18 November 2008

AHLI PARLIMEN BN TUNTUT ELAUN KERAIAN BERJUTA RINGGIT-MALAYSIAKINI


Berita TV 9 sebentar tadi mendedahkan dengan data dan maklumat yang lengkap terdapat 10 orang ahli parlimen BN yang membuat tuntutan elaun keraian sehingga hampr mencecah jutaan ringgit seorang.

Satu siasatan perlu dilakukan untuk menentukan kesahihan tuntutan yang dibuat.

Walaupun tuntutan yang dibuat mungkin mengikut prosedur dan kelayakan tetapi jumlah tuntutan yang dibuat adalah keterlaluan dan melampau pada saat rakyat disuruh berjimat cermat kesan kegawatan ekonomi. Di antara tuntutan adalah berkaitan dengan rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya baru-baru ini.

Dalam hal ini, pemimpin BN ini kena mencontohi pemimpin kerajaan Pakatan Rakyat yang mengambil pendekatan berhemah dan berjimat cermat dalam perbelanjaan. Terutama kepimpinan YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tidak mengambil walaupun sesen elaun keraian dan elaun rumah yang layak diperolehi sepanjang 18 tahun menerajui Kelantan sebaliknya duit elaun tersebut diserahkan kembali kepada kerajaan negeri.

Majlis rumah terbuka atau majlis lain yang diadakan di rumah beliau di Pulau Melaka semuanya menggunakan duit poket sendiri tanpa membazirkan wang rakyat. berbeza dengan pemimpin BN yang mengadakan majlis rumah terbuka secara besar-besaran dan mewah dengan menu pelbagai aneka dan rasa daripada duit dan air mata rakyat.

SHARIZAT SEPERTI KACANG LUPAKAN KULIT?-MALAYSIAKINI


Khamis ini Sharizat dijangka akan mengumumkan keputusannya sama ada bertanding atau tidak. Walau bagaimanapun ramai meramalkan Shahrizat akan menurut desakan akar umbi(ubi kayu?) untuk bertanding jawatan Ketua wanita mencabar Rafidah.

Sebelum ini sharizat seperti berdolak dalik bahawa sebarang keputusan sama ada mencabar Rafidah atau tidak bergantung kepada Kamilia ketua wanita Umno Perak sama ada bertanding atau tidak jawatan naib ketua wanita Umno. Kamilia tetap dengan keputusannya bertanding. Jadi apa lagi yang perlu ditunggu? Pencalonan 77 wanita bahagian yang diperolehi Shahrizat untuk jawatan ketua wanita adalah sesuatu yang telah 'menggoncang' kesetiaan Shahrizat kepada Rafidah.

Sikap dan tindakan Shahrizat umpama mengkhianati janji dan ikrar yang dibuat sebelum ini.Wanita Umno Selangor misalnya menggesa Shahrizat agar berpegang dengan janji-janjinya untuk tidak mencabar Tan Sri Rafidah Aziz dalam pemilihan ketua Wanita Umno Mac depan.

Sumber-sumber yang rapat dengan Wanita Selangor mendakwa, Shahrizat sebelum ini pernah berjanji - dengan disaksikan oleh ketua-ketua Wanita negeri - akan mematuhi pelan peralihan kuasa pada Jun 2009.

Dalam perbincangan tersebut kata sumber-sumber itu, Shahrizat juga berkata, beliau amat menghormati Rafidah dan tidak akan menentang ketuanya.

"Ekoran itu, wanita akar umbi berasa tidak senang dengan keputusan Shahrizat mendesak supaya peralihan kuasa dipercepat ke Mac ini dan tidak seperti mana yang dirancang Jun depan.

"Mereka rasa dimain-mainkan, dianiayai," kata sumber-sumber itu.

MINYAK TURUN TETAPI PENUMPANG BAS SEMAKIN TERBEBAN-MALAYSIAKINI

Walaupun rakyat Malaysia mendapat dua berita baik iaitu penurunan harga minyak petrol dan diesel sebanyak 15 sen mulai hari ini serta diskaun 10% selama setahun kadar tol untuk kenderaan kelas 1 dari 7 malam hingga 7 pagi mulai 1 Januari depan,pengguna kenderaan awam menerima nasib di sebaliknya.

Kadar tambang bas ekspres kemungkinan akan dinaikkan pada tahun hadapan memandangkan kos operasi syarikat-syarikat bas terbabit semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Biarpun harga minyak sudah turun di pasaran, menurut Dato Noh Omar, menteri Pembangunan Usahawan dan koperasi,kenaikan harga tambang itu tiada kena-mengena dengan fenomena harga minyak pasaran, kerana ia lebih berdasarkan kos operasi seperti harga tayar, bateri dan insuran dalam satu jawapan YB Salehhudin Ayub Ahli Parlimen Pas Kubang Kerian di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata, kenaikan harga tambang bas terbabit mungkin tidak dapat dielakkan memandangkan kali terakhir kerajaan menyemak kadar harga tambang adalah pada tahun 2005.

