11 November 2008
MUHYIDDIN SEMAKIN TERASA BAHANG-MALAYSIAKINI
Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin runsing apabila menyedari laluan berliku menjelang Persidangan agung Umno Mac depan. Jika sebelum ini beliau agak 'celupar' dan lantang untuk membawa reformasi dalam Umno, tetapi akhir-akhir ini nada Muhyiddin semakin lunak dan kata-katanya lebih 'beralas'.
Muhyiddin dalam satu kenyataan hari ini mahukan pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden tidak dicemari dengan sebarang unsur fitnah dan memburuk-burukkan calon berikutan tempoh kempen yang panjang.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata sebarang amalan yang tidak sihat dikhuatiri akan menyebabkan perpecahan dalam parti.
"Ini bukan satu pertandingan tetapi merupakan satu proses penawaran diri.
"Saya berharap ia berlangsung dalam suasana kekeluargaan. Apa yang penting ialah nak pastikan tidak berlaku perpecahan dalam parti.
"Diharap tidak ada amalan tidak sihat seperti fitnah dan memburuk-burukkan rakan yang bertanding kerana tempohnya (kempen) yang agak lama.
"Saya mahu ia berjalan dalam suasana yang sihat," katanya kepada pemberita selepas pra pelancaran Ekspo Kesenian Antarabangsa Malaysia Kedua (AEM) 2008 di sini hari ini.
Walaupun pelbagai gesaan dan nasihat dari semua pihak dalam Umno, perpecahan dan perbalahan menjelang Persidangan Agong Umno semakin sukar untuk dielakkan dan dijangka akan berpanjangan ke satu tempoh yang lama. Ramai penganalisis dan pemerhati politik dari dalam dan luar Umno berpendapatan perpecahan dan pergolakan yang berlaku dalam Umno hari ini merupakan yang terburuk sepanjang sejarah kewujudan Umno.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
nampak macam Muhyiddin takut je.sebelum ni dia yang lantang sekali dalam menyusulkan agar Abdullah berhenti lebih awal.sekarang dah bergetar sebab ada 2 orang lawan yang akan bertanding sama untuk kerusi Naib Presiden.
Muhyiddin tak payah nak risau-risau la.buat je kerja dan kempen.kalau kalah nanti jangan pulak marah ekk.kalah tu tandanya orang x maw kat Muhyiddin dah.sama juga macam Muhyiddin tak maw kepada Abdullah.hehe.
Muhyiddin dah menggeletar sekarang.mana taknya kalau dah 2 orang Abdullah akan bertanding menentang dia.haha.rasakanlah Muhyiddin.sebelum ini kau lantang sangat bersuara menentang Abdullah dan mengikut nada Tun Dr.Mahathir.sekarang dah jadi kecil macam tikus pulak.
Post a Comment