30 September 2009

BAGAN PINANG: KUBUR UNTUK ISA ATAU UMNO?


Pagi tadi saya bersarapan dengan isteri di sebuah restoran berhampiran dengan Universiti Teknikal Melaka (Utems). Di meja sebelah berberapa orang pensyarah Utems rancak berborak dalam bahasa Inggeris tentang pemilihan Tan Sri Isa Samad sebagai calon di Bagan Pinang.

Apa yang mereka bualkan hampir sama dengan apa yang dinyatakan dalam blog ini dan kebanyakan blog lain. Umno tak ada pilihan selain mencalonkan Isa dan Umno tak boleh kalah lagi dalam pilihanraya kecil walaupun orang tahu Isa terlibat dengan rasuah. Umno terpaksa melutut untuk memilih Isa yang suku sakat, ahli keluarga dan penyokongnya cukup ramai di Bagan Pinang.Biarlah Umno dikatakan parti rasuah atau membela perasuah. Itu tak jadi hal, apa yang penting Isa ada peluang lebih besar untuk menang berbanding dengan calon-calon lain.

Benarkah begitu? Adakah pengundi Bagan Pinang hanya tunggul kayu yang akan memilih siapa sahaja calon tanpa mengira latar belakangnya? Adakah pengundi pos dari tentera yang berjumlah kira-kira 4 ribu orang akan termakan dengan pengistiharan Port Dicksons Bandar Tentera Darat oleh Perdana Menteri semalam?

Adakah pemilihan Isa bertujuan untuk menguburkan kerjaya politik Isa buat selama-lamanya? Isa dilihat mempunyai impian untuk mendapatkan kedudukannya sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan sebelum ini. Pemilihan Isa merupakan satu perjudian besar dilakukan oleh Umno. Pemilihan Isa sebenarnya menjadikan persaingan dalam pilihanraya kecil di Bagan Pinang adalah seimbang walaupun undi pos merupakan penentu kepada Pas atau Umno.

Bagi Pas yang mencalonkan Persuruhjaya Pas Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Bin Omar yang mendapat sokongan padu dari Pas dan Pakatan Rakyat, ketokohan calon akan membantu meningkatkan sokongan pengundi di Bagan Pinang. Jika Isa mampu ditewaskan maka bermakna 'tsunami' politik kedua melanda Umno@BN. Lebih-lebih lagi Umno cukup bermegah bahawa Bagan Pinang adalah kubu kuat mereka ( sebenarnya sebab ada undi pos). Jika Pas berjaya mengurangkan majoriti Umno@BN di situ itu sudah cukup sebagai satu kemenangan Pas dan Pakatan Rakyat.

Sekiranya semua pihak dalam Pas dan Pakatan Rakyat berkerja kuat untuk kemenangan calon Pas atau dapat mengurangkan majoriti undi Umno@BN yang diperolehi dalam pilihanraya umum lalu sebelum ini, ia sudah cukup jelas sebagai isyarat bahawa kerjaya politik Isa dan hayat politik Umno akan dikuburkan.

29 September 2009

RASUAH PUN RASUAHLAH ASALKAN TAK KALAH DI BAGAN PINANG


Tidak ada yang terkejut atau kena serangan jantung apabila Tan Sri Isa Samad dipilih menjadi calon di Bagan Pinang. Umno sebenarnya tidak ada pilihan melainkan terpaksa memilih Isa yang didesak oleh akar umbi (ubi kayu) Umno di Bagan Pinang. Memilih selain daripada Isa bermakna risiko untuk kalah adalah lebih besar.

Umno kini terpaksa kembali menjilat ludah dan nanah dengan meletakkan orang yang terlibat dengan skandal rasuah. Semua ini jelas menunjukkan hanya perasuah atau kaki rasuah adalah sesuatu yang 'halal' dalam Umno dan menjadi prasyarat penting untuk dipilih menjadi pemimpin. Lihatlah sanjungan yang diterima oleh Datuk Muhd. Ali Rustam kerana rasuah yang dilakukannya.

Walau apa pun keputusan dalam pilihanraya kecil ini nanti Umno sebenarnya awal-awal lagi telah tewas apabila secara langsung mengiktiraf perasuah sebagai pemimpin. Pemilihan Isa mungkin akan memberikan kemenangan Umno di Bagan Pinang ( maklumlah undi Pos hampir 40%) tetapi pemilihan ini sebenarnya mengesahkan bahawa Umno akan menjadi pembangkang selepas pilihanraya umum ke 13 nanti.

