03 August 2011

PROJEK IC PALSU: UMNO/BN GADAI MARUAH NEGARA


Sejak dari awal lagi apabila kerajaan Umno/BN beria-ia secara besar-besar mendaftarkan pendatang tanpa izin di negara ini saya menaruh perasaan curiga dan bimbang. Ternyata telahan saya berasas apabila satu persatu tembelang 'keikhlasan' kerajaan mendaftar pendatang tanpa izin terbongkar.

Sepantas membuat mee segera, pendatang tanpa izin di negara ini boleh mendapat status penduduk tetap sebelah pagi dan menjadi warganegara Malaysia dan pengundi berdaftar di sebelah petang!

Cuba bayangkan apa yang berlaku kepada negara ini jika penipuan dan konspirasi ini tidak terbongkar? Maruah dan keselamatan negara ini terancam dan berada di ambang bahaya. Hanya kerana takut hilang kuasa Umno/BN sanggup lakukan apa sahaja walaupun terpaksa mengadai dan memperjudikan nasib dan maruah negara. Adakah ini yang dimaksudkan oleh pemimpin atasan Umno tidak lama dulu bahawa akan melakukan apa sahaja untuk mempertahankan Putrajaya?

Hari ini pihak SPR cuba lepas tangan dengan menunding jari kepada kesilapan Jabatan Pendaftran Negara yang menjadi punca kekalutan yang berlaku. Patutlah Umno/BN cukup takut dengan BERSIH 2.0 kerana mereka kini sedang bergelumang dengan tangan-tangan terpalit najis untuk memporak perandakan negara ini.

Episod Projek IC untuk pendatang tanpa izin ini mengulang taktik kotor projek IC untuk pendatang tanpa izin di Sabah yang pernah mengemparkan negara satu ketika dahulu.

Saya sebagai rakyat Malaysia sudah hilang kepercayaan sama sekali pada kerajaan yang ada. Harapkan pagar pagar makan padi! Saya berharap DYMM Tuanku Yang Dipertuan Agong yang menjadi benteng terakhir negara ini agar campur tangan supaya malapetaka seterusnya tidak berlaku kepada negara ini. Langkah awal sebuah Suruhanjaya Diraja perlu ditubuhkan segera untuk memulihkan keyakinan rakyat kepada sistem demokrasi di negara ini

14 July 2011

ADNAN YAAKOB NAK BUAT AKAUN FACE BOOK 3 JUTA SOKONG PM

Menteri Besar Pahang, Dato Adnan Yaakob hari ini di sini berkata, beliau pun boleh buka akaun Face Book untuk menghimpunkan tiga juta penyokong Umno / BN sebagai maklum balas kepada sebuah akaun Face book yang menuntut PM meletak jawatan. Klik sini.

Jangan cakap je...buatlah. Selama ini pemimpin Umno / BN hanya pandai berkokok dari dalam reban je. Apabila Bersih nak berhimpun, Pemuda Umno cabar nak lawan habis-habisan sanggup bertembung dan tak gentar dengan himpunan Bersih. Kesudahannya hanya kira-kira 300 je yang hadir itu pun termasuk mat bangla - mat bangla yang kerja kilang papan yang memakai baju Patriot.

Cakap bergegar-gegar, nak kumpul ahli persatuan silat lah akhirnya hanya berani bersilat depan TV. Perkasa (m) yang beria-ia suruh orang cina simpan stok makanan hanya berani berkumpul mengadap TV di restoran di Tasik Titiwangsa pada 9 Julai lalu sambil minum Lycee Kang suam.

Saya nak tunggu berapa juta ahli dan penyokong Umno dari JKKKKK sampai ke pemimpin atasan Umno/BN yang memiliki akaun FB untuk menyokong PM.Dengar cerita ada pengerusi JKKKKK nak buka komputer pun tak reti!

OHHH...INILAH YANG DIMAKSUDKAN PERMATA NEGARA



Sebelum ini riuh satu Malaysia tentang Permata Negara. Ramai yang tak tahu dan keliru. Ramai juga yang mengeluh gara-gara Permata Negara. Bagi yang nak tahu lebih lanjut apakah sebenarnya Permata Negara klik sini dan juga klik di sini. Ini lah baru dinamakan rakyat didahulukan....

11 July 2011

SERUAN NAJIB RAYU SOKONGAN MAJORITI SENYAP DAPAT SAMBUTAN LUAR DUGAAN!

Tahniah kepada Dato Seri Najib dan tahniah kepada rakyat Malaysia! Seruan Najib disini agar rakyat Malaysia menyatakan sokongan secara senyap di alam siber mendapat sambutan di luar dugaan. Najib memperlekeh BERSIH 2.0 kononnya dalam 10,000 je hadir, katanya di luar sana ramai lagi rakyat menolak BERSIH. Ini buktinya klik sini Harap dapat refresh atau reload selalu untuk melihat betapa 'sayangnya' rakyat Malaysia kepada Najib!

PATRIOT + BANGLA AKAN PERTAHANKAN KEDAULATAN NEGARA

Pemuda Patriot akan mempertahankan kedaulatan negara dari penderhaka. Perkara itu dinyatakan oleh Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim. Nak pertahankan negara ke atau nak pertahankan Umno yang semakin nazak? Kalau yea pun sedang nazak jangan le guna pemuda import. Saya bimbang pemuda patriot 'global' ini akan diberi IC dan akan mengundi dalam PRU ke 13 akan datang untuk mempertahankan kuasa Umno/BN.

10 July 2011

BUKTI KETUA POLIS NEGARA BERBOHONG!


IGP kata dalam satu kenyataan akhbar semalam Dato Seri Anwar Ibrahim tidak cedera. Polis hanya melepaskan gas pemedih mata di sekitar Pudu tetapi tidak di hotel Hilton tempat pimpinan Pakatan Rakyat berkumpul. Tan sri Ismail Omar kata Anwar cuba membuat provokasi. Baca sini .Hari ini akhbar mereka sendiri yang terkenal dengan sikap penipu dan mengampu pemerintah mengakui bahawa Ismail Omar bercakap bohong! Sumber klik sini

10 DALIL BERSIH 2.0 JAUH LEBIH BERJAYA DARIPADA BERSIH 1.0

Pengalaman menyertai kedua-dua siri demontrasi Bersih memberi pengalaman dan penilaian yang berbeza kepada saya dan semua rakyat Malaysia yang menyertainya. Saya yakin ramai akan memberi kredit kepada penganjur dan semua rakyat yang hadir semalam berbanding dengan demontrasi Bersih tahun 1997.

Mengapa saya kata Bersih 2.0 lebih berjaya?

1. Bersih 2.0 dilaksanakan ketika lebih 3000 laporan polis dan beratus-ratus kertas siasatan dibuat untuk menghalang himpunan ini.

2. Bersih 1.0 polis tidak menemui molotov coktail, pedang dan senjata berbahaya. Berbeza dengan Bersih 2.0 polis dengan 'jayanya' menemui senjata-senjata berkenaan.

3. Bersih 2.0 dilaksanakan ketika KDN mengeluarkan 'sijil haram' kepada Bersih berbanding Bersih 1.0. Apabila ada 'sijil haram' polis fobia dengan semua benda warna kuning berbanding semasa Bersih 1.0.

4. Tidak ada tangkapan, ugutan keterlaluan berbanding semasa Bersih 1.0. Bersih 2.0 polis terpaksa kerja 'part time' untuk mencari apa sahaja yang nampak 'bersih'.

5. Bersih 2.0 menyaksikan imam/khatib yang digaji oleh Umno/BN bertindak mengeluarkan fatwa 'halal' kepada semua tindakan Umno / BN mengharamkan himpunan Bersih. Untuk rekod imam/khatib / ulama Umno terpaksa mencari nas al Quran dan hadis untuk mengharamkan Bersih.

6. Bersih 2.0 menyaksikan amaran, ugutan dan arahan kepada semua kakitangan kerajaan secara menyeluruh agar tidak terlibat dengan himpunan Bersih 2.0 berbanding Bersih 1.0.

7. Bersih 2.0 menyaksikan polis bertindak sesuka hati menangkap orang yang sedang berjalan, duduk, makan, bersembang, berdiri tanpa usul periksa berbanding dengan Bersih 1.0.

8. Bersih 2.0 dilaksanakan dengan perkenan DYMM Agong untuk berhimpun di dalam stadium tetapi tidak dapat dilaksanakan apabila pemimpin Umno terutamanya Perdana Menteri, Menteri KDN, IGP dan lain-lainya menderhaka kepada titah baginda tanpa menghormati nasihat dan peranan Tuanku sebagai tunggak raja berpelembagaan.

9. Bersih 2.0 berlangsung dalam suasana provokasi dan tindakan polis yang sangat melampau berbanding dengan Bersih 1.0 tetapi rakyat tidak sedikit pun berundur dan menyerah kalah.

10. Jumlah polis yang dikerah menyekat Himpunan Bersih adalah kira-kira 30 ribu orang menurut IGP manakala peserta Himpunan Bersih hanya 6ribu orang sahaja ( he..he ) maknanya seorang rakyat berhadapan dengan lima orang anggota polis. Bukankah itu satu kejayaan?

Kesimpulannya banyak lagi dalil membuktikan Bersih 2.0 lebih dan sangat berjaya yang menyebabkan semua pimpinan Umno/BN dan mereka yang bersekongkol dengannya tidak tidur lena. Suara rakyat suara keramat!

08 July 2011

SEMUA KHATIB/ IMAM DI MELAKA SOKONG BERSIH DALAM KHUTBAH JUMAAT?

Saya hari ini bersolat Jumaat di Masjid Al Alami MITC salah satu masjid di Melaka yang jemaahnya kebanyakkannya golongan pertengahan dan profesional. Tajuk khutbah ialah tentang 'perpaduan'.

Saya yakin, tajuk khutbah hari ini semua sama di semua masjid di Melaka. Apa yang mengejutkan saya ialah khatib pada hari itu secara terbuka menyatakan sokongan secara tidak langsung kepada Himpunan Bersih. Di akhir khutbah, khatib menyeru supaya jemaah menjunjung titah DYMM Agong. Titah DYMM Agong, minta kerajaan berunding dan laksana amanah. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Maka dalam pertemuan Bersih dengan ke bawah Duli Tuanku pada 5 Julai di Istana Negara baginda memperkenankan Bersih berdemontrasi di stadium.

Jadi jelas khatib/ imam hari ini secara tidak langsung mengajak semua jemaah beramai-ramai hadir ke stadium seperti perkenan DYMM Tuanku Yang DiPertuan Agong. Daulat Tuanku!

07 July 2011

GILA MENDERHAKA!


Macam-macam gila. Gila meroyan, gila durian, gila makan dan macam-macam lagi jenis gila. Gila apa jenis gila pun merbahaya kepada agama, bangsa dan negara. Terbaru wabak gila derhaka yang sedang melanda negara lebih hebat daripada wabak JE dan H1N1 yang pernah mengemparkan negara.

Saya pun dah pening...dulu masa sekolah belajar tingkatan 6 dan di universiti belajar tentang sistem pelembagaan negara. Raja Berlembagaan iaitu DYMM duduk hieraki teratas, di bawahnya ada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri kabinet. Hari ini saya dapati sistem hieraki kuasa sudah jadi macam rojak pasembur.Di antara Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri siapa yang paling berkuasa?

