09 June 2008

AKSI MAT REMPIT DAN MINAH REMPIT TERLAMPAU

PERADUAN 100 HARI 100 KERETA HARAM KATA MUFTI PERLIS

APA yang hendak dipersoalkan lagi kalau haram tetap haram! Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin telah mengeluarkan 'fatwa'nya bahawa pertandingan Sertus Hari 100 Kereta anjuran Celcom (M) Berhad adalah haram.

Menurutnya ada unsur-unsur judi dalam peraduan itu seperti pembelian nombor ekor.

Bukan saja Mufti Perlis berpendapat demikian, Mufti Johor, Noh Gadut juga berpendapat peraduan berkenaan berusur juga kerana ia memberi harapan tinggi kepada peserta dan ia adalah tidak baik.

Dua orang Mufti telah mengeluarkan fatwa masing-masing. Jadi apa yang hendak dipertahankan lagi. Fatwa dan pandangan Mufti adalah pandangan tertinggi dalam bidang agama. Pandangannya adalah paling berwibawa. Tentunya mereka membuat pandangan itu berasaskan kepada hukum-hukum yang jelas dan tidak ada unsur-unsur kepentingan peribadi ataupun keuntungan syarikat.

Sikap Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Shazali Ramly yang mempertahankan peraduan itu adalah tidak tepat dan dilihat cuba melawan pandangan Mufti serta mengelirukan orang ramai. Alasan Shazali pihaknya telah membuat kajian menyeluruh termasuk merujuk fatwa mengenai produk telekomunikasi sebelum membuat peraduan itu.

Kenyataan Shazali itu lari daripada isu sebenarnya dan mengelirukan orang ramai. Apa yang dirujuk itu ialah mengenai produk telekomunikasi dan bukan mengenai peraduan itu.
Saya pasti kalau Celcom bertanya kepada ulama dan Mufti mengenai peraduan itu ianya tidak akan dibenarkan.

Tidak ada mana-mana Mufti di dunia ini yang akan membenarkan apa-apa juga yang berunsur judi dalam apa-apa jua peraduan.

Jelas, bahawa langkah Celcom mengadakan peraduan itu tidak mendapat pandangan dari pihak berwajib dalam agama sebelum ianya dilancarkan. Jadi adalah elok kalau Celom menarik balik peraduan berkenaan dan para penggunakan khasnya pelanggan Celcom juga tidak mudah mabuk untuk memiliki kereta dan terbabit dengan peraduan berkenaan.

Dalam Islam kalau sesuatu itu haram ianya tetap haram tidak boleh dicungkil ataupun disesuaikan dengan apa-apa keadaan. Di sinilah keistimewaan dan ketinggian hukum Allah s.w.t itu.