17 November 2008

UMNO KENA BELAJAR ERTI DEMOKRASI DARI MIC-MALAYSIAKINI


Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu hari ini berkata, beliau bersedia berhadapan dengan sesiapa sahaja yang berhasrat mencabarnya bagi merebut jawatan tertinggi parti itu pada pemilihan jawatan presiden parti Mac depan.

Beliau berkata, MIC sentiasa mengamalkan demokrasi dan mana-mana pihak atau pemimpin boleh bertanding apa juga jawatan termasuk jawatan tertinggi parti.

"Sesiapa pun boleh bertanding. Saya minta 100 orang bertanding jawatan Presiden," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar penjenamaan semula MIC di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan yang memetik kenyataan bekas Naib Presiden, MIC Datuk M. Muthupalaniappan yang menawarkan diri bertanding jawatan presiden pada pemilihan parti itu.

Dalam hal ini saya 'tabik spring' kepada Samy Vellu dan MIC yang mengamalkan sikap terbuka dan demokrasi dalam pemilihan parti itu pada Mac depan kepada siapa sahaja ahli dalam parti itu tanpa memerlukan kuota pencalonan tertentu.

Berbeza dengan Umno yang mengenakan pelbagai syarat seperti kuota pencalonan untuk jawatan tertinggi dalam parti itu sehingga menyebabkan Ku Li dan lain-lain lagi terkulat dan kempunan untuk bertanding jawatan tertinggi dalam Umno gara-gara gagal mendapat pencalonan yang mencukupi. Padahnya apa yang berlaku hari ini gejala rasuah, fitnah, surat layang, berpuak-puak dan tuduh menuduh semakin subur dalam demokrasi ala Umno.

ISU BABI SANGKUT:ADA PIHAK SENGAJA TIMBULKAN KETEGANGAN KAUM-MALAYSIAKINI

Isu kepala babi yang digantung di pagar rumah AJK Umno Bahagian Masjid Tanah, Md. Rawi Mahmud memasuki episod baru. Semalam, 20 orang penduduk berarak dan membuat demontrasi di Balai Polis Kuala sungai Baru meminta agar satu siasatan segera dijalankan.


 

Pada saya isu ini merupakan satu provokasi yang sengaja dicetuskan untuk mewujudkan ketegangan kaum. Insiden ini kemungkinan besar dilakukan oleh pihak yang sama yang membuang bangkai babi di Pantai Peranginan Pengkalan Balak pada bulan lepas. Sila lihat posting saya sebelumnya.

http://angkasanuri.blogspot.com/2008/10/pantai-pengkalan-balak-dicemari-kepala.html

Semalam, Datuk Seri Muhd. Ali Rustam menyifatkan tindakan pihak yang terlibat sebagai biadab dan kurang ajar.

Dalam hal ini semua pihak perlu berhati-hati dengan terperangkap dengan isu yang berlaku. Satu siasatan terperinci perlu dilakukan dengan menangkap dalang yang terlibat. Isu ini dipercayai berkaitan dengan langkah kerajaan negeri yang masih tertangguh untuk menutup ladang babi di Paya Mengkuang iaitu berhampiran dengan kedua-dua insiden berkenaan.

Isu ini tidak akan berlaku jika kerajaan negeri dapat menangani isu yang sekian lama telah tertangguh . Ini sekali lagi membuktikan kelemahan kerajaan negeri dari segi pemantauan dan penguatkuasaan sehingga jumlah ladang dan bilangan babi semakin tidak terkawal dan meningkat berlipat kali ganda.


 

JETI NELAYAN RM 3 JUTA:BELUM APA-APA DAH RUNTUH-MALAYSIAKINI


Jeti nelayan yang menelan kos RM 3 juta yang hanya baru 20% siap di Kuala Sungai Serkam Melaka runtuh.

Jeti sepanjang 200 meter itu runtuh dalam kejadian 'pasang keling' yang berlaku kelmarin.

