30 December 2008

ISU KAPAL SELAM AKAN MENENGGELAMKAN NAJIB?

Di atas kertas Najib sudah boleh menarik nafas lega selaku bakal Presiden Umno dan bakal perdana menteri... ( emmm...yang ke berapa ye?).

Tetapi dalam politik Malaysia macam-macam kemungkinan boleh berlaku. Siapa duga dan jangka sebelum ini DSAI yang dinobatkan bakal pengganti Dr. Mahathir boleh merengkok di penjara Sungai Buloh. Berapa kerat pula yang sebelum ini menaruh harapan DSAI boleh kembali dalam persada politik negara? Malah siapa sangka Rahim Tamby Chik yang diselubungi pelbagai skandal boleh jadi MT Umno dan layak bertanding Naib Presiden Mac depan.

Dalam tempoh sebulan dua ini pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Lebih-lebih lagi apabila kita bercerita tentang Najib yang tidak pernah sunyi daripada pelbagai skandal dan kontroversi.

Terbaru, bekas ketua Umno Bahagian Petaling Jaya selatan, Datuk Kapt. (B) Zahar Hashim yang kini bersama Pas bakal mendedahkan dokumen terbaru yang didakwa baru diperolehi dari bekas pegawai tinggi TLDM.Beliau berjanji akan mendedahkan dokumen itu dalam masa terdekat.

Adakah dokumen itu akan mengaitkan Najib dalam isu pembelian kapal selam tersebut? Jika sebelum ini Najib dilihat masih mampu bertahan dan menepis segala dakwaan yang dikemukakan, mungkinkah karier politik Najib akan tenggelam dengan pendedahan terbaru ini?

Sama-samalah kita tunggu dan nantikan pendedahan terbaru ini. Apa yang pasti laluan Najib masih berliku untuk ke Putrajaya....Perbicaraan Altantuya pertengahan Januari depan pasti menjadikan mimpi Najib sebagai bakal orang nombor satu bakal terganggu.

1 comment:

Anonymous said...

Memang tidak dinafikan, sama ada benar atau tidak dakwaan yang mengaitkan Najib dengan skandal Altantuya dan kapal selam serta Eurocopter, agak sukar bagi beliau menangkis semua dakwaan tersebut walaupun ia tidak benar. Ini adalh kerana di dalam fikiran pembangkang memang telah disemat mati bahawa Najib tetap bersalah walau macam manapun. Saya sendiri sebagai penyokong UMNO juga ada kalanya tertanya-tanya kebenaran skandal Najib. Tapi sebagai orang Islam, adalah tak sepatutnya kita berburuk sangka. Sekiranya Najib benar-benar terlibat, maka wajarlah beliau terima hukuman tapi jika beliau benar-benar tidak bersalah, maka wajarlah kita memberi sokongan terhadap beliau...