16 May 2010

BN TEWAS DI SIBU!

Berita tidak rasmi DAP mencipta sejarah mengalahkan BN buat julung-julung kalinya di kerusi parlimen Sibu. keputusan tidak rasmi sehingga kini :

DAP - 18,570
BN - 15,980
Bebas- 201

Majoriti - 2,590

Kemenangan di Sibu memberi isyarat yang cukup jelas bahawa BN kini tinggal nyawa-nyawa ikan menjelang pilihanraya umum akan datang. Kemenangan ini sebenarnya adalah kesinambungan sokongan padu pengundi cina kepada Pakatan Rakyat bermula pilihanraya Umum ke 12, pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Hulu Selangor.

Ini jelas menunjukkan isu perkauman melampau yang dimainkan oleh BN khususnya Umno kini makan tuan. BN khususnya Umno kini terpaksa bergantung di kawasan tradisi Melayu seperti di Pahang, Terangganu dan beberapa parlimen di Perak dalam pilihanraya umum akan datang.

Bagi kawasan pengundi cina melebihi 40 - 70% seperti di Pulau Pinang, Johor, Selangor, Wilayah Persekutuan, Perak BN dijangka akan tewas teruk dalam pilihanraya umum akan datang.

Jika trend ini berterusan Pakatan Rakyat dijangka akan menawan beberapa negeri lagi dalam pilihanraya umum akan datang dan mengekalkan lima negeri termasuk wilayah Persekutuan.

Selama ini Sabah dan Sarawak menjadi tali hayat BN di Parlimen dan menguasai Putrajaya. Kini senario tersebut telah berubah. Ini semua jelas menunjukkan bahawa rakyat cukup bijak dan berani dalam membuat keputusan dan perubahan dan tidak lagi termakan dengan propaganda dan projek 'gula-gula' politik atau 'mee segera' BN setiap kali pilihanraya.

Keputusan ini juga membuktikan bahawa tindakan wakil rakyat yang belum 'akil baligh' seperti menurut pandangan Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat melompat sebagai wakil rakyat 'bebas' sedikit pun tidak menggugat peluang Pakatan Rakyat untuk mara ke Putrajaya selepas pilihanraya umum ke 13.

Kemenangan ini juga serentak dengan perubahan politik dunia yang menuntut reformasi seperti yang berlaku di England dan Jepun dalam piliharaya negara berkenaan baru-baru ini.



No comments: