25 December 2010

HA..HA..84% RAKYAT MALAYSIA FAHAM 1MALAYSIA

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata 84% rakyat Malaysia faham konsep 1 Malaysia berbanding sasaran 75% yang ditetapkan. Kajian itu berdasarkan kajian terhadap 15,353 responden.

Baguslah macam tu, nampaknya pak cik dan mak cik di Hulu Tembeling, Kuala Berang, Sik, Kuala Nerang termasuk yang tinggal di Pengkalan Hulu di Perak sudah faham konsep 1Malaysia. Jadi tak sia-sialah Umno/BN bayar pada syarikat Yahudi Apco Worlwide RM 77 juta setahun kerana hasilnya sangat memuaskan.

Maka apa tunggu apa lagi kalau dah 84% sudah faham konsep 1Malaysia, bubarkan parlimen sekarang, Umno/BN senang-senang boleh menang besar.

Kalau cakap dengan orang kampung boleh le temberang. Nak tanya kepada Rais Yatim, siapa responden yang 15,353 tu? Adakah kajian itu mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan berdasarkan min dan sisihan piawainya?

Kalau berani saya cabar dedahkan hasil kajian tersebut untuk buktikan rakyat benar-benar menyokong Umno/BN. Adakah kajian ini untuk menutup dapatan kajian badan bebas Merdeka Centre populariti PM sudah merudum? Mungkin juga kajian ini untuk menutup kesedihan atau perasaa gundah gulana pimpinan Umno bahawa majoriti rakyat Selangor menyokong Pakatan Rakyat?

Apa yang pelik bin ajaib, kajian yang diumumkan oleh Rais Yatim ini muncul tiba-tiba ketika isu Dato Seri Anwar digantung selama 6 bulan selepas mengaitkan 1Malaysia dengan 1Israel di Parlimen. Kajian yang muncul tiba-tiba seperti munculnya 'surat sokongan' daripada Apco Worlwide 1Malaysia tak sama dengan 1Israel untuk menghalalkan tindakan 'Pendekar Mustar' yang mengantung ahli parlimen Pakatan Rakyat. Kajian ini juga muncul tiba-tiba ketika kerajaan Pakatan Rakyat melarang sebarang logo dan promosi terhadap 1Malaysia dalam program melibatkan kerajaan negeri.

Kita tunggu lagi apa kejutan seterusnya yang akan muncul secara tiba-tiba....1Malaysia!

UMUM BONUS RM 100.9 JUTA: PENEROKA TERTIPU LAGI

Melihat kepada angka RM100,916,600 bonus Felda yang diumumkan oleh PM 1Malaysia hari ini, ramai peneroka mungkin sudah mula memasang angan-angan. Tukar kereta baru, tukar langsir baru, pergi shopping dengan anak cucu atau pun pergi makan young tau fu..

Mungkin angka lebih RM 100 juta sengaja dipilih nak melupakan fobia sekejap janji 100 hari Pakatan Rakyat jika berjaya memerintah negara selepas PRU ke 13. Mungkin juga kebetulan dengan pilihanraya kecil DUN Tenang yang pengundinya ramai terdiri daripada peneroka Felda.

Kalau ikut statistik sehingga November 2009, jumlah peneroka seluruh Malaysia ialah seramai 112635 orang. Daripada jumlah itu hanya 94,281 atau 83.70 peratus yang dapat bonus. Selebihnya masuk angin keluar asap! Dijangkakan setiap peneroka hanya menerima RM 400 - RM 1200 sahaja. Jumlah yang sangat kecil berbanding harga sawit yang sekarang melambung di pasaran dunia.

Untuk peneroka Felda tak sampai RM 1200 maksimum, tetapi berapa pula bonus staf Felda dan Felda Plantations? Paling kurang bonus mereka tidak kurang 2 bulan gaji! Tak percaya pergi tanya saudara mara yang kerja dengan Felda.

Inilah yang selalu dibangkitkan, ke mana pergi untung Felda? Jika PM 1Malaysia berani sila beritahu pada pengundi di Dun Tenang nanti berapa untung Felda dan ke mana duit tersebut dibelanjakan.

Semua ini sudah cukup membuktikan bahawa keringat dan hasil peneroka diperah secukupnya tetapi malangnya mereka cuma dapat sisa-sisa daripada hasil yang diperolehi. Tetapi peneroka Felda jangan kecil hati kalau tidak mana kerajaan 1Malaysia nak cari duit bayar firma Yahudi Apco Worlwide RM 77 juta setahun....Peneroka sepatutnya rasa bangga...Keranamu Malaysia...



23 December 2010

LAGI KENYATAAN MERAPU PEMIMPIN UMNO TENTANG LARANGAN SELANGOR GUNA LOGO 1MALAYSIA

Langkah kerajaan Pakatan Rakyat Selangor melarang menggunakan logo 1Malaysia rupa-rupanya bukan sekadar menimbulkan 'ribut' di pihak Umno tetapi juga turut mendedahkan betapa merapu dan tidak cerdiknya beberapa pemimpin Umno.

Setakat ini yang paling merapu ialah kenyataan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata kebebasan mengumpul orang dan memberi lambang menerusi pertubuhan adalah dibenarkan di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. “Larangan itu adalah tidak sah dan Menteri Besar Selangor (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) mungkin tidak memahami dan menyedari peruntukan yang terdapat di bawah Perlembagaan Persekutuan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Kenduri Rakyat di Kampung Air dekat sini hari ini.

Apabila kena atas batang hidung Umno, kata tak hormat undang-undanglah, tak hormat pelembagaanlah dan macam-macam lagi untuk menghalalkan tindakan mereka.

Betullah, memang patut subjek sejarah ni diajar kepada pemimpin Umno dan bukan kepada budak-budak di sekolah. Terbukti ramai di kalangan mereka yang buta dan cepat lupa kepada fakta sejarah.

Apakah mereka lupa puak-puak inilah yang sering menurunkan bendera dan banner serta apaa-apa yang berkaitan dengan logo PAS,PKR dan DAP di kawasan yang dikuasai mereka. Paling terbaru tindakan Ketua Menteri Melaka yang mengarahkan pihak berkuasa tempatan merobohkan papan tanda dan banner Pas di Pejabat MTD Bukit Baru di premis milik parti. Apakah itu tak melanggar pelembagaan?

Sebab tu lah agaknya kerana terlalu merapu kononnya hak dalam pelembagaan membenarkan guna logo sampai beg sekolah yang 'dihadiahkan' oleh Umno ada logo Umno/BN? Adakah itu dibenarkan oleh pelembagaan? Membenarkan logo parti pada beg budak sekolah?



Umno/BN sebenarnya bukan sahaja cukup fobia dengan logo parti lawan, malah warna yang mempunyai persamaan dengan pihak Pakatan Rakyat akan cuba dihapuskan. Masih ingat dengan penukaran logo Petronas? Arahan siapa dan atas sebab apa?

Nasihat saya kepada pemimpin Umno kalau nak bercakap jangan ikut sedap mulut, bercakap dengan hujah dan fakta. Belajar dan fahamkan sejarah dan jangan asyik merapu tak tentu hala.

18 December 2010

SIAPA BODOH, SIAPA GILA DAN SIAPA KELAS 3?


Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa. Beberapa hari lalu Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Datuk Seri Nazri Aziz menyatakan bahawa keputusan Speaker Dewan Rakyat tidak boleh dicabar oleh mahkamah.


Menurut beliau, parlimen serta kuasa speaker adalah yang paling tinggi dan tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah. Membaca komen beliau sebelum ini sudah membuatkan saya cukup meluat dan menyampah. Mula-mula dengan angkuh dan bongkak dituduhnya ahli parlimen Pakatan Rakyat sebagai bodoh dan gila. YB Karpal Singh peguam terkemuka dituduhnya peguam kelas tiga. Cukup celupar betul mulut menteri ini.

Boleh jadi kerana terlalu nak mengampu dan membodek sehingga lupa pada fakta dan sejarah yang tak sampai pun setahun. Kes di Perak tindakan rampasan kuasa ala lanun Umno BN dengan mengheret dan mencekik speaker YB V Sivakumar membuktikan bahawa Umno cukup menghormati kuasa speaker dan sidang dewan.

Kes itu yang kemudiannya dirujuk hingga ke mahkamah Persekutuan membuktikan bahawa kenyataan Nazri kelmarin bukan sahaja silap besar tetapi memang betul-betul merapu dan sasau tak tentu pasal.


Sepatutnya subjek sejarah yang diwajibkan di sekolah tahun depan diajar dahulu kepada pemimpin Umno dan BN yang buta dan tak faham sejarah. Kalau fakta yang tak sampai setahun dah lupa inikan pula fakta tentang asal usul agama, agama dan bangsa.


Tetapi saya yakin dengan sistem kehakiman dan keadilan yang ada di negara hari ini saya yakin fakta dan sejarah boleh berubah dalam sekelip mata. Macam-macam boleh berlaku dalam 1Malaysia lebih-lebih lagi kalau pemimpin Umno@BN yang ada pada hari ini terus dibiarkan berkuasa. Maka kuasa rakyat adalah segala-segalanya, jangan sampai rakyat turun ke jalan raya sekali lagi.

16 December 2010

INIKAH ANAK MENTERI UMNO YANG TUDUH MP PAKATAN 'BODOH' DAN 'GILA"


Ada seorang menteri Umno@Apco berkata ahli Pakatan Rakyat bodoh dan gila berikutan cadangan mengheret Speaker ke mahkamah. Kalau tak silap menteri tu jaga bab undang-undang. Gambar-gambar ni pernah disiarkan dulu. Cuma nak ajak semua berfikir kalau anak sendiri tak tahu nak didik dan jaga dengan baik, orang ni yang kita nak harapkan jaga undang-undang negara?









Agak-agak boleh kenal tak siapa bapaknya ?

