Pada Julai lalu semasa kerajaan mengumumkan untuk menaikkan tarif elektrik kerajaan menjelaskan kenaikan sebanyak 10% tidak dapat dielakkan kerana kenaikan harga minyak di pasaran global.
Semua orang walaupun berat hati dengan kadar baru itu terpaksa akur dengan tindakan kerajaan yang didesak oleh Tenaga Nasional Berhad(TNB) untuk menaikkan kadar tarif kerana kononnya TNB mengalami kerugian kerana kenaikan bahan bakar itu.
Semalam, lain pula jadinya. Setelah pelbagai desakan dibuat kepada kerajaan agar menurunkan tarif elektrik kerana harga minyak telah turun lebih sekaliganda berbanding Julai lalu kerajaan memberi alasan yang begitu mengecewa dan mengelirukan.
Menterinya berkata Kerajaan bersedia mempertimbangkan cadangan untuk menurunkan tarif elektrik sekiranya harga pasaran arang batu jatuh di bawah paras AS$75 (RM264.75) setan untuk satu jangka masa yang panjang.
Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, setakat ini, kerajaan tidak akan membuat kajian semula ke atas tarif elektrik memandangkan harga pasaran bahan mentah itu masih berada di paras antara AS$100 (RM353) hingga AS$120 (RM423.60) setan.
Menurutnya, tarif elektrik pada masa ini sebenarnya diambil kira berdasarkan harga pasaran arang batu sebanyak AS$75 (RM264.75) setan.
Masa nak naik tarif elektrik tak sebut pun tentang arang batu,kerajaan kata terpaksa naik tarif kerana harga minyak naik!Bukannya harga arang batu!Nampaknya sekali lagi rakyat Malaysia tertipu dan terus ditipu.
Mungkin selepas ini bila harga arang batu turun, kerajaan akan beri alasan harga besi naik, harga gas naik, harga kos pekerja naik dan serba serbinya naik. Maka kerajaan kena tunggu semua harga turun baru kerajaan boleh turunkan harga tarif elektrik. Rasanya hanya ada satu sahaja cara rakyat Malaysia akan merasa kadar tarif elektrik turun iaitu dengan menurunkan kerajaan yang ada sekarang!
11 November 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
tunggu bn turun jer......
hehehehehhe
konpom semua barang turunnnn
sure or not??
mungkin x turun tp 'jatuh'..
*ekonomi jatuh
Saya yakin sekiranya pembangkang berjaya memerintah negara, belum tentu harga minyak, barangan dan tarif elektrik akan turun. Jika turun pun hanya untuk 'ambil hati'. Lepas tu pasti akan naik semula bila mana keadaan ekonomi mula teruk... Pembangkang mana reti nak buat kira-kira untuk semua ni... Tau membangkang je...
Post a Comment