20 November 2008

POLITIK WANG; ALI RUSTAM DAN MD. TAIB MULA KEPANASAN-MALAYSIAKINI

Ali Rustam dan Md. Taib pastinya mereka yang gelisah dan tidak senang duduk bila aduan rasuah mula disiasat oleh Lembaga Disiplin Umno yang dilaporkan turut membabitkan calon yang bertanding jawatan timbalan presiden dan naib presiden pada pemilihan parti, Mac depan.

Apakah malang yang pernah menimpa Isa Samad yang dibatalkan kemenangannya sebagai naib presiden akan berulang kepada kedua-dua calon ini?Rasanya kebanyakkan penganalisis politik dan pemerhati mengecualikan Muhyiddin dari gejala rasuah ini. Walau bagaimanapun, Muhyiddin tidak boleh merasa selamat dan mendabik dada seolah-olah 'maksum' dari budaya rasuah ini.

Siapakah yang dimaksudkan oleh bekas ahli parlimen Parit Sulong, Ruhanie Ahmad sebagai dibantu oleh 'kuasa ghaib' untuk mendapat pencalonan menggalakkan secara mendadak?

Kita akan melihat sejauh mana siasatan yang dilakukan benar-benar adil dan telus atau hanya sekadar gimik politik umno sahaja? Biasanya apa yang sering berlaku hanya ikan bilis sahaja yang tertangkap sebaliknya ikan jerung terlepas begitu sahaja.

Jika calon terbabit didapati bersalah, mereka akan hilang hak untuk bertanding atau jika menang, kemenangan mereka boleh dibatalkan.

Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail ketika dihubungi semalam mengesahkan siasatan membabitkan calon pada peringkat tertinggi parti itu sudah dimulakan, tetapi beliau enggan mengulas lanjut.

Sebelum ini, Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu siasatan kes berkaitan kesalahan politik wang dipercepatkan supaya calon jawatan tertinggi yang terbabit, tidak boleh bertanding pada Mac depan.

Selepas 186 bahagian selesai mengadakan mesyuarat, 9 November lalu, perebutan jawatan Timbalan Presiden menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendapat 92 pencalonan, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (48) dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib (45).

Lapan calon pula layak bertanding Naib Presiden, iaitu Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang memperoleh 148 pencalonan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (103), Datuk Seri Shafie Apdal (82), Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (70), Datuk Seri Syed Hamid Albar (32), Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis (27), Tan Sri Isa Samad (26) dan Datuk Seri Dr Rais Yatim (26).

4 comments:

blogger said...

mana-mana ahli UMNO yang mengamalkan politik wang terpaksalah bersiap sedia untuk dikenakan tindakan.sekiranya Lembaga Displin UMNO benar-benar tegas,maka mereka yang didapati bersalah atas tuduhan politik wang jangan harap mereka boleh terlepas begitu sahaja.

diharapkan tindakan yang dikenakan bukan atas dasar "pilih bulu".

Samad said...

Gejala politik wang memang sukar nak dihapuskan jika ia hanya bergantung pada sikap masing-masing. Apa yang penting pada tahap ini ialah ketegasan penguatkuasaan undang-undang terhadap pesalah politik wang. Jika ketegasan diamalkan tanpa mengira pangkat dan kedudukan seseorang, pasti pesalah politik wang dapat ditahan dan secara tak langsung gejala ini dapat dikurangkan...

Anonymous said...

UMNO tegas?..tengoklah nanti kalau bukan dua buaya ini terlepas atau diberi amaran je...ini penyedap rasa je yang konon2nya UMNO membentras rasuah...

youth attack said...

sebenarnya dah tak larat nak dengar lagi pasal politik wang.kalau setakat merungut tanpa tindakan susulan baik tak payah.jika benar-benar UMNO mahu bersih dari politik wang,lemabaga displin mereka kena tegas dan berdisplin lah.tak boleh pilih bulu dalam membanteras isu ini.

jangan sampai rakyat dah tak percaya langsung dengan UMNO barulah nak menyesal sebab tak berubah lebih awal.sekarang masih ada masa lagi jadi gunakanlah masa sebaik-baiknya.