Nelayan dan penduduk mendakwa jeti berkenaan tidak mengikut spesifikasi menyebabkan ia mudah runtuh dan boleh membahayakan nyawa orang ramai.

Dalam isu ini, satu siasatan perlu dilakukan untuk mengheret pihak yang terlibat sekiranya wujud unsur-unsur penyelewengan dan rasuah dalam projek ini. Bayangkan jika jeti berkenaan siap dan digunakan oleh nelayan di situ sudah pasti keselamatan nyawa terancam dan peralatan nelayan boleh musnah.

Inilah masalahnya jika projek yang dijalankan diberi kepada kontraktor yang tidak berkelayakan. Tetapi disebabkan mereka rapat dengan pemimpin-pemimpin Umno projek berkenaan diluluskan juga. Akhirnya yang menjadi mangsa adalah golongan bawahan dan menyebabkan wang rakyat hangus begitu sahaja.

BONGKAR!PELAJAR TIDAK DUDUKI UPSR DAPAT A DALAM BAHASA MELAYU-MALAYSIAKINI

Hishamuddin berbangga dengan peningkatan pelajar yang menduduki UPSR dari segi bilangan yang lulus dan dapat 5A meningkat.

Malam tadi saya dikejutkan dengan satu maklumat yang begitu mengejutkan dari sepupu saya yang bertugas di sebuah sekolah rendah di Melaka tentang keputusan UPSR yang diumumkan di sekolah berkenaan.

Seorang pelajar di sekolah berkenaan hanya menduduki kertas pemahaman bagi subjek Bahasa Melayu dan tidak mengambil kertas penulisan ( subjek bahasa Melayu ada dua komponen iaitu penulisan dan pemahaman). Apa yang mengejutkan, walaupun hanya ambil satu kertas sahaja iaitu pemahaman, pelajar berkenaan dapat A! Semua guru di sekolah berkenaan turut terkejut dengan keputusan yang diperolehi pelajar berkenaan.

Ini merupakan satu bukti bahawa kementerian pelajaran telah memanipulasi keputusan dalam UPSR untuk membuktikan bahawa Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris(PPSMI) telah berjaya. selain daripada kemungkinan graf lulus bagi subjek matematik dan sains diturunkan bagi memberi laluan lebih ramai pelajar lulus dan dapat keputusan yang lebih memuaskan bagi kedua-dua subjek itu.

Kementerian Pelajaran dan Lembaga Peperiksaan tolong siasat kenapa perkara ini berlaku. Saya sedia dedahkan nama pelajar dan sekolah berkenaan jika satu sisatan telus dan pendedahan hasil siasatan kepada umum dilakukan.

16 November 2008

MD. TAIB DAH MULA KEMPEN?-MALAYSIAKINI

Dalam diam-diam Tan Sri Muhammad Taib sudah mula pasang strategi untuk rebut jawatan timbalan presiden Umno. Adakah kita semua perasan pakej ransangan ekonomi RM 7 bilion yang dibentangkan Najib yang penuh kontroversi tempohari banyak beri perhatian untuk golongan di luar bandar?

Siapa menteri yang jaga hal ehwal masyarakat di luar bandar? Orangnya lain dan tak bukan adalah Md. Taib. Adakah dana yang begitu besar yang diperuntukan untuk golongan luar bandar merupakan satu kebetulan? mungkinkah ia merupakan strategi serampang dua mata atau sambil menyelam minum air? Bertujuan memberi dana atau 'modal' kepada Md. Taib berhadapan dengan kempen tiga penjuru merebut jawatan nombor dua.

Mungkin ini memberi isyarat bahawa Najib lebih selesa menjadikan Md. Taib sebagai regu berbanding Muhyiddin dan Ali Rustam. Najib berselindung atas nama memulihkan ekonomi untuk 'memulihkan' dan mengangat imej Md. Taib pada pandangan umum. Melalui pakej kewangan yang besar sudah pasti banyak projek akan disediakan.

