20 November 2008

PENGEBOM BALI PUN DIBENAR SEMBAHYANG JUMAAT-MALAYSIAKINI


Imam Samudra,Mukhlas dan Amrozi sedang mendengar Khutbah



Datuk Zahid Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri melenting bila Raja Petra Kamarudin mempertikaikan prosedur tahanan ISA beragama Islam yang tidak dibenarkan sembahyang Jumaat.

Beliau berkata, solat Jumaat memang tidak diizinkan bagi tahanan ISA dan janganlah sesiapa memberi alasan untuk mempetikaikannya.

Saya tak bercadang nak mempertikaikannya tetapi cuma sekadar hendak berkongsi bahawa 3 orang pengebom Bali iaitu Amrozi, Mukhlas dan Imam Samudra yang dijatuhkan hukuman mati baru-baru ini pun masih lagi dibenarkan sembahyang Jumaat dan sembahyang raya sementara menanti tarikh pelaksanaan hukuman mati dilakukan.

6 comments:

Anonymous said...

Walaupun saya adalah penyokong UMNO tapi dalam bab ISA, saya ada bantahan terhadapnya. Lebih-lebih lagi dalam isu yang dibangkitkan oleh Raja Petra. Sebagaimana yang kita tahu, solat Jumaat diwajibkan kepada semua lelaki beragama Islam tak kira pangkat atau bangsa. Malah jika ia ditinggalkan 3 kali berturut-turut maka seseorang itu akan di'cop' sebagai munafik...Nauzubillah... Inilah hukum yang Allah SWT dah tetapkan. Tiada siapa yang boleh pandai-pandai merubahnya walaupun Zahid Hamidi. Beliau tidak sepatutnya mempertikaikan keimanan Raja Petra. Itu antara dia dengan Tuhan. Jika Raja Petra dan lain-lain tahanan ISA yang beragama Islam tidak dibenarkan solat Jumaat, adakah Zahid Hamidi nak tanggung dosa mereka? Sedangkan 'terrorist' yang kononnya lebih bahaya pun dibenarkan solat Jumaat serta solat sunat Hari Raya, apatah lagi tahanan ISA seperti Raja Petra yang bukan 'terrorist'?

Anonymous said...

Saya setuju dengan Samsudin. Kenapa Zahid Hamidi perlu melenting bila RPK bangkitkan isu tahanan ISA tak dibenarkan solat Jumaat? Kenapa perlu pertikaikan sama ada RPK pernah solat Jumaat berapa kali? Itu antara RPK dengan Allah Taala. Kita tak boleh pertikai. Lagipun hukum solat Jumaat, Allah Taala dah tentukan bahawa ia adalah diwajibkan bagi lelaki Islam. Siapa Zahid Hamidi nak tukar hukum Allah?

Anonymous said...

Dia kan ke menteri gangster, Habis anak orang dipelupohnye setengah mati. Memang jenis panas baran agaknye seban itu bila RPK buat laporan, dia melenting macam orang gila. Bukan masalah RPK berapa kali sembahyang Jumaat tapi tahanan lain yang beragama Islam, itu tanggungjawab mereka kepada Allah. Mengapa perlu disekat????? inikan kerajaan UMNO@BN yang kata memperjuangkan agama? Sudahlah jangan diharap apa-apa lagi pada UNMO ni.

Anonymous said...

"...Saya cuba bersikap neutral dalam isu ini. Tak kiralah apa pun yang Zahid Hamdi katakan dalam isu Solat jumaat di ISA. Jika dia berugama Islam dia jawap dan tanggunglah depan ALLAH.

Bagi pihak RPK pula, kenapa beliau sengaja provok perkara ini, sedangkan saya masih ingat sewaktu beliau di tangkap sebelum ini berdasarkan waktu tangkapan adalah pada hari Jumaat jam 1.00+++ tengahari. Dan tangkapn di buat di rumah beliau. Bukahkah di waktu itu beliau sepatutnya berada di Masjid bersama jemaah lain untuk Solat Jumaat. So di mana rasionalnya laporan beliau.

Kesimpulannya, Buat Kerajaan Malaysia dan Menteri yang menjaga hal ehwal agama, jika cukup 40 orang tahanan ISA yang beragama Islam maka buatlah solat Jumaat dalam KEM Tahanan tersebut.

Bagi saya undang2 tetap undang2, yang bertanggungjawap mencipta undang2 tersebut lebih tahu baik buruk dan dosa pahala...."
- dipetik dari seorang komentar di blog ini.

Anonymous said...

zahid hamidi tiada hak untuk mempersoalkan samada itu seseorang itu ada menunaikan solat atau tidak kerana solat itu adalah urusan antara seorang hambaNYA dengan Allah.

jika di Indonesia tahanan dibolehkan untuk solat jumaat,kenapa tahanan disini tidak boleh pula?.jangan lihat pada RPK sahaja.lihat juga pada tahanan lain yang beragamas Islam.mereka ada hak juga untuk bersolat sekiranya mereka mahu.janganlah jadikan Penjara Kamunting sebagai Guantanamo Bay.

mas said...

Lanun pun boleh solat berjemaah bersama masa mereka menahan kapal Malaysia...