07 December 2010

PANDAI BETUL KHIR TOYO TAWAR MENAWAR HARGA


Musim cuti sekolah, maka ramai yang melancong bersama keluarga. Ke utara, Selatan dan Pantai Timur atau mungkin ke luar negara. Setiap kali melancong biasanya diselitkan dengan aktiviti membeli belah membeli sesuatu sebagai tanda kenangan. Kepada mereka yang ingin membeli belah sila dapatkan petua daripada Khir Toyo.

Ternyata Khir Toyo seorang yang cukup pandai dalam bab tawar menawar. Bayangkanlah tanah harga RM 6.5 juta ditawarnya dapat RM 3.5 juta. Cukup-cukup hebat, mungkin ada ilmu yang patut kita belajar dengan Khir Toyo.
Jangan ikut macam pemimpin Umno lain, dah le beli dengan harga mahal komisyen je dah RM 600 juta macam beli kapal selam. Itu belum lagi harga pen dan skru driver yang melambung belipat kali ganda seperti yang sering didedahkan dalam penyelewengan yang dikesan oleh Jawatankuasa Laporan Audit Negara. Servis kereta perdana plat M 5 milik kerajaan Negeri Melaka sampai lebih RM 300 ribu, tetapi apa kesudahan ceritanya? Alah membeli menang memakai?Itu belum lagi kos repair rumah je sampai RM 65 juta, kalau tak silap rumah tu terletak di Putrajaya.

Lepas ni Khir Toyo tak perlu risau jika hilang elaun dan pencen wakil rakyat serta rumah dan tanahnya dirampas kerana dia boleh keliling Malaysia buat kursus atau ceramah tentang petua membeli dengan harga murah. Sekurang-kurangnya boleh ajar pemimpin Umno/BN daripada mengikis dan menghabiskan duit rakyat serta membazir tak tentu pasal!

05 December 2010

MENARA 100 TINGKAT ADA DUIT...SUBSIDI RAKYAT TAK CUKUP DUIT!


Kenaikan 4 dalam 1 yang diumumkan oleh kerajaan 1 Malaysia yang diterajui parti kononnya ingin menjadi juara rakyat membuktikan kerajaan yang ada kini cukup nazak dan terdesak.

Saya tak dapat nak bayangkan bagaimana ketika rakyat sedang bergelut kenaikan pelbagai harga barang dan persediaan pembukaan penggal persekolahan baru kerajaan tergamak mengumumkan kenaikan keperluan asas dalam negara. Bayaran bantuan khas RM 500 yang dikreditkan ke akaun pesara dan kakitangan awam baru-baru ini diambil balik oleh kerajaan secara terang-terangan dan tidak bermaruah. Kerajaan 1Malaysia ternyata bersikap buruk siku dengan mengembar-gemburkan pemberian wang bantuan khas berkenaan. Apa yang lebih dikesali,ketika kerajaan Umno/BN kononnya ingin berjimat cermat,kerajaan 1Malaysia masih lagi bernafsu besar meneruskan projek menara Warisan 100 tingkat yang menelan kos RM 5 billion dan dijangka meningkat sekali ganda pada masa akan datang kesan kenaikan kos pada masa akan datang.

Dalam banyak perkara kerajaan 1Malaysia masih bersikap terang-terangan membazirkan duit rakyat dengan tujuan memancing undi dalam pilihanraya akan datang. Saya beri contoh projek komputer 1 Malaysia yang menelan kos lebih RM 2 bilion bagi isi rumah berpendapatan bawah RM 3000. Saya mempunyai banyak maklumat pemberian komputer 1Malaysia telah disalah guna dan diberi kepada mereka yang tidak berkelayakan.Lebih malang lagi pemberian komputer 1 Malaysia telah dijadikan rasuah politik sempit Umno. Tetapi yang bagusnya pemberian komputer 1Malaysia ini telah melahirkan ramai usahawan komputer di kalangan murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah kerana dapat mencari duit saku sendiri dengan menjual kembali komputer berkenaan serendah RM 200 ! Hebatkan? Kerajaan umno/BN sewenang-wenangnya membazirkan duit rakyat tanpa mengambil iktibar kegagalan projek PPSMI yang meleburkan lebih RM 5 bilion duit pembayar cukai sebelum ini.

Di samping itu kroni mereka terus dibela dan dipertahankan untuk menghisap darah rakyat. Lihatlah apa yang ingin dilakukan oleh Syabas yang ingin menaikkan tarif air di Lembah Kelang? Tidak ada seorang pun pemimpin Umno yang bersuara menyatakan bantahan. Saya yakin hari ini ada rakyat yang akan ditangkap dan dibelasah dengan bertopengkan polis dan undang-undang untuk menyuarakan hak dan membela nasib rakyat miskin akan terkesan dan makin terhimpit.

Itu belum lagi termasuk pembaziran lain yang ketara seperti pembayaran RM 77 juta setahun kepada firma Yahudi APCO Worlwide untuk menjual jenama 1Malaysia. Kalau nak senaraikan satu persatu kita pun dah tak tersenarai segala projek dan pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan Umno/BN setelah lebih setengah abad memerintah negara. Malah kita pun sudah cukup meluat dengan pembohongan dan penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan 1Malaysia.

Hanya mereka yang tidak waras dan normal serta mempunyai kepentingan politik sempit atau yang terlalu taksub kepada Umno/BN sahaja yang akan terus memberi undi kepada mereka dalam pilihanraya umum ke 13 akan datang. Adakah kita nak biarkan anak cucu dan generasi kita akan hidup merempat pada masa akan depan? Fikir-fikirkanlah...perubahan boleh dilakukan dengan sebatang pensil sahaja...Buatlah pilihan yang tepat dan bijak.

01 December 2010

UMNO SOROK MASALAH DALAM KAIN

Pemilihan Umno tangguh 18 bulan, itu umum presiden mereka merangkap PM 1Malaysia. Pemilihan yang sepatutnya berlangsung tahun depan akan ditangguhkan. Maknanya pilihanraya umum akan diadakan dalam tempoh itu dan bukan tempoh terdekat seperti yang diramalkan.

Mengapa tangguh terlalu lama? Bukankah Umno kini kuat dan Pakatan Rakyat khususnya PKR sedang bergolak? Semua ini membuktikan sebenarnya bahawa Umno/ BN berada dalam keadaaan terumbang-ambing dan berpecah.

Mereka cuba menjaga tepi kain orang lain kerana bimbang masalah dalam kain sendiri terdedah. Walaupun Umno cuba sorok masalah dalam kain dengan menangguhkan pemilihan selama 18 bulan, masalah dalam kain mereka tetap diketahui kerana Umno pakai kain jarang!

Sorok macam mana pun 1Malaysia tahu, Umno kini sudah hampir nak karam! Jika Umno betul-betul kuat buatlah pengumuman pilihanraya umum dalam tempoh terdekat. Tetapi saya cukup yakin Umno tak mampu untuk buat pilihanraya umum dengan pelbagai masalah yang melanda mereka sekarang.

Sebaliknya Pas, PKR dan DAP lebih berani dan terbuka untuk mengdakan pemilihan parti tanpa perlu bimbang perpecahan dan pergolakan yang mungkin melanda. Tindakan PAS, PKR dan DAP meneruskan pemilihan parti tanpa membuat sebarang penangguhan merupakan satu tindakan tepat dan bijak. Ini kerana dapat menyikirkan sebarang petualang atau pun musang berbulu ayam yang mungkin ada dalam parti. Sekaligus sebagai satu proses pembersihan untuk memastikan mereka yang betul-betul setia dan jujur sahaja yang masih tinggal. Berbeza dalam Umno yang luar kainnya nampak molek tetapi dalam kainnya penuh dengan keserabutan dan segala kudis, nanah, kurap dan panau.

Justeru itu rakyat tidak perlu ragu-ragu untuk memberi sokongan padu kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang untuk meneruskan kemaraan ke Putrajaya selepas PRU ke 12.

24 November 2010

LAGI KENYATAAN SENGET SEBELAH DARI SPR

Ramai yang meramalkan pilihanraya umum dalam masa terdekat. Walaupun Umno/BN cuba menafikan, situasi semasa dalam negara membuktikan sebaliknya. Umno/BN tak ada pilihan kecuali mendapat mandat baru dari rakyat.

Walaupun PM mengatakan itu cuma spekulasi, tetapi dalam 1Malaysia biasanya yang spekulasi itulah yang realiti. Dalam persiapan membuat pengumuman pilihanraya mengejut, negeri-negeri dikuasai Pakatan Rakyat memberikan respon mengejut yang membuatkan hasrat Umno/BN buat pilihanraya umum terbantut.

Negeri-negeri yang dikuasai PR akan hanya membubarkan DUN setelah tempoh penggal tamat dan bukan dalam tempoh terdekat!

Tetapi apa yang Timbalan Pengerusi SPR (Wan Ahmad Wan Omar ) kata, ohhh.. itu akan membazirkan duit rakyat....kerajaan PR di negeri-negeri yang dikuasai PR kena tanggung sendiri kos pilihanraya.

Apakah selama ini SPR lupa atau hilang ingatan pilihanraya di Sabah dan Sarawak telah beberapa penggal dijalankan secara berasingan. Apa itu tak membazir ke ? Adakah Sabah dan Sarawak ada hak istimewa boleh buat pilihanraya DUN berasingan berbanding negeri-negeri di Semenanjung?

Semua ini membuktikan bahawa SPR semakin senget terlampau dan tidak lagi berlaku adil dalam melaksanakan tugas menguruskan pilihanraya. Sepatutnya SPR kena adil dan menjadi pihak yang berkecuali dan tidak menunjukkan sikap menjadi jurucakap Umno / BN dan lebih malang lagi apabila pengerusi dan timbalan pengerusi SPR bercakap seperti ahli Majlis Tertinggi Umno!

19 November 2010

SIAPA KATA MELAKA TAK MAJU???


