11 November 2008

APA AKAN BERLAKU JIKA KES ALTANTUYA DIBICARAKAN DI ICJ?-MALAYSIAKINI


Isu pembunuhan kejam Altantuya bakal membawa episod baru apabila kerajaan Monggolia bercadang merujuk kes berkenaan ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa(ICJ) di The Haque, Belanda.

Surat rasmi juga telah dihantar kepada Menteri Luar, Datuk Syed Hamid Albar tentang hasrat kerajaan Monggolia untuk merujuk kes berkenaan ke ICJ.

Kerajaan Monggolia bercadang mengambil tindakan tersebut kerana hilang keyakinan kepada sistem perundangan di negara ini dalam memberi keadilan kepada kes pembunuhan yang menimbulkan pelbagai misteri dan teka-teki.Lebih-lebih apabila Razak Baginda, satu-satunya individu yang dikenali Altantuya seperti yang didakwa bapanya di negara ini telah dibebaskan dari tuduhan kes ini.

Apa akan berlaku jika kes ini diterima untuk dibicarakan di ICJ?

1.Sistem kehakiman atau perundangan kita akan dibicara dan dimalukan di peringkat antarabangsa.
2.Wajah bekas polis Chief Inspektor Azilah dan koperal Sirul yang memakai pakaian ala 'ninja' akan dapat ditatap oleh umum.
3.Razak Baginda akan didakwa kembali dalam kes ini
2.Datuk seri Najib dan isterinya akan dipanggil sebagai saksi(tertuduh?) utama perbicaraan.
4.Kerajaan terpaksa menanggung perbelanjaan tinggi untuk menampung semua kos guaman dan kos berkaitan.
5.Persidangan Agung Umno pada bulan Mac depan mungkin akan ditangguhkan.
6.PAK LAH AKAN KEKAL SEBAGAI PRESIDEN UMNO DAN PERDANA MENTERI!!!!

8 comments:

Abu Muhammad Haikal said...

....Dan pak Lah akan kekal jadi PM. mungkin KJ..???

Anonymous said...

saya amat bersetuju, kerana sistem kehakiman di Malaysia sebenarnya dikawal oleh UMNO/BN.Sesiapa sahaja yang bersalah kalau ada berkawan rapat dengan pemimpin peringkat 'Tertinggi'(tinggi rasuah) memang terlepas.Memang tepat sekali kes ini pergi ke ICJ.

Anonymous said...

Yes Pak Lah akan terus kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia

Hidup Melayu
Hidup UMNO
Hidup Pak Lah

Anonymous said...

tak boleh juga kata sistem kehakiman negara dikawal oleh UMNO/BN sebab ada juga kes yang UMNO/BN dan kerajaan telah kalah.sampai kerajaan kalah dalam kes saman pun ada jugak lah.jadi tak beberapa adil jika buat tuduhan sebegitu.

tak pasti jika kes ini diterima dalam Mahkamah Antarabangsa kerana kes ini bukan melibatkan hubungan diplomatik sebenarnya.kes ini adalah kes pembunuhan warga asing oleh warganegara Malaysia.

kat negara-negara lain pun pastinya ada kes pembunuhan warganegara asing.contoh seperti di Thailand di mana ada pelancong yang dibunuh tapi kes tersebut tidak dibawa pun ke ICJ.

Anonymous said...

Kan bagus kalau Pak Lah terus jadi PM. Sikit je yang perlu di betulkan supaya dia ni jangan banyak tidur.
Kita faham lah yang Pak Lah tu kuat sembahyang sunat tapi jangan lah tidur pantang dapat tempat duduk.
Mungkin yang sikit jadi masalah pada Pak Lah ni ia lah kalau orang pandai bodek dia sebab hati dia terlalu lembut yang tak betul pun dia nampak betul. Itu sebab dia nampak Najib tu betul je. Bab KJ tu tak pa la sebab dia orang muda tapi otak budak hitam tu sebenar nya bergeliga hanya pendekatan politik nya je kurang matang. Bab Najib ni Pak Lah kena ambil tindakan sebenarnya Najib ni juga punca besar BN kalah jangan salah kan KJ kerana si Najib ni dalam masa Pak Lah underseige dia main belakang pula.
Kalau Pak Lah terus macam apa yang di buat nya sekarang maka akan tamat lah riwayat UMNO. Che Det kat Luar tu sebenar nya tak bolih pakai sebab dia orang tua busuk hati hanya nak tunggu pembalasan sahaja.
Jadi biar lah Pak Lah jadi PM beat sementara apabila siap sedia maka kita gulingkan BN. OK la tu brother.

Anonymous said...

Jangan biarkan Malaysia dimalukan di peringkat antarabangsa. Kalau kalah dalam sesuatu pertandingan di peringkat antarabangsa, takpe lagi tapi ini berkaitan sistem perundangan negara... Memang kes naya nih!!! Diharap Najib dan Datin Rosmah dipanggil menjadi saksi dan Razak Baginda ditahan semula selagi kes belum selesai. Saya yakin mahkamah akan menjalankan perbicaraan secara adil dan telus...

Unknown said...

rasanya kes Atlantuya tidak akan dibawa ke ICJ.dah banyak kali kes pembunuhan berkaitan warga asing berlaku di dalam dan luar negara dan rata-rata kesemuanya diselesaikan dinegara yang pembunuhan tersebut berlaku.bukannya hendak meremehkan kes Atlantuya tetapi bukanlah kes seperti perebutan pulau oleh beberapa negara.

Anonymous said...

kalau keadilan tak dapat ditegakan di Malaysia dalam sesuatu kes, maka haruslah dibawa ke Mahkamah Peringkat Tertinggi (ICJ).Malaysia tidak boleh lindung penjenayah.Yang salah tetap salah tidak siapa.Kalau Najib salah maka hukumlah, kalau Razak salah maka hukumlah.Tak guna hendak simpan penjenayah di Malaysia.Pada pendapat saya, kalau semua suspek ini memang percaya kepada Tuhan, memang mereka tahu apa itu dosa, dan apakah balasan kerana membunuh.Razak harus harus ditahan semula dan pelan peralihan kuasa PM kepada Najib harus digantung sehingga kes ini selesai.Bagaimana keadaan Malaysia kalau Si Penjenayah ini berkuasa nanti?