MEE SEGERA PENGGANTI KETUPAT DAN LEMANG DI BAGAN PINANG


Ketika umat Islam di negara ini sibuk dengan rumah terbuka menjamu lemang dan ketupat kepada tetamu yang hadir, penduduk di Bagan Pinang pula dihidangkan dengan menu yang berbeza dan sungguh istimewa.

Hidangan ini cukup istimewa kerana disediakan bukan calang-calang chef. Menunya sangat istimewa kerana hanya muncul semasa musim pilihanraya terutama pilihanraya kecil. Walaupun pernah 'diharamkan' oleh Perdana Menteri 1Malaysia ia tetap menjadi hidangan utama atau menu wajib. Bertuah penduduk Bagan Pinang kerana dapat merasa 'air tangan' Timbalan Perdana Menteri, Menteri, timbalan dan Menteri Besar sendiri. Kepada penduduk Bagan Pinang selamat menikmati hidangan 'projek mee segera'.....selamat menjamu selera...

28 September 2009

‘RIBUT DALAM CAWAN’ MELANDA SELANGOR PULA

Saya melihat terdapat usaha yang berterusan untuk menumbangkan Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Tidak dinafikan memang wujud masaalah di Selangor tetapi ia umpama ribut dalam cawan. Perbezaan pendapat dan pandangan adalah lumrah. Masaalahnya adah pihak yang mudah melatah dan melenting terikut-ikut dengan rentak musuh yang memang suka mengapi-api dan melaga-lagakan agar wujud perpecahan dan keretakan dalam Pakatan Rakyat.

Mana yang kurang akan ditambah perisa dan ditokok tambah dan digaulkan supaya kelihatan lebih lazat dan enak walaupun sebenarnya rasanya pahit dan payau. Lihatlah cerita tentang lembu sahaja boleh dibuat beberapa siri dan episod di Selangor tetapi tidak di tempat lain. Mula-mula cerita lembu korban, kepala lembu dan hari ini cerita lembu berdemontrasi pulak.

Isu yang berlaku menyebabkan isu yang lebih besar tenggelam. Orang Selangor dan di tempat lain tidak lagi bercakap tentang isu duit BALKIS,hadiah mahal dan percutian mewah di Paris dan Disneyland melibatkan Datuk Dr. Khir Toyo sebelum ini.Malah cerita kehebatan istana Khir Toyo juga semakin dilupakan. Malah isu penyelewengan yang melibatkan berbilion ringgit duit rakyat di The Port Klang Free Zone (PKFZ) semakin dilupakan sekarang ini.

Sebaliknya isu yang diperbesar-besarkan kini ialah isu perbezaan dan perselisihan pendapat. Masaalah yang menjurus kepada isu-isu teknikal yang berkaitan dengan dasar pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat. Saya melihat isu-isu ini mencerminkan fokus dan keperihatian semua pihak untuk memastikan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat adalah lebih baik dari era pentadbiran Umno@BN.

Bagi saya isu yang berlaku adalah isu kecil remeh temeh yang tidak perlu diperbesarkan. Semua pihak dalam Pakatan Rakyat perlu lebih matang dan terbuka dalam menerima pandangan dan kritikan. Pandangan dan krtikan yang baik perlu diterima dengan terbuka dan bukan bertujuan untuk menjatuhkan maruah atau mengaibkan orang lain. Kerajaan Pakatan Rakyat perlu lebih berani dan telus dan bukan hanya bersikap kaki angguk atau pak turut yang sudah sinonim dengan budaya dalam Umno@BN.

Walaupun isu yang berlaku dalam kerajaan Pakatan Rakyat hari ini isu-isu teknikal dan kecil tetapi suka diingatkan orang tidak jatuh dengan melanggar bukit bukau dan gunung ganang. Tetapi biasanya orang terjatuh dengan terlanggar batu-batu kecil....

KAEDAH TERBAIK ATASI KESESAKAN DI PLAZA TOL DI MUSIM PERAYAAN


Setiap kali musim perayaan pengguna jalanraya akan menghadapi kesesakan teruk terutama ketika ingin memasuki plaza tol pintu masuk dan keluar dari Kuala Lumpur. Plaza tol telah dibesarkan, kaunter tambahan telah dibuka, Touch N Go dan Smart Tag telah diperkenalkan tetapi semuanya gagal mengatasi kesesakan teruk yang berlaku. Hanya satu cara sahaja untuk menyelesaikan masaalah ini. Hapuskan TOL!!!! Bila tol dihapuskan jadi tak perlu lagi plaza tol. Bila dah tak ada plaza tol tak ada lah lagi kesesakan di Plaza Tol...