Ini bukan pondok mangsa Gunung Merapi dan bukan juga pondok mangsa Tsunami. Ini juga bukan rumah orang asli tetapi rumah penduduk di negeri maju 2010, Melaka negeriku. Ketua Menteri Melaka lebih sibuk dan bermegah dengan projek mega yang membazir daripada menghiraukan nasib rakyat Melaka yang masih hidup melarat dan merempat. Bagi Junita Jaafar, 30 dan suaminya Borhan Ibrahim 35 hanya mampu menelan bubur berlauk kicap setiap hari akibat kedaifan hidup yang tidak mendapat pembelaan dari kerajaan negeri. Mereka bersama dua orang anak yang masih kecil 5 dan 8 tahun hanya mampu tinggal di dalam rumah diperbuat sendiri dari papan lapis 8 X 8 kaki dan kira-kira 2.1 meter tinggi yang dibuat di belakang rumah jiran yang simpati. 'Istana' mereka cuma kira-kira 5 Km dari pusat Bandaraya Melaka yang kini bermegah dengan status negeri maju yang diisitihar sendiri oleh Ketua Menteri Melaka tanpa mendapat pengiktirafan daripada mana-mana pihak. Mungkin Ali Rustam terlalu sibuk melawat mangsa banjir di Kedah baru-baru ini dan sibuk menyebar fitnah bahawa kerajaan Pas Kedah lepas tangan terhadap mangsa banjir sehingga lupa pada nasib rakyat negeri sendiri yang saban kali hujan lebat dilanda banjir kilat.

Di peringkat kerajaan pusat BN pula mungkin tak ada duit nak beri pinjaman kepada kerajaan Melaka kerana lebih berminat dengan projek Menara 100 tingkat bernilai RM 5 bilion dan projek lain yang lebih menguntungkan seperti projek kubur untuk tokoh negara di ibu kota yang dianggarkan bernilai RM 70 juta untuk 500 lubang kubur bersamaan RM 140 ribu selubang!

13 November 2010

JABATAN KETUA MENTERI BELANJA RM329,871 UNTUK SERVIS SEBUAH KERETA!!!!

Jabatan Ketua Menteri Melaka (JKMM) dilapor membelanjakan RM329,871 untuk menyenggara sebuah kereta dari tahun 2005 hingga 2009. Kereta yang diguna JKMM bernombor plat MM5 dibeli pada harga RM117,476 pada tahun 2004, dedah Laporan Ketua Audit Negara
2009
Penyenggaraan kenderaan bertujuan untuk memastikan kenderaan dapat berfungsi dengan baik, selamat digunakan dan mengurangkan kerosakan.


Bagi tempoh tahun 2006 hingga 2009, JKMM telah membelanjakan sejumlah RM5.12 juta bagi tujuan penyenggaraan kenderaan.
Analisis Audit terhadap kos penyenggaraan bagi lapan buah kenderaan yang dipilih mendapati kos senggaraan adalah lebih tinggi berbanding kos perolehan kenderaan iaitu di antara 142.9 peratus hingga 280.8 peratus.
Kos senggaraan yang tinggi adalah disebabkan kenderaan tersebut mengalami masalah kerosakan enjin dan kotak gear. Kos senggaraan berbanding kos perolehan bagi tempoh 2006 hingga 2009.


Pada pendapat Audit, pengurusan penyenggaraan di JKMM adalah tidak memuaskan kerana kos penyenggaraan adalah tinggi berbanding kos perolehan, kata laporan itu.

03 November 2010

SPR MAKIN SENGET SEBELAH!!!

Projek mee segera, menabur duit secara sembunyi dan terbuka sudah menjadi budaya Umno/BN setiap kali musim pilihanraya. Siap terpampang dalam surat khabar dan keluar dalam TV 'bantuan', 'derma', 'infaq' dan 'zakat' yang dilakukan oleh pemimpin UMNO.

Pernah dengar komen atau ulasan dari SPR? Jawapannya tak ada!!! Ulama-ulama muda dalam Umno pula hanya mengangguk-angguk, harus barangkali.

Tetapi apabila Pas secara terbuka mengumumkan bahawa setiap pengundi di perantauan yang pulang mengundi akan diberi RM 250 tanpa mengira latar belakang politik dan parti yang akan dipangkah. Apa komen SPR? Sepantas kilat, SPR keluar kenyataan perbuatan tersebut bertentangan dengan akta pilihanraya.

Apa cerita tawaran dan rasuah yang cuba disogok oleh PM semasa PRK Sibu tak lama dahulu.?SPR masih tak cukup bukti? Kalau tak ada bukti download je dalam you tube...Boleh jadi komputer SPR kena virus atau internet kena potong sebab tak bayar bil sebab tu SPR tak ada bukti dan maklumat.

Hari ini pula SPR sekali keluar fatwa tindakan Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi zakat kepada penduduk orang asli yang memeluk Islam adalah salah dan bertentangan dengan akta pilihanraya, haram le tu!!

Inilah contoh kejahilan dan kebebalan apabila sudah menjadi kuda tunggangan Umno.Tetapi macam mana pula tindakan TPM beri 'zakat' kepada pengundi minggu lepas di Galas? Tak dengar pun komen SPR?
Apa pula komen SPR apabila MCA juga tidak mahu ketinggalan beri 'zakat' di Batu Sapi ????

Kira-kira 300 penduduk berbangsa Cina sedang beratur menunggu 'zakat' dari MCA


Umno kini sudah cukup tertekan dan terdesak untuk memenangi kerusi DUN Galas. Maka SPR dijadikan abdi dan kaldai tunggangan untuk memastikan kerusi DUN Galas dimenangi oleh mereka. Jadi tak hairanlah secara tiba-tiba SPR mendapat ilham untuk membawa undi orang asli yang belum dikira dengan menggunakan helikopter.

Semua ini membuktikan SPR semakin senget sebelah, saya rasa inilah sebenarnya senjata yang bakal digunakan oleh Umno/BN untuk menghalang kemaraan Pakatan Rakyat ke Putrajaya.

02 November 2010

GEMPAR !!! STATUS MELAKA MAJU 2010 TAK DIIKTIRAF OECD!

1Malaysia dah tahu Melaka Negeri Maju 2010. Rakyat Melaka lagi lah tahu sebab dapat cuti umum sempena Melaka Maju 2010. Seluruh negeri Melaka terpampang pada banner dan bilboard tentang berita Melaka Maju 2010.

Pada malam 20.10.2010 tepat jam 2010 PM mengumumkan secara online dari PWTC dipancarkan kepada puluhan ribu rakyat Melaka di Stadium Hang Jebat diketuai oleh KM Melaka tentang status tersebut.

Anggran saya malam tersebut juga puluhan ribu duit rakyat dibelanjakan untuk upacara yang dikatakan detik bersejarah itu.

Walaupun ada pihak mempertikaikan status Melaka Maju 2010, KM Melaka mempertahankan dengan mengatakan status itu 'dianugerahkan' dan 'disahkan' oleh Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD).

Rupa-rupanya OECD tidak pernah mengeluarkan pengiktirafan itu kepada Melaka. Maka benarlah apa yang dikata status Melaka Maju 2010 sebenarnya status maju syok sendiri....Berita ini pastinya sekali lagi memalukan rakyat Melaka...

Berita lanjut....sila baca di

http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/malacca-developed-status-self-declared-says-oecd-official/

01 November 2010

ROSMAH PEMANGKU PM?



1Malaysia dah tahu, PM tak sihat. Katanya kena tanda-tanda awal demam campak. Sebagai rakyat Malaysia, saya doakan PM cepat sembuh. Apabila PM tak sihat dan bercuti maka secara auotomatik TPM akan jalan tugas. Kalau bukan TPM maka mereka yang sewaktu dengannya mengikut hieraki kuasa dalam kerajaan. Kalau susah sangat, suruh je setiausaha PM tolong gantikan tempat PM. Isteri PM sepatutnya berada di sisi PM, lebih-lebih lagi bila PM sakit ! Tanya budak sekolah menengah pun tahu. Tetapi kat Malaysia amalan ini nampak pelik dan terbalik. Ketika PM tak sihat atau bercuti yang ganti ialah isteri PM. Misalnya dalam majlis rasmi di Brickfields semalam, isteri PM Rosmah telah berucap mewakili PM di Karnival Deepavali 1Malaysia di Litle India dekat Brickfield. Dalam majlis itu, Najib melalui teks ucapan yang dibacakan oleh isterinya berjanji akan membantu orang India di negara ini. Bahagian protokol di JPM kena jelaskan apakah selepas ini isteri PM akan terus jalankan tugas PM ?

28 October 2010

REKTUM SAIFUL 'KOSONG'...BUKANKAH SAIFUL KATA DAH 2 HARI TAK BUANG AIR BESAR SELEPAS DILIWAT?




Saya bukan pakar bedah. Saya juga bukan doktor pakar untuk membuat pemeriksaan terhadap mangsa liwat. Tetapi saya ni bukan pelupa, Insyaallah dalam usia yang masih muda belum separuh abad saya boleh mengingat kembali perkembangan kes Liwat 2 yang melibatkan Dato Seri Anwar Ibrahim.

Masih ingat lagi keterangan Saiful di mahkamah mendakwa selepas diliwat, dia tak buang air besar selama dua hari. Kesian si Saiful sampai sembelit dikerjakan. Saiful juga beritahu semasa diliwat minyak pelincir digunakan.

Hari ini saksi pendakwa iatu Pakar Bedar dari HKL nampaknya terperangkap apabila diasak bertubi-tubi oleh peguam DSAI.

Pakar bedah Am Dr Razali Ibrahim yang memeriksa Mohd Saiful Bukhary Azlan untuk mengenal pasti kesan-kesan diliwat memberitahu mahkamah, beliau mendapati rektum pengadu itu “kosong.”

“Rektum kelihatan kosong, jadi saya mencatatkan sebagai kosong,” kata pegawai perubatan dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) ini ketika disoal balas oleh peguam pasukan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sankara Nair.

Jadi ke mana perginya 'bahan buangan' yang 2 hari diperam oleh Saiful selepas diliwat sebelum diperiksa oleh pakar HKL? Saiful buang ikut mulut atau ghaib begitu sahaja?

