24 November 2008
"SISTER IN ISLAM" TOLAK FATWA YOGA-MALAYSIAKINI
Sisters In Islam (SIS) menolak keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan amalan senaman yoga kerana tiada sebarang bukti dikemukakan bagi mewajarkan yoga diharamkan. Pengurus Program SIS, Norhayati Kaprawi berkata, sehingga kini negara tidak pernah menerima apa-apa aduan atau bukti yang mengatakan ada individu beragama Islam bertukar kepada agama Hindu selepas mengamalkan senaman yoga.
"Jadi, mengapa perlu ia diharamkan? Mengapa terburu-buru untuk meletakkan undang-undang terhadap aktiviti senaman itu sedangkan ia tidak mengancam kedudukan agama Islam setakat ini?" soalnya ketika dihubungi semalam. Beliau mengulas tindakan Majlis Fatwa Kebangsaan semalam, yang mengharamkan umat Islam mengamalkan yoga secara sistematik kerana dibimbangi akan menghakis akidah jika pengamalnya meneruskan amalan itu ke peringkat lebih tinggi.
Menurutnya, mereka mempunyai alasan kukuh mengapa pengharaman itu tidak patut dilakukan memandangkan amalan yoga tidak lebih daripada sekadar satu senaman untuk kesihatan. ''SIS tidak nampak ia boleh memesongkan akidah seseorang pengamalnya sama ada yang beragama Islam atau bukan Islam. Ini kerana yoga tidak lebih dari sekadar senaman untuk kesihatan jasmani, sama juga seperti senaman Tai Chi dan Qigong,'' katanya. Sambil menyifatkan ia sebagai satu pengajaran, beliau bagaimanapun meminta supaya Majlis Fatwa lebih peka sebelum membuat sebarang tindakan membabitkan isu-isu sensitif seperti itu. Dalam pada itu, SIS juga akan memberi sokongan penuh sekiranya Majlis Fatwa mengambil langkah untuk mengkaji semula perkara tersebut bagi mengelak kekeliruan masyarakat.
Kita ingin melihat sejauh mana Menteri Dalam Negeri dan polis akan bertindak terhadap Sister In Islam sebagaimana amaran yang diberikan sebelum ini. Adakah amaran yang dikeluarkan sebelum ini hanya gimik semata-mata? Sama-sama kita nantikan. Rakyat mahu kerajaan mengambil tindakan tegas sebelum insiden yang perkauman yang tidak diingini berlaku.
Jika tidak ada sebarang dakwaan dan siasatan bermakna kerajaan bersikap 'double standar' dan turut sama bersubahat dengan golongan ini yang terus menerus menghina dan campur tangan dalam soal agama Islam. Kita tidak mahu hanya disebabkan Sister In Islam ini turut disertai dan disokong oleh isteri pembesar negara negara maka pertubuhan ini dibiarkan terus bermaharajalela mempersendakan Islam sebagai agama rasmi negara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
sebenarnya Yoga masih boleh dipraktikkan lagi.cuma yang haram bila ada unsur-unsur pemujaan atau ritual dalam aktiviti beryoga.buat yang beragama Islam memang salah lah jika amalkan yoga sambil ada amalkan sekali unsur-unsur pemujaan.tapi kalau diambil cuma ciri fizikal untuk kesihatan badan tidak salah.rasanya ramai lagi yang kurang faham tentang fatwa ni.fahamlah sesuatu isu tu dulu sebelum bukak mulut.
buat yang bukan beragama Islam,tak perlulah bimbang.fatwa yang dikeluarkan bukan untuk mereka.
questioning on one subject such as fatwa doesn't necessarily means we are questioning the law of Islam.in this context,"questioning" means looking for clear answer of why such fatwa had been issued and why muslims in Malaysia must adhere to it.
"Pengerusinya Datuk Dr Abdul Shukor Husin bagaimanapun berkata, amalan fizikal iaitu senaman dalam yoga, tanpa adanya unsur-unsur mentera dan pemujaan pada zahirnya tidak menjadi kesalahan."
but no worry for all yoga lovers out there.you still can do that body-bending thingy just as long as you know where to draw the line on.then again i think yoga is widely known now and now has been modenize.i think "modern yoga" (if there exist such term) is still practisable.westeners has popularize yoga by taking the physical part only.
SIS cube tunjuk pandai...Kalau ilmu xcukup lagi jangan banyak cakap...Bukan setakat fatwa yoga je die nk kritik...Amalan2 dalam islam yg wajib pun die nk kritik ...mcm ilmu diorg dh byk sangat...sebagai contoh isu tudung etc...berfikiran LIBRAL...sgt bahaya...tak ubah mcm syaitan bertopengkan manusia...Kite tgk r mcm mane Menteri Dalam Negeri handle isu ni...Aku bole jamin, akan berlaku double standard dkt cni.
Sepatutnya isu fatwa tidak perlu disensasikan dan jangan ada yang cuba-cuba ulas jika tak tahu. Kalau nak ulas, fahamkan dulu apa itu fatwa. Kemudian barulah kaji serba sedikit berkenaan yoga dan fahami kenapa fatwa pengharamannya dikeluarkan. Yang seelok-eloknya, akur sajalah dengan fatwa berkenaan. Tak rugi pun. Kenapa perlu dipertikai. Takkanlah kerana Majlis Fatwa Kebangsaan ada kaitan dengan kerajaan, maka tindakan mereka keluarkan fatwa pun dihentam disebabkan kebencian terhadap kerajaan. Inilah sikap bangsat pembangkang. Kenapa perlu pertikaikan. Hanya yoga sajakah senaman yang terbaik dalam dunia ni? Kita masih ada alternatif lain. Jangan terlalu taksub pada yoga. Kalau malas nak buat senaman yang lain, amalan solat sekurang-kurangnya 5 waktu sehari pun sudah terkandung amalan senaman di dalamnya..
Post a Comment