Jadi faham-fahamlah..Bila banyak projek, siapa yang akan dapat peluang? Sudah pasti kontraktor-kontraktor yang selama ini begitu rapat dengan pemimpin Umno. Kalau tidak beri pada kaum kerabat sendiri projek-projek yang bakal dijalankan setidak-tidaknya boleh ambil komisyen. Bila banyak komisyen maka banyaklah modal untuk berhadapan dengan pemilihan Umno. Apa yang pasti mereka yang setia dan rapat pada Md. Taib akan dapat segala projek yang bakal memberikan pulangan yang lumayan.

Sebanyak RM525 juta daripada pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini akan digunakan untuk membina rumah bagi 15,000 keluarga miskin tegar di seluruh negara.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, semua keluarga miskin tegar itu akan memiliki rumah sendiri dengan dua atau tiga bilik.

“Pembinaan rumah ini akan menyelesaikan 90 peratus masalah rumah keluarga miskin tegar kerana dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), jumlah rumah yang akan dibina adalah sebanyak 20,450. Datuk Seri Najib telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi membolehkan pembinaan rumah ini dijalankan secepat mungkin, kita akan mulakan pembinaan ini tahun depan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program ’Apa Khabar Orang Kampung’ di Kampung Matang Acheh, Pantai Remis di sini hari ini.

Beliau berkata, kerja-kerja pembinaan rumah ini perlu dipercepatkan bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi di semua kawasan yang terlibat.

RAKYAT TERUS MENDERITA -MALAYSIAKINI

Dalam sehari dua ini kita akan menerima dua berita baik. Pertama Plus Expressways Berhad (Plus) dijangka menurunkan kadar tol di lebuh raya kendaliannya dan pengumuman mengenai perkara itu akan dibuat oleh syarikat berkenaan Selasa ini.Manakala yang kedua kerajaan dijangka menurunkan lagi harga minyak sebanyak 15sen. Bermakna harga petrol akan menjadi RM2.

Walaupun harga minyak dan tol yang bakal diturunkan memberi sedikit kelegaan kepada pengguna tetapi kenaikan kos sara hidup dan kenaikan harga barang menjadikan penurunan yang bakal diumumkan tidak memberi kesan besar dan langsung kepada orang ramai.

Malah, harga minyak petrol yang dicadangkan oleh kerajaan pada harga minimum RM 2 masih tidak setimpal dan berbaloi dengan kenaikan menadadak yang dibuat oleh kerajaan pada Mac lalu. Iaitu kenaikan sekaligus 78 sen untuk petrol dan RM 1 untuk diesel.

Ramai pakar ekonomi berpendapatan tindakan kerajaan yang tergesa-gesa dan tidak bijak dengan menaikkan harga minyak secara mendadak menyebabkan kadar inflasi semakin tidak terkawal.Malah pemberian subsidi yang diberi kepada pemilik kenderaan adalah tindakan sia-sia bagi membantu meringankan beban pengguna kenderaan.

Adakah kita nak menyalahkan pemborong dan penjual bila harga meningkat? Adakah mereka akan menurunkan harga bila kadar tol dan harga minyak diturunkan lagi? Saya tidak nafikan mungkin akan berlaku sedikit penurunan harga barang tetapi berapa sen sangat? Sebagai contoh adakah harga beras yang diturunkan adalah sama harga atau lebih murah berbanding pada awal tahun lalu? Contoh lain selepas, kenaikan harga minyak, harga susu bayi di pasaran meningkat di antara RM 3 hingga RM 10. Adakah pemborong dan peniaga susu akan kembalikan harga pada harga asal?

