05 April 2009

NAJIB TERDESAK PULIH IMEJ


Semua seperti serba tidak kena dengan Dato Seri Najib, PM Malaysia ke 6 dalam memulihkan imej dan pesonaliti beliau setelah dilantik sebagai PM.

Selepas dilantik menjadi PM, Najib ditontonkan dalam media massa mencium tangan ibunya untuk menggambarkan Najib seorang anak yang 'solleh'. sebelah malamnya diambil pula gambar mengerjakan solat berjemaah di rumah untuk menampilkan imej 'kewarakan' Najib.

Semalam beliau agak marah-marah apabila dituduh mengambil tindakan populis dengan membebaskan 13 tahanan ISA dan menarik sekatan keatas Harakah dan Suara Keadilan.

Apabila beliau membuat 'lawatan mengejut' ke sekitar Kuala Lumpur semalam, hari ini beliau digambarkan sebagai PM berjiwa rakyat dalam tajuk muka depan beberapa akhbar utama.

Jika Pak Lah sebelum ini selepas baru dilantik menjadi PM, menunjukkan imej keturunan ulama dengan menjadi imam solat Dzhuhor, teringin rasanya melihat Najib menjadi imam dalam solat Maghrib atau Isyak di mana-mana masjid dalam kawasan pilihanraya kecil yang sedang berlangsung sekarang. Kemudian boleh sampaikan tazkirah sementara menunggu waktu Isyak. Mungkin tajuk yang sesuai ialah bahaya rasuah, kewajipan menutup aurat atau tajuk tujuh dosa besar!

Apa yang dilakukan, seolah-olah Najib cukup terdesak untuk memulihkan imej dan menutup pelbagai dakwaan salah laku yang melibatkan beliau. Tetapi ibarat kata pepatah Melayu, buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali. Lebih-lebih lagi kalau ia dibuat berulang-ulang kali!