Saiful beritahu semasa diliwat minyak pelincir digunakan? Pelik bin ajaib mengapa selepas kira-kira 3 jam diperiksa oleh pakar HKL tidak ada sebarang minyak pelincir dikesan. Walhal Saiful kata dia tak basuh selepas diliwat. Adakah Saiful guna minyak senyonyong sehingga tak dapat dikesan?

Kita fikirlah sendiri....Kalau yang tak tahu rektum tu apa dia...ni gambarnya...

25 October 2010

RAKYAT MELAKA MAJU 2010 TINGGAL DALAM PONDOK USANG

Junita merenung nasib di 'istana' impiannya...

Melaka dah pun jadi Negeri Maju 2010 pada 20.10.2010 jam 2010. Acara sambutannya gilang gemilang. Pertunjukan bunga api serta cabutan hadiah bertuah rumah teres bernilai ratusan ribu ringgit.

Ketika kerajaan Umno/BN berbangga dengan status negeri Maju rupa-rupanya ada rakyat Melaka hidup merempat dan melarat. Itulah yang dialami oleh Junita Jaafar, 30 dan suaminya Borhan Ibrahim, 35 serta dua anak mereka yang masih kecil.

Bukan sahaja terpaksa tinggal dalam pondok usang yang tidak ada bekalan air dan elektrik, pondok yang didiami hanya menunggu masa menyembah bumi.

Beliau tinggal di Kampung Pokok Mangga yang jaraknya dari Bandaraya Melaka cuma kira-kira 5 KM. Kalau kisah seperti ini berlaku di negeri tak maju mungkin kita tak pelik, tetapi ini berlaku di negeri maju

Ini merupakan antara contoh kemiskinan dan rakyat Melaka yang dipaparkan. Banyak lagi kes kemiskinan tidak terdedah kepada umum.Mungkin ramai lagi di antara kita tidak menyedari masih ramai rakyat Melaka seperti di Mukim Asahan dan daerah Alor Gajah yang hidup dengan penuh kedaifan ketika pemimpin Umno/ BN dan sewaktu dengannya memukul canang Melaka Negeri Maju 2010. Saya mempunyai maklumat sahih untuk membuktikan perkara ini

23 October 2010

UMNO TERDESAK PERALAT MASJID!

Selama ini Umno sering menuduh Pakatan Rakyat khususnya Pas menjadikan masjid sebagai tempat kempen dan medan politik. Pemimpin Umno menganggap tindakan Pas sebagai mencemarkan rumah Allah. Walhal berpolitik dalam masjid dibenarkan dalam Islam.

Maka pelbagai sekatan digunakan. Terdapat penceramah yang dihalang dan digam serta diugut untuk diambil tindakan. Jawatankuasa surau/masjid yang menjemput penceramah yang tidak sehaluan dengan politik Umno diberi amaran, diugut dan dilucutkan daripada jawatan. Malah mereka bertopengkan undang-undang kononnya penceramah yang diundang tidak ada tauliah walaupun penceramah berkenaan hafal 30 juzuk al quran serta mempunyai ijazah, sarjana dan PHD serta pakar dalam pelbagai disiplin ilmu dalam Islam.

Hari ini Umno kembali menjilat kembali ludah mereka apabila secara terang-terangnya ingin memperalatkan masjid untuk kepentingan politik mereka.

Naib Presiden Umno merangkap Pengerusi Perhubungan Kedah yang bakal tersingkir Datuk Seri Shafie Apdal dengan muka selamba dan tak malu mencadangkan agar Umno menggiatkan usaha mendaftkar anggota mereka sebagai pemilih dalam pilihan raya menggunakan masjid di seluruh negara.

Katanya, ini kerana, masjid tersebut merupakan tempat di mana "padatnya umat Melayu".

Shafie juga berkata beliau telah membincangkan cadangan itu dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Jamil Khir Baharum yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama berhubung perkara itu.

Apakah ini merupakan petanda bahawa Umo kini cukup terdesak dengan peningkatan pendaftaran pengundi baharu oleh Pakatan Rakyat?Apabila sudah terdesak ternyata Umno tergamak melanggar 'fatwa' mereka sendiri. Kita tunggu apa komen 'ulama muda' dan 'ulama tua' dalam Umno apakah nas dan hujah untuk menghalalkan tindakan itu.

20 October 2010

MONOREL MELAKA BERHENTI MENGEJUT SELEPAS HANYA 4 JAM DIRASMIKAN


Ketua Menteri Melaka melancarkan Monorel Sungai Melaka pertama Melaka pada jam 1 petang. Monorel dengan kos RM 16.5 juta menjadi kebangaan Melaka yang hari ini diistiharkan Negeri Maju oleh Perdana Menteri sebentar tadi.

Tetapi tak sampai 4 jam beroperasi monorel tersebut sudah mula bermasaalah. Secara tiba-tiba ketika monorel tersebut sedang meluncur di landasan di tepi Sungai Melaka berhenti secara mengejut. Pastinya Ali Rustam terkejut, 20 penumpang di dalamnya juga terkejut dan rakyat Melaka juga terkejut bagaimana projek yang 'belum cukup panas enjin' dah mula menunjukkan masaalah.

Ketika kejadian, terdapat kira-kira 20 penumpang di dalam monorel tiga gerabak itu yang terhenti secara tiba-tiba kira-kira 100 meter selepas bertolak dari Stesen Hang Jebat, Taman Rempah.

Sehingga jam 5.15 petang tadi sebuah jentera 'sky lift' sedang sibuk melakukan kerja-kerja pembaikan di gerabak monorel tersebut yang masih berada dilandasannya.

Bagaimanapun difahamkan, kesemua kira-kira 20 penumpang berjaya dipindahkan ke kawasan selamat menggunakan 'sky lift' kira-kira pukul 4.45 petang.

Insiden ini sekali lagi mengaibkan rakyat Melaka yang sebelum ini dikejutkan dengan pelbagai peristiwa yang memalukan. Sebagai anak Melaka saya mengharapkan agar monorel Sungai Melaka tidak memasuki senarai koleksi projek gagal, ,membazir dan menghabiskan duit rakyat seperti yang berlaku kepada projek Eye On Malaysia, Litar Go Kart di Ayer Keroh, Projek Pulau Melaka, Perkampungan Artis dan sebagainya.


19 October 2010

KU NAN KAT BN NAK TUMBUK PR DALAM PRU KE 13!


Setiausaha Agong Umno/BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberi amaran kepada Pakatan Rakyat (PR) agar “tunggu tumbukan kami” di gelanggang pilihan raya umum ke-13.

“Tunggu dan lihat, akan ada tumbukan,” jawab beliau berhubung soalan mengenai persiapan BN menghadapi saingan PR berdasarkan prestasi pilihan raya umum ke-12 dua tahun lalu.

Bagi saya kalau kenyataan itu pertarungan sihat di medan demokrasi melalui kertas undi, itu dialu-alukan. Bertarung sebagai anak jantan dengan mengikut etika dan lunas demokrasi.

Tetapi apabila kenyataan itu datangnya daripada mulut seorang yang dikaitkan dengan watak dan dalang utama konspirasi 1 1998 menjatuhkan Dato seri Anwar Ibrahim saya melihat kenyataan ini memberi gambaran bahawa ada 'grand design' telah siap dirancang untuk menewaskan Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13 walaupun dengan apa cara sekalipun.

Penolakan rakyat terutamanya gologan bukan Melayu kepada BN hari ini menyebabkan Umno/BN kini sedang dihambat ketakutan dan mimpi ngeri ditumbangkan dalam PRU ke 13 akan datang. Semua ini jelas apabila Umno/BN kini terpaksa bergantung harap kepada undi Melayu agar tidak berpecah dengan menyokong PAS dan PKR.

Maka permainan isu sentimen perkauman melampau dilakukan kerana menyedari peluang dan harapan semakin tipis dengan peningkatan drastik sokongan bukan Melayu khususnya pengundi Cina dan India kepada PR. Mungkin kenyataan saya tidak disokong dengan fakta dan kajian ilmiah. Tetapi pemerhatian dari semasa ke semasa membuktikan sokongan undi teras Melayu sebelum ini kepada PR khususnya Pas sedikit pun tidak terjejas manakala simpati dan sokongan bukan Melayu kepada PR semakin dirasai.

Cuma saya berharap jentera PR di semua peringkat perlu melipat gandakan persiapan bagi menghadapi segala serangan dan taktik kotor yang sering digunakan Umno/BN selama ini. Bagi saya taktik memindahkan pengundi PR ke tempat lain, menghilangkan nama daripada daftar pemilihan, nama pengundi Umno yang bertindih di beberapa lokaliti,pengundi hantu, politik wang oleh Umno BN semakin mudah dibaca dan dibendung oleh jentera pilihanraya PR.

Jentera pilihanraya PR perlu meningkatkan risikan tentang taktik kotor terbaru yang dijangkan akan digunakan BN pada PRU ke 13 akan datang. Semuanya memerlukan komitmen dan kesungguhan serta iltizam dalam masa yang sama meningkatkan munajat kepada Allah SWT.

Kepada Ku Nan dan mereka yang sewaktu dengannya dalam Umno/BN ingatlah bahawa ALLAH SWT telah berfirman dalam Al Quran..Orang-orang kafir itu membuat tipu daya(merancang), dan Allah membalas tipu daya(rancangan) mereka itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya(perancang ). Ali Imran -54.

18 October 2010

CAWANGAN SEKOLAH MURID MENGANDUNG BAKAL DIBUKA

Berita ini pasti akan menyebabkan KM Melaka, Dato Seri Muhd. Ali Rustam akan senyum sampai ke telinga. Tindakannya menubuhkan Sekolah Harapan untuk pelajar yang mengandung hasil daripada zina akan diikuti oleh negeri jirannya.

Cuma, ia tak dinamakan sekolah tetapi dikenali sebagai Pusat Remaja Hamil. Pusat berkenaan akan dibina di Nilai Negeri Sembilan. Perkara ini diumumkan oleh Pengerusi Perkim Negeri Sembilan, Datuk Siti Rahmah Kassim.

