Badan Pencegah Rasuah (BPR) mengumumkan nilai suapan sepanjang bulan Januari hingga Oktober tahun ini mencacah RM 45 juta berdasarkan 13,669 maklumat yang diterima dalam tempoh yang sama.
Perkara ini diumumkan Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) Datuk Ahmad Said Hamdan semasa berucap pada perasmian Seminar Kepimpinan Berintegriti Ketua-ketua Jabatan Negeri Pahang.
Dalam masa yang sama saya yakin ramai yang ingin mengtahui adakah jumlah yang diumumkan termasuk lebih 900 aduan rasuah yang dimaklumkan oleh Lembaga Disiplin Umno semasa pemilihan mesyuarat-mesyuarat bahagian baru-baru ini?
Mantan perdana Menteri mendedahkan bahawa setiap perwakilan boleh memperolehi sehingga RM 20 ribu seorang daripada calon-calon yang bertanding sepanjang proses pemilihan berlangsung di peringkat bahagian. Terbaru hari ini, Dr. Mahathir secara sinis mencadangkan agar mereka yang terlibat dengan rasuah atau politik wang ini ditahan di bawah ISA. Menunjukkan kekecewaan beliau yang amat sangat dengan gejala rasuah yang berlaku dalam Umno sekarang.
Manakala Tengku Razaleigh pula mendedahkan terdapat agen atau wakil bahagian meminta sehingga RM 2 juta untuk mencalonkan Ku Li untuk bertanding jawatan presiden Umno.Sementara itu, Dr. Rais Yatim menyifatkan budaya rasuah dalam Umno semakin kronik dan secara sinis mencadangkan semua jawatan dalam Umno ditender.
Semua ini menggambarkan betapa seriusnya amalan rasuah dalam Umno. Dijangka budaya sogokan dan rasuah akan menjadi lebih tidak terkawal menjelang Persidangan Umno pada Mac nanti. Adakah BPR menyedari masalah ini atau pura-pura tak nampak atau hanya memandang isu rasuah dan Umno sebagai kes terpencil? Jadi tidak hairanlah walaupun banyak aduan dan laporan dikemukakan tentang penyelewengan dan rasuah dalam Umno BPR seperti hanya melihat sebelah mata menyaksikan apa yang berlaku.Maka semua laporan yang dibuat hanya seperti mencurah air ke daun keladi. Tanpa sebarang kesan dan tindakan yang meyakinkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
13,669 kes bukannya sikit. Bukan boleh selesai sehari dua tapi memakan masa juga. Jika kerajaan Pakatan Rakyat memerintah sekalipun, saya yakin bukan mudah juga untuk BPR selesaikan... Jangan asyik sangat menghentam kerajaan oleh kerana anda seorang pembangkang... Jangan hanya pandai cakap je...
wio lintah bertulang,jgn jadi banganglahh..dah berapa byk kes rasuah yg didedahkan dan dilaprkan kpd polis dan BPR, semenjak zaman mahatir lagi dan politik wang( rasuah politik) dlm umno haprak ni zaman mahafiraun juga sehingga ke hari ini tidak ada tindakan yg di ambil oleh BPR, KENAPA ada pilih kasih dlm BPR mengambil tindakan terhadap PEMIMPIN BN DAN JUGA POLITIK WANG DLM PEMILIHAN JAWATAN DLM UMNO,APAKAH UMNO NI KEBAL DARI SEGI UNDANG2 RASUAH DAN HANYA DIAMBIL TINDAKAN OLEH JAWATAN KUASA PEMANTAU UMNO, SEDANGKAN ORG UMNO PUN ORG MALAYSIA YG HARUS MEGHORMATI PERLEMBAGAAN NEGARA DAN KELUHURAN UNDANG2, TAK TAHULAH SAYA KALAU ORG UMNO NI SEPESI LEMBU YG ADA OTAK TAPI TAK BOLEHBERFIKIR... FIKIR- FIKIRKANLAH YAAA..
Post a Comment