Menteri Dalam Negeri sekarang kuasanya dah mengatasi Perdana Menteri malah dengan beraninya mengingkari titah DYMM Agong! Kadang-kadang Ketua Polis Negara nampak lebih berkuasa dari Perdana Menteri dan DYMM Agong. Polis kini raja di Malaysia?Adakah sesiapa di kalangan mereka yang tak sabar-sabar nak singkirkan Perdana Menteri? Maka mereka dari sehari ke sehari mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah nak buat konspirasi dan sabotaj perdana Menteri supaya rakyat yang dah benci bertambah-tambah lagi bencinya kepada Perdana Menteri.

Malah tanpa perasaan segan silu, tanpa berpegang kepada nilai-nilai Melayu dan menghormati kedudukan DYMM Agong sebagai tunggak kuasa terus mengeluarkan kenyataan serta arahan demi arahan yang mengingkari saranan dan nasihat Tuanku. Bertambah lagi koleksi penyakit gila di kalangan rakyat di negara ini, gila menderhaka!!!

06 July 2011

HISHAMUDDIN MENDERHAKA KEPADA AGONG!


DYMM Agong telah memberi perkenan kepada BERSIH untuk berhimpun di stadium pada 9 Julai ini. Titah baginda atas kapasiti Ketua Pelembagaan yang tertinggi dalam negara. Atas menghormati status baginda sebagai tunggak negara maka Bersih berkrompomi dengan berhimpun di stadium.

Patriot dan Perkasa(m) juga membatalkan demontrasi yang dirancang sebagai provokasi kepada himpunan Bersih yang dirancang lebih awal untuk mengelakkan sesuatu yang tidak diingini atau pun cubaan anasir tertentu yang cuba mengambil kesempatan yang sering cuba menunding jari kepada BERSIH dan Pakatan Rakyat.

Titah baginda dilihat kena pada tempatnya dan telah mengendurkan ketegangan yang sengaja dicetuskan. Semua pihak perlu mengelakkan kenyataan dan pandangan yang bertentangan dengan hasrat DYMM untuk memelihara keamanan dan keharmonian.

Kenyataan Menteri Dalam Negeri, Dato Seri Hishamuddin walaupun mungkin sesuai dengan status jawatannya tetapi amat betentangan dengan hasrat dan kehendak DYMM Tuanku. Hishamuddin dengan sikap ego dan sombongnya masih melabel BERSIH sebagai haram. Jika BERSIH haram mengapa baginda sedia bertemu dengan pimpinan mereka? Adakah Hishamuddin secara tersembunyi cuba menidakkan kuasa dan peranan Tuanku sebagai raja berpelembagaan tonggak keamanan , perpaduan dan keharmonian negara?

Maka sudah terang lagi bersuluh... mereka yang cuba menyanggah nasihat dan titah DYMM Agong adalah penderhaka! Hishamuddin seperti sengaja meneruskan provokasi agar 9 Julai ini berlaku huru hara walhal semua pimpinan Bersih telah berjanji di hadapan DYMM Tuanku bahawa perhimpunan ini akan berlangsung aman di tempat yang diperkenankan oleh baginda.

Saya yakin masih banyak lagi usaha usaha dan tangan ghaib pihak-pihak yang boleh diteka dan diduga yang merancang mewujudkan suasana panik dalam negara. Penemuan senjata yang tak masuk akal dan sekatan polis yang melumpuhkan ibu kota hari ini merupakan antara testimoni ke arah itu.

17 TAHANAN OPERASI BERSIH DI JASIN DIBEBASKAN TANPA SEBARANG TUDUHAN!

Tahanan yang dibebaskan disambut oleh keluarga dan sahabat handai

17 orang melibatkan pimpinan PAS yang ditahan oleh Polis dalam serbuan di dalam Markas PAS di HAMAS Jasin Melaka dibebaskan polis tanpa dikenakan apa-apa tuduhan dan jaminan. Perkara ini dinyatakan oleh seorang mangsa tahanan yang sempat saya hubungi yang masih berada di IPD Jasin untuk urusan terakhir pembebasan.

Mereka yang ditahan Ahad lalu dan dikenakan perintah reman selama tiga hari dengan perintah Mahkamah Majistret Jasin dijangkakan akan keluar dari IPD Jasin sebentar lagi. Satu majlis kesyukuran akan diadakan di Dataran Hamas tempat mereka ditangkap untuk meraikan pembebasan mereka.

05 July 2011

MUNGKIN LEPAS NI POLIS AKAN JUMPA BOM C4, PELANCAR ROKET UNTUK DIKAITKAN DENGAN BERSIH!

Mesej berita ini jelas, BERSIH adalah kumpulan pengganas, BERSIH adalah komunis, BERSIH nak menderhaka kepada DYMM Agong dan 1001 lagi tuduhan boleh dilakukan terhadap BERSIH.

Mudah je, semua ini mungkin dengan tujuan nak menghalalkan apa juga tindakan yang bakal diambil. Jika sebelum ini beratus-beratus orang telah digertak dan ditangkap mungkin tidak lama lagi tiba giliran pimpinan atasan BERSIH dan Pakatan Rakyat untuk ditangkap atau dikenakan tindakan yang lebih keras.

Mengapa pihak Bersih yang ditunding jari apabila ada rampasan seperti ini? Sesiapa sahaja boleh melakukan provokasi malah tidak mustahil jika dilakukan oleh pihak yang tidak senang serta cuba menggagalkan cita-cita BERSIH.Malah banyak stok baju BERSIH sekarang berada dalam simpanan pihak polis. Mengapa hanya barang rampasan sahaja yang ditemui dan tidak ada tangkapan yang dibuat? Penemuan barang rampasan di belakang pasaraya SOGO itu ibarat seorang pencuri yang selesai melakukan rompakan kemudian meninggalkan barang rompakannya beserta dengan IC dan alamat supaya senang ditangkap polis!

Saya yakin, berdasarkan perkembangan semasa di pihak pimpinan atasan Umno/BN dan yang sewaktu dengannya sebenarnya amat berharap BERSIH meneruskan demontrasi yang dirancang pada 9 Julai ini. Mereka berharap tidak ada 'kejutan' pembatatalan Himpunan Bersih yang akan diumumkan selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat pada hari esok. Mereka amat berharap BERSIH meneruskan apa dirancang supaya tuduhan baru seperti militan, pengganas dan penderhaka kepada DYMM Agong akan menjadi siulan terbaru mereka.

Walau apa sekali pun keputusan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat esok, saya harap semua ahli dan penyokong menggambil tindakan berhati-hati kerana di pihak Umno/BN sedang merancang OPERASI SAPU BERSIH!

03 July 2011

UCAPAN DYMM AGONG PUN AKHBAR UMNO NAK TEMBERANG!


Hari ini DYMM Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan himpunan BERSIH yang dijadualkan pada 9 Julai 2011. Sebagai rakyat saya amat menjunjung kasih atas nasihat Tuanku demi negara yang tercinta.

Malangnya, akhbar Umno milik kumpulan Utusan ,Kosmo Online seperti lazim dan kebiasaannya sering memesong dan memutar belit kenyataan. Kalau ucapan pimpinan Pakatan Rakyat itu sudah biasa akhbar milik Umno ni buat putar belit. Apa dicakap lain dan disiarkan lain. ini ucapan DYMM Agong!Dalam ucapan DYMM Tuanku ada bertitah meminta kerajaan mahu isu Bersih diselesaikan secara rundingan dan meminta kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan secara adil dan bijaksana dan “yang pentingnya.” tetapi akhbar putar belit pengampu dan penipu ini tak berani nak siar cuba bandingkan apa yang disiarkan dalam Malaysia Insider di sini dengan berita dalam Kosmo Online di sini...Bandingkan juga disiarkan dalam Malaysiakini di sini Memamg betul akhbar pembelit nombor satu dalam negara sehingga ucapan DYMM Agong pun cuba nak putar belit! Daulat Tuanku!

KETUA PEMUDA PAS MELAKA ANTARA 17 DITANGKAP DI MELAKA


Ketua Pemuda Pas Melaka, Haji Yuhaizad Abdullah antara 17 yang ditangkap petang tadi oleh polis yang merempuh masuk ke dalam Markas Pas Jasin dalam operasi sapu bersih atas arahan pimpinan Umno/BN.

Antara yang turut ditahan ialah Yuzi Azhar Naib Ketua pemuda Pas Negeri Melaka, Rasidi SU Kerja Pas Melaka, Azizan Anuar SU Pemuda Pas Jasin yang juga AJK Pemuda Pas Melaka dan ramai lagi aktivitis Pas.

Maklumat lanjut akan menyusul...semua ahli dan penyokong Pas difahamkan sedang menuju ke IPD Jasin bagi memberi sokongan moral kepada mereka yang ditangkap.

KALAU PAKAI BAJU KUNING NAK PERGI GOTONG ROYONG BERSIH KL KENA TANGKAP TAK?

Apabila KDN mengistiharkan BERSIH 2.0 pertubuhan haram, saya sudah dapat menjangkakan motifnya. Bermakna semua aktiviti BERSIH 2.0 adalah haram mengikut fatwa Kerajaan 1Malaysia. Sekaligus menghalalkan tindakan polis untuk menangkap siapa sahaja yang terlibat dengan aktiviti BERSIH 2.0. Tindakan atau strategi serupa yang dilakukan terhadap Hindraf.

Cuba tiru pendekatan Pemuda Pakatan Rakyat Melaka semalam klik sini

Maka saya mencadangkan agar BERSIH 2.0 menukar strategi...Mungkin tak perlu pakai baju ada label BERSIH 2.0 tak perlu nak sebut buat demontrasi aman pada 9 Julai 2011 kerana kita yakin ramai puak Umporno dan yang sewaktu dengannya tak faham apa makna demontrasi aman. Mungkin boleh ubah strategi minta semua hadir ke KL pada 9 Julai ni pakai baju warna kuning kerana ada gotong royong bersih perdana.... Tak tahulah kalau pakai baju kuning dan nak buat gotong royong pun salah mengikut undang-undang Umporno kerajaan 1Malaysia....

02 July 2011

NAJIB KETINGGALAN BAS....NAK BINA STADIUM KALAU UMNO TAWAN KELANTAN

Pandangan artis stadium baharu yang akan dibina Kerajaan Pas Kelantan

Mungkin Perdana Menteri terlalu sibuk dengan urusan rasmi. Boleh jadi juga Perdana Menteri sibuk melayan isteri melancong dan bercuti ke luar negeri sehingga menyebabkan ada rakyat Kelantan hari ini mungkin ketawa berguling-guling apabila Perdana Menteri dalam lawatannya ke Kelantan hari ini umum nak bina stadium jika Umno menawan Kelantan. Sumber klik sini

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat dah umum dahulu nak bina stadium boleh muat 40, 000 tak payah tunggu Umno perintah, Pas pun boleh buat. Sumber klik sini....

Kesian betul pada Perdana Menteri ketinggalan bas............

BAJU DALAM BERSIH PUN TAK BOLEH!