Tambang bas ekspres yang naik baru-baru ini tu apa dia? Noh Omar kata itu bukan kenaikan tambang tetapi surcaj pengangkutan awam. Macam -macam alasan diberi untuk menaikkan tambang bas ekspres. Sebelum ini sebab ada surcaj 30% dan sekarang sebab kos meningkat. Akan datang entah apa lagi alasan yang bakal diberikan.

Sama aje dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) naikkan tarif 10% pada Julai lalu sebab minyak naik, tapi bila didesak turunkan semula tarif sejajar penurunan harga minyak,Datuk Shaziman Menteri Tenaga, Telekom, Pos dan Komunikasi kata tak boleh sebab arang batu pula mahal! Berbelit-belit alasan yang diberikan.

Bermakna tidak ada manafaat yang diperolehi oleh pengguna bas ekspres yang rata-rata adalah golongan sederhana dan berpendapatan rendah. Terutama golongan yang sering berulang alik seperti pelajar universiti dan kolej, kakitangan kerajaan dan swasta yang berpendapatan rendah.Keadaan ini bakal menghimpit dan memberi tekanan kepada golongan ini di tengah-tengah kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang semakin membebankan.

KITA BINCANG ISU SAJAK KEMATIAN BUKAN ISU BEKAS AHLI AL ARQAM-MALAYSIAKINI

Saya tidak pernah mengikuti mana-mana program Al Arqam, jauh sekali menganggotai pertumbuhan yang telah diharamkan oleh kerajaan ini. Cuma masa di Pahang, saya ada berurusan dengan anak sulung Ashaari, Fakhrul Razi yang ketika itu dibuang daerah itupun berkaitan dengan urusan jualan langsung yang saya lakukan secara sambilan.

Saya bukan nak membela atau nak mempertahankan Al Arqam. Tapi bila isu 'sajak kematian' mendapati liputan dan 'publisiti' percuma saya tertanya kenapa isu bekas ahli Al Arqam ditimbulkan? Isu sekarang ialah isu 'sajak kematian' untuk membawa kesedaran dan keinsafan kepada pelajar. Apakah mereka telah mati hujah sehingga terpaksa memberi imej buruk tentang siapa di balik tabir 'sajak kematian' yang dibawa ke sekolah-sekolah untuk 'menghalalkan' hujah mereka menentang 'sajak kematian'.

Biarlah kita bincang dari sudut fakta dan hukum. Minta pandangan majlis fatwa dan ulamak untuk menentukan sama ada ia bercanggah dengan aqidah atau sebaliknya. Perbincangan mestilah ilmiah tanpa dipengaruhi dendam dan prasangka atau mencari kepentingan politik. Berhujah bersandarkan rujukan Al Quran, Hadis, qias dan Ijmak Ulamak bukan bercakap dengan emosional dan rasional yang lebih menampakkan betapa jahil dan kebencian terhadap Islam.

JOM MAKAN TEMBIKAI (Bacaan untuk lelaki sahaja)-MALAYSIAKINI


Asyik cerita isu semasa dan politik aje. Jom kita alih topik sekejap. Ini pun isu semasa juga, cuma fokus untuk kaum Adam sahaja.Berita baik untuk lelaki,kajian terbaru menunjukkan bahawa tembikai menghasilkan kesan dalam tubuh sama seperti Viagra, mungkin memberi jalan kepada penawar semula jadi bagi lelaki yang menderita mati pucuk, kata Bhimu Patil dari Universiti A& M, Texas Amerika Syarikat.

Penyelidikan dijalankan Patil dan rakannya baru-baru ini mendedahkan bahawa isi tembikai mengandungi paras tinggi asid amino 'citrullin' berbanding yang difikirkan penyelidik.

"Kami mengetahui bahawa tembikai mengandungi citrulline, namun tembikai mempunyai lebih banyak citrulline dalam bahagian isi berbanding yang difikirkan sebelumnya," kata Patil.

Ia penting kerana tubuh menukar 'citrulline' kepada 'arginine', sejenis asid amino lain yang berfungsi sebagai perintis kepada nitrat oksida.

Nitrat oksida, sebaliknya memainkan peranan penting dalam mengembangkan saluran darah dan proses ketegangan zakar. Fungsi utama Viagra ialah mensasarkan nitrat oksida yang menandakan laluan dalam zakar.

"Hanya kerana nitrat oksida diperlukan bagi menegangkan zakar, tidak bermakna memakan sesuatu yang kaya dengan citrulline akan menghasilkan 'arginine' yang cukup untuk menghasilkan ketegangan zakar," kata Irwin Goldstein, ketua pengarang Jurnal Ubatan Seksual dan bekas perunding bagi syarikat yang membuat ubat penawar mati pucuk.