Malah tindakan pihak tertentu yang kononnya menyahut seruan kerajaan dengan menurunkan harga barang lebih merupakan tindakan psikologi dan hanya gimik untuk menarik pembeli ke premis mereka. Misalnya seperti yang dilakukan oleh pemilik pasaraya besar seperti Giant, Carefour dan Tesco. Terbaru yang dilakukan oleh pengusaha restoran India dan 'mamak' di seluruh negara. Adalah beberapa barang 'promosi' diturunkan harga tetapi hakikat sebenar harga kebanyakan barang lain yang dijual masih lagi membebankan dan mahal. Ramai pengguna dan pembeli yang tertipu dan terpedaya dengan gimik yang dibuat oleh syarikat-syarikat berkenaan.

Begitu juga dengan kadar tambang bas dan teksi adakah akan diturunkan seiring atau selepas pengumuman yang akan dibuat?Kita perlu menyedari hakikat, selepas kenaikan harga minyak pengusaha pengangkutan awam ini berhadapan bukan sahaja kenaikan harga minyak tetapi serba serbinya meningkat seperti alat ganti, tayar kenderaan dan kos penyelenggara. Semua ini menyebabkan impian pengguna pengangkutan awam untuk menikmati harga tambang yang lebih murah tidak akan kesampaian.

Di sini terdapat beberapa langkah yang boleh diambil oleh kerajaan untuk memulihkan ekonomi dan kuasa beli rakyat.

1. Menurunkan harga minyak mengikut harga pasaran dunia pada hari ini dengan mengambil kira 30 sen subsidi yang dikatakan diberi oleh kerajaan maka harga minyak mesti diturunkan pada kadar RM 1.70 bagi petrol dan RM 1.60 untuk diesel.

2. Memberi pendidikan percuma sepenuhnya kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira status dan jumlah pendapatan isi rumah.

3. Memenuhi tuntutan MTUC untuk memberi gaji minimum untuk pekerja swasta sebanyak RM 900 dan bayaran cola.

4
.Menambah bilangan barang kawalan yang berada di pasaran dan meningkatkan dari segi penguatkuasaannya.

5. Menghentikan semua projek-projek mega yang membazir dan tidak perlu diberi keutamaan.

6. Mengikut langkah kerajaan pakatan rakyat yang mengambil pendekatan berhemah dan berjimat cermat.Misalnya,semua program jamuan, mesyuarat dan seminar serta kursus diadakan di premis milik kerajaan dan bukan lagi di hotel yang berbintang-bintang.

7. Menghapuskan semua bentuk tender runding terus dengan memperkenalkan sistem tender terbuka sepenuhnya. Diwujudkan satu jawatankuasa tender terutama melibatkan projek-projek besar yang diwakili dari kerajaan dan Pakatan Rakyat.Ini untuk mengelakkan berlaku budaya rasuah, pemberian komisen dan amalan kronisme

Sebenarnya banyak lagi langkah yang boleh diambil oleh kerajaan. Mungkin ada orang berkata cakap memang le mudah tapi pelaksanaannya adalah sukar. Bagi saya ini merupakan alasan orang yang pesimis dan negatif dalam hidupnya.

Kepimpinan YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat selam 18 tahun menerajui Kelantan telah membuktikan walaupun kerajaan negeri disekat dan dihalang dari pemberian bantuan oleh kerajaan pusat tetapi berkat kepimpinan yang berjimat cermat dan mengutamakan kebajikan, rakyat Kelantan menikmati pelbagai nikmat yang tidak diperolehi di negeri-negeri lain.

Kelantan hari ini terkenal dengan serba serbinya murah dari harga makanan sehinggalah harga barang-barang keperluan lain. Apa yang penting adalah kesungguhan dan kemahuan. Kalau pemimpin hanya memikirkan untuk mengaut kekayaan dan kepentingan diri serta kroni sampai bilapun rakyat akan terus menderita.