Apa nak jadi dengan Malaysia ni? Undang-undang mana yang polis dah guna? Akta apa seksyen apa, saya sebagai rakyat Malaysia ingin tahu apa justifikasi polis yang bertindak mengikut arahan pemimpin Umporno? Ingatlah, gaji mereka bukan dibayar oleh orang Umporno tetapi dibayar oleh pembayar cukai di negara ini tanpa mengira ideologi politik, Pas, Umporno, Dap dan PKR.

Malaysia terus menjadi bahan ketawa seluruh dunia apabila bukan sahaja yang pakai baju bersih ditahan polis, hari ini mereka yang pakai baju dalam bersih pun kena tangkap juga! Sumber klik sini...mungkin selepas ni siapa pakai seluar dalam bersih pun kena tangkap juga. Dalam zaman Umporno macam-macam boleh berlaku.

01 July 2011

Gempar !!! Khatib Masjid Negeri Melaka Seru Jemaah Jauhi Dari Bersih

"Bersih Pemusnah keamanan' Tajuk khutbah di Masjid Negeri Melaka Masjid Al Adzhim hari ini. Biasanya apabila saya berjemaah untuk solat Jumaat di masjid ini, khatib menyeru kepada makmum supaya menjaga kebersihan. Bersih hati, bersih diri dan bersih dari segala-galanya. Menurut khatib kebersihan itu sebahagian dari iman! Maka ada makmum yang mengangguk-anggukkan kepala tanda faham dan setuju atau pun mengantuk!

Tetapi hari ini lain pula jadinya, khatib suruh jauh dari bersih. Berserta nas dan dalil dari Al Quran khatib berkata bersih boleh mengancam negara, mengancurkan bangsa dan paling mengejutkan bersih adalah haram! Khutbah khatib hari ini mengesahkan fatwa Dato Seri Hishamudin Menteri Dalam Negeri yang kini telah secara tidak langsung pengeluar fatwa dalam negara bukan sahaja bersih itu haram, pakai baju bersih pun haram!

Secara analoginya, apabila khatib menolak bersih maka khatib menyokong benda-benda kotor. Sokong politik kotor, sokong rasuah, sokong penipuan, sokong budaya fitnah, sokong menang pilihanraya secara tipu. Maka saya nak tanya apa hukumnya wakil rakyat menang pilihanraya secara tipu? Apa hukumnya gaji yang diperolehi oleh wakil rakyat berkenaan dan diberi makan kepada anak bini? Adakah halal hukumnya? Adakah duit itu bersih hukumnya wahai tok khatib!

Saya tak pelik ini berlaku di Melaka di bawah kepimpinan Datuk Seri Ali Rustam yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka. Menjadi ketua dengan terbukti sebagai perasuah bagaimana nak memimpin dengan cara yang bersih. Semua ini sebenarnya menunjukkan ketakutan yang amat sangat pemimpin Umno khususnya terhadap suara dan kebangkitan rakyat. Tidak cukup memperalatkan pasukan polis, mahkamah, SPR dan lain-lain hari ini masjid di Melaka juga telah diheret untuk menghalalkan kuasa politik Umno yang selama ini diselubungi pelbagai skandal, rasuah, pembaziran, penyelewengan serta menzalimi rakyat.

29 June 2011

PESTA OPERASI LALANG KEDUA AKAN BERMULA?

Pihak polis dengan arahan pimpinan atasan Umno makin bertindak keterlaluan apabila semakin ramai yang memakai baju Bersih ditangkap. Dato Seri Hishamudin selaku Menteri Dalam Negeri berkata memakai baju Bersih adalah satu kesalahan dalam undang-undang Malaysia. Undang-undang yang mana, akta dan seksyen apa?

Rakyat Malaysia bukannya sebodoh itu mudah ditipu dan diperdayakan. Tidak ada peruntukan dalam Pelembagaan Malaysia memakai baju Bersih sebagai satu kesalahan. Provokasi dan tindakan keterlaluan kepada Bersih yang dilakukan oleh pelbagai yang diberi 'permit' oleh polis sebenarnya mempunyai motif serta agenda yang cukup besar.

Perkembangan muktahir menunjukkan Operasi Lalang kedua akan diadakan dalam masa terdekat. Pemimpin Pakatan Rakyat, NGO dan mereka yang didakwa terlibat akan ditahan di bawah ISA secara beramai-ramai. Mereka akan dituduh dengan tuduhan yang tak masuk akal seperti menderhaka kepada DYMM Agong. Macam-macam cara mereka boleh gunakan untuk menghalang Himpunan Bersih yang dilihat cukup menggentarkan pimpinan Umno dan yang sewaktu dengannya. Perintah Darurat serta Perintah Berkurung antara alternatif yang akan digunakan. Apa yang penting kuasa politik Umno dan BN perlu dipertahankan walaupun dengan apa cara sekalipun.

Rakyat yang berdemontrasi akan diancam dan ditakutkan dengan pelbagai ugutan. Langkah awal saya menyarankan pihak Bersih mengambil tindakan undang-undang menyaman pihak kerajaan dan polis yang bertindak menangkap secara keterlaluan mereka yang memakai baju Bersih. Laporan ke ICJ ( Mahkamah Keadilan Antarabangsa) adalah pilihan yang ada jika undang-undang dan mahkamah di Malaysia terbukti hanya menjadi alat kepada kerajaan Umno/BN yang kini umpama beraja di mata bersultan di hati.

25 June 2011

KONSPIRASI UMNO/BN DALAM VIDEO SEKS MENUNTUT RAKYAT WAJIB 'BERSIH'KAN MALAYSIA

Skrip yang dirancang dan diulang. Menggunakan fitnah seks untuk menjatuhkan musuh politik. Tanpa mengira halal ataupun haram, tanpa mengira dosa dan pahala tyang penting karier politik musuh perlu dihapuskan.

Itulah kesimpulan paling tepat mengulas isu perbicaraan politik video seks Dato T semalam dan beberapa lagi fitnah yang semakin membudaya dalam negara. Bermula dari zaman Dr. Mahathir dan memuncak pada zaman Dato Seri Najib menjadi Perdana Menteri rakyat perlu bangkit untuk menolak budaya politik kotor ini.

Tidak perlu diulas skrip yang direka serta tidak perlu ditunding siapa yang terlibat. Konspirasi peringkat tertinggi ini bakal menghancur dan membinasakan negara. Tidak ada cara lain rakyat perlu membersihkan budaya politik hina dina ini. Walaupun apa cara dan daya rakyat perlu hadir pada 9 Julai ini untuk membuktikan rakyat Malaysia cinta pada keamanan dan kedamaian. Rakyat Malaysia rindukan keadilan dan keharmonian. Suburkan budaya demokrasi dan tolak ketepi segala konspirasi dan hipokrasi. Selamatkan generasi anak Malaysia daripada terus dilacur dan diperkosa oleh politik sempit sang penguasa!

24 June 2011

RAHIM TAMBY CHIK AKAN DILANTIK PEGAWAI PENCEGAH MAKSIAT MELAKA?


Siapa tak kenal Rahim Tamby Chik....Kewarakannya 'mentarbiyyah' seorang gadis bawah umur satu ketika dahulu cukup menggemparkan. Orang lain tak mampu nak 'tarbiyyah' budak tu kecuali Rahim Tamby Chik.

Setelah lama menyepi kerana 'beruzlah' dan sibuk menghasilkan video-video 'ceramah agama' kini Rahim Tamby Chik muncul untuk 'mengharumkan' nama Melaka dengan berbangga berjaya mendedahkan maksiat....sumber klik sini

Maka atas kejayaannya mencegah maksiat itu saya mencadangkan Dato Seri Muhd. Ali Rustam selaku Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka ( MAIM) melantik Rahim Tamby Chik sebagai pegawai pencegah maksiat. Lagi pun rumahnya dengan MAIM tak sampai 1 kilometer. Kalau tak pun lantik jadi Imam Masjid Negeri Melaka atau Mudir Sekolah Mengandung....Tahniah Rahim Tamby Chik!!!

TAYANG VIDEO LUCAH : DRIVER BAS DIPENJARA 3 TAHUN...RAHIM TAMBY CHIK AND THE GANG KENA DENDA JE...


Bangga melakukan maksiat dan dosa besar...

Kesalahan yang sama tetapi hukuman berbeza. Rahim Tamby Chik yang menjadi dalang cuma didenda RM 1000 sama macam denda buang sampah merata-rata. Sumber klik sini . Video tersebut kini tersebar seluruh negara sehingga budak sekolah tadika Kemas pun dah ada yang tonton.

Manakala pemandu bas ekspres di Melaka yang menayangkan video lucah di dalam bas kepada seorang penumpangnya awal bulan ini kini meringkuk di penjara selama tiga tahun. Sumber klik sini. Kenapa Rahim Tamby Chik dan kuncu-kuncunya seolah-olah mendapat layanan istimewa?

DEMONTRASI MENYOKONG VIDEO LUCAH,...BUKAN DI AMERIKA TETAPI DI MALAYSIA!

Hari ini bertempat di kompleks Mahkamah Jalan Duta geng songkok tiga jengkal membuat demontrasi menyokong Dato T. Saya menghormati hak mereka untuk berhimpun dan berdemontrasi seperti termaktub dalam pelembagaan. Cuma yang menghairankan mereka berhimpun menyokong Dato T yang dituduh menayang video lucah. Adakah dengan menyokong orang video lucah yang dikatakan sebagai menyelamatkan negara? Adakah dengan menyokong budaya lucah layak digelar sebagai pejuang kebenaran ala geng songkok tiga jengkal?

Demontrasi itu berlangsung secara aman tanpa ada water canon dan gas pemedih mata. Kita tunggu bagaimana adakah layanan serupa akan diberikan polis kepada demontrasi Pemuda Pas di hadapan Utusan Malaysia hari ini.

Jika layanan terhadap demontrasi terhadap 'benda kotor' hari ini dibenarkan oleh polis bagaimana pula layanan polis kepada demontrasi 9 Julai 2011 menyokong benda 'Bersih"? Kalau polis halang dan buat provokasi confirm demokrasi pilihanraya di Malaysia menyokong perkara jijik dan kotor!

18 June 2011

ANAK NAJIB SECARA 'KEBETULAN' BERTUNANG DENGAN ANAK PRESIDEN KAZAKHSTAN MALAM TADI


Tahniah kepada Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor kerana bakal dapat menantu dari Kazakhstan. Malam tadi di kediaman rasmi mereka berlangsung pertunangan Noorhayana Najwa Najib, 22, dengan Daniyar Nazarbayev, 22. Bukan calang-calang orang, anak Presiden Kazakhstan Nursultan Nazarbayev.

Turut berangkat mencemar duli ke majlis berkenaan ialah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nurzahirah serta Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Pahang Hajah Kalsom.

Pertunangan ini berlaku secara kebetulan selepas lawatan Najib awal bulan ini. Ia tidak ada kena mengena dengan lawatan rasmi yang dikatakan dirancang sekian lama bagi membalas lawatan Presiden Kazakhstan Nursultan Nazarbayev pada tahun 2006.

Pertunangan ini juga mengesahkan bahawa kenyataan Wisma Putra, yang dipetik Bernama Online, menafikan laporan media bahawa beliau menggunakan lawatan itu untuk peribadi dan menguruskan pertunangan anak perempuannya.

Kenyataan itu menambah dakwaan kononnya lawatan itu untuk mengurus perkahwinan anak perempuan Najib sama sekali tidak berasas.