Eloklah tu, bila dah ada cawangan maka selepas ini boleh buat program pertukaran pelajar. Selain itu boleh juga buat pertandingan seperti Bayi Cantik, Bayi Paling Berat, Bayi Paling Putih dan Bayi Paling Hitam. Tetapi yang pastinya ramai bayi yang kulit sawo matang kecoklatan. Siapa lagi kalau bukan anak-anak Melayu yang mengaku Islam dalam surat beranaknya.

Inilah contoh manusia yang berfikir secara logik dalam menyelesaikan masalah ummah. Punca berlakunya maksiat yang membawa kepada gejala zina dan buang bayi tidak disekat. Malah dibiarkan berlaku secara berluasa.Terbaru konsert artis homeseksual dari Barat Adam Lambert yang diluluskan oleh kerajaan 1Malaysia di Stadium Putra Bukit Jalil 14 Oktober lalu.

Kalau nak tegak hukum Islam tu lagilah jauh. Kita tunggulah apa lagi bala dan azab yang akan menimpa umat di negara ini selagi mereka yang mempermainkan dan mempersenda hukum Allah dan menyuburkan budaya maksiat dibiarkan terus berkuasa. Buatlah perubahan, kalau bukan pun untuk kita tetapi generasi cucu cicit kita pada masa akan datang.

17 October 2010

PRK GALAS: UMNO GANTI 'PROJEK MEE SEGERA' DENGAN PROJEK EKSPRES!

Apabila bekas Adun Pas Dun Galas pulang ke rahmatullah, TPM beritahu bahawa Umno akan bertanding dan berjanji tidak ada sebarang janji projek "mee segera' seperti kelaziman.

Kenyataan ini mudah difahami kerana menyedari janji projek jambatan semasa PRK di Manek Urai masih belum tertunai. Malah banyak lagi janji pembangunan belum mampu dilaksanakan dengan 1001 macam alasan. Umno juga menyedari bahawa rakyat hari ini bukanlah bodoh seperti yang mereka sangka umpama kerbau dicucuk hidung dan burung belatuk yang hanya tahu angguk sahaja.

Tetapi itu cuma retorik sahaja, Umno dan rasuah pilihanraya tak mampu dipisahkan. Apa lagi kempen yang Umno mampu lakukan selain menabur janji, merasuah pengundi dengan pelbagai cara sama ada dalam bentuk 'bantuan', 'duit poket', 'duit belanja sekolah', 'duit zakat' dan sebagainya serta yang paling popular dan paling gila iaitu projek mee segera.

Terkini "projek Perumahan Rakyat' di Galas yang dinyatakan oleh Tengku Razaliegh baru-baru yang akan diumumkan secara rasmi oleh TPM di Galas pada 24 Oktober ini. Ini bukan projek 'mee segera' ke.Ohh saya terlupa 'projek mee segera' dah tak ada...mungkin lepas ni Umno akan guna istilah 'projek Ekspres' pulak!

Bagi saya rakyat Kelantan sudah cukup matang dan cerdik berpolitik..Ingat amanat To Guru dulu...bagi duit ambik...bagi gula kacau..bagi kain pakai...bagi rumah tinggal. Undi pakat-pakat pangkah bulan!

KOS UBAH SUAI RUMAH PM RM 65 JUTA !

Kata kerajaan 1 Malaysia tak ada duit. Kononnya kalau beri bonus pada kakitangan awam perbelanjaan akan melebihi pendapatan. Ok, itu saya boleh terima kalau benar sebagai dasar jimat cermat dan perbelanjaan berhemah kerajaan. Bagi Kementerian, agensi dan jabatan kerajaan, dasar perbelanjaan berhemah diperkenalkan. Tak ada lagi mesyuarat, seminar atau kursus di hotel. Kalau mesyuarat dapat air mineral sebotol itu sudah cukup baik!

Bila kerajaan beri RM 500 pada kakitangan awam gred DG 54 ke bawah ramai berkata kita patut bersyukur kerajaan masih ingat pada kakitangan kerajaan walaupun ketika ekonomi negara sekarang tengah nazak.

Dalam kata kerajaan tak ada duit, rakyat di negara ini dikejutkan dengan pembaziran keterlaluan yang dilakukan oleh PM sendiri apabila melakukan ubah suai kediaman rasmi melebihi kos asal Sri Perdana.


Sri Perdana di Putrajaya mula di bina pada tahun 1997 dengan kos RM24 juta dan siap dua tahun kemudiannya. Bangunan ini diubah suai buat kali pertama pada tahun 2005 yang menelan belanja hampir RM6 juta. Keperluan untuk sekali lagi melakukan pengubah suaian kepada Sri Perdana dengan kos RM65 juta dipertikaikan, khususnya apabila rakyat dinasihatkan supaya berbelanja secara berhemah. Pengubahsuaian Seri Perdana dengan peruntukan yang begitu tinggi dianggap satu lagi pembaziran dana rakyat.

Malah kita lihatlah bukan sahaja PM dan konco-konco membazirkan duit rakyat, isteri PM juga ikut tumpang mentiriskan duit rakyat. Contoh paling jelas dan terdekat apabila mengadakan persidangan 'First Lady' baru-baru ini. Persidangan itu hanya dihadiri 'first lady' dari negara dunia ketiga terutamanya dari Benua Afrika. Isteri pemimpin utama negara Asean pun hanya hantar wakil sahaja. Berapa kos untuk adakakan persidangan yang tak perlu ini ketika negara berada dalam ekonomi tak menentu? Berapa pula kos untuk membawa 'first lady' dan rombongannya melawat hampir ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak?

Mengulas isu ini, MP Shah Alam, YB Khalid Samad menyifatkan ia sebagai satu tindakan tidak bertanggungjawab dan membelakangkan kepentingan rakyat.

"Inilah keutamaan pemimpin Umno-BN untuk kepentingan mereka sendiri, keselesaan sendiri ikut citarasa masing masing tanpa memikirkan rakyat jelata yang menghadapi kesusahan untuk membiayai kehidupan seharian. Ramai yang tidak berkerja dan hutang piutang. Tetapi RM65 juta digunakan untuk ubahsuai Sri Perdana ini tindakan yang tidak wajar sama sekali," katanya.

16 October 2010

RUMAH ANAK HARAM LAGI PENTING BERBANDING SURAU ZAMAN UMNO/BN DI MELAKA




1Malaysia dah tahu Melaka merupakan kerajaan pertama di negara ini yang membina rumah remaja perempuan yang berzina yang mengandung anak haram. Sekolah yang diberi nama Sekolah Harapan di Jasin Melaka khabarnya mendapat sambutan hangat. Sekolah itu mendapat bantuan penuh kerajaan Umno/BN dan menjadi kebangaan Datuk Seri Muhd. Ali Rustam walaupun mendapat bantahan dan kritikan.

Kononnya hendak memberi peluang kedua dan mengelakkan pembuangan anak hasil zina yang makin berluasa di Melaka. Sekolah berkenaan mendapat layanan kelas pertama dari Ali Rustam dengan bangunan dua tingkat yang tersergam lengkap dengan pengawal, guru dan peralatan yang lengkap.

Ketika penzina diberi layanan kelas pertama oleh kerajaan Umno/BN di Melaka, mereka bertindak sebaliknya terhadap surau dan Pasti yang menjadi tempat manusia sujud, menuntut ilmu serta berperanan mendidik anak-anak yang masih kecil menjadi generasi Rabbani dan bertaqwa.

Tindakan rakus itu terbukti dengan disulami politik dendam kesumat dan perasaan gusar dengan kebangkitan rakyat di Melaka. Tindakan membina jalan yang asalnya lurus diganti dengan jalan yang bengkang bengkok merentasi bangunan Pasti Jaya Insan dan Surau di Bukit Katil merupakan satu tindakan yang memang disengajakan. Walhal di sebelah surau dan Pasti berkenaan masih ada tanah yang kosong yang jauh lebih sesuai.

Inilah sikap hipokrit dan talam dua muka yang saya cukup yakin didalangi oleh kerajaan Umno/BN di Melaka. Semua ini mudah difahami kerana siapa lagi Adun di tempat berkenaan kalau bukan Ali Rustam sendiri.

Ali Rustam lebih mengutamakan dan berbangga dengan projek hiburan seperti perkampungan artis yang kini terbengkalai daripada menyuburkan kesedaran dan pembinaan akhlak rakyat di Melaka. Ini merupakan tindakan yang cukup terdesak apabila Umno/BN menyedari bahawa kedudukan mereka cukup getir menjelang PRU akan datang. Saya cukup yakin tindakan Umno/BN bukan sahaja akan memakan diri mereka sendiri tetapi ia akan meningkatkan sokongan dan simpati rakyat untuk memastikan Umno/BN berkubur dalam PRU akan datang.
Muslimat yang turut menyatakan bantahan semalam
Sebahagian rakyat berbilang kaum yang hadir menyuarakan protes

15 October 2010

BELANJAWAN 2010 : BELANJAWAN RM (ROSMAH MANSOR) ?

Belanjawan 2010 disifatkan sebagai Belanjawan RM ( Rosmah Mansor ) siapa lagi kalau bukan lagi isteri PM yang dengan tak malu mengaku dirinya 'First Lady' Malaysia.

Paling ketara belum pernah dalam sejarah pembentangan Belanjawan di parlimen, isteri PM mendapat peruntukan khas RM 111 juta melalui program PERMATA yang dianunginya. Sekolah Agama Rakyat ( SAR ) di seluruh negara hanya mendapat RM 95 juta sahaja. Lepas ni pakat-pakat bising masalah sosial remaja dan muda-mudi di negara ini semakin kronik. Terbukti kerajaan 1 Malaysia bersikap sambil lewa dan tidak mengambil berat dalam pembinaan akhlak dan sahsiah golongan muda di negara ini.