BUKAN TOK GURU NIK AZIZ YANG MAKSUM, ALI RUSTAM YANG MAKSUM


Datuk Mohd. Ali Rustam dalam kenyataannya di Majlis Rumah Terbuka di sungai Rambai Melaka semalam menyifatkan Tuan Guru Dato Nik Abd. Aziz Nik Mat sebagai 'maksum' kerana menganggap sebagai tidak boleh ditegur. Maksum dalam bahasa yang mudah bebas dari kesalahan dan dosa. Sebagai manusia biasa kita tidak sunyi dari melakukan kesilapan dan kesalahan.

Dalam hal ini Ali Rustam sebenarnya yang 'maksum'.Walaupun telah dibuktikan bersalah terlibat dengan rasuah tetapi masih dianggap 'bersih dan suci'. Tan Sri Isa Samad digantung 3 tahun dan disingkirkan dari jawatan Naib Presiden Umno kerana rasuah iaitu kesalahan yang sama dengan Ali Rustam. Tetapi Ali Rustam terbukti 'maksum' hanya diberi amaran dan hanya hilang kelayakan bertanding tetapi mendapat anugerah kekal sebagai Ketua Menteri Melaka, dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno dan terus dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Umno dan Barisan Nasional Melaka .

Isa Samad kena berguru dan menuntut ilmu dengan Ali Rustam supaya mendapat status 'maksum' dalam Umno dan seterusnya boleh dipilih menjadi calon pilihanraya kecil Bagan Pinang.

27 September 2009

KERAJAAN 1 MALAYSIA 'HALALKAN' KONSERT KERANA BEYONCE MENUTUP AURAT?

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata tidak ada sebab untuk menghalang penyanyi terkenal dari Amerika Syarikat, Beyonce mengadakan persembahan di negara ini.

Menurut beliau lagi "Sekiranya beliau menunjukkan aurat dan sengaja melanggar peraturan yang dikenakan pihak berkuasa maka beliau tidak dibenarkan," katanya kepada pemberita selepas menganjurkan majlis rumah terbuka beliau malam tadi.

Maknanya konsert Beyonce 25 Oktober ini dibenarkan oleh kerajaan 1Malaysia kerana kejayaan kerajaan Umno@BN mentarbiyyah Beyonce menutup aurat seperti di bawah ni????

Mungkin juga Beyonce berpakaian sopan menutup aurat seperti ini????
Inilah contoh pemimpin Umno yang tak faham atau memang jahil bab aurat seperti yang dituntut dalam Islam. Maka tak peliklah kalau isteri Rais Yatim boleh berpakaian menutup aurat seperti ini...
Kepada mufti dan kadi serta ustaz yang ada dalam Umno tolong beritahu pada pemimpin Umno bab aurat dalam Islam sebelum mendakwa Umno parti Islam.Budak PASTI yang umur 5 dan 6 tahun pun reti bab aurat Kalau bab aurat pun tak faham macam mana nak dakwa Umno parti Islam?

26 September 2009

DR MAHATHIR AKAN KELUAR UMNO SEKALI LAGI JIKA ISA JADI CALON?

Bincang siapa jadi calon?

Akhir-akhir ini kenyataan-kenyataan Tun Dr. Mahathir seolah-olah beliau masih presiden Umno. Terbaru berkaitan dengan siapa calon Umno di pilihanraya kecil Bagan Pinang. Berita dan ulasan yang berkaitan dengan Dr. Mahathir kebelakangan ini seperti mengulangi episod 'perang dingin' Dr. Mahathir-Pak Lah tidak lama dulu yang membawa kepada keluarnya beliau dari Umno. Hari ini beliau mengadakan rumah terbuka di kediamannya di Seri Kembangan. Media memberi promosi yang baik kepada majlis rumah terbuka yang diadakan. Sudah pasti ini merupakan satu lagi ruang dan peluang untuk Dr. Mahathir membuktikan bahawa beliau masih lagi kuat dan cukup berpengaruh dalam senario dalam negara.