Kenyataan itu menjelaskan bahawa lawatan Najib ke Kazakhstan pada 5 dan 6 Jun adalah juga lawatan rasmi pertama perdana menteri ke negara itu.

Pertunangan ini juga turut menambah koleksi siri-siri kebetulan sepanjang Najib menjadi Perdana Menteri. Misalnya apabila Altantuya datang ke Malaysia, secara kbetulan rekod imigresennya hilang, apabila penyiasat persendirian P Balasumbramniam mendedahkan akaun bersumpah secara kebetulan keesokkan harinya hilang ghaib. Apabila cerita Altantuya heboh diperkatakan maka secara kebetulan muncul kes liwat 2 didakwa melibatkan Dato Seri Anwar Ibrahim. Apabila kes Liwat 2 dibawa ke mahkamah secara kebetulan dakwaan liwat paksa bertukar jadi secara sukarela. Apabila DUN Sarawak bubar secara kebetulan muncul video seks didakwa melibatkan DSAI.Apabila Felda untung RM 1 bilion secara kebetulan Felda membuat pinjaman RM 6 bilion dari KWSP.

Maka rakyat Malaysia perlu bersedia menerima ini semua sebagai....Cobaaaaaaaaaaan....


17 June 2011

UMNO/BN' BUNGKUS'JIKA TUNTUTAN BERSIH DILAKSANAKAN

Mungkin sebelum 9 Julai 2011 akan ada 1000 laporan polis. Di tempat lain saya tak tahulah, tetapi kalau di Melaka muka-muka yang buat laporan polis tu cukup saya kenali sebagai ahli Umno dan penyokong Umno tegar. Tak payah nak berlindung di sebalik nama pertubuhan belia, NGO dan sebagainya.

Kenapa Umno terutamanya cukup takut dan gerun dengan Bersih 2.0? Adakah bersih 2.0 menggalakan budaya rasuah pilihanraya dan membeli wakil rakyat? Adakah Bersih 2.0 ingin sistem demokrasi berpilihanraya dihapuskan digantikan dengan sistem kuku besi? Apa yang payah sangat nak tunaikan permintaan Bersih?

Mengapa Umno cukup takut dengan cadangan dakwat kekal dan pemansuhan undi pos misalnya? Mana boleh nak mansuh, itulah tali hayat Umno untuk terus berkuasa! Kalau dilaksanakan saya cukup optimis Umno bungkus dalam pilihanraya! Maka bukan 1000 mungkin banyak lagi laporan polis akan dibuat. Mereka akan lakukan apa sahaja untuk pastikan demontrasi Bersih 2.0 gagal. ISA merupakan antara pilihan yang ada.

Cuma saya nak ingatkan Umno baca balik Utusan Malaysia dan Berita Harian kejatuhan kerajaan kuku besi Hosni Mubarak dan Muamar Ghadafi dan yang paling hampir kejatuhan Suharto dan Ferdinand Marcus. Kuasa rakyat adalah kuasa keramat!

Apakah Bersih tidak mengadakan rundingan dan perbincangan? Mengapa Umno cukup takut dan gerun dengan Bersih 2.0? Saya yakin tak ada siapa pun yang saja-saja nak pergi berdemontrasi. Saya juga yakin yang pergi berdemontrasi tu bukannya berani sangat macam saya. Macam-macam terlintas bila pergi berdemontrasi...kena belantan, sembur gas pemedih mata, mandi air asid dan peluang naik Black Maria percuma!

Mereka yang berdemontrasi pergi dengan duit poket sendiri. Tak ada nasi bungkus atau air kotak percuma macam peserta demontrasi Umno atau Perkasa yang siap dapat elaun lagi.

Mudah je...kalau tak nak Demontrasi Bersih 2.0...tunaikan permintaan Bersih 2.0 bukannya payah sangat pun! Rakyat tidak menuntut jambatan emas dari Gunung Ledang ke Putrajaya. Tidak perlu setitik darah dan peluh pun mengalir. Rakyat hanya mahu pilihanraya yang adil dan BERSIH!!!

11 June 2011

PENAYANG VIDEO LUCAH DIPENJARA...RAHIM TAMBY CHIK???

Seorang bapa empat anak dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen Melaka semalam.Hakim Zaharah Hussain menjatuhkan hukuman itu terhadap pemandu bas, P Kanapathy, 38, dan memerintahkan ia berjalan mulai semalam.

Terdahulu, tertuduh meminta mahkamah supaya meringankan hukuman dengan alasan mempunyai empat anak berusia antara empat hingga lapan tahun apabila tiga daripadanya masih bersekolah, manakala isterinya tidak bekerja.

Tertuduh turut mengakui tindakan menayangkan video lucah adalah satu kesalahan apabila soalan mengenainya diaju Zaharah terhadapnya.

Timbalan Pendakwa Raya, Akmalhana Mohammed meminta hukuman maksimum dikenakan terhadap tertuduh kerana cuba mengambil kesempatan terhadap mangsa pada waktu malam dan tindakan itu mengundang pelbagai perkara buruk.

Dalam hal ini saya memuji pihak polis kerana berjaya menyelesaikan kes ini dalam masa yang singkat.Walau bagaimanapun rakyat hari ini ternanti-nanti apakah tindakan pihak berkuasa khususnya pihak polis terhadap Trio Dato T yang diketuai oleh Rahim Tamby Chik yang secara terbuka mengaku menayangkan video lucah di rumah tetamu kerajaan Carcosa sri Negara.

Apakah ada kitab undang-undang lain yang menjadi rujukan pihak polis? Adakah pihak polis merujuk kes berkenaan berdasarkan buku Pelembagaan Umno? Adakah tindakan Rahim Tamby Chik menayangkan video lucah adalah satu kebenaran dan boleh membawa kebaikan kepada rakyat?

Kini seperti diramalkan muncul pula video melibatkan video lucah edisi baharu yang melibatkan Timbalan Presiden Pas Tn. Hj. Muhamamad Sabu. Maka pihak polis dan Umno tidak boleh cuci tangan dan menyalahkan rakyat jika mereka mendakwa bahawa polis dan Umno memang bersekongkol dalam isu ini.

Tidak ada cara lain untuk rakyat Malaysia menyelamatkan rakyat khususnya generasi muda daripada dirosakkan dengan unsur lucah yang melampau yang kini seolah-olah dihalalkan secara terbuka kecuali memastikan pilihanraya ke 13 rakyat bangkit membuat perubahan dengan memastikan Umno/BN tidak lagi berkuasa di negara ini.







09 June 2011

BERSYUKUR ANAK NAJIB BERTEMU JODOH ORANG KAZAKHSTAN BUKAN KUTUB SELATAN!


Tahniah kepada Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak kerana bakal menerima menantu tak lama lagi dengan pembesar di Kazakhstan. Saya doakan anak gadis Najib, Nooryana Najwa dan bakal suaminya akan berkekalan hingga ke anak cucu.

Jika ada jodoh, tak lama lagi ramailah rakyat Malaysia berkesempatan makan nasi minyak dari Kazakhstan. Kenyataan Khairy Jamaludin semalam mengesahkan dakwaan ahli parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad yang juga AJK Pas Pusat bahawa Najib ada urusan peribadi di sana.

Menurut Khairy....“Perancangan lawatan PM ke Kazakh dibuat lama sebelum pertunangan anak perempuannya....Bagi saya betullah kata Khairy tu, kalau perkahwinan dibuat secara tergesa-gesa dalam masa yang singkat akan menimbulkan cerita lain pulak. Dalam masyarakat kita biasanya kalau perkahwinan macam ni sama ada kahwin paksa atau kena tangkap basah!

Dzulkefly yang juga adalah ahli Majlis Jawatankuasa Pusat PAS pada sidang medianya dua tiga hari lepas berkata adalah salah dari segi moral bagi Najib dan keluarganya menggunakan duit rakyat atau dana awam bagi membiayai lawatan mereka merisik perkahwinan anak perempuan mereka di Kazakhstan.

Kehadiran Najib di Kazakhstan adalah secara kebetulan dengan majlis pertunangan anaknya. Mana dia nak tahu anaknya akan bertunang dengan orang Kazakhstan serentak dengan lawatan rasminya? Kebetulan ini sama seperti lawatan Najib di Washington DC tidak lama dulu yang serentak dengan majlis konvokesyen anaknya di sana . Semuanya berlaku secara kebetulan dan bukan disengajakan!

Bagi saya nasib baik juga anak Najib bertemu jodoh dengan orang Kazakhstan yang tidaklah jauh mana. Saya tidak dapat bayangkan kalau anak Najib bertemu jodoh dengan orang Kutub Utara atau Kutub Selatan. Maka mungkin banyaklah lagi kebetulan-kebetulan yang tidak disangka-sangka...Mungkin kebetulan dengan Misi 1Malaysia menawan Kutub Utara atau Kutub Selatan. Maka ramailah pengiring-pengiring Najib yang kecut kerana menahan cuaca sejuk dalam suhu di bawah paras beku.

05 June 2011

UMNO MENGELABAH DENGAN KABINET BARU PAS


Keputusan rasmi sudah diumumkan. Kabinet baru Pas kini mengorak langkah untuk mengotakan janji terutama dalam menghadapi pilihanraya umum ke 13. Apa yang saya perhatikan yang paling banyak mengulas tentang kabinet baru pas bukannya pimpinan Pas atau Pakatan Rakyat tetapi majoritinya pemimpin Umno.

Seperti dijangka semua akhbar milik Umno/BN memberikan layanan 'istimewa' kepada kabinet baru Pas. Menurut Ustaz Dato Tuan Ibrahim Tuan Man yang tewas kepada Tn Hj. Muhamad Sabu atau dikenali dengan Abang Mat, bukan namanya Umno kalau mereka menyokong Pas. Manakala menurut Tuan Guru Dato Nik Aziz Nik Mat dalam ceramah malam tadi, Umno tidak tidur lena dengan kabinet baru Pas terutama dengan kemenangan Abang Mat.

Tak perlu diulas diceritakan siapa dia Abang Mat, bukan sahaja budak PASTI budak belajar tadika Kemas yang ditaja oleh Umno pun kenal beliau. Pengalaman saya berurusan dengan Abang Mat cukup untuk mengenali hati budi beliau. Seorang yang sangat low profile, tidak demand bila dijemput ceramah dan tak banyak kerenah. Saya terlibat beberapa kali berurusan dengan beliau dalam menguruskan jemputan ceramah. Boleh dihubungi secara terus...Tak ada PA tak ada protokol...Saya masih teringat semasa satu program di Pulau Pinang yang saya terlibat menjemput beliau saya terperasan Abang Mat pakai baju koyak....sayu rasa masa tu...Mungkin beliau tak perasan...tetapi saya perasan bajunya berkualiti rendah....Itulah Abang Mat walaupun ketika itu sudah jadi wakil rakyat di Nilam Puri dan tokoh Pas popular.

Kemenagan Abang Mat dan saf kepimpinan yang baru sebenarnya satu momentum dan suntikan semangat kepada Pas untuk berhadapan pilihanraya Umum ke 13. Saya yakin sentuhan Abang Mat pastinya menggerunkan Umno terutamanya Abang Mat bakal memimpin kebangkitan rakyat dalam Himpunan Bersih 2 pada 9 Julai depan.

