05 March 2011

KALAU YAKIN MENANG KENAPA MENIPU DAN BERLAGAK SAMSENG?

Sehingga saat ini Umno begitu sombong dan bongkak dengan mendabik dada akan mengekalkan DUN Kerdau dan Merlimau. Macam mana Umno boleh tahu sedangkan hari mengundi hanya bermula esok? Ada apa-apa 'silap mata' yang akan dilakukan ? Memang betul Pas kalah dalam PRU lalu tetapi tak bermakna Pas tak boleh menang dalam PRK kali ini.

Umno makin goyah, penyelewengan dan skandal berluasa serta kehidupan rakyat makin terhimpit tidak mustahil akan berlaku kejutan kepada Umno. Sambutan kempen PAS sungguh menggalakkan memberi isyarat yang positif kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

Jadi mungkin sebab itu lah agaknya Umno/BN terus menyerang dan melakukan pembohongan kepada PAS. Sama ada di Merlimau dan juga di Kerdau. Tak cukup dengan tokoh dalam Umno, habis pelawak dan pelakon handalan seperti Ibrahim Ali, Umi Hafilda dan Ezam Md. Nor diheret kesana kemari untuk memfitnah pimpinan Pakatan Rakyat. Insyaallah, rakyat Malaysia cukup kenal siapa mereka ini. Maklumat di hujung jari!

Terkini Menteri Besar Pahang, Dato Seri Adnan Yaakub yang terkenal dengan 'trade mark' isyarat lucah di PRK Sanggang dulu memfitnah Dato Tuan Ibrahim Tuan Man kononnya menjadi lintah darat kerana memeras peneroka di Jengka dengan membeli tanah peneroka berkenaan. Segala pembohongan media dan pencacai Umno terdedah apabila pemilik tanah sebenar tampil menafikannya. Tak perlu saya ulas panjang layari Harakah Daily untuk maklumat lanjut. Bila asyik baca Utusan Malaysia itu yang jadi tak berapa cerdik.

Ini baru kecil banyak lagi pembohongan dan putar belit Umno/BN setiap kali pilihanraya. Semua jentera PAS di Merlimau dan Kerdau diminta tingkatkan kewaspadaan menjelang esok. Setakat ini perkembangan petugas PAS dan Pakatan Rakyat di Merlimau cukup menyakinkan. Umno pasti terkejut dengan strategi dan persediaan PAS . Tunggu sahaja esok!

DUA ORANG PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AGAMA MELAKA MURTAD!

Maklumat yang saya terima semalam dua orang bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Sharifah Rodziah di Telok Mas Melaka yang merupakan salah sebuah sekolah kluster dan sekolah agama terkenal di sini digemparkan dengan dua orang pelajar asrama sekolah berkenaan yang murtad memeluk agama kristian.

Walau bagaimanapun kedua-dua pelajar sekolah agama itu yang kini berada di tingkatan lima telah disingkirkan daripada asrama dan sekolah agama berkenaan dan kini bersekolah di salah sebuah sekolah terkenal di bandaraya Melaka.

Apa yang lebih dikesalkan, pihak sekolah seperti lepas tangan daripada menangani kes murtad berkenaan. Apa pula peranan Majlis Agama Islam Melaka yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Melaka, Dato Seri Muhd Ali Rustam bagi menyelamatkan akidah pelajar berkenaan?

Apakah Ali Rustam lebih sibuk serta berbangga dengan Sekolah Harapan (sekolah budak mengandung) dan menjadikan Melaka sebagai pusat filem Bollywood daripada isu murtad ini? Dalam hal ini Ali Rustam selaku Ketua Menteri tidak boleh lepas tangan kerana selama ini beliau bertanggungjawab bersetuju dengan program yang melalaikan golongan muda di negeri ini.

Lihatlah sahaja kempen di Merlimau, penyebaran gambar lucah menghina ulama, tarian seksi untuk meraih undi. Siapa di sebalik kempen yang tidak bertamadun ini?Malah Ali Rustam lebih sibuk dan beria-ia hendak menjadikan Melaka lokasi perkampungan artis dan Melaka sebagai pusat filem Bollywood dan menjemput Datuk Shah Rukh Khan membuat filem di sini. Tidak lain dan tidak bukan program seumpama ini boleh melalaikan dan menyuburkan budaya tidak sihat di kalangan muda mudi serta boleh menyumbang kepada gejala murtad berluasa.