GILIRAN WANITA UMNO PAHANG PULA BERGOLAK-MALAYSIAKINI

Pergolakan yang berlaku di dalam Umno sekarang semakin parah dan tidak terkawal. Walaupun pelabagai gesaan dan nasihat dibuat, seolah-olah Umno hari ini semakin tidak dapat diselamatkan lagi.Semua ini menyebabkan mereka di dalam Umno saling tuduh menuduh di antara satu sama lain.

Hari ini wujud pelbagai puak dan kem dalam Umno.Walau bagaimanapun bagi golongan di peringkat bawahan dan bahagian keadaan ini adalah sesuatu yang dinantikan. Inilah masanya mereka boleh 'buat duit' dengan mendapat ganjaran dan habuan daripada mereka yang bertanding.Semakin banyak puak dan kem yang wujud maka semakin banyak peluang 'keemasan' untuk mereka mencari 'lebihan pendapatan'.

Terbaru apa yang berlaku dalam wanita Umno Pahang. Sehari selepas Ketua Wanita Umno Pahang, Datuk Maznah Mazlan, menyatakan wanita negeri itu memberi sokongan terhadap Ketua Wanita, Tan Sri Rafidah Aziz dan mahu pelan peralihan kuasa pada Jun 2009 dikekalkan, kenyataannya disanggah keras Naib Ketua Wanita Pahang, Datuk Rosni Zahari, semalam.

Rosni yang juga Exco Wanita Umno berkata, kenyataan dikeluarkan Maznah kelmarin, amat mengejutkan kerana ia bukan pandangan sebulat suara Wanita Umno Pahang yang hanya bermesyuarat bagi membincangkan isu itu, semalam.

Malah, beliau berkata, tindakan Maznah memberi kata dua kepada Naib Ketua Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil supaya menetapkan pendirian sama ada mahu menentang Rafidah atau Exco Wanita, Datuk Kamilia Ibrahim, adalah tidak wajar sama sekali, kerana ia seolah-olah menidakkan proses demokrasi dalam parti.

"Saya hairan kenapa Maznah memberi kenyataan itu semalam (kelmarin) seolah-olah ia sudah dipersetujui semua pemimpin Wanita Pahang, sedangkan mesyuarat untuk membincangkan isu itu hanya diadakan hari ini (semalam).

"Saya enggan hadir mesyuarat itu kerana berasa seperti diperangkap supaya bersetuju dengan kenyataan yang sudah dikeluarkan, sedangkan suara Wanita Pahang adalah sebaliknya.

15 November 2008

UPSR 2008: JURANG PENDIDIKAN MAKIN KETARA DI ANTARA MURID BANDAR DAN LUAR BANDAR-MALAYSIAKINI

Di sebalik kenyataan Datuk Hishamuddin bahawa keputusan UPSR meningkat dari segi bilangan yang mendapat A dan mendabik dada PPSMI (Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ) telah berjaya kita disembunyikan dengan data yang mengejutkan bahawa daripada 518,616 calon menduduki UPSR seramai 30,049 murid yang mendapat gred D dan E untuk semua mata pelajaran.

Jumlah sebesar itu boleh memuatkan 25 buah sekolah jika sebuah sekolah menampung 1,200 murid.

Lebih memeranjatkan, angka 30,049 itu adalah peningkatan “tidak sihat” sebanyak 44 peratus berbanding UPSR tahun lalu yang mencatatkan seramai 20,856 calon tidak menguasai tahap minimum untuk semua subjek.

Jika diperincikan lagi, jumlah “murid kurang upaya” bagi tahun 2007 itu pula meningkat 4.5 peratus daripada tahun 2006.

Ini bermakna bermula dari tahun 2006 sehingga tahun ini jumlah mereka yang gagal meningkat secara mendadak. Apa makna semuanya ini?

Selama enam tahun di bangku sekolah sebahagian daripada mereka masih gagal menguasai aspek literasi yang berkait rapat dengan kemahiran kognitif dalam membaca, menulis dan aritmetik.