Apa yang paling menggusarkan Umno, cubaan mereka untuk melaga-lagakan pimpinan Pas jauh meleset. Tidak wujud perpecahan ataupun puak-puak seperti yang sering berlaku dalam Umno.Polemik dan ulasan kemenangan dan kekalahan adalah lumrah. Masing-masing menerima dengan hati terbuka sesuai dengan kejayaan hasil tarbiyyah Pas yang meletakkan jawatan adalah amanah yang bukan untuk dibanggakan.

Umpama kata Presiden Pas, Tuan Guru Dato seri Hj. Abdul Hadi Awang pertukaran kepimpinan Pas umpama menukar perabot rumah. Tidak bermakna perabot lama tidak berguna dan akan dibuang terus. Kadang-kadang perabot lama harganya lebih mahal daripada perabot baru. Saya cukup yakin mereka yang tewas mengikut tradisi Pas akan diberi peranan tertentu bagi memastikan kesinambungan Pas dalam merealisasikan 'Negara Berkebajikan'.

Cuma saya sedikit bimbang mungkinkah selepas ini video hitam putih Abang Mat pula akan terbit di pasaran...........

03 June 2011

UMNO MELAKA TERDESAK GUNA MIMBAR JUMAAT RAIH UNDI!

Hari ini seluruh masjid di negeri Melaka diperalatakan dan diarahkan membaca khutbah yang disediakan oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tentang 'kewajipan mentaati pemimpin". Semua sedia maklum MAIM dipengerusikan oleh Ketua Menteri Melaka, Dato Muhd. Ali Rustam merangkap Pegerusi Umno/ BN Melaka.

Tindakan terdesak ini menggambarkan piliharaya umum semakin hampir dan Ali Rustam semakin terdesak untuk menghadapi pilihanraya ke 13. Ini menjadi bukti Umno semenangnya hanya memperalatkan masjid untuk kepentingan politik semata-mata dan tidak berminat untuk melaksanakan dasar Islam yangs sebenar.

Cuma dalam khutbah Jumaat tadi tidak disebut nama pemimpin yang perlu ditaati yang dikatakan wajib taat kepada pemerintah yang melaksanakan ajaran Islam sebenar. Adakah pemimpin itu Ali Rustam atau Rahim Tamby Chik? Adakah ini contoh pemerintah yang perlu ditaati? Semua sedia maklum bahawa Ali Rustam merupakan seorang pemimpin yang suci bersih bebas dari rasuah sama ada sebagai pemimpin Umno atau pemimpin kerajaan negeri Melaka.

Manakala Rahim Tamby Chik, memang terkenal kesuciannya dari dulu lagi daripada segala noda dan dosa. Tidak lama dahulu meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka khabarnya untuk beruzlah daripada terpedaya dari daki-daki dunia. Sentiasa menundukkan pandangan apabila melihat perempuan cantik lebih-lebih lagi perempuan bawah umur. Hobinya kini ialah menonton dan menerbitkan rancangan berbentuk agama dalam visi hitam putih! Jadi kesimpulannya rakyat Melaka kena taat dan menyokong kepada pemimpin seperti ini yang menjunjung Islam sebagai panduan hidup!

30 May 2011

UMNO TAWAR PAS JAWATAN MENTERI NIKAH KAHWIN?

Semakin hampir pilihanraya macam-macam perang saraf yang cuba dilakukan oleh Umno. Terbaru pendedahan Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat Umno berjumpa dengan beliau beberapa kali untuk mewujudkan kerajaan perpaduan.

Nampak sangat Umno sudah cukup terdesak dan gila talak. Sebelum ini Umno cubaan menyunting DAP tidak dilayan. Bukan sekadar bertepuk sebelah tangan tetapi umpama pungguk rindukan bulan.

Sudah acap kali Umno cuba memujuk rayu agar Pas menerima tawaran pinangan mereka. Seolah-olah Umno lupa bahawa Pas telah dikhianati sejak 1978. Malah sehingga kini Umno tidak henti-henti menabur fitnah dan menyerang Pas.

Tawaran tiga jawatan menteri kepada Pas seperti yang didedahkan oleh YAB Tuan Guru seolah-olah ingin menggambarkan betapa bersungguh-sungguhnya Umno untuk mewujudkan kerajaan perpaduan kononnya demi perpaduan Melayu.

Persoalanya apakah tiga jawatan menteri yang ingin ditawarkan kepada Pas? Adakah Umno akan ambil kuota dari MCA, MIC dan Gerakan? Adakah Umno berani menarik semula jawatan menteri ahli parlimen parti komponen Sabah dan Sarawak? Mungkinkah juga ada menteri Umno yang akan korbankan jawatan mereka? Siapa menteri yang sanggup berkorban itu? Jawapannya tak ada! Pilihan yang yang ada Umno wujudkan jawatan menteri baru yang tak perlu dan tak penting antara jawatan yang sesuai ialah Menteri Nikah Kahwin, Menteri audio video ( hitam putih ) dan Menteri Ukur Jalan!

HIMPUNAN 'SEJUTA BELIA' BOLEH MENGAPA TIDAK DENGAN HIMPUNAN BERSIH?

Kelmarin berlangsung di Putrajaya, Perdana Menteri menjadi 'tekong' himpunan sejuta belia. Walaupun terpaksa mengerah belia khususnya pelajar kolej dan IPTA serta IPTS dari seluruh negara anggaran yang hadir tidak lebih dari 10 ribu orang. Seperti biasa kehadiran mereka kerana mendapat arahan daripada pihak atasan.

Pelbagai acara diadakan, daripada persembahan artis, pameran dan ucapan. Kemuncak acara ialah Perdana Menteri sekali lagi berhimpun dengan ' sejuta belia' menyaksikan pasukan kegemarannya Machester United dibelasah 1-3 oleh Barcelona. Sepanjang majlis itu pastinya ramai yang terpekik terlolong menyokong pasukan pilihan mereka. Maka riuh rendah suasana dinihari pagi di Putrajaya seperti orang kena sampuk hantu polong.

Apa yang menarik himpunan itu mendapat 'permit polis'. Tidak timbul pulak isu keselamatan, gangguan ketenteraman awam dan istilah menganggu lalu lintas. Walaupun saya difahamkan oleh rakan di Putrajaya, beberapa jalan utama ditutup untuk memberi laluan kepada himpunan tersebut.

Jika polis boleh membenarkan himpunan 'Sejuta Belia' mengapa tidak himpunan '100 ribu' Bersih pada bulan Julai nanti? Kalau tidak dibenarkan berhimpun di tengah Bandaraya Kuala Lumpur saya yakin penganjur Himpunan Bersih ke 2 sedia untuk menimbangkan alternatif jika diberi permit berhimpun di Putrajaya. Sehingga hari ini setiap himpunan anjuran pakatan Rakyat berlangsung dengan aman dan tertib, provokasi polis yang sering menjadikan keadaan huru hara.

Adalah sangat tidak adil kalau polis dan pihak keselamatan tidak membenarkan Himpunan Bersih. Ini kerana rakyat yang bakal berhimpun untuk menuntut pilihanraya adil dan bersih juga adalah pembayar cukai serta turut menyumbang kepada ekonomi negara.

24 May 2011

RASIONALISASI DAN SELARAS SUBSIDI BUKTI UMNO/BN SEMAKIN TIDAK RASIONAL DAN TAK WARAS

Spekulasi makin rancak diperkatakan, minyak RON 95 akan naik. Petanda dan bayangannya cukup jelas dari kata yang berbelit-belit dan bercabang-cabang dari mulut pak menteri. Maka pelbagai istilah dan hujah dangkal serta fatwa dikeluarkan untuk 'menghalalkan' harga minyak RON 95 dinaikkan.

Hari ini pak cik mak cik penyokong tegar Umno sudah pandai sebut istilah rasionalisasi dan penyelarasan subsidi sampai tergeliat lidah dan gusi. Istilah harga naik sudah ghaib kerana tipu daya dan putar belit akhbar milik Umno terutamanya Utusan Malaysia.

Walaupun harga minyak dunia tidak menentu dan menunjukkan kenaikan di pasaran tetapi negara-negara pengeluar minyak dunia masih mengekalkan harga minyak untuk kegunaan rakyat mereka. Cuma negara-negara pengimport yang tidak ada memiliki telaga minyak merasa terkesan .

Apa yang peliknya, Malaysia yang pengeluaran minyak tempatan melebihi 700,000 tong sehari turut mengikut jejak langkah negara-negara yang tidak mempunyai telaga minyak. Ke mana pergi segala hasil kekayaan minyak negara? Mengapa rakyat yang sering menjadi mangsa? Adakah ini yang dikatakan Umno menjadi juara rakyat? Rakyat didahulukan? Semua ini cukup membuktikan pemimpin Umno/BN makin tidak rasional dan sudah hilang waras. Ketika rakyat terhimpit dan menderita dengan kenaikan harga barang, pemimpin Umno/BN hidup senang lenang rakyat hidup dengan air mata berlinang.

Apabila hendak menaikkan harga minyak maka mulalah pemimpin Umno jual minyak urat...rasionalisasi dan penyelarasan subsidi untuk kebaikan rakyat. Apa ingat rakyat hari ini tunggul kayu?

Rakyat sebenarnya sudah tidak ada pilihan untuk memulihkan dan menyelamatkan negara ini selain daripada memastikan Umno/BN dinafikan daripada terus membentuk kerajaan. Cukuplah rakyat sudah lama tertindas dan menderita. Digula-gulakan sekejap masa pilihanraya menderita dan sengsara selepasnya. Rakyat perlu bangun dan berani memperjuangkan hak mereka. Gunakan kuasa yang ada untuk menolak kerajaan yang sudah tidak mampu membela nasib rakyat kalau bukan untuk kita pun tetapi sekurang-kurangnya untuk kehidupan lebih baik anak cucu kita pada masa akan datang.

16 May 2011

OHH....INI LAH HADIAH HARI GURU!

Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam memberi gambaran bahawa sempena Hari Guru yang disambut hari ini ada berita baik untuk warga pendidik. Maka hari ini, pada tanggal 16 Mei 2011 belum lagi diumumkan berita yang dikatakan gembira itu rakyat sudah dapat dua berita yang pastinya menggembirakan bukan sahaja pendidik yang menjadi penyokong tegar Umno tetapi penyokong sejati Umno.

Berita pertama, Dato Seri Anwar Ibrahim diperintah bela diri kes Liwat 2. Maka gembiralah mereka melihat sistem kehakiman negara yang terus menjadi bahan Raja Lawak dan dipermainkan dan seterusnya menjadi alat bahan ketawa dari seluruh dunia.

Berita gembira kedua untuk para pendidik, harga minyak RON 95 dijangka akan naik dalam tempoh terdekat kerana kerajaan Umno-BN sudah cukup sesak untuk menampung kos subsidi. Sumber 1 dan sumber 2

Apa kaitan berita pertama dan kedua. Berita pertama menyebabkan rakyat sibuk dengan kes Liwat 2. Macam-macam polemik akan berlaku. Utusan dan Berita Harian dan sewaktu dengannya akan keluar muka depan. Tengah sibuk-sibuk berita Liwat 2 maka kerajaan Umno-BN akan naikkan harga minyak! Tahniah untuk cikgu yang kuat menyokong Umno dan rakyat Malaysia yang sewaktu dengannya.