Umno masih lagi terkial-kial dan berteka-teki siapa calon di Bagan Pinang. Sebelum ini Umno Bahagian Telok Kemang hanya mencalonkan Ketua bahagiannya Tan Sri Isa Samad sebagai calon tunggal. Tak semena-mena hari ini Umno bahagian dalam satu kenyataan akhbar semalam mengumumkan mereka sudah mempunyai tiga nama.Bermakna Umno Telok Kemang mula berdiplomasi kerana penolakan massa kepada Isa.

Tetapi dalam Umno macam-macam boleh berlaku. Adakah Umno akan mencalonkan Isa sebagai calon? Tindakan yang pastinya akan mengecewakan Dr. Mahathir kepada Umno sekali lagi. adakah ini akan membawa kepada pengisytiharan Dr. Mahathir keluar dari Umno? Jika itu keadaannya Dr. Mahathir tidak perlu gundah gelana kerana beliau masih lagi meneruskan kelantangannya paling tidak pun jadi penasihat kepada parti Makkal Sakhti yang dirasmikan 10 Oktober depan!

25 September 2009

RUMAH TERBUKA PM: SOKONGAN KEPADA NAJIB MERUDUM?


Majlis rumah terbuka Perdana Menteri seolah-olah sudah menjadi tradisi di negara ini sama ada dalam suasana ekonomi yang memberansangkan atau ketika gawat. Semasa era Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah Badawi Perdana Menteri akhbar melaporkan bahawa kehadiran di rumah terbuka kedua-dua mantan Perdana Menteri berkenaan mencecah ratusan ribu orang. Malah, dalam senario Tun Abdullah Badawi berhadapan kritikan dari dalam dan luar Umno@BN tahun-tahun terakhirnya sebagai Perdana Menteri akhbar melaporkan kehadiran mencecah 200 ribu tetamu.

Ketika itu, akhbar melaporkan 'Hari Raya disambut sederhana'. Tahun ini, tahun pertama Dato Seri Najib sebagai Perdana Menteri kehadiran di rumah terbuka beliau yang kembali ke Seri Perdana setelah lima tahun hanya 50 ribu tetamu yang hadir. Akhbar melaporkan 'Hari Raya disambut meriah'. Nak kata sebab berubah tempat, zaman Tun Dr. Mahathir pun pernah buat di Seri Perdana tapi angka tetamu yang hadir masih lagi sekitar ratusan ribu orang.

Semua ini sebagai satu isyarat yang cukup jelas sokongan kepada Najib dan Umno@BN semakin merudum tetapi siapa yang nak mengaku ye tak? Hilang lima negeri pun masih perasan popular. Undi popular Umno dalam pilihanraya umum ke 12 tak sampai 50% masih lagi cakap bergegar-gegar. Kalah di tujuh pilihanraya kecil pasca pilihanraya ke 12 masih lagi tidak berpijak di bumi nyata. Apa yang pasti majoriti rakyat semakin tidak sabar menunggu detik pembubaran parlimen untuk pilihanraya umum ke 13 untuk mencipta sejarah dalam politik negara.

23 September 2009

KEHADIRAN DR MAHATHIR DI RUMAH MB NS ISYARAT UNTUK ISA

Budaya kunjung mengunjung ziarah menziarahi mengeratkan silaturrahim sangat dituntut dalam Islam lebih-lebih lagi dalam suasana lebaran ini. Tetapi kehadiran mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad di rumah terbuka Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Hassan semalam bukan sekadar kunjungan biasa yang boleh ditafsirkan 1001 makna.

Jika sebelum ini, Dr. Mahathir mengeluarkan kenyataan agar Umno menolak calon rasuah kenyataan itu ditegaskan lagi dengan kehadiran di rumah terbuka Mohamad Hasan yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Sembilan.

Pelantikan Mohamad Hassan sebelum ini sebagai Menteri Besar pada zaman Dr Mahathir sudah cukup menggambarkan hubungan erat mereka berdua. Dalam erti kata lain, Mohamad Hassan masih lagi tidak lupa segala jasa dan budi Dr Mahathir selama ini kepada beliau.

