09 February 2010

ZAMBRY KEKAL MB MAHKAMAH

Datuk Zambry Abdul Kadir dikekalkan sebagai Menteri Besar Mahkamah. Keputusan itu diumumkan oleh Makamah Persekutan yang bersidang dengan lima orang hakim sebentar tadi. Saya yakin Datuk Seri Ir Nizar Jamaludin dan semua pimpinan dan penyokong Pakatan Rakyat tidak terkejut dengan keputusan berkenaan. Melalui keputusan ini bermakna saluran mahkamah untuk mengembalikan jawatan Nizar sebagai Menteri Besar telah tertutup. Keputusan ini bermakna kuasa Menteri Besar atau Ketua Menteri boleh dilucutkan oleh Sultan pada bila-bila masa kerana tafsiran dan keputusan Mahkamah Persekutuan ini akan dijadikan sumber rujukan dan asas undang-undang pada masa akan datang. Konsep Raja Berpelembagaan kini membawa dimensi dan tafsiran baru apabila raja atau sultan kini mempunyai kuasa 'mutlak' untuk melantik dan memecat menteri besar. Keputusan ini seolah-olah mengesahkan bahawa sistem monarki beraja kembali dalam sistem demokrasi di Negara ini. Melalui keputusan ini bermakna kedudukan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri boleh dilucutkan bila-bila masa jika diputuskan oleh DYYM Agong dan sultan di negeri-negeri beraja.

Panel hakim tersebut diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Alauddin Mohd Sheriff. Empat lagi hakim ialah Hakim Besar Malaya, Datuk Arifin Zakaria, Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong. Nizar diwakili oleh sepasukan peguam yang diketuai oleh peguam kanan Sulaiman Abdullah, manakala peguam kanan Cecil Abraham mewakili menteri besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Keputusan ini akan terus meletakkan politik Perak berada dalam konflik yang berpanjangan. Keputusan Mahkamah tidak mampu menyelesaikan segala krisis yang telah berlanjutan selama 368 hari. Hanya pilihanraya raya semula di Perak sahaja yang mampu mengembalikan kestabilan politik, ekonomi dan sosial di Perak.