11 May 2011

RON 95 AKAN NAIK 80 SEN JIKA BN MENANG ?

Pelbagai harga barang keperluan utama pengguna telah dinaikkan harga. Maka pelbagai istilah digunakan untuk tipu orang kampung yang rata-rata penyokong tegar Umno dulu kini dan selamanya. Selaras...penjimatan subsidi...struktur subsidi...Terbaru kenaikan harga gula 20 sen kelmarin yang disifatkan sebagai 'hadiah' dan menjadi bukti nyata rakyat didahulukan.

Telah sering kali disebut jika BN terus diberi mandat memerintah Malaysia, rakyat akan berhadapan kenaikan inflasi dan harga barang berterusan. Kenaikan harga barang akibat kegagalan kerajaan Umno-BN mengurus khazanah milik negara sebaiknya. Tambah membarah apabila amalan rasuah dan penyelewengan yang menjadi budaya dalam Umno-BN.

Hari ini Umno-BN semakin nazak dan sesak. Nazak kerana mood rakyat yang semakin berpaling daripada menyokong BN. Sesak kerana tidak mampu lagi menangani krisis ekonomi dalam negara.

Kenaikan RON 97 dan gula baru-baru ini sebenarnya tidak menjejaskan sangat pengaruh BN. Ini kerana RON 97 tidak ramai digunakan secara langsung oleh rakyat di negara ini. Hanya golongan elit dan berada dan berkemampuan yang menggunakan RON 97. Manakala kenaikan harga gula sebanyak 20 sen tidak memberi kesan segera kepada kenaikan harga barangan keperluan berasaskan gula.

Namun kenaikan RON 95 yang majoriti digunakan oleh rakyat kelas pertengahan dan bawahan pastinya akan menimbulkan kemarahan rakyat. Pembaziran dan penyelewengan menyebabkan kerajaan yang ada tidak mampu lagi menampung kos subsidi RON 95. Kerajaan tak berani nak naikkan harga RON 95 kerana sedar rakyat akan naik minyak.

Hanya satu cara nak naikkan harga minyak, dapat mandat besar dalam pilihanraya. Nak buat pilihanraya sekarang tak selamat bagi Umno-BN. Maka pelbagai isu dan fitnah serta konspirasi dilakukan untuk menghodohkan imej pimpinan Pakatan Rakyat dengan andaian rakyat akan kembali menyokong Umno-BN dengan taktik tersebut.

Maka jika rakyat termakan dengan fitnah dan segala konspirasi, parlimen dibubarkan. Andaian mereka Umno-BN boleh menang besar. Jika rancangan mereka membodohkan rakyat berhasil, rakyat akan dibodohkan sekali lagi dengan menaikkan harga RON 95 yang mengikut harga pasaran dan semasa sepatutnya dijual RM 2.70 dan bukan Rm 1.90 seperti sekarang. Jadi kemungkinan sangat besar harga minyak akan melambung jika Umno-BN menang sekali lagi dalam pilihanraya. Jika tak percaya tunggu je lah...masa tu menyesal pun tak guna...sumber klik (sini)

10 May 2011

MELAKA AKAN LANCAR KEMPEN 'JOM KURANG BUANG AIR'?.

Setiap kali harga barang keperluan naik maka adalah cakap-cakap supaya kempen penjimatan dilakukan. Apabila gula naik maka Kementerian Kesihatan melancarkan kempen kurangkan gula. Kementerian Perpaduan pula kata, kurangkan gula dalam minuman dan tambahkan manis dalam senyuman. Maka cerita-cerita tentang bahaya gula berkumandang dalam iklan di TV untuk menjustifikasikan bahayanya mengambil gula secara berlebihan.

Maka saya mencadangkan kepada kerajaan Melaka yang menaikkan kadar tarif air baru-baru ini sebagai hadiah kepada rakyat Melaka yang memenangkan BN di PRK Merlimau melancarkan kempen 'Jom Kurang Buang Air'. Bagi menjayakan kempen itu, saya mencadangkan agar segala julap dan bahan makanan yang boleh menggalakkan orang buang air sewenang-wenangnya diharamkan dijual di pasaran. Langkah ini penting sebagai langkah penyelarasan dan penjimatan yang disarankan oleh kerajaan.

03 May 2011

ADA WAKIL RAKYAT MELAKA MENINGGAL DUNIA?


Biasanya kalau bendera BN naik banyak macam ni biasanya nak pilihanraya kecil. Berlaku pilihanraya kecil boleh disebabkan beberapa perkara. Perintah Mahkamah atau wakil rakyat meninggal dunia.

Mungkinkah wakil rakyat di Melaka meninggal dunia. Tetapi tak ada pulak keluar TV dan surat khabar. Jika Pakatan Rakyat yang pacak bendera kat tempat awam seperti itu, sudah pasti Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dah cabut awal-awal lagi kecuali masa pilihanraya. Maka jika tak ada pilihanraya kenapa BN pacak bendera? Adakah wakil rakyat di Melaka dah dapat alamat pilihanraya umum?

VIDEO ANWAR BOLEH BUAT, APALAH SANGAT DENGAN GAMBAR OSAMA


Seluruh dunia dimaklumkan bahawa tentera khas Amerika telah berjaya membunuh Osama Ben Laden dalam satu operasi awal pagi kelmarin berhampiran Islamabad. Maka buruan dan dendam Amerika kepada bayang-bayang Osama ben Laden sudah berakhir. Maka hilanglah segala trauma dan fobia ketakutan kepada Osama Ben Laden. Ajal maut Allah yang tentukan, cepat atau lambat setiap bernyawa pasti akan mati. Pengumuman kematian Osama Ben Laden oleh Barrack Obama tidak sedikit mengejutkan saya. Tetapi timbul pelbagai persoalan dengan beberapa dakwaan dan kenyataan Barrack Obama. Beliau berkata, mayat Osama terpaksa dikebumikan di dalam laut kerana tidak ada sesiapa pun yang hendak menuntut jenazah Osama. Maka, kononnya berpegang kepada tradisi Islam mayat perlu dikebumikan segera, tetapi kenapa di tengah lautan? Benarkah tidak ada sesiapa yang nak tuntut mayat Osama atau Obama hendak sembunyikan sesuatu? Maka begitu pantas mayat Osama hendak dikebumikan?

Dalam satu kenyataan lain DNA Osama telah mengesahkan bahawa DNA Obama sepadan antara mayat selepas serangan dengan DNA simpanan Amerika. Persoalannya, dari mana Obama dapat DNA Osama? Adakah semasa Osama ditahan dalam penjara maka kesan DNA Osama terlekat pada tuala, berus gigi dan air mineral?

Apa yang pasti, saham Obama meningkat melambung berkali ganda dengan dakwaan kejayaan membunuh Osama. Mana-mana calon yang berhasrat melawan Barrack Obama dalam pilihanraya Presiden Amerika akan datang berhadapan laluan sukar. Tak mustahil boleh hilang wang deposit!

Bagi saya dalam dunia sekarang macam-macam boleh berlaku, kalau video lucah hitam putih Dato Seri Anwar boleh dibuat, apalah sangat dengan gambar superimpose Osama Ben Laden yang didakwa terbunuh. Tetapi jika itulah hakikat kematian Osama Ben Laden maka kita doakan moga Allah mengampunkan segala dosa-dosanya dan ditempatkan di kalangan roh mereka yang mendapat rahmat dari-Nya.

01 May 2011

PUJUK PAS, UGUT CINA BUKTI UMNO MAKIN TERDESAK!

Dua dalam satu...Ugut Cina dan pujuk Pas. Ugut Cina, kalau masih menyokong Pakatan Rakyat maka kedudukan orang cina dalam kabinet BN akan terjejas. Manakala kepada Pas, kalau tak nak sertai BN marilah keluar dari Pakatan Rakyat.

Kenapa jadi sampai begitu? Apakah maknanya tu ? Bukankah pemimpin Umno/BN cukup hebat cuba melaga-lagakan kepimpinan Pakatan Rakyat? Bukankah Umno-BN ada Utusan, Berita Harian TV 1, 2 3, 9 dan Astro Awani (kroni terbaru) ? Bukankah Tuan Guru Nik Aziz cuba digambarkan sebagai gila kuasa dan kaki rasuah? Bukankah kerajaan Pakatan Rakyat di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Pulau Pinang digembar-gemburkan setiap hari sebagai melakukan salah guna kuasa, rasuah dan tak pandai mentadbir? Bukankah teraju utama Pakatan Rakyat, Dato Seri Anwar Ibrahim dijaja sebagai kaki liwat dan kaki perempuan depan belakang?

Bukankah kamu kata, pembunuh Altantuya sudah didakwa? Raja Petra pun sudah mendakwa cerita-ceritanya sebelum ini adalah dusta dan palsu?Bukankah kamu kata, kamu pemimpin yang bersih dan suci? Rasuah kapal selam dan beri projek email 1Malaysia kepada anak beranak misalnya menunjukkan rakyat didahulukan?

Bukankah mereka menang di beberapa kubu mereka dalam pilihanraya kecil? Bukankah mereka berjaya mengekalkan kuasa di Sarawak?

Mengapa sampai begitu terdesak? Adakah rakyat sudah hilang kepercayaan? Adakah cerita-cerita mereka sudah tak laku?

Buatlah lagi cerita-cerita kartun dan lucah dalam politik negara? Jajalah lagi aib dan malukan mereka yang kamu hendak dengan sesuka hati. Muncullah kamu dalam lakonan kononnya pemimpin berjiwa rakyat. Jika kamu pandai berlakun, rakyat juga bukannya penonton yang bodoh umpama tiang dan batu. Rakyat ada jiwa dan perasaan. Masih ramai rakyat yang mempunyai maruah dan harga diri. Masih ramai lagi rakyat yang masih berfikiran waras dan matang. Tunggu sahaja kejatutan dan kemusnahan kamu. Tamadun-tamadun hebat satu ketika dulu sudah berkubur. Sudah ramai pemimpin dunia yang selama ini merasakan diri mereka hebat telah tersungkur dengan kuasa rakyat. Tunggu dan hitung sahajalah sisa-sisa kuasa mu...Apa yang pasti detik dan waktu pasti tiba!

29 April 2011

POLIS MEMBERI LAYANAN ISTIMEWA KEPADA DATO T UNTUK BERSUMPAH BAGI MENGAIBKAN ANWAR

Hebat! Pengedar video lucah bukan sahaja tidak ditangkap polis, malah polis memberi layanan cukup istimewa kepada Trio Dato T penipu dan pembohong yang melakukan sesumpah di Masjid Amru Al As sentul.

Polis telah memberi kawalan ketat agar pengedar klip video lucah itu dapat melepaskan hajatnya melakukan sesumpah. Semua ini jelas membuktikan bahawa Dato T mendapat perlindungan istimewa dari polis untuk terus memalu dan mengaibkan Dato seri Anwar Ibrahim. Polis tidak akan memberi layanan yang begitu istimewa jika tidak mendapat arahan tertentu daripada pemimpin kerajaan Umno-BN. Sumber klik sini Lebih hebat lagi belum pernah dalam sejarah orang yang bersumpah pakai baju kalis peluru. Hebat betul Malaysia! Malaysia boleh! Apa yang menghairankan saya kenapa Rahim Tamby Chik dan Shuib Md Lazim tak bersumpah sama? Takut kena makan sumpah ke?