Malah penghapusan cukai 300 barangan kegemaran pelancong seperti beg tangan ,minyak wangi, kasut....menunjukkan kerajaan 1Malaysia lebih mengutamakan budaya membeli belah di kalangan rakyat di negara ini dan lebih mengutamakan pelancong dari rakyat di negara ini.

"Pengurangan cukai untuk beg, penyembur rambut, minyak wangi... hadiah Krismas awal Najib untuk Rosmah? Tulis MP Serdang Teo Nie Ching dalam blognya.

05 October 2010

JIKA KU LI CALON BONUS BUAT PAS


Pemimpin Umno nampaknya begitu bersungguh-sungguh untuk meletakkan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon BN di Galas. Walaupun yang empunya badan belum kata ya atau tidak pemimpin dan media yang sewaktu dengannya sudah seperti mengesahkan bahawa tidak ada calon lain selain Ku Li. Seolah-olah macam kahwin paksa pulak, yang dipaksa kahwin bukan calang-calang orang, kerabat raja, bekas menteri dan satu-satunya pemimpin Umno yang berani mencabar presiden mereka.

Bagi saya jika Ku Li jadi calon ia sebenarnya satu bonus buat Pas. Pertama sebab ia sebagai satu pengiktirafan besar Umno kepada kekuatan dan pengaruh Pas di Galas khasnya dan Kelantan serta Malaysia amnya. Jika Pas tak kuat maka Umno mungkin akan calonkan mereka yang sekadar lulus darjah enam atau pun calon lain seperti Datuk Awang Adek atau calon proksi jaguh lompat dari Pasir Mas.

Kedua, jika Pas Menang dan Insyaallah memang boleh menang, ia satu kemenangan moral terbesar Pas kerana dapat menewaskan calon Heavy Weight Umno di kubu mereka sendiri. sudah pasti ia memberi tonik terbaik kepada Pas untuk mengekalkan penguasaan di Kelantan dan meneruskan kemaraan di negeri-negeri lain di Malaysia.

Ketiga, jika Ku Li jadi calon dan menang di Galas sebenarnya ia akan meningkatkan konflik dan perpecahan kepada Umno Kelantan yang kini memang sedang teruk bergolak. Pastinya penyokong Ku Li mahukan beliau jadi Ketua Pembangkang di DUN dan dinobatkan bakal Menteri Besar Kelantan jika Umno menang. Maka penyokong Awang Adek, Anuar Musa dan Tok Pa akan berdiam diri dan senang duduk?

Keempat, jika Pas tewas. Pas tewas bukan kerana ditolak pengundi tetapi Pas tewas kerana pengundi dalam dilemma dengan pengaruh Ku Li. Mungkin pengundi di Galas akan mengundi Umno setelah mendapat pelbagai wang saku, bantuan ehsan dan projek mee segera daripada pemimpin Umno yang pastinya akan menjadi sangat-sangat baik hati dan pemurah dalam pilihanraya itu nanti. Bagi mereka jika Ku Li jadi calon dan pangkah Ku Li kerajaan Tok Guru tidak akan terjejas dan kekal stabil.

Oleh itu, kita patut beri galakan dan sokongan kepada Umno untuk calonkan Ku Li kerana ia sebenarnya memberi keuntungan politik yang cukup besar kepada Pas dan Pakatan Rakyat dari segi jangka panjang khususnya dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang.

30 September 2010

UMNO BARU SEDAR JUDI HARAM ?


Judi dalam apa nama dan bentuk sekali pun ia adalah haram. Tidak ada dalil dan hujah yang boleh menghalalkan judi. Di Pulau Pinang dan akhbar utama yang menjadi 'lidah rasmi' Umno-BN hari ini begitu gegak gempita dengan isu yang didakwa duit judi yang diberi kepada warga emas.

Maka seramai 40 warga emas hari ini bertindak memulangkan duit RM 100 yang diberi oleh kerajaan Pulau Pinang yang menurut ketua pembangkang Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim sebagai duit haram. Dalam masa yang sama warga emas yang memulangkan duit RM 100 mendapat semula gantian RM 100 dari sumber duit 'halal'.

Walaupun telah dijelaskan oleh ramai pihak termasuk bekas mufti Perlis yang kini menjawat jawatan pensyarah kanan di USM, Dr Mohd Asri Zainul Abidin , rakyat yang menerima bantuan kerajaan sebenarnya tidak haram walaupun dana yang diperoleh pihak berkuasa adalah daripada pelbagai sumber termasuk judi — yang menjadi amalan kerajaan pusat dan sesetengah kerajaan negeri.

“Rakyat yang mendapat bantuan kerajaan tersebut tidak haram, sebabnya mereka bukan berjudi... mereka (hanya) mendapat bantuan atas kemiskinan mereka.“Transaksi itu atas bantuan, bukan atas judi,”.

YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sendiri menyangkal tohmahan dengan menjelaskan sumber judi hanya untuk bantuan kepada golongan bukan Islam.

Saya bukan nak menyokong Lim Guan Eng atau mempertahankan isu duit judi. Hukum tetap hukum dan yang haram adalah tetap haram.

Hanya orang nyanyuk dan sasau serta gila kuasa sahaja yang tergamak serta sanggup memainkan isu ini. Apakah Umno cukup suci daripada judi?

Mungkin pak cik dan mak cik yang 40 orang itu mereka boleh peralatkan untuk tujuan politik mereka. Tetapi rakyat Malaysia hari ini cukup matang dan bijak serta tahu menilai isu sebenar yang berlaku.

Apakah Umno cukup insaf dengan judi dan hasil judi? Apakah kerajaan Umno boleh menafikan dakwaan bahawa mereka hari ini dapat bertahan dengan hasil judi? Jika berani dedahkan berapa banyak lesen judi yang mereka sudah luluskan sepanjang lebih 50 tahun berkuasa? Dedahkan juga sumber dan kemana semua hasil judi tersebut dibelanjakan.

Kepada pemimpin Umno dan yang sewaktu dengannya kalau nak mainkan isu dan burukkan orang lain cermin-cerminlah diri tu sendiri dahulu. Nanti bimbang bukan meludah ke langit hinggap muka sendiri tetapi segala kuman segala kahak segala penyakit kena pada mereka semula.

26 September 2010

AKHBAR KOSMO TIDAK IKTIRAF TUANKU MUHAMMAD FARIS PETRA SULTAN KELANTAN?


Laporan akhbar Kosmo milik kumpulan Utusan yang selama ini menjadi 'lidah rasmi' Umno jelas mempunyai agenda tersembunyi dan berniat jahat. Dalam laporan berita pada hari ini, akhbar Kosmo seperti telah menghina institusi diraja Kelantan dan rakyat Kelantan seolah-olah Kelantan kini mempunyai dua orang sultan. Dalam laporan itu menyebut....Sultan Ismail berkenan menerima mengadap bekas Perdana Menteri Thailand...Sudah dimaklumkan sebelum ini bahawa dengan pemasyuran Tuanku Muhammad Faris Petra maka gelaran sultan tidak boleh digunakan sebelum ini kepada bekas sultan sebelumnya. Adakah ini satu kesilapan atau memang disengajakan? Walhal semua sedia maklum bahawa Tuanku Muhammad Faris Petra telah dimasyurkan sebagai Sultan Kelantan ke V.

Pelantikan itu dibuat oleh Majlis Perajaan Negeri mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan negeri.Lainlah kalau pemasyuran itu dibuat di bawah pokok di padang sekolah seperti yang didalangi Umno tidak lama dulu atau pemasyuran itu dibuat oleh mesyuarat JKKK Umno!
Pemasyuran ini sah menurut pelembagaan dan disambut baik oleh semua lapisan rakyat tanpa mengira fahaman politik. Jelas akhbar Kosmo milik Utusan telah menghina insitusi beraja yang saya yakin didalangi mereka yang berkepentingan di sebalik penyiaran berita ini.

18 September 2010

RAKYAT MELAKA AKAN DAPAT EYE ON MALAYSIA BARU SEBELUM PILIHANRAYA UMUM


Melaka akan menjadi tempat pertama di dunia yang memiliki roda gondola berputar dalam tempoh beberapa tahun sahaja. Eye On Malaysia yang dulunya beroperasi di Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur yang dibawa ke muara sungai Melaka kini menjadi 'besi buruk' yang paling mahal di dunia.

Ini berikutan keputusan mahkamah Tinggi atas saman yang dikemukakan oleh pemilik asal syarikat Fitraco NV dari Belgium terhadap kerajaan Melaka kerana melanggar beberapa syarat perjanjian. Saya difahamkan berikutan saman itu kerajaan Umno@BN Melaka terpaksa membayar jutaan ringgit kepada syarikat berkenaan yang dapat untung atas angin tanpa perlu roda Eye On Malaysia berpusing-pusing seperti kelaziman.

Maka pemimpin Umno@BN pening-pening berpusing-pusing apabila isu berkenaan mendapat bantahan dan kritikan daripada rakyat sehingga di bawa ke dalam sidang DUN Melaka tidak lama dulu. Sehingga kini bantahan berterusan kerana pembaziran duit rakyat kerana 'kecerdikan' pemimpin Umno@BN dalam isu ini.

Maka tidak semena-mena tanpa hujan dan ribut, kelmarin Ketua Menteri Melaka mengumumkan bahawa Melaka bakal memiliki Eye On Malaysia baru dalam tempoh enam bulan akan datang yang ditempah khas berharga RM 7 juta dari sebuah syarikat di China.

Ketua Menteri Melaka cuba menunjukkan "kecerdikannya' dengan mendakwa kerajaan Melaka dapat berjimat separuh duit rakyat berbanding jika menerima tawaran Fitraco NV untuk membeli Eye On Malaysia sedia ada yang disifatkannya sebagai barang terpakai.

Mungkin pada pak cik dan mak cik yang tak reti Matematik mungkin beliau boleh kelentong. Macam mana pula dengan kos saman di mahkamah, prasarana Eye On Malaysia sedia ada yang kini banyak yang rosak seperti gerai jualan, kaunter tiket, tandas yang pastinya memerlukan tambahan kos lagi. Siapa yang bakal buat duit dan siapa yang bakal untung?