Kehadiran Dr. Mahathir sudah cukup menggambarkan bahawa peluang Tan Sri Isa Samad untuk menjadi calon di Bagan Pinang seolah-olah sudah tertutup rapat. Walaupun segala keputusan siapa calon adalah di tangan Presiden dan Timbalan Presiden Umno tetapi pengaruh dan kuasa Dr. Mahathir dan Mohamad Hassan pasti menjadi pertimbangan utama untuk memastikan Isa Samad sekali lagi terpaksa berputih mata untuk kembali dalam arena politik negara.

22 September 2009

PAS BAKAL MENANG DENGAN UNDI PROTES DI BAGAN PINANG?

Suasana kempen dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang masih sejuk dalam kemeriahan sambutan Aidilfitri. Tetapi suara-suara telah mula kedengaran tentang kebimbangan siapa bakal menjadi calon Umno di Bagan Pinang. Bagi Pas siapa pun yang bakal diumumkan sebagai calon akan mendapat sokongan padu sama ada di peringkat akar umbi dan juga kepimpinan peringkat negeri dan pusat. Bagi rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat siapa pun yang bakal Pas akan namakan sebagai calon mereka akan beri sokongan padu.

Berbeza dengan Umno yang kini berada dalam dilemma untuk menamakan calon mereka. Mencalonkan Tan Sri Isa Samad sebagai calon dianggap seperti sengaja mengundang kekalahan kerana 'dosa lampau' Isa Samad masih tidak dapat dilupakan sehingga kini. Dr Mahathir sendiri 'menasihatkan' Umno agar tidak mencalonkan Isa Samad bagi mengelakkan Umno sekali lagi ditolak oleh pengundi. Bagi Pas walaupun tidak dizahirkan secara nyata pasti 'lebih gembira' jika Isa Samad menjadi calon. Tetapi mencalonkan nama selain Isa Samad bermakna bakal mewujudkan protes secara senyap penyokong kuat Isa Samad di Bagan Pinang dalam Parlimen Telok Kemang yang Isa Samad ketua bahagian Umno di situ. Awal-awal lagi Umno Bahagian Telok Kemang mencalonkan Isa sebagai calon tunggal untuk mempertahankan undi kerusi Umno di situ. Isa Samad walaupun tokoh kontroversi di peringkat nasional tetapi masih disanjung dan dapat kepercayaan di peringkat bahagian. Malah Umno di situ masih lagi menganggap pemecatan dan pengantungan Isa Samad dalam Umno satu ketika dahulu adalah satu konspirasi terancang. Penyokongnya masih setia bersama dengan Isa Samad.

Pilihanraya kecil atau besar walaupun ada tenaga dan pakar dari luar datang mencurah-curah membantu, sokongan akar umbi dan jentera parti di peringkat tempatan adalah sangat penting. Umno peringkat pusat pasti tidak mahu sejarah pahit penolakan calon kontroversi mereka di Permatang Pasir berulang di Bagan Pinang. Lebih-lebih lagi pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bahawa calon Umno di Bagan Pinang bebas rasuah. Maknanya Isa Samad tak masuk dalam senarai! Jika itulah keadaannya Umno bakal berdepan bukan sahaja saingan sengit Pas yang disokong oleh Pakatan Rakyat mereka juga bakal ditolak secara senyap oleh pimpinan dan penyokong Umno yang menjadi pengundi di Bagan Pinang yang masih dulu kini dan selamanya bersama Isa Samad. Ramalan saya Umno bakal menempah kekalahan ke 8 dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang.

21 September 2009

KONSERT BEYONCE 25 OKTOBER BUKTI UMNO PARTI ISLAM


Pada 25 Oktober ini konsert BEYONCE artis seksi dari Amerika Syarikat akan diadakan di ibu negara. Bagaimana artis ni boleh buat persembahan? Sudah tentu dapat kebenaran? Siapa yang beri kebenaran? Sudah pasti kerajaan. Kerajaan mana? Mana lagi kalau bukan kerajaan BN yang diterajui oleh Umno yang presidennya mendakwa Umno parti Islam.

Mungkin ini merupakan satu lagi program tarbiyyah Umno untuk rakyat khususnya anak muda di negara ini. Jadi benarlah Umno sebuah parti Islam memandangkan banyak program-program tarbiyyah yang hebat-hebat yang direstui oleh mereka menyusul selepas konsert Michael Learns To Rock (MLTR) bertempat di Awana Genting Highlands pada 16 Ramadhan ketika umat Islam di negara ini mengingati peristiwa berlakunya Nuzul Al Quran.

