24 November 2008

HARGA MINYAK DIJANGKA TURUN ISNIN DEPAN~Malaysiakini


Harga syiling atau harga terapung minyak dijangka akan diumumkan pada Isnin depan selepas mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, majlis tersebut akan mempertimbangkan sama ada akan menetapkan harga lantai minimum atau menetapkan satu sistem apungan harga yang terurus mengikut penurunan harga minyak mentah dunia yang kini mencecah US$50 setong.

"Perkembangan ini adalah di luar jangkaan, harga minyak jatuh dengan begitu nyata. Kita akan berbincang halatuju yang akan kita ambil. Adakah kita akan tetapkan harga lantai atau meneruskan dengan sistem sedia ada di amna kita mengurangkan harga (minyak tempatan) bila harga (minyak mentah dunia) jatuh.

Kita berharap kerajaan akan menurunkan harga minyak ke paras yang munasabah sejajar dengan harga minyak di pasaran dunia. Hari ini mengikut pasaran harga minyak petrol tanpa subsidi ialah RM 1.60 dan diesel RM1.50 berdasarkan harga minyak di pasaran global purata $AS50 setong.

Dalam masa yang sama kerajaan perlu mencari langkah segera untuk memastikan harga barang juga turut turun seiring dengan penurunan harga minyak. Apa yang berlaku harga barang masih lagi mahal dan terus meningkat terutama barang-barang basah seperti ikan dan sayur-sayuran sehingga membebankan pengguna.

Penguatkuasaan dan kawalan harga perlu dilakukan agar harga minyak yang murah benar-benar dapat dinikmati oleh rakyat. Apa guna harga minyak murah kalau harga barang keperluan masih mahal dan terus melambung tinggi?

4 comments:

Anonymous said...

harga minyak mungkin turun lagi?

ini berita baik ini.tambah-tambah buat yang menaiki kenderaan ringan seperti motosikal.dah kurang la skit beban bila nak isi minyak full-tank.

tapi ada masalah lain pulak.peniaga-peniaga pula berdegil tidak mahu turunkan harga barang.bila naik laju je naikkan harga.

Anonymous said...

Baguslah harga minyak semakin turun dan bakal turun lagi pada Isnin depan. Alhamdulillah. Itu bab lain. Sekarang ni bab harga barang mentah, bila pula nak turun? Ramai yang masih menunggu harga barangan pula turun...

Anonymous said...

Anwar memang pandai berbicara.ada saja ayat-ayat memujuk keluar dari mulut dia.

dulu dia kata dia dia boleh turunkan harga minyak.kemudian orang pertikaikan berapa banyak dia boleh turunkan.kemudian dia kata boleh turun sebanyak 50 sen.tapi sekarang harga minyak dah turun sebanyak 70 sen dan mungkin akan turun lagi.haa!senyap terus Anwar pasal harga minyak ni.

jadi kesimpulannya jangan percaya sangat apa yang dia kata.manifesto PKR sendiri pun masih banyak yang belum terlaksana inikan pula mahu memberikan janji-janji manis.

Anonymous said...

kepada kudos anwar kata nak turun 50 sen tu masa harga minyak masih kira $AS130 setong. sekarang ni harga minyak sekitar $AS 50 setong. Apa pasal yang bengong sangat?