Mungkin KM Melaka lupa selama ini Melaka banyak membeli barang terpakai. Bas merah terpakai dari Kota London yang kos awalnya sahaja RM 200 ribu sebuah. Tidak termasuk kos penyelenggaraanya yang selalu tersadai kerana sering rosak. Malah tidak keterlaluan, beliau sendiri merupakan pemimpin kitar semula yang diselamatkan oleh Presiden Umno setelah terlibat dalam rasuah dalam pemilihan Umno!

17 September 2010

HARI INI SEJARAH TERCIPTA LAGI DI BUMI MELAKA


Hari ini rakyat Melaka cukup bertuah kerana satu lagi sejarah tercipta. Sebuah sekolah yang dirasmikan pembukaannya yang tidak ada di mana-mana bumi Malaysia. Mungkin ia satu lagi catatan sejarah sempena Sambutan Hari Malaysia yang buat pertama kalinya disambut semalam.
Maka selepas ini mana-mana pelajar yang berminat boleh berbaris mendapatkan borang permohonan di pejabat ketua menteri. Pastikan anda menepati syarat-syarat yang ditetapkan. Syaratnya mudah sahaja, pastikan anda telah melakukan zina dan mengandung anak zina! Walaupun niatnya bagus, tetapi tindakannya tak kena. Membantu dan memberi peluang kepada mereka yang terlibat dengan zina untuk mendapat kehidupan baru tetapi dalam masa yang sama membuka peluang dan mengadakan program yang menggalakkan kepada zina. Malah lebih malang lagi dalam masa yang sama berterusan menentang dan memperlekehkan undang-undang Allah untuk mencegah kepada zina. Mencegah lebih baik daripada mengatasi. Selagi manusia menggunakan logik akal untuk mengatasi masalah sosial, masalah tak akan selesai. Allah SWT telah memberi rahmat dan petunjuk serta pedoman kepada manusia untuk semua hal kehidupan. Kembalilah kepada petunjuk dan pedoman daripada Al Quran, Hadis, Qias dan ijmak ulama Ambilah pengajaran yang berlaku akhir-akhir ini sebagai peringatan dari Allah SWT agar tidak berlaku lagi episod menyayat hati berlaku lagi dalam negara ini.

07 September 2010

PENDEDAHAN KPN MENGEMPARKAN!

Selama ini, rakyat hanya mendengar dari mulut pimpinan Pakatan Rakyat dan beberapa NGO tentang campur tangan kerajaan 1Malaysia terhadap institusi keselamatan di negara ini. Polis sering kali dituduh menjadi alat dan boneka kepada kerajaan Umno-BN.

Ramai yang melenting dan marah-marah dengan kenyataan itu. Menganggap segala tuduhan dan dakwaan itu fitnah dan tidak berasas. Tetapi ternyata apa yang didakwa selama ini terbukti benar bahawa kerajaan Umno-BN memang selama ini memperalatakan polis untuk menutup kelemahan,skandal dan penyelewengan untuk mengekalkan kuasa.

Kenyataan ini bukan keluar dari mulut orang kampung di kedai kopi tetapi dari Ketua Polis Negara sendiri! Tan Sri Musa Hassan dalam kenyataannya semalam mengesahkan bahawa Kementerian Dalam Negeri campur tangan dan terlibat secara langsung sehingga menjejaskan proses sisasatan polis.

Bagi saya kenyataan ini sangat bahaya kerana ia melibatkan kepentingan masyarakat dan imej negara di mata dunia. Bermakna ada pihak yang teraniaya dan dizalimi. Tidak mustahil ada penyelewengan, jenayah dan skandal yang tidak mendapat keadilan dan siasatan yang adil dan telus.

Rakyat berhak tahu sejauh mana penglibatan kerajaan melalui Kementerian Dalam Negara yang mengganggu dan menjejaskan siasatan polis. Ini bukan hal main-main ini perkara besar. sebelum ini rakyat dikejutkan dengan pelbagai isu yang mengemparkan institusi keselamatan dalam negara.

Rakyat masih belum lupa isu pemecatan hakim-hakim kanan satu ketika dahulu. Rakyat masih belum lupa bekas Ketua Polis Tan Sri Rahim Nor yang menumbuk hingga lebam Dato Seri Anwar Ibrahim. Isu pita rakaman Linggam masih lagi menimbulkan persoalan apakah kesudahannya. Rakyat masih tertanya-tanya apa di sebalik isu mendiang Teoh Beng Hock yang dikatakan 'mencekik diri sendiri' sebelum terjun dari bangunan SPRM.Malah banyak lagi isu yang melibatkan pihak keselamatan seperti polis dan SPRM yang menimbulkan pelbagai spekulasi dan 1001 persoalan yang masih tidak terjawab.Adakah dalam hal ini kes pembunuhan model Monggolia, Altantuya terkecuali?

Rakyat juga ingin tahu apakah kes yang melibatkan campur tangan dan 'gangguan'dari Kerajaan Umno-BN. Adakah ia melibatkan juga kes Liwat 1 dan Liwat 2 Dato Seri Anwar Ibrahim? Bagaimana kes berfrofil tinggi yang lain seperti penyelewengan PKFZ, kes rasuah yang melibatkan beberapa pimpinan Umno dan BN antaraya yang melibatkan Ketua Menteri Melaka, Dato Norza Zakaria dan ramai lagi yang umum sedia maklum.

Kenyataan Ketua Polis Negara ini seolah-olah mengesahkan bahawa ada konspirasi, siasatan dan pendakwaan terpilih yang boleh menjejaskan reputasi dan berkait rapat dengan keselamatan negara.

Maka satu badan siasatan bebas seperti Suruhanjaya Diraja wajar ditubuhkan bagi membersihkan imej polis dan memulihkan keyakinan rakyat terhadap institusi ini. Saya teringin mendengar komen daripada Menteri Dalam Negeri adakah dakwaan KPN ini benar dan berasas atau sekadar melepas perasaan yang terpendam menjelang detik-detik akhir persaraan beliau.

06 September 2010

NAJIB PERTAHAN FATWA : HARAM YB SERDANG MASUK SURAU!





Akhirnya setelah hampir sebulan isu wakil rakyat DAP MP Serdang , YB Teo Nie Ching masuk dalam surau Al Huda Kajang 22 Ogos lalu Perdana Menteri 1Malaysia semalam menegaskan bahawa tindakan itu bercanggah dengan keputusan Majlif Fatwa.

Menurut Dato Seri Najib, Ahli Parlimen DAP Serdang Teo Nie Ching telah melanggar keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan apabila beliau memasuki ruang solat Surau Al-Huda, Kajang bulan lalu.

Najib berkata, fatwa yang dikeluarkan Mac lalu adalah jelas bahawa bukan Islam mesti memperoleh kebenaran daripada masjid dan mengenakan pakaian sopan ketika memasuki kawasan masjid dan surau.

Soalan saya mudah je,

1. Adakah MP Serdang Teo Nie Ching menceroboh atau memecah masuk untuk berucap dalam ruangan solat surau berkenaan?

2. Adakah MP Serdang memakai pakaian yang menjolok mata?

Bagaimana pula dengan gambar di bawah ini, saya teringin mendengar fatwa dari PM 1Malaysia.

Isteri PM 1Malaysia sedang menyampaikan 'tazkirah' di dalam sebuah dewan solat surau/masjid...menutup aurat?


Di antara dua gambar yang mana lebih sopan?

Gambar siapa ya dalam gambar tu? Untuk apa, di mana? Ulama muda tolong komen....

04 September 2010

PILIHANRAYA UMUM DEKAT SANGAT DAH!

Saya dapat merasakan PRU semakin hampir. Tak mustahil parlimen bakal dibubarkan selepas raya ni. Tanda-tandanya semakin nyata dan ketara.

Seperti biasa umpan dan gula-gula pilihanraya mula ditaburkan. Kerajaan yang sebelum ini nampak 'sesak' tiba-tiba menjadi pemurah dan dermawan. Dalam suasana harga barang dinaikkan, pelaburan semakin susut manakala yang sedia ada cabut lari mengalih operasi ke negara lain kerajaan menunjukkan 'prihatin'nya kepada rakyat.

Pastinya orang kerja kerajaan boleh senyum seketika apabila diberi duit raya. Peneroka, nelayan dan peserta Felcra boleh tekan caculator untuk membuat persiapan raya sakan tahun ni.

Isu perkauman yang cuba dihangatkan sebelum ini kembali reda kerana majoriti rakyat cukup bijak dengan tipu helah dan provokasi yang dilakukan. Sementara itu semangat patriotik kepada negara (sebenarnya pemimpin Umno-BN) sempena Hari Kemerdekaan mendapat respon hambar dari rakyat.

Begitu juga dengan demontrasi rakyat Indonesia terhadap keduataan negara di sana, rakyat cukup bijak memahami situasinya. Pastinya ada di dalang di sebaliknya. Bagi saya ia tidak lebih satu lakonan oleh pihak yang tertentu yang boleh dibaca tujuan dan motifnya. Kita sudah 53 tahun merdeka bukan 53 hari!

Walau apa juga situasinya PRU tetap perlu diadakan dalam tempoh terdekat. Hanya itu pilihan yang Umno-BN ada. Sokongan rakyat khasnya bukan Melayu semakin merudum. Lagi lama PRU maka lebih banyak masalaah yang berlaku. Kegawatan ekonomi dan politik menyebabkan Umn0 BN perlu tonik dengan mendapatkan mandat baru dari rakyat. Bukan untuk menguji pengaruh dan populariti tetapi langkah perlu yang segera untuk menyelamatkan Umno-BN agar terus dapat bertahan dan berkuasa.