Program Tarbiyyah pada 5 September lalu bersamaan 16 Ramadhan...
Program Tarbiyyah terkini.... Syabas Umno!

19 September 2009

SALAM ADILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

Kepada semua muslimin dan muslimat khususnya penjenguk blog ini diucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin. Semoga segala amalan kita di bulan Ramadhan diterima oleh Allah SWT. Moga-moga kita diberi kesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan akan datang...Mana tahu Ramadhan dan syawal ini adalah yang terakhir bagi kita semua...

Tahun ini setelah enam tahun berturut beraya dengan keluarga mertua di Pahang kali ini saya saya beraya di Melaka dan Insyallah petang raya nanti pulang beraya ke Pahang. Allahamdulillah ibu tercinta dibenarkan keluar wad semalam setelah seminggu terlantar di Hospital sebab itulah saya sukar untuk update blog ini. Insyallah blog ini akan terus beroperasi seperti biasa. Terima kasih kepada semua sama ada sahabat dan rakan sama ada dari Pakatan Rakyat dan Umno@BN yang mengunjungi dan memberi komen membina untuk blog ini.

Ok...Berhati-hati di jalan raya jangan biarkan insan tersayang menanti anda dalam tangisan.

18 September 2009

CALON BAGAN PINANG KABUR KATA ISA SAMAD

Ketua Umno Bahagian Telok Kemang, Tan Sri Isa Samad berkata calon Umno di Bagan Pinang kabur. Kabur maksudkanya kelam atau nampak macam tak nampak atau boleh jadi juga buat-buat tak nampak.

Siapa pun calon Umno di Bagan Pinang, Umno di situ sekali lagi bakal menghadapi krisis keyakinan terhadap calon oleh ahli dan penyokong Umno sendiri seperti berlaku di Permatang Pasir sebelum ini. Kenapa Umno masih terkial-kial dalam menentu dan mengumumkan calon di Bagan Pinang dan dalam pilihanraya? Semua ini membuktikan amat sukar mencari calon yang layak dan 'bersih' dalam Umno supaya boleh diterima oleh pengundi.

Di samping itu budaya melobi dan berebut-rebut menjadi calon sehingga wujud puak-puak dalam Umno menambahkan barah yang berlaku dalam Umno setiap kali pilihanraya.

Berbeza dengan Pakatan Rakyat khususnya Pas soal calon dalam pilihanraya bukan satu persoalan yang merumitkan. Pilih sahaja hendak calon di kalangan latar belakang agama atau profesional atau tokoh kemasyarakatan semuanya ada. Apa yang menjadi masalah pula masing-masing akan menolak untuk dipilih menjadi calon kerana merasakan tugas atau pemilihan sebagai calon sebagai satu tanggungjawab dan amanah di sisi Allah SWT.

Apa yang berlaku dalam Umno di Telok Kemang dan Bagan Pinang bakal memberi ruang sekali lagi kepada Pakatan Rakyat khususnya Pas untuk membuat satu lagi kejutan Tsunami pilihanraya kepada Umno@BN.

RAKYAT BRITAIN BOIKOT PRODUK ISRAEL: MALAYSIA MACAM MANA?


Kumpulan kesatuan sekerja Britain semalam bersetuju untuk memboikot sejumlah produk keluaran Israel sebagai tindak balas terhadap tindakan ganas rejim Zionis di Gaza.

Boikot yang diluluskan pada persidangan tahunan Kongres Kesatuan Perdagangan (TUC) menggesa pengharaman semua import produk yang dikeluarkan di penempatan Israel, menamatkan urusniaga senjata dan menamatkan pelaburan dalam sejumlah syarikat.

Para pegawai kesatuan berkata, pemulauan itu menyasarkan produk seperti kurma, herba, buah-buahan dan sayur-sayaruan yang dieksport penempatan Yahudi di Tebing Barat.

"Kami akan menyokong pemulauan terhadap barang-barang berkenaan dan produk pertanian dari wilayah penempatan haram menerusi kempen yang berkesan terutama pada peringkat pengguna," kata TUC dalam satu kenyataan di sini.

TUC ialah badan induk kepada 58 kesatuan buruh Britain yang mewakili 6.5 juta pekerja.

Dalam kenyataan sama, ahli-ahli kesatuan turut mengutuk serangan roket Hamas terhadap penduduk Israel.

