01 July 2008

CATATAN PAGI…

Sehari dua ini senario politik Negara cukup mendebarkan. Pelbagai andaian, tafsiran, analisis serta kesimpulan dilakukan oleh pemerhati dan ahli politik Negara. Pagi – pagi lagi bila melangkah ke bilik rehat staf ada pensyarah bertanya pandangan saya tentang isu yang berlaku. Masa tengah menaip ni pun orang masih bertanya saya lagi tentang isu ni. Kadang – kadang malas nak beri komen dan pandangan sebab asyik – asyik mengulang perkara yang sama. Istilah 'liwat' dan 'lewat' meniti dari bibir ke bibir. Dua istilah yang bunyi seakan – akan sama tetapi membawa pengertian yang sangat jauh berbeza. Ibarat langit dengan bumi.

Dalam isu ini saya akan melihat dan membaca dari pelbagai sumber sama ada media massa ataupun dari blog dan website sama ada dari kerajaan yang memerintah, Pakatan Rakyat atau pun bloggers yang tidak memihak kepada mana – mana. Cuma, untuk makluman dalam tahun ini saya dah tak membeli lagi media massa yang bercetak. Bagi saya, etika kewartawanan dan profesionalisme mereka sudah semakin terhakis. Begitu juga dengan Berita Perdana TV 1 dan bertahun saya tak buka siarannya.Mulai tahun ini TV 3 hanya dibuka selepas 8.30 pm iaitu rancangan berita luar Negara dan berita sukan. Sekarang ini ada kelapangan saya akan menonton Berita TV 9…Dekat di hatiiiii…

Jadi..yang mana satu betul ? kita tak payahlah memeningkan kepala kita untuk memikirkan perkara ini walaupun kebimbangan itu kadang – kadang wujud tentang penghujung isu ini. Pada pandangan ini isu ini lebih kepada percaturan politik…Ibarat kata Allahyarham Ibrahim Pendek dalam cerita Ali Baba dan 40 penyamun… " Mari – mari…kita lihat siapa yang kenaaaa….."

Apa – apa pun sebagai panduan Islam telah mengajar kita bila menerima sesuatu berita. Firman Allah SWT yang bermaksud :

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

( Al Hujurat : 6 )

4Justeru itu sebagai seorang beriman, terpelajar dan terdedah dengan pelbagai informasi dan sumber

kita perlu melihat perkara ini dari pelbagai sudut. Supaya kita tidak terperangkap dan diperangkap. Apa yang pasti sesuatu kebatilan atau keburukan walaupun cuba ditutup, lambat laun

akan terdedah juga. Cuma masa dan ketika sahaja yang akan menentukan.