Selepas berita ini mungkin lebih ramai orang akan tanam tembikai. Harga tembikai juga dijangka akan melambung dan mendapat permintaan tinggi dalam negara. Tak mustahil kerajaan akan menjadikan tembikai sebagai barang kawalan. Maknanya bertambah lagi tugas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Maka bertambah pening lagilah Datuk Shahril Samad selepas ini

SEJAK BILA UMNO PERJUANGKAN KETUANAN MELAYU?-MALAYSIAKINI

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim semalam yang mengingatkan orang Melayu bahawa mereka tidak boleh terlalu bergantung kepada konsep ketuanan Melayu kerana ia lebih merupakan perasaan atau ego politik yang tidak disokong oleh kekuatan dalam perjuangan atau peruntukan Perlembagaan negara.

Umno yang selama ini mendakwa menjadi teras ketuanan Melayu perlu cermin-cerminkan diri mereka dahulu.

Umno menjaga ketuanan Melayu? Inilah buktinya:

1.Pemimpin Umno meminta agar ekuiti 30% bumiputera dalam DEB dikaji semula.
2.Jenayah dan masalah moral di kalangan Melayu melebihi 70% berbanding kaum lain
3.Mengutamakan bahasa Inggeris dalam PPSMI(Pembelajaran Matematik Sains dalam Bahasa Inggeris)
4.MRSM dan matrikulasi dibuka kepada bukan bumiputera.
5.Bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar hampir kesemua IPTA awam.
6.Tanah milik melayu terutama di bandar-bandar semakin menyusut-seperti yang berlaku di Wilayah Pembangunan Iskandar-tanah Melayu diambil dan dijual kepada warga Singapura.Ini akan berlaku juga di wilayah/koridor ekonomi di tempat lain.
7.Parti yang banyak mengamalkan budaya rasuah dan politik wang( Maklumat dari Umno sendiri terdapat lebih 900 aduan politik wang dalam pemilihan baru-baru ini).
8.Biasiswa kepada pelajar Melayu di Universiti dimansuhkan.
9.Dasar meritokrasi menyebabkan pelajar melayu terus ketinggalan
10.Berpuluh ribu graduan Melayu terpaksa menganggur di seluruh negara.

Ketuanan Melayu hanyalah momokan dan retorik mainan Umno semata-mata. Dalam Islam tidak ada ketuanan Melayu sebaliknya Islam fokus kepada semua tanpa mengira warna kulit, bangsa dan rupa.

Ini jelas seperti apa yang dinyatakan oleh YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat Menteri besar merangkap Mursyidul Am Pas semalam.

Tiada istilah ketuanan Melayu atau kelebihan terhadap satu bangsa dalam Islam.

Islam merupakan agama yang universal tidak memberi sebarang keutamaan kepada mana-mana bangsa melainkan kelebihan itu akan diberikan kepada individu yang mempunyai ketakwaan yang tinggi kepada Allah s.w.t.

"Di dalam Islam tidak mengira bangsa, apa yang penting adalah takwa kepada Allah s.w.t. Tidak kiralah bangsa apa, Cina, Melayu, India dan Arab.

"Tuhan hanya melihat ketakwaan seseorang itu... kerana bila kita bertakwa kita takut kepada Allah dan menjalankan tanggungjawab kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan restoran London Fish Tales, di sini hari ini.

BILA HARTA KERAJAAN DIJADIKAN MILIK UMNO-MALAYSIAKINI


'Demontrasi' membantah tindakan MPAJ menutup dewan miliknya yang dijadikan bilik gerakan Umno selama ini

Bukan isu baru, premis yang dibina dengan menggunakan duit rakyat dan duit negara dijadikan bilik gerakan parti politik. Ini yang berlaku kepada komponen BN seperti Umno,MCA dan MIC.

Mereka tidak dapat membezakan di antara milik kerajaan dan milik parti politik.Terbaru tindakan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang memberi notis dan menutup Dewan Komuniti di Taman Dagang yang selama ini dijadikan pejabat dan bilik gerakan Umno Bahagian Pandan merupakan satu tindakan bijak dan tepat.

Mereka perlu menyedari dan memahami dewan atau mana-mana premis yang dibina oleh kerajaan adalah milik kerajaan dan bukan milik mutlak mana-mana parti politik.

Contohilah kerajaan Pakatan Rakyat terutama kepada kerajaan di bawah Pas Kelantan yang telah 18 tahun menerajui negeri itu. Sila tunjukkan mana-mana bangunan kerajaan dijadikan premis atau markas Pas?

Semua pejabat dan markas Pas yang dibina adalah hasil titik peluh dan sumbangan derma dari ahli parti, penyokong dan mereka yang bersimpati dengan perjuangan Pas.

Senario 'memilik Umnokan' bangunan milik kerajaan terus berluasa di negeri yang masih diterajui oleh Umno dan BN.Tindakan mereka menyebabkan orang ramai menghadapi kesukaran menggunakan kemudahan yang disediakan. Setiap kelulusan menggunakan premis kerajaan perlu mendapat kebenaran dari pemimpin Umno setempat.Sikap dan tindakan ini seperti menggambarkan hanya orang Umno sahaja menjadi pembayar cukai di negara ini