Pemulauan itu sebagai tindak balas terhadap serangan Israel di wilayah Gaza pada Disember-Januari lalu yang menyaksikan lebih 1,400 penduduk Palestin maut manakala beribu-ribu lagi cedera.

Malaysia dan rakyat negara ini pula macam mana? Pada awal serangan ganas Israel awal tahun ini ramai rakyat Malaysia yang meluap-luap marah pada Israel tapi hari ini....semua dah sejuk seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Sempena Ramadhan yang bakal berakhir dan Syawal yang bakal menjelang marilah kita doakan dan teruskan hulurkan sumbangan dan simpati untuk saudara kita seagama

17 September 2009

UMNO@BN PANDAI PERINTAH BAGI BONUS RM 500, PR TAK PANDAI PERINTAH BAGI BONUS RM 1000!


Sering kali berkumandang bahawa kalau undi Umno@BN akan dapat pembangunan, dapat projek dan macam-macam. Kalau undi Umno@BN dapat macam-macam bantuan dan biasiswa. Termasuk le bonus...Kadang-kadang ada penyokong Umno yang 'karat hijau' beritahu pada penyokong Pakatan Rakyat yang bekerja di jabatan kerajaan kalau sokong Pakatan Rakyat atau pembangkang jangan ambil bonus yang diberi oleh kerajaan. Inilah mentaliti ketinggalan zaman orang Umno yang merasakan duit hasil kerajaan adalah hanya datang dari duit Umno@BN.

Semalam kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang mengumumkan memberi bonus RM 1000 kepada semua kakitangan kumpulan sokongan di negeri berkenaan. Berbeza dengan kakitangan kerajaan di peringkat persekutuan yang hanya mendapat RM 500 itu pun dua kali bayar...Selangor dan Kedah membayar sekaligus hari ini. Manakala Pulau Pinang akan membuat dua kali bayaran.

Kepada penyokong Umno@BN yang 'karat hijau' beranikah anda beritahu rakan-rakan anda yang sama waktu dengan anda di negeri di kuasai Pakatan Rakyat supaya jangan terima bonus tersebut?

Apa-apa pun pemberian bonus atau bantuan khas RM 1000 oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat membuktikan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat lebih menyelami dan memahami keperitan rakyat peringkat bawahan di tengah-tengah kemelut ekonomi untuk menyediakan persiapan hari raya dan anak sekolah. Semoga usaha dan konsep negara berkebajikan dan mengutamakan rakyat diteruskan tidak hanya seperti retorik kerajaan 1 Malaysia: Rakyat didahulukan....Rupa-rupanya 1 Malaysia: Formula 1 didahulukan...

16 September 2009

MAKNA HARI RAYA DALAM ISLAM


Sempena menyambut hari raya tak lama lagi, marilah kita merenung sebuah hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, berkaitan dengan konsep 'hari raya' yang lebih luas. Menurutnya, Nabi Muhammad saw. bersabda hari raya yang sebenarnya bagi orang beriman itu ada pada 5 masa: (status hadith ini mintak sahabat yang pakar check semula).

1. Setiap hari ia berjalan dan bertemu seorang yang beriman serta ia tidak melakukan sebarang dosa, itu ialah hari raya baginya.

2. Hari keluarnya dari dunia dengan penuh keimanan dari tipu daya syaitan

3. Hari menyeberang Siratul Mustakim dan terselamat dari bencana jatuh ke dalam api neraka

4. Hari kita masuk syurga dengan selamat dan terlepas dari api neraka

5. Hari ia menatap wajah Allah Ta'ala

Menurut Nabi Muhammad saw. Hari Raya bagi setiap orang beriman ada pada 5 ketika; iaitu setiap hari yang dia tidak melakukan sebarang dosa, saat meninggal dunia dalam husnul-khatimah, hari berjaya melintasi Siratul-Mustakim dan terselamat dari masuk ke neraka, masuk ke dalam syurga dan hari dia mengadap Allah Taala.


Sekiranya kita tidak melakukan sebarang dosa pada sesuatu hari, itu adalah hari raya bagi kita. Kalaulah kita berusaha sungguh-sungguh menghindarkan diri melakukan sebarang dosa dengan menjauhi larangan Allah serta mematuhi segala perintah Allah, hari itu adalah sebenarnya hari raya bagi kita.