Maka pelbagai kaedah dan helah terpaksa direka dan dicipta. Seperti biasa isu ahli Pas,PKR dan DAP keluar parti beramai-ramai merupakan antara petunjuk yang paling kuat menjelang PRU umum. Itulah yang digambarkan semalam apabila 756 ahli Pas Larut di Perak dari 46 cawangan masuk Umno! Kenapa sikit sangat? Biasanya sebelum pilihanraya umum berita ahli Pas yang keluar masuk Umno lagi ramai kalau dijumlahkan semua biasanya ahli Pas yang tinggal ialah Mursyidul Am dan Presiden Pas sahaja!

30 August 2010

IBRAHIM ALI KATA TUAN GURU NIK ABD. AZIZ KURANG BERTAQWA

Hebat betul Ibrahim Ali ni, selepas muncul juara lompat melompat kini cuba untuk mengambil alih tugas Majlis Fatwa. Semalam dalam majlis Berbuka Puasa di Kelab Sultan Sulaiman beliau berkata Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat disifatkan sebagai seorang yang beriman tetapi kurang bertakwa apabila bertindak mempertahankan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral pada Ahad lalu.

Kehebatan Presiden Perkasa ini begitu terserlah kerana dapat menilai tahap taqwa dalam diri seseorang. Cuma saya nak bertanya pada Ibrahim Ali siapa pemimpin Umno yang paling tinggi nilai taqwanya ? Rahim Tamby Chick, Ali Rustam atau Jamaludin Jarjis? Manakala di antara Dr. Mahathir dan Dato Seri Najib siapa yang paling tinggi taqwanya?

Saya juga mencadangkan agar Ibrahim Ali dilantik sebagai Pengerusi Majlis Fatwa Melayu jika tewas selepas pilihanraya umum nanti supaya fatwa-fatwanya dapat digunakan oleh generasi akan datang khususnya dalam bab lompat melompat! Saya yakin Khairy Jamaludin turut bersetuju dengan pandangan saya.

29 August 2010

PEMIMPIN UMNO TAK LAYAK BERCAKAP PASAL ISLAM

Pastinya orang Umno dan yang sewaktu dengannya melenting dan marah-marah dengan tajuk ini. Tetapi itulah hakikatnya. Setelah gagal menjadi juara Melayu dengan membangkitkan isu perkauman sempit, isu agama cuba dijadikan modal terbaru strategi politik yang memualkan. Malah setiap isu agama Islam yang dibangkitkan menyebabkan mereka 'kantoi' ( meminjam kata-kata Ust. Nashrudin Tantawi).

Mana tidaknya, semua isu agama Islam yang bertujuan membangkitkan sentimen negatif akhirnya terkena atas batang hidung sendiri. Ibarat meludah ke langit, bukan sekadar air ludah segala kahak dan nanah serta segala kebusukan masuk ke dalam mulut mereka sendiri.

Malah, tak perlu susah-susah buat program realiti TV Raja Lawak kerana pemimpin Umno kini menjadi pelawak yang menyebabkan mereka di ketawakan setiap hari. Bukan oleh Umat Islam sahaja tetapi bangsa dan agama lain yang lebih faham tentang Islam berbanding dengan pemimpin Umno yang sewaktu dengannya yang mungkin faham atau buat tak faham atau memang tak faham-faham!

Isu doa khutbah dan terkini orang bukan Islam masuk masjid mendedahkan kejahilan mereka sendiri. Isu orang bukan Islam masuk masjid telah lama dibahaskan. Tindakan sengaja membesarkan isu bukan Islam masuk masjid dan surau sebenarnya satu penghinaan kepada Jawatankuasa Majlis Fatwa yang mereka sendiri lantik dengan perkenan DYMM Agong yang telah mengharuskan orang bukan Islam masuk ke surau dan masjid dengan syarat dan adab-adab yang ditetapkan.

Pergilah ke Masjid Negara, Masjid Putrajaya, Masjid Kristal, Masjid Terapung, Masjid Selat, Masjid Tengkera dan lain-lainnya lihat orang bukan Islam yang terdiri daripada pelancong asing berduyun-duyun masuk. Kenapa tak jadikan isu?

Kalau nak bercakap tentang Islam pemimpin Umno kena cermin dan teropong diri sendiri. Berapa kerat isteri pemimpin Umno yang menutup aurat dengan sempurna? apakah hukum menutup aurat tu tak wajib!

Pemimpin Umno juga kena tanya siapa yang meluluskan lesen judi dan arak serta membenarkan pusat perjudian dan kilang arak di bina di negara ini. Siapakah pemimpin atau wakil rakyat di parlimen yang menyokong semua ini?

Pada bulan ramadhan yang mulia ini eloklah pemimpin Umno pergi dengar tazkirah di masjid dan surau. Rebutlah peluang 10 terakhir ramadhan untuk membuat lebih banyak amalan dan kebajikan. Sia-sia sahaja puasa dengan berlapar dan dahaga kalau asyik sibuk menabur fitnah dan berterusan melakukan pembohongan. Rajin-rajinlah iqtikaf dan Qiamulail moga diberi hidayah oleh Allah. Paling kurang pun diberi kekuatan untuk menyuruh isteri tercinta untuk menutup rambut yang terjuntai dan terjulur keluar! Selamat Menyambut Ramadhan!

22 August 2010

ULAMA TUA DAN ULAMA MUDA UMNO KENA AJAR PEMIMPIN MEREKA BAB DOA


Riuh rendah dan gegak gempita betul canang pemimpin Umno isu doa di Pulau Pinang. Al kisahnya ada beberapa khatib yang membaca khutbah mendoakan Lim Guan Eng agar diberi hidayah memeluk Islam. Isunya telah dipusingkan 360 darjah, bukan lagi isu mendoakan bukan Islam agar diberi hidayah tetapi puak-puak Umno main isu seolah-olah ada arahan dari kerajaan negeri yang diterajui DAP agar buang nama DYMM Agonng digantikan dengan nama pemimpin DAP.

PM dan TPM juga tumpang semangkuk meminta satu siasatan dijalankan kerana katanya perbuatan tersebut serius, melampau dan tidak boleh diterima. Kata suruh siasat tapi awal-awal lagi dah jatuh hukuman...

Tak payah nak sembunyi 1Malaysia tahu isu ini sengaja diperbesarkan dan dimanipulasi Umno dengan menambah perisa dan perencah dengan tujuan mewujudkan sentimen kaum dan agama di negara ini. Perbuatan yang sama sekali tidak boleh diterima oleh mana-mana rakyat Malaysia yang sihat dan waras.

Walhal menurut salah seorang khatib yang mendoakan Lim Guan Eng iaitu Ustaz Zakaria Ahmad dari masjid Jelutong tujuannya ialah supaya Allah memberi hidayah kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu supaya memeluk Islam. Malah perkara itu sudah dua tahun dilakukannya. Mengapa sekarang baru jadi isu? Itu pun salah ke? Ulama tua dan ulama muda dalam Umno tolong ajar dan nasihat sikit pemimpin mereka supaya tidak menampakkan kebodohan dan kejahilan mereka tentang Islam.

Ulama tua dan ulama muda dalam Umno kena juga beri nasihat kepada pemimpin mereka bahawa buat solat hajat, baca surah Yassin untuk P Kalamathan di Hulu Selangor dulu mereka guna ayat Quran dan hadis mana untuk menghalalkan tindakan dan fatwa mereka?

21 August 2010

PARTI PERKAUMAN : UMNO KEMBALI KE ZAMAN BATU!

Kebelakangan ini kita dapat melihat Umno begitu bersungguh-sungguh memainkan isu perkauman di kalangan rakyat di negara ini. Adakah ini hasil nasihat Apco Worlwide perunding Yahudi yang dibayar oleh Umno-BN?

Apa yang berlaku menunjukkan Umno cukup sesak dan terdesak dengan kemerosotan sokongan rakyat di negara ini khususnya daripada masyarakat Cina yang kini semakin menjauhkan diri dari Umno. Pemimpin Umno kini dilihat tidak berupaya untuk menerajui BN yang dikatakan menjadi punca penolakan majoriti rakyat dalam pilihanraya umum lalu. Malah berdasarkan beberapa analisis dan andaian sokongan masyarakat Cina kepada Pakatan Rakyat semakin melonjak dan begitu memberansangkan.

Dalam setiap aktiviti dan program sokongan masyarakat Cina khususnya kepada Pas dan PKR begitu meyakinkan. Semua ini menyebabkan pemimpin Umno kini tidak tidur lena kerana dibuai mimpi ngeri nasib mereka menjelang pilihanraya umum ke 13.

Umno tidak ada cara lain selain terpaksa berpaut dan bergantung kepada orang Melayu agar terus kekal berkuasa. Butang kecemasan semangat perkauman terpaksa ditekan agar wujud kebencian kaum di negara ini.

Taktik keji dan jijik ini menjadikan Umno parti yang kini kembali ke zaman batu. Ketika Pas terbuka kepada semua kaum, PKR dikenali parti berbilang kaum serta DAP yang lebih menghormati sensitiviti kaum, Umno terkebelakang dengan cuba menunjukkan lagak sebagai jaguh membela orang Melayu.

Mungkin era zaman batu atau 1960-an hingga 1980-an taktik ini akan berjaya. Tetapi sekarang zaman ICT, dunia tanpa sempadan dan dasar langit terbuka rakyat mendapat maklumat di hujung jari. Taktik Umno bakal menikam diri. Mungkin mereka berjaya di kawasan pengundi tradisonal di hulu, solok dan kampung tetapi tidak kepada masyarakat bandar dan kota yang semakin matang dan cerdik untuk menilai segala muslihat dan tipu daya Umno. Cukuplah lebih setengah dekad Umno menipu dan membodohkan rakyat di negara ini.

Saya begitu kagum dengan kematangan pimpinan Pakatan Rakyat yang tidak melenting dan melatah serta begitu tenang dan bijak menangani situasi ini. Saya berharap ketenangan dan kebijaksanaan menangani isu ini turut dicontohi oleh semua pimpinan bawahan dan penyokong agar tidak terperangkap dengan segala propaganda dan provokasi melampau yang dilakukan oleh pimpinan Umno yang bermain wayang dengan pemimpin MCA.