Ini juga bermakna kerajaan sanggup berhabisan lebih RM 5 bilion untuk PPSMI tetapi kerajaan melalui Kementerian Pelajaran seolah melupakan program asas dan teras membasmi golongan buta huruf.

Walaupun ada program membasmi buta huruf seperti Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M),Program sekolah Kurang Murid(SKM) dan Proram Pensiangan Salinantan untuk sekolah pedalaman dan terpencil untuk golongan susah dan miskin, program seumpama ini hanya seperti melepaskan batuk di tangga sahaja. Buat untuk sekadar ada sahaja. Program ini tidak 'glamour' seperti program PPSMI yang mendapat pelbagai kemudahan dan peruntukan dari kerajaan.

Daripada jumlah sebanyak 31.1 peratus murid-murid yang menguasai pembelajaran itu khususnya subjek sains ataupun matematik adalah dari kalangan mereka yang tinggal di bandar dan mempunyai latar belakang keluarga berpendidikan.Manakala murid yang tinggal di kampung dan pedalaman terus ketinggalan dan terpinggir yang tidak mampu menyaingi murid yang tinggal di kota.

Saya sempat bertanya dan bersembang dengan beberapa orang guru besar dan guru di Melaka tentang keputusan UPSR yang baru diumumkan. Antara yang diperkatakan di antara faktor pelajar tidak mendapat 5 A, bermakna bilangan yang mendapat 4A dan 3A yang ramai adalah berpunca pelajar hanya mendapat B dan C bagi mata pelajaran matematik dan sains. Buatlah kajian dan siasatan, pada tahun ini bilangan pelajar yang mendapat 4A dan 3A adalah meningkat begitu ketara sekali jika tidak disebabkan faktor subjek matematik dan sains.

Akhirnya apa yang berlaku, PPSMI akan mewujudkan jurang yang lebih besar antara murid bandar dan kampung serta perbezaan antara golongan kaya dan miskin. Ini menyebabkan murid di kampung sukar untuk bersaing dengan murid di bandar yang memiliki kemudahan dan kemampuan untuk menghadiri kelas tiusyen dan sebagainya bagi meningkatkan penguasaan dalam bahasa Inggeris.

Apa yangs sepatutnya dilakukan oleh kerajaan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris ialaj melalui memantapkan prasarana dan latihan guru yang mengajar bahasa Inggeris dan bukannya 'mencemari' subjek matematik dan 'sains' dengan diajar dalam bahasa Inggeris.

SIAPA JJ NAK CAKAP PASAL ISLAM?-MALAYSIAKINI

Datuk Dr Jamaludin Jarjis atau lebih dikenali sebagai JJ dikatakan mengamuk sakan kerana tidak puas hati kepada sahabat saya masa di Pahang dulu Ustaz Shuhaimi yang berkhutbah di Masjid Keratong 4.

Apa salah dan silapnya tentang khutbah Ustaz Shuhaimi? Di mana cacat dan celanya? Adakah khutbah yang disampaikan menyalahi mana-mana rukun khutbah?

Kepada JJ, cerminlah diri dahulu sebelum hendak mempersenda dan mempertikaikan soal berkaitan agama. Saya cukup kenal dengan beliau walaupun beliau tidak mengenali saya semasa saya menetap di sana.Kepada Datuk JJ anda boleh berlakon untuk bercakap tentang Islam di tempat lain tetapi bukan kepada penduduk di parlimen beliau.Saya senaraikan skandal dan kontroversi sepanjang beliau menjadi ahli parlimen Rompin

1.Menjamu dan menghidangkan orang asli di Rompin dengan judi dan arak terutama setiap kali pilihanraya umum.

2. Terlibat untuk dengan menawarkan sejumlah wang yang besar kepada penyambut tetamu perempuan di Berjaya Tioman resort untuk tidur dengan beliau sehingga wanita berkenaan berhenti dari resort berkenaan.

