04 March 2011

ADUN LENGGENG BERSALAH TERIMA RASUAH: PENGUNDI MERLIMAU DAN KERDAU KENA AMBIL IKTIBAR


Adun Umno/BN, Mustafa Salim hari ini didapati bersalah kerana menerima rasuah sebanyak RM 2000 daripada seorang kontraktor sebagai sogokan mengeluarkan surat sokongan bagi aktiviti perlombongan pasir lebih dua tahun lalu.

Walau bagaimanapun Hakim Mahkamah Seksyen Amran Jantan di Seremban menangguhkan hukumannya hanya pada 1 April nanti. Satu keputusan yang dilihat memihak kepada Umno BN yang sedang berhadapan dengan pilihanraya kecil Merlimau dan Kerdau.

Walau bagaimanapun, mesejnya jelas kepada pengundi Merlimau dan Kerdau agar memilih parti dan calon yang bersih bebas dari rasuah supaya nasib penduduk Lenggeng yang bakal kehilangan kelayakan bertanding sebagai wakil rakyat tidak berulang kepada pengundi di Merlimau dan Kerdau.