28 April 2011

MENGAPA SETIAP KALI MENIPU NAK BERSUMPAH?


Esok akan ada majlis sumpah. Bukan angkat sumpah jadi wakil rakyat atau buat surat sumpah tetapi sesumpah yang kini sudah tersepit dan terjerat. Datuk Shazryl Eskay Abdullah dikatakan akan buat sumpah laknat di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul di Sentul selepas solat Jumaat esok.

Paling menarik ketua pengedar klip video lucah, Rahim Tamby Chik dalam satu kenyataan hari ini berkata akan wakilkan Datuk Shazryl Eskay Abdullah untuk buat sumpah laknat untuknya. Ehh...boleh wakil-wakil pulak, nak buat surat sumpah pun kena sain depan pesuruhjaya sumpah.

Kalau tak silap saya Perdana Menteri juga pernah bersumpah semasa pilihanraya kecil Permatang Pauh di dalam sebuah masjid.Inilah budaya baru dalam negara. Apabila sudah terjerat dan terdesak, orang sudah hilang keyakinan fikiran jadi singkat dan buntu maka sumpah digunakan untuk menyucikan diri. Si Saiful budak pembancuh kopi yang suka makan karipap itu pun bersumpah di Masjid Putrajaya. Malangnya selepas dia bersumpah satu persatu tembelang dan pembohongan terbongkar!Berbeza dengan trio Datuk T yang terpaksa bersumpah setelah dari mula lagi orang dah tak percaya. Sumpah lah sampai keluar anak tekak sekalipun, satu dunia sudah tahu mereka adalah trio penipu besar. lebih-lebih lagi 'pejuang kebenaran' adalah Rahim Tamby Chik bekas ketua menteri Melaka yang maksum dan suci!

Maka tak perlu ada mahkamah dan tak perlu ada undang-undang dan polis...Kalau bersalah sumpah je nescaya esok surat khabar Utusan, Berita Harian keluar muka depan. TV 3 tak payah cerita...Astro Awani pun dah jadi suku sakat Umno juga.Kalau tak percaya tunggu je esok....

GARA-GARA KLIP 2 KANTOI, POLIS AKAN BURU PENYEBAR VIDEO


Klip kedua dah pun tersebar. Tak payah cerita ramai yang dah boleh teka. Saya sampai sekarang tak berminat lansung nak cari untuk muat turut video tersebut. Ada seorang kawan semalam mengadu, laptopnya 'hang' lepas cuba muat turun video tu di You Tube. Saya kata tu lah...Mungkin Allah nak tunjuk supaya tak muat turun video tak senonoh.

Paling menarik, selepas klip kedua dimasukkan dalam blog balaci Umno, papagomo dan tersebar di You Tube, polis kelihatan bersungguh-sungguh nak memburu penyebar klip video kedua itu. Polis juga bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak lama selepas klip video itu keluar dalam laman sesawang

Kenapa polis dan SKMM bersungguh-sungguh sangat. Mudah je...bila video tu keluar semakin jelas dan nyata bahawa perancangan pihak tertentu membabitkan Dato Seri Anwar kantoi...Perut nampak membuncit....babak tertentu dan muka dikaburkan...Ada orang ketiga baling gumpalan tisu dalam video dan banyak lagi. Maka kat sini saya nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada sesiapa sahaja yang menyebarkan klip video siri 2 tu....Kantoi lagi...semakin ramai yang percaya memang ada tangan-tangan kotor di sebalik video tu...Utusan, TV 3, Berita Harian dan pemimpin Umno tak boleh nak berdalih...merekalah dalang dan petualang yang merosakkan rakyat negara ini...

26 April 2011

ANWAR ADA SEHELAI JE BULU?

Maaf....agak lucah sedikit. Tetapi siapa pemimpin Umno/BN peduli.Hari ini sekali lagi cerita-cerita lucah tersiar dalam muka depan media pengampu yang diedar percuma di sekolah rendah dan menengah. Maka bertambahlah pengetahuan budak-budak sekolah tentang DNA, bulu dan cerita-cerita yang meloyakan.

Maka usah terkejut bila Sekolah Murid Mengandung di Melaka, kemasukan berebut-rebut sampai tak cukup tempat.Usaha mengeluh bila kes rogol dan zina makin menjadi-jadi.

Berbalik pada topik, seperti dijangka DNA Lelaki Y hari ini didedahkan kononnya milik Dato Seri Anwar Ibrahim. Beberapa persoalan masih belum dijawab sehingga hari ini:

1. Mengapa Doktor Pusrawi yang pertama ditemui Saiful yang mengesahkan budak pembancuh kopi ini tidak diliwat gagal dibawa ke mahkamah sehingga hari ini?

2. Jika tuala, berus gigi dan botol air mineral didakwa digunakak DSAI dalam lokap tiada bukti yang menunjukkan DSAI menggunakan peralatan tersebut? Adakah CCTV dalam lokap rosak atau sengaja dirosakkan?

3. Sehingga hari ini pendakwa masih gagal membuktikan Saiful dan DSAI berada di dalam unit kondominium yang sama kejadian liwat didakwa berlaku. Pendakwa hanya menunjukkan CCTV di lif dan juga bahagian pintu masuk sahaja. Bagaimana dengan saksi dan alibi bahawa DSAI berada dengan beberapa individu sedang bermeyuarat pada waktu kejadian?

4. Mengapa hanya bulu DSAI ditemui di kondominium tempat di dakwa berlaku liwat? Adakah Saiful tidak berbulu? Mengapa hanya sehelai je bulu DSAI ditemui? Adakah DSAI hanya mempunyai sehelai je bulu??????? Budak sekolah pun boleh fikir....

20 April 2011

AKHIRNYA ALI RUSTAM MENGAKU AIRPORT MELAKA 'BERHANTU"


Jika sebelum ini Ketua Menteri Melaka, Dato Seri Muhd. Ali Rustam seringkali menafikan bahawa Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM)di Batu Berendam sunyi sepi. Ali Rustam dalam PRK Merlimau berkata, pimpinan Pakatan Rakyat tidak tahu perkembangan yang sering mendakwa LTAM membazirkan wang rakyat. Beliau mendakwa sekarang sudah ada 'kapal terbang besar' mendarat di Melaka.

LTAM yang siap dinaik taraf dengan kos lebih RM 131.5 juta tahun lalu digembar gemburkan oleh kerajaan negeri Umno-BN telah berjaya menobatkan Melaka sebagai hub udara tersohor di rantau ini.

Namun semua dakwaan dan telahan Pakatan Rakyat ternyata berasas apabila semalam Ali Rustam mengakui bahawa LTAM kini menjadi tempat 'berhantu'. Sehingga hari ini hanya syarikat Riau Airlines dan Wing Air yang menggunakan perkhidmatan LTAM. Manakala syarikat penerbangan tempatan seperti Malaysia Airlines, Air Asia dan FireFly mengambil sikap menjauhkan diri untuk mengggunakan LTAM.

Dalam hal ini, Ali Rustam cuba menutup kelemahan sendiri dengan menunding jari kepada Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) kerana gagal mempromosikan LTAM.

Walau bagaimanapun saya menafikan bahawa LTAM berhantu dan sunyi sepi kerana bagi saya LTAM hari ini merupakan antara yang tersibuk di dunia sebagai tempat persinggahan burung-burung dan tempat bermain layang-layang!

17 April 2011

PAS 'MENANG BESAR' DI SARAWAK!

Kalah tetap kalah, itu adat dalam bertanding. Walaupun hanya tewas dengan satu undi tetap juga kalah. Itu realiti dalam pilihanraya. Namun, untuk mengatakan bahawa PAS telah gagal sama sekali adalah satu analisis yang amat silap.

Cuba cari berapa banyak kerusi yang PAS tewas di Semenanjung di bawah 400 undi seperti di Beting Maro ? Malah tidak keterlaluan prestasi PAS di Sarawak jauh lebih baik berbanding keputusan yang diperolehi oleh PAS dalam pilihanraya kecil di Tenang, Galas dan Merlimau di Semenanjung.

Abang Addy Alyani Ketua DPP Negeri Sarawak yang mewakili PAS di Dewan Undangan Negeri Sadong Jaya meraih sebanyak 1074 undi setelah tewas dengan majoriti 2934 undi. Demikian juga Tuan Hj Adam Pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak meraih sebanyak 1769 undi di Dewan Undangan Negeri Sebuyau setelah tewas dengan 2276 majoriti undi.

Lebih menarik kemunculan sulung PAS di dua DUN yang selama ini dianggap kubu kuat BN iaitu DUN Muara Tuang, PAS meraih s 3196 undi meskipun tewas dengan majoriti undi yang besar iaitu 7843 undi. DUN Tanjung Datu pula PAS meraih sebanyak 1002 undi setelah tewas dengan majoriti 3216 undi.

Apa yang paling jelas prestasi di tiga DUN yang ditandingi PAS di Sarawak menunjukkan peningkatan jumlah undi yang sangat memberangsangkan. Adakah pihak BN lupa bahawa PAS sepanjang pilihanraya kecil ini telah berjaya menubuhkan lebih 10 cawangan di Sarawak? Lebih membanggakan ribuan anak muda dan penduduk Sarawak menyerahkan borang keahlian PAS kepada pimpinan Pas dalam pilihanraya negeri ini.Semua ini bukti jelas menunjukkan bahawa PAS kini menjadi parti yang lebih universal dan terbuka berbanding dengan UMNO yang masih tidak mampu bertapak di Sarawak.

Penubuhan cawangan dan pertambahan ahli yang ketara sebenarnya merupakan kunci utama kepada PAS untuk menawan dan memenangi kerusi dalam pilihanraya. Inilah yang berlaku di negeri yang utuh dengan sinaran bulan Purnama seperti di Kedah, Kelantan dan Terangganu. Saya yakin jika ini dapat diterjemahkan oleh pimpinan, ahli dan penyokong PAS misi PAS ganti Umno akan dapat direalisasikan.

16 April 2011

BN TUMBANG DI SARAWAK?

BN diramal menerima kejutan tumbang dalam Pilihanraya Negeri Sarawak. Walaupun belum ada keputusan rasmi dari SPR yang merupakan kompenen BN di Sarawak keputusan tidak rasmi menunjukkan Pakatan Rakyat sedang mendahului sekurang-kurangnya 10 kerusi DUN berbanding BN 8. Walau bagaimanapun BN dijangka membuat U Turn untuk mendahului dengan 18 ribu undi pos yang masih belum diumumkan.

Keputusan terkini tidak rasmi juga menunjukkan PAS masih lagi belum berjaya melahirkan anak sulung kembar yang diharapkan di Sarawak. Walaupun kempen Pas sebelum ini mendapat sambutan yang cukup hebat tetapi disebabkan ugutan, sentimen perkauman melampau yang dilakukan dalam kempen BN dan tsunami duit luar biasa yang melanda kawasan majoriti Melayu-Melanau menyebabkan perubahan aliran pengundi pada saat-saat akhir.


