16 May 2010

RASMI BN TUMBANG DI SIBU!

Keputusan rasmi DAP menang di parlimen Sibu.

DAP : 18 845 UNDI

BN : 18 447 UNDI

BEBAS : 232 UNDI

UNDI DITOLAK : 395 UNDI

KERTAS UNDI TAK DIKEMBALIKAN : 190 UNDI

MAJORITI : 398 UNDI


Pastinya Dato seri Najib, Tan sri Muhyiddin dan Tan sri Taib Mahmud tak lena tidur.Pilihanraya negeri Sarawak akan menyusul tak lama lagi...

BN TEWAS DI SIBU!

Berita tidak rasmi DAP mencipta sejarah mengalahkan BN buat julung-julung kalinya di kerusi parlimen Sibu. keputusan tidak rasmi sehingga kini :

DAP - 18,570
BN - 15,980
Bebas- 201

Majoriti - 2,590

Kemenangan di Sibu memberi isyarat yang cukup jelas bahawa BN kini tinggal nyawa-nyawa ikan menjelang pilihanraya umum akan datang. Kemenangan ini sebenarnya adalah kesinambungan sokongan padu pengundi cina kepada Pakatan Rakyat bermula pilihanraya Umum ke 12, pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Hulu Selangor.

Ini jelas menunjukkan isu perkauman melampau yang dimainkan oleh BN khususnya Umno kini makan tuan. BN khususnya Umno kini terpaksa bergantung di kawasan tradisi Melayu seperti di Pahang, Terangganu dan beberapa parlimen di Perak dalam pilihanraya umum akan datang.

Bagi kawasan pengundi cina melebihi 40 - 70% seperti di Pulau Pinang, Johor, Selangor, Wilayah Persekutuan, Perak BN dijangka akan tewas teruk dalam pilihanraya umum akan datang.

Jika trend ini berterusan Pakatan Rakyat dijangka akan menawan beberapa negeri lagi dalam pilihanraya umum akan datang dan mengekalkan lima negeri termasuk wilayah Persekutuan.

Selama ini Sabah dan Sarawak menjadi tali hayat BN di Parlimen dan menguasai Putrajaya. Kini senario tersebut telah berubah. Ini semua jelas menunjukkan bahawa rakyat cukup bijak dan berani dalam membuat keputusan dan perubahan dan tidak lagi termakan dengan propaganda dan projek 'gula-gula' politik atau 'mee segera' BN setiap kali pilihanraya.

Keputusan ini juga membuktikan bahawa tindakan wakil rakyat yang belum 'akil baligh' seperti menurut pandangan Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat melompat sebagai wakil rakyat 'bebas' sedikit pun tidak menggugat peluang Pakatan Rakyat untuk mara ke Putrajaya selepas pilihanraya umum ke 13.

Kemenangan ini juga serentak dengan perubahan politik dunia yang menuntut reformasi seperti yang berlaku di England dan Jepun dalam piliharaya negara berkenaan baru-baru ini.



SELAMAT HARI GURU


Selamat Hari Guru buat semua pendidik dan bakal pendidik yang memiliki prinsip dan keikhlasan dalam mendidik generasi hari ini dan akan datang supaya menjadi golongan terdidik dan generasi bertaqwa. Terutama kepada guru-guru di pedalaman berpisah anak isteri serta keluarga tercinta kerana mempertahankan prinsip dan aqidah perjuangan. Moga Allah akan membalas segala pengorbanan.Kepada semua pendidik marilah bersama kita menggerak perubahan menentang segala kemungkaran dan kebatilan.SELAMAT HARI GURU............