05 November 2008
SIAPA YANG GEMBIRA KEMENANGAN OBAMA?-MALAYSIAKINI
Calon presiden dari parti Demokrat, Barrack Obama menang untuk menjadi presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat.
Sehingga jam 12.20 tengah hari ini, Obama mendahului dengan kutipan 297 undi berbanding calon Republik, John McCain yang memperoleh 145 undi.
Calon memerlukan sejumlah 270 undi untuk menang.
Kemenangan terbesar bagi Obama ialah apabila beliau diisytiharkan pemenang di Ohio dan Pennsylvania - tempat berlakunya kempen yang paling panas dan sengit antara kedua-dua calon tersebut.
Pemerhati telah meramalkan bahawa McCain sukar untuk menang kerana Obama merupakan calon pilihan pengundi.
Di Malaysia siapa yang gembira dengan kemenangan Obama? Adakah ada di kalangan kita masih menaruh harapan Obama akan membawa perubahan khususnya pada umat Islam seluruh dunia dan di negara ini?
Kita mungkin terlupa dengan apa yang dilakukan oleh kuasa Amerika di seluruh dunia. Apa yang dilakukan di Iraq, Afghanistan dan yang paling ketara bersekongkol dengan rezim zionis Yahudi menzalimi rakyat Palestin merupakan sesuatu yang tidak dapat dimaafkan sama sekali. Adakah dengan kemenangan Obama, tahanan tanpa bicara (macam ISA) di Teluk Guatanamao akan dibebaskan? Adakah tentera Amerika akan berundur dari Iraq dan Afghanistan? Di samping itu, kemelesetan ekonomi yang teruk dirasai pada hari ini turut disebabkan oleh kerakusan dan ketamakan golongan kapitalis dan imperalis di Amerika.
Walaupun Obama dengan slogan perubahan yang dilaungkan, beliau tidak boleh bertindak bersendirian. Setiap keputusan perlu mendapat kelulusan senat Amerika yang mempunyai sentimen kebencian kepada umat Islam.
Firman Allah SWT :
Orang yahudi dan Nasara tidak akan redha selagi kamu tidak masuk ke dalam agama mereka. (Al Baqarah : 120)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
satu kemenangan besar buat Obama.buat pertama kalinya Amerika diperintah oleh seorang Presiden dari kalangan kulit hitam.sesuatu yang pastinya sebelum ini hanya kita lihat dalam filem-filem Hollywood dan sesuatu diluar jangkaan puak yang pernah menindas kaum kulit hitam "KKK".
namun tidak pasti jika dasar luar Amerika akan berubah atau tidak selepas ini.ramai yang meramalkan dasar luar Amerika tidak akan berubah jika dilihat pada sejarah yang lepas.
namun dengan kemenangan Obama,apapun mungkin terjadi.
Anda memang produk Arab. sedarlah diri kehidupan orang Islam di Amerika lebih baik daripada sebahagian negara ISLAM. Lihat saja di SOMALIA apa dah Jadi. Kalau nak jadi hero islam pergi Somalia dan satukan pihak pihak yang bertelagah.komen anda ini mencerminkan kecetekan pemikiran dan ketaksuban anda kepada bangsa ARAB yang sememangnya tidak pernah bersatu.
saya amat bersetuju dengan pendapat saudara...tak ada bezanya siapa saja yang memerintah amerika dan sememang bersetongkol dengan yahudi yang sememangnya memusuhi islam seperti mana di nyatakan di dalam al quran...mereka2 yang tak bersetuju dengan saudara sebenarnya menunjukkan kebodohan mereka...
sebelum ini nasib kaum kulit hitam nampak seperti kurang terbela sebelum ini.bermula dari Januari depan kita akan lihat sama Obama mampu melaksanakan perubahan bagi memajukan golongan kulit hitam dan Amerika secara amnya.
Diharap kemenangan Obama akan membawa kepada perubahan yang dijanjikan. US yang sebelum ini kita kenali sebagai negara penindas kulit hitam mungkin akan berubah selepas kemenangan ini...Dan yang paling penting diharapkan Islam akan dapat berkembang dengan baik dan pesat di US...
dasar luar US akan tetap sama sebab kedua duanya adalah centralist party... cuma pende3katan dijangka berlainan.. democrat lebih diplomasi dari republican.. boleh banding zaman Bush dgn Clinton dulu... dan mungkin Obama akan lebih memahami akan hubungan dengan orang Islam dari McCain...
Perubahan ketara hanya akan berlaku dalam dasar dalam negara... sebab itu adalah perbezaan ketara antara republican dan democrat
Post a Comment