Antara keputusan terkini yang diperolehi ialah :

Meradong: 12 peti undi , DAP mendahului 800 undi

Bukit Assek: 3 peti undi dikira , DAP mendahului 26 undi

Bawang Assan: 12 peti undi dikira, DAP mendahului 1,200 undi

Dudong: 13 peti undi dikira, DAP mendahului 650

Maklumat lain yang diperolehi Pakatan Rakyat mendahului di : Kidurong, Maradong, Layar, meluan, Kakus, tamim, Jepak, Tasik Biru, Ba'Kelalan, Krian, Tabedu dan Tarat.

Manakala BN mendahului di Simanggang, Bukit Kota, Saribas, Semop, Bukit Saban, Sadong Jaya, Tanjung Datu, Sabuyau dan Beting Maro.

14 April 2011

APA PERJANJIAN SULIT NAJIB DAN RPK DI AUSTRALIA?


Raja Petra Kamarudin sudah pun berpusing 360 darjah. Asalnya RPK dilabel TV3 sebagai petualang dan pengkhianat negara. Malah ada pemimpin BN yang mendesak agar kerakyatan RPK dilucutkan. Ramai pemimpin BN yang gabra dan gelisah. Polis Malaysia gagal menangkap RPK berdasarkan dua waran tangkap yang dikeluarkan, lalu Interpol diguna. Dato Seri Anwar dituduh membiayai kehidupan mewah RPK di kota London.

Namun, itu cerita tidak lama dulu. Kini TV3 yang menggelarnya pengkhianat memberi ruang siaran melalui temubual ekslusif bersama RPK di Australia. Saya tak tonton TV 3, tetapi dari ulasan rakan-rakan bloggers yang menonton, RPK meracau tak tentu pasal macam orang kena sampuk, santau dan pukau.

Mengapa King Blogger kini menjadi burger benjo King? Saya tak pelik kerana dari awal RPK meninggalkan negara sudah meninggalkan 1001 persoalan. Macam mana RPK senang-senang boleh meninggalkan negara ini sedangkan SB sentiasa memantau pergerakkannya? Bagaimana RPK boleh hidup di Apartmen mewah di kota London? Siapa yang biaya, siapa yang taja?

Apa yang lebih memusykilkan saya kenapa tiba-tiba RPK terbang dari Kota London ke Australia bulan lepas ketika Perdana Menteri secara 'kebetulan' turut berada di sana? Difahamkan satu pertemuan 'dari hati ke hati' secara bersemuka telah diadakan di antara Najib-RPK, untuk apa? Mengapa Najib tiba-tiba lembut hati sudi untuk bertemu RPK yang sebelum ini menuduhnya macam-macam termasuk melalui akuan bersumpah? Adakah itu semua berlaku secara kebetulan tanpa dirancang? sekoyong-koyong tak lama lepas tu RPK mula membela Najib...tak kan itu pun payah nak fikir???

13 April 2011

NAJIB MENGAKU SUKAR BN KEKAL 2/3 DI SARAWAK


Nada Perdana Menteri dalam pilihanraya Negeri Sarawak kali ini cukup berbeza. Jika sebelum ini Dato Seri Najib cukup yakin BN akan menang besar dalam pilihanraya. Maka hanya sekali sekala beliau menjengah muka berkempen untuk cukup syarat sahaja. Itulah yang berlaku di Tenang, Merlimau dan Kerdau. Di Sabah dan Sarawak dalam kempen pilihanraya sebelum ini, kempennya cukup ala kadar kerana dalam minda pemimpin BN dulu kini dan selamanya kedua-dua negeri Malaysia Timur itu adalah 'simpanan tetap' BN.

Di PRUN Sarawak, Najib dan pemimpin BN nyata cukup cemas dan bimbang. Senario gelombang sokongan kepada Pakatan Rakyat cukup luar biasa. Semua tohmahan kepada PR ternyata tidak memberi kesan kepada suasana kempen di Sarawak. Malah 'Majlis perasmian Video Lucah' serentak dengan tarikh pembubaran DUN Sarawak ternyata makan diri. Dalam kempen pilihanraya di Sarawak bukan sahaja BN terpaksa mempertahankan Taib Mahmud yang telah ditolak rakyat Sarawak , malah pemimpin BN dan media dikuasai mereka turut terpaksa terkial-kial untuk meyakinkan orang kaum bumiputera seperti Iban, Melanau dan Bidayuh bahawa watak dalam video itu adalah Dato Seri Anwar Ibrahim. Masyarakat Iban pun susah nak percaya kerana di rumah panjang pun mereka dah tak tengok video hitam putih!

Melihat situasi ini, Najib pun berkata kalau dapat 2/3 pun sudah satu bonus! Maknanya Najib sebenarnya bukan sahaja tak yakin menang 2/3 majoriti tetapi sebenarnya sedar bahawa BN di Sarawak kini di ambang bahaya menjelang 16 April ini! Jika tidak dapat 2/3 bermakna kerajaan yang dibentuk adalah lemah dan tidak boleh meminda dan mengubal pelembagaan negeri. Kenyataan Najib baca sini

Malah kenyataan Najib sekali lagi menunjukkan bahawa beliau dan Taib Mahmud kini walaupun satu kapal sudah berlainan haluan. Sebelum ini, Taib Mahmud kata beliau cukup optimis akan kekal majoriti 2/3. Kali kedua Najib-Taib Mahmud berselisih pendapat setelah ucapan Najib sebelum ini bahawa Taib Mahmud akan berhenti sebagai Ketua Menteri disanggah tak sampai 24 jam dalam majlis yang turut dihadiri oleh Najib.

Jika begini keadaannya, rakyat Sarawak perlu mengekalkan momentum menolak kepimpinan Taib Mahmud dan BN di bumi Kenyalang. Menolak mereka yang gila kuasa dan mengumpul kekayaan dengan terus mengabaikan nasib rakyat yang masih ramai yang melarat dan merempat. Gunakan peluang terbaik untuk membuat perubahan untuk kehidupan yang lebih baik untuk generasi hari ini dan akan datang di Sarawak. Cukuplah lebih 30 tahun rakyat Sarawak ditipu dan dipermainkan oleh BN . Bangkitlah dengan semangat Rentap dan Ngap Sayot!

12 April 2011

ENGGAN NAMA PENGGANTI BUKTI TAIB MAHMUD NAK BINA DINASTI


Apakah Tan Sri Taib Mahmud akan berhenti? Persoaalannya bila dan siapa pengganti? Soalan-soalan yang tidak mampu dijawab sampai hari ini. Tidak kedengaran pula soalan-soalan ini berani ditanya oleh wartawan pro BN semasa sidang akhbar bersama ketua menteri itu.

Rakyat Sarawak sudah cukup muak dan meluat sepanjang tempoh 30 tahun Taib Mahmud memerintah Sarawak. Perdana Menteri cuba meredakan perasaan tidak puas hati rakyat Sarawak dengan merayu kepada rakyat Sarawak semalam...percayalah pada saya, Taib Mahmud akan berhenti....Siapa yang nak percaya pada Najib. Untuk mendapat jawapan sebenar dari pemimpin Umno-BN tidak susah. Kalau mereka kata tidak ya le tu..contoh harga minyak tak akan naik..harga barang tak akan naik...Kita tidak terlibat dengan tuduhan liwat...kita tidak terlibat dalam isu video seks...maknanya....???

Sama lah macam Najib kata Taib akan berhenti bermakna Taib Mahmud akan terus memimpin Sarawak selagi nafsu nafsi masih tinggi. Jadi sebab tu lah, Taib Mahmud tidak mampu untuk menamakan penggantinya. Mudah, sebabnya belum ada pengganti! Maka macam mana rakyat Sarawak nak gantikan Taib Mahmud. Tidak ada cara lain selain terus memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat.

BN BUAT KONSERT BILA CERAMAH TAK DAPAT SAMBUTAN DI SARAWAK

Gerun dan tertekan dengan kehadiran luar biasa rakyat Sarawak ke ceramah-ceramah anjuran Pakatan Rakyat di Sarawak, BN menukar strategi dengan mengadakan konsert artis untuk menarik orang ramai terutamanya golongan muda. Walau bagaimanapun Konsert+Ceramah (KOMA) yang berlindung di balik NGO 1Malaysia yang di adakan malam tadi di Padang Merdeka Kuching masih gagal menandingi sambutan orang terhadap ceramah anjuran Pakatan Rakyat.

Saya mencadangkan BN menjemput pelawak dan pelakon terkenal untuk menarik orang ramai. Mendahului senarai ialah Umi Hafilda, Ibrahim Ali dan Zulkifli Nordin. Mungkin untuk memastikan lebih ramai audien boleh menjemput produser filem lucah terkenal, Rahim Tamby Chik yang akan menggunakan sound effect dan visual khas hitam putih terkini untuk membuat persembahan yang lebih menarik.


Konsert 1Malaysia tajaan BN malam tadi


Ceramah Pakatan Rakyat di Sibu kelmarin

ISU VIDEO SEKS: DI ANTARA DUA DARJAT INDONESIA DAN MALAYSIA

Di Malaysia penyebar dan penonton video seks di Carcosa Seri Negara terus dijulang bagaikan hero filem Tamil. Sehingga hari ini Datuk T yang dikepalai Rahim Tamby Chik masih bebas dan terus menerajui Risda salah sebuah badan berkanun utama di negara ini. Rahim Tamby Chik dan kuncu-kuncunya seolah-olah mendapat layanan cukup istimewa umpama hamparan permaidani merah kerana 'keberaniannya' mendedahkan rakaman video seks yang kini tersebar di seluruh negara.

Tidak ada satu bentuk tindakan yang jelas dan menyakinkan rakyat bahawa penyebar video lucah berdepan tindakan undang-undang. Akibatnya, Rahim Tamby Chik seolah-olah mencabar dan mempelekehkan undang-undang yang ada serta terus berbangga dengan tindakan 'bermoral' yang telah dilakukannya.

Berbeza dengan negara berjiran serumpun, Indonesia walaupun negara berkenaan diselubungi dengan pelbagai video pornografi tetapi pelaku, penonton dan penyebar akan menerima kejian dan kutukan dari masyarakat. Tidak kira mereka yang sudah popular atau mempunyai kedudukan dalam masyarakat. Inilah yang berlaku kepada penyanyi popular Indonesia, Airel Peterpan.

Terbaru, sikap rakyat Indonesia yang benci pada pornografi memaksa Anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR),Arifinto yang dirakam menonton video lucah ketika sidang Parlimen Jumaat lalu, meletakkan jawatan bermula semalam kerana tidak sanggup menanggung aib dan kutukan rakyat.

Di Malaysia penyebar video seks mendapat layanan istimewa serta liputan besar-besaran. Carcosa Seri Negara rumah tetamu kerajaan telah diubah suai untuk memberi laluan tayangan 'blockbuster' filem lucah terhebat abad ini di Malaysia.

Semua ini cukup jelas menunjukkan sikap hipokrit pihak berkuasa dan kerajaan Umno-BN yang menjadi punca suburnya budaya lucah tersebar di kalangan rakyat. Masyarakat di negara ini perlu diselamatkan daripada dirosakan minda dan fikiran mereka oleh kerajaan yang ada dengan tidak ada cara lain dengan memastikan Umno-BN ditumbangkan dalam pilihanraya umum akan datang.