malaysia.
4. Pengundi Melayu semakin tidak yakin kepada DAP berikutan isu di Selangor. Pertentangan antara DAP dengan PAS tidak menguntungkan PR. Sesuatu harus dilakukan. Pemimpin yang keras kepala seperti Ronnie Liu dan Hassan Ali perlu diganti segera.
Post a Comment