04 November 2008

DEMONTRASI TAK BETEMPAT-MALAYSIAKINI


Pulau Pinang, kumpulan yang menggelar diri mereka Gabungan Graduan Muda Melayu (GGMM) mengadakan perarakan sebelum memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang bagi membantah langkah kerajaan Pulau Pinang menggunakan papan tanda jalan pelbagai bahasa di Tapak Warisan Georgetown.

Berita TV 9 sebentar tadi turut menyiarkan demontrasi tersebut. Begitu berkobar-kobar bersemangat sekali mereka . Maklumlah tak ada trak water canon dan gas pemedih mata.

Ketika ditemui pemberita di luar perkarangan mahkamah, Pengerusi GGMM Khairul Azam Abdul Aziz berkata perjuangan gabungan itu bertujuan mempertahankan ketuanan Melayu yang kian tercabar.

Amboi-amboi jaga ketuanan melayu konon !Mana dia suara ketuanan Melayu anda semua apabila ada pemimpin Umno yang mencadangkan DEB dikaji semula dari segi pemilikan ekuiti bumiputera. Malah suara kumpulan ini sunyi sepi apabila matematik dan sains diajar dalam bahasa Inggeris satu ketika dulu.

Ini bukanlah bermaksud saya menyokong 100% langkah kerajaan Pulau Pinang. Tetapi kalau nak berdemontrasi tu biarlah bertempat...

8 comments:

my42u said...

Kekadang rasa hairan puak2 melayu jenis ni belajar tinggi2 sampai ke menara gading tapi buat keje ikut nafsu tak guna otak. Kalau betul nak berjuang mempertahankan bangsa MELAYU dan bahasa melayu syorkan kepada kerajaan supaya tukar serta merta semua nama2 jalan, nama2 tempat, nama2 kereta dan apa2jua yang ada di bumi MALAYSIA ni yang tidak guna bahasa melayu. Kalau kerajaan masih tidak bertindak juga saya cabar mereka2 ni ramai2 buat demontrasi. Barulah Melayu Hebat kalau tak berani baik duduk dalam hutan je pasal yang dikenali Orang Asli tulah sebenarnya benar2 MELAYU.

kekwa66 said...

Yalah, betul tak faham mereka ni, betul2 fanatik!!! benci sangat mereka ni kat Orang Cina apa sal?Kalau bukan orang Cina, ekonomi malaysia..negara ini...tentu macam negara Myanmar, Cambodia...masih mundur 40 tahun ke belakang lah!!!!orang cina buat kerja diam2, tak macam melayu..cakap je pandai, kerja malas!!yg tau buat demo tu , demo ni, tunjuk perasaan tak pasal!sedar lah ...tak ada orang akan rampas hak kau sebagai kaum BUMIPUTERA di sini!! jangan takut!

Anonymous said...

Bila hangpa (PKR,PAS,DAP) buat demontrasi semuanya betoi. Tapi bila kami Melayu Tanjong yang kini ditindas oleh CINA kapiak Penang buat demonstrasi hangpa melenting.

Hangpa tau dak masa Muktamar Pas di Ipoh Pemuda Pas Pulau Pinang pun bawak isu Melayu Pulau Pinang dipinggirkan.

my42u hang tak pakai otak kah. Pasai apa hang suruh kami dok kat hutan.
Aku ingat hang ni bukan orang melayu Pulau Pinang. Hang betoi betoi MANGKOK HAYUN.

Anonymous said...

Kekwa66 hang kata hak orang Melayu tak akan di rampas konon. Hang kata Melayu malas. Tapi hangpa orang kapiak agenda nombor satu ialah nak ambik alih Malaysia.

Hangpa akan ambik alih Malaysia dengan pertolongan orang Melayu seperti TULANG BESI,RPK, Amin Iskandar, Nasmi Nik Ahmad,Fauwas Abdul Aziz,angkasanuri,jimadie dan banyak lagi blogers yang terang-terang mempersendakan KETUANAN MELAYU.

BILA KETUANAN MELAYU LENYAP DIBUMI MALAYSIA MAKA AKAN LENYAPLAH ISLAM DIBUMI MALAYSIA.

INILAH LAKNAT ALLAH AKAN TURUNKAN DIBUMI MALAYSIA INI.

Anonymous said...

sudahlah kalian semua. jangan apa-apa pun dijadikan isu dan ketuanan melayu dijadikan senjata. apakah benar ketuananmelayu benar tergugat pasal papan tanda nama jalan tu? fikirlah sejenak. usah timbulkan kacau bilau. cintakan lah keamanan

Anonymous said...

Setuju dengan anonymous 12:15am...
Pasal apa kita sama Melayu dan Islam nak bertekak sesama sendiri kat blog-blog disebabkan oleh isu yang sengaja diperbesarkan atau diungkitkan oleh sesetengah individu untuk memarakkan api ketidakpuashatian perkauman? Isu ketuanan Melayu semakin hangat sekarang disebabkan oleh kita sesama sendiri yang bertekak. Mereka yang memulakan isu ini dah mula goyang kaki sambil bertepuk tangan gembira kerana berjaya membuat bangsa kita bergaduh sesama sendiri... Fikirlah beb...

Berkenaan demonstrasi tu, sekurang-kurangnya ia tak seteruk yang dianjurkan oleh pembangkang sehingga menyebabkan jalan raya utama kat KL sesak teruk...

Anonymous said...

selagi demonstrasi tak menyebabkan trafik jam yang melampau-lampau tahap gaban,dikira ok lagi lah.yang buat tension bila trafik jam melampau sangat.entah-entah ada yang kena berkejar ke hospital masa trafik jam tu.

blackhawk_505 said...

anonymous...........ketuanan melayu tak sesuai pakai pada zaman baru ini lagi lah.ketuanan melayu hanya satu senjeta untuk org melayu merampas hak kaun lain ajer,juga adalah satu halangan untuk membolehkan bangsa bersatu.....