20 November 2008

BILA RAZAK BAGINDA DILANTIK JADI HAKIM?-MALAYSIAKINI


Bekas penganalisa Abdul Razak Baginda hari mendakwa bahawa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terbabit dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Malah, katanya, Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor tidak pernah bertemu dengan Altantuya.

Abdul Razak memberitahu demikian dalam sidang akhbar pertamanya selepas dibebaskan pada 31 Oktober lalu daripada tuduhan bersubahat membunuh Altantuya.

Apa yang menjadi persoalan di sini kenapa dakwaan itu hanya muncul selepas Razak Baginda dibebaskan oleh hakim daripada tuduhan bersubahat membunuh Altantuya? Berbeza dengan sikap yang ditunjukkan oleh Razak dan isteri beliau sebelum ini. Ramai yang masih tidak lupa dengan kata-kata isteri Razak Baginda sewaktu mula-mula dihadapkan ke mahkamah dalam kes ini 'dia tak bercita-cita menjadi perdana menteri' Kepada siapa kata-kata ini ditujukan? Penafian Razak Baginda saya kira tidak kena tempat dan masanya.

Dalam masa yang sama akuan bersumpah penyiasat persendirian P Balasundram yang menghilangkan diri masih lagi menjadi teka-teki. Akuan bersumpah berkenaan terang-terang mendakwa Najib dan isterinya terlibat secara langsung dalam kes ini.

Begitu juga dengan akuan bersumpah yang dibuat oleh Raja Petra Kamarudin juga mengaitkan Najib dan isterinya dalam kes ini.

Lagipun Razak Baginda tidak ada hak untuk menafikan bahawa Najib tidak terlibat. Dalam soal ini biarlah mahkamah menentukan sama ada Najib dan isterinya terlibat atau tidak. Jika Mahkamah tidak berlaku adil, rakyat akan menjadi hakim sebenar kepada perbicaraan ini nanti.

Jika ia bertujuan untuk membalas jasa, tindakan Razak Baginda juga adalah tidak bijak dalam membantu untuk menyelamatkan karier politik dan memulihkan reputasi Najib yang teruk tercemar dengan pelbagai tuduhan dan skandal.

Penafian Razak Baginda sebenarnya akan lebih menguatkan sangkaan ramai pihak bahawa Najib dan Rosmah memang terlibat dalam kes ini.

1 comment:

Anonymous said...

mengikut firasat ahli nujum, sebenarnya Si Razak ini sebenarnya mengesahkan lagi(memang benar pun)yang Si Alnajis ini terlibat dlm kes sensasi ni.Kalau kita fahami betul-betul pengakuan Si Razak bahawa Alnajib tak terlibat, sebenarnya pengakuan itu menunjukkan memang sah Alnajis terlibat sama.Si Razak ibarat,"menepuk air dalam talam terkena muka sendiri".