Saat menghembuskan nafas terakhir dengan penuh keimanan dari tipu daya syaitan juga termasuk dalam 'hari raya' yang dimaksudkan oleh Nabi Muhammad saw. Saat sakratul-maut adalah masa yang paling genting bagi setiap individu. Kesakitannya yang amat sangat bukan saja menimpa jasad bahkan rohnya juga; seperti yang digambarkan oleh ulama kesakitannya lebih dahsyat daripada dipalu dengan 1000 pedang, atau digunting dengan beberapa gunting atau digergaji dengan beberapa gergaji. Malahan dikatakan saat sakrat adalah hari kiamat bagi si-mati.

Menurut Imam Ghazali kesusahan mati itu 3, pertama kesakitan sakrat, kedua kesusahan melihat kedatangan malaikatul-maut dengan mukanya yang amat bengis dan ketiga kesusahan jika dinampakkan tempat kediaman di neraka (jika ahli maksiat). Sudahlah tidak tertahan dengan kedahsyatan yang amat sangat, syaitan pula sibuk menangguk di air keruh. Di saat inilah dia menjalankan taktik dan strategi terakhir untuk menumpaskan kita. Hanya orang yang Allah tetapkan mati dalam husnul khatimah saja terlepas dari tipu dayanya. Berjayanya kita di saat ini barulah kita dapat menikmati hari raya sebenarnya. Namun alam perkuburan merupakan alam yang penuh dengan peristiwa-peristiwa dahsyat. Bagi orang mukmin, ia merupakan satu taman dari taman-taman syurga, sebaliknya bagi orang kafir, alam barzakh adalah satu pintu dari pintu neraka.

Hari Raya seterusnya adalah hari kita berjaya melepasi api neraka selepas merentas Titian Siratul Mustaqim. Sebelum menyeberang jambatan yang direntang di atas kawah neraka, setiap individu disoal dan ditimbang amalan baik dan jahatnya. Selesai dari segala perhitungan tersebut barulah diperintah meniti Titian yang sangat tajam dan sangat halus ini. Orang yang mengikut jalan lurus semasa di dunia selamat menyeberang dengan kelajuan yang pantas. Malangnya mereka yang menyeleweng dari jalan lurus di dunia gagal dan jatuh ke dalam api neraka. Bayangkan betapa dahsyat dan ngerinya berada di jambatan yang di bawahnya terdapat lautan api yang sentiasa mengait sesiapa saja yang berdosa. Andainya terlepas dari tercebur ke neraka, barulah boleh kita berhari raya.

Hari kita masuk syurga adalah hari raya seterusnya bagi orang beriman. Terlepasnya dari neraka bermakna kita akan dimasukkan ke dalam syurga yang penuh dengan kenikmatan dan kelazatan. Syurga adalah tempat manusia pilihan. Penghuni-penguni syurga dengan muka yang berseri-seri diberikan kerajaan yang sangat luas dengan mahligai yang besar serta menikmati pelbagai juadah yang lazat-lazat. Pendeknya mereka beroleh segala kelazatan dan terhindar dari segala seksa. Inilah sebenarnya hari raya bagi orang mukmin.

Hari raya yang paling meggembirakan orang beriman ialah di saat memandang wajah Agung Ilahi. Inilah kenikmatan yang paling agung dan lazat sehingga terlupa kelazatan dan kenikmatan syurga. Ia merupakan puncak atau klimaks kenikmatan orang beriman.

Memandangkan kita belum pun menempuh saat-saat di atas, sepatutnya kita berasa cemas dan berwaspada. Dalam masa kita bersuka ria menyambut hariraya ini, lintaskanlah di hati sanubari kita bahawa hari raya sebenarnya belum kita tempuhi lagi. Amat jauh terpesongnya budaya kita yang menyambut hariraya dengan maksiat seperti hiburan, nyanyian, tarian dan pelbagai kegilaan yang melupakan kita akan hari raya sebenarnya. Hari Raya Idilfitri hanya satu gambaran atau tamsilan bagi kita merenung bahawa Allah akan membalas dengan ganjaran baik jika berjaya melepasi rintangan hawa nafsu dan mengendalikan hidup mengikut cara yang Allah redhai.

Mudah-mudahan hariraya yang kita hadapi ini tidak berakhir di sini saja, sama-samalah kita berdoa semoga ia berterusan sehinggalah kita berjaya melepasi sakratul-maut, titian siratul-mustaqim, menjadi penghuni syurga dan akhirnya mengadap zat Allah Taala di syