30 September 2010

UMNO BARU SEDAR JUDI HARAM ?


Judi dalam apa nama dan bentuk sekali pun ia adalah haram. Tidak ada dalil dan hujah yang boleh menghalalkan judi. Di Pulau Pinang dan akhbar utama yang menjadi 'lidah rasmi' Umno-BN hari ini begitu gegak gempita dengan isu yang didakwa duit judi yang diberi kepada warga emas.

Maka seramai 40 warga emas hari ini bertindak memulangkan duit RM 100 yang diberi oleh kerajaan Pulau Pinang yang menurut ketua pembangkang Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim sebagai duit haram. Dalam masa yang sama warga emas yang memulangkan duit RM 100 mendapat semula gantian RM 100 dari sumber duit 'halal'.

Walaupun telah dijelaskan oleh ramai pihak termasuk bekas mufti Perlis yang kini menjawat jawatan pensyarah kanan di USM, Dr Mohd Asri Zainul Abidin , rakyat yang menerima bantuan kerajaan sebenarnya tidak haram walaupun dana yang diperoleh pihak berkuasa adalah daripada pelbagai sumber termasuk judi — yang menjadi amalan kerajaan pusat dan sesetengah kerajaan negeri.

“Rakyat yang mendapat bantuan kerajaan tersebut tidak haram, sebabnya mereka bukan berjudi... mereka (hanya) mendapat bantuan atas kemiskinan mereka.“Transaksi itu atas bantuan, bukan atas judi,”.

YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sendiri menyangkal tohmahan dengan menjelaskan sumber judi hanya untuk bantuan kepada golongan bukan Islam.

Saya bukan nak menyokong Lim Guan Eng atau mempertahankan isu duit judi. Hukum tetap hukum dan yang haram adalah tetap haram.

Hanya orang nyanyuk dan sasau serta gila kuasa sahaja yang tergamak serta sanggup memainkan isu ini. Apakah Umno cukup suci daripada judi?

Mungkin pak cik dan mak cik yang 40 orang itu mereka boleh peralatkan untuk tujuan politik mereka. Tetapi rakyat Malaysia hari ini cukup matang dan bijak serta tahu menilai isu sebenar yang berlaku.

Apakah Umno cukup insaf dengan judi dan hasil judi? Apakah kerajaan Umno boleh menafikan dakwaan bahawa mereka hari ini dapat bertahan dengan hasil judi? Jika berani dedahkan berapa banyak lesen judi yang mereka sudah luluskan sepanjang lebih 50 tahun berkuasa? Dedahkan juga sumber dan kemana semua hasil judi tersebut dibelanjakan.

Kepada pemimpin Umno dan yang sewaktu dengannya kalau nak mainkan isu dan burukkan orang lain cermin-cerminlah diri tu sendiri dahulu. Nanti bimbang bukan meludah ke langit hinggap muka sendiri tetapi segala kuman segala kahak segala penyakit kena pada mereka semula.

3 comments:

otaklunyai said...

patut la perangai macam anak haram...

Anonymous said...

duit orang main judi bagi kat kita haram ka..abih main judi , bagi lesen tak haram ka...

duit gaji kami mai dari mana ha...

Anonymous said...

income tax yg paling bnyk di bayar oleh siapa?duit gaji staf kerajaan dtg dari mana?kalo duit yg diberi secara ikhlas tu haram kalo....duit gaji staf pun haram jugak.