3. Menggunakan kuasa dan pengaruh wang yang ada untuk merasuah dan mengugut penduduk Rompin terutama di kampung-kampung untuk memilih beliau dalam pilihanraya umum.

4.Terlibat dengan adegan 'raba-raba' punggung dengan pekerja sebuah kelab malam di Kuala Lumpur.

Layakkah seorang yang terlibat dengan pelbagai skandal dan salah laku bercakap tentang Islam?

Namun apa yang berlaku boleh diduga. Setelah terpinggir dan dibuang oleh Pak Lah sebagai menteri beliau kini seolah-olah mendapat 'nafas baru' menunggu Najib menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno.JJ merupakan regu dan orang kepercayaan Najib.Emmm..eloklah tu.JJ hanya menunggu masa Najib naik jadi Presiden Umno dan PM untuk memainkan agenda yang lebih besar untuk merampas jawatan MB Pahang.

JJ telah sekian lama mengidam untuk merebut jawatan Menteri Besar Pahang dari Menteri Besar tunjuk punggung, Adnan Yaakub.Tapi tahanlah, Adnan hanya tunjuk punggung dari JJ yang raba punggung...Habis hancur lebur negara ni..

TINDAKAN TEGAS TETAPI BUKAN ISA-MALAYSIAKINI


Gerakan Belia 4B Malaysia menggesa polis mengenakan tindakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukan Islam mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan perlakuan wanita menyamai lelaki atau 'pengkid.'

Ahli Majlis Kerja Tertinggi gerakan itu, Hasan Abd. Rahman menegaskan, tindakan tegas seperti itu perlu diambil sebagai pengajaran kepada NGO terbabit supaya tidak sewenang-wenangnya mempertikaikan keputusan yang diambil oleh pihak berkuasa agama Islam.

Katanya, ia juga memastikan agar tidak ada lagi mana-mana pihak atau NGO yang membuat tindakan yang sama pada masa depan.

''Hanya melalui tindakan ISA ini mampu memberi pengajaran kepada mereka agar pada masa depan, mereka tidak boleh sewenang-wenangnya mempertikaikan keputusan institusi agama Islam," tegas beliau dalam kenyataannya di sini hari ini.

Namun begitu, saya tidak bersetuju dengan penggunaan ISA terhadap golongan NGO berkenaan yang begitu biadab dan berani menyentuh urusan agama Islam. Walaupun tindakan NGO berkenaan keterlaluan dan melampaui batas, menggunakan ISA dalam apa juga keadaan sekalipun tidak boleh diterima. Ini akan menggambarkan imej yang lebih negatif kepada Islam yang menjamin keadilan dan melaksanakan undang-undang mengikut lunas-lunas yang ditetapkan.Ia juga konsisten dengan perjuangan Pakatan Rakyat untuk menghapuskan ISA yang terbukti selama ini menzalimi dan tidak menghormati nilai kemanusiaan yang bercanggah dengan ajaran Islam.

Baru-baru ini NGO bukan Islam, Katagender dan Food-not-Bombs mengadakan demonstrasi di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) bagi membantah keputusan majlis itu mengharamkan perlakuan 'pengkid.'

Pada 23 Oktober lalu, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa mengharamkan perbuatan perempuan yang membuat penampilan seperti lelaki atau dikenali sebagai 'pengkid.'

Tindakan tegas adalah perlu agar pada masa akan datang tidak ada lagi mana-mana pihak yang berani menyentuh dan mencampuri urusan agama Islam di negara ini. Mereka perlu menyedari bahawa umat Islam di negara ini tidak pernah mencampuri dan mempertikaikan amalan keagamaan dan kepercayaan agama lain secara terbuka. Justeru itu mereka perlu belajar dari Islam cara bagaimana menghormati dan menjaga sensitiviti agama lain supaya keamanan dan keharmonian dapat terus dipertahankan.