13 November 2008

ADUN BN MUFLIS :TAK MUNGKIN ADA PILIHANRAYA KECIL DI KEDAH-MALAYSIAKINI


Mahkamah telah mengisytiharkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim muflis.Timbalan Pendaftar Najwa Che Mat telah mengisytiharkan Syed Sobri sebagai muflis 3 November lalu.Syed Sobri dikatakan gagal menjelaskan hutang bank berjumlah RM100,000.

Bagaimanapun Syed Sobri telah mengemukakan rayuan dan permohonannya akan didengar pada 1 Disember ini.Pada 8 Mac lalu, Syed Sobri menewaskan calon PAS, Zawawi Ahmad dengan kelebihan 805 undi.

Rata-rata laman web berita dan blog meramalkan bahawa Kedah akan melalui satu pilihanraya kecil tidak lama lagi selepas Pilihanraya Umum ke 12.

Bagi saya Umno dalam keadaan sekarang tak berani untuk berhadapan pilihanraya kecil jauh sekali ura-ura akan berlaku pembubaran Dewan Rakyat untuk mengadakan pilihanraya baru bagi membolehkan BN mendapat mandat baru yang lebih kuat dan meyakinkan.

Di antara faktor yang paling menggusarkan Umno ialah pergolakan yang sedang berlaku sekarang akibat mesyuarat-mesyuarat bahagian baru-baru ini dan dijangka semakin parah menjelang Persidangan Agong Umno Mac depan. Umno sekarang dalam keadaan paling lemah dan tidak bermaya angkara budaya rasuah, tikam belakang dan fitnah memfitnah yang berlaku.Percakaran dan perbalahan yang berlaku dalam Umno menyebabkan mereka tidak mampu untuk menggerakkan jentera jika pilihanraya kecil diadakan. Jika isu dalaman pun tak dapat diselesaikan,inikan pula hendak menjawab dakwaan dan hujah dari pihak Pakatan Rakyat jika pilihanraya kecil diadakan.

Persidangan Agung Umno yang bakal meyaksikan pemilihan jawatan tertinggi dalam Umno di peringkat pusat, pemuda dan wanita menyebabkan jentera dalam Umno lebih tertumpu dalam usaha untuk melobi dan berkempen bagi calon yang bertanding. Lagipun habuan yang diperolehi adalah lebih lumayan berbanding bertugas dalam pilihanraya kecil.

Di samping itu, jumlah hutang yang gagal dilunaskan oleh Syed Sobri sebanyak RM 100 ribu adalah nilai yang sangat kecil bagi pemimpin Umno seperti beliau ibarat sisa makanan yang terselit di celah gigi. Dalam sekelip mata sahaja bayaran itu dapat dilunaskan.

Saya bersetuju dengan kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak agar pihak yang terlibat khasnya Umno menyelesaikan masalah itu dengan sebaik mungkin. Jika pilihanraya kecil diadakan maka banyak duit rakyat akan dibazirkan kerana pilihanraya kecil yang tidak perlu itu.

3 comments:

Anonymous said...

Kedah MB urged UMNO to settle things first among them.personally,i'm sure UMNO can handle such a little mess like this.if UMNO can take care of the mess then there's no need for by-election in Kuala Nerang.

i'm sure Kedah MB just wanna to avoid money being wasted on by-election when there are other alternative to settle things up.

Unknown said...

selagi benda boleh diselesaikan tanpa perlu ada pilihanraya kecil maka elok selesaikan dulu.tak perlu nak berebut-rebut kerusi adun Kuala Nerang.elakkan dari membazir duit buat kempen dan mengadakan pilihanraya.nanti entah apa pulak jadi nanti masa pilihanraya kecil nanti.

Unknown said...

MB Kedah memberi pandangan yang cukup bagus dan bijak.dia tidak menunjukkan langsung sifat opportunis seperti PKR yang telah pun diura-urakan untuk bersiap sedia jika bakal ada pilihanraya kecil.

malah MB Kedah menasihati UMNO untuk menyelesaikan masalah berkaitan Adun Kuala Nerang bagi mengelakkan ada pilihanraya kecil seterusnya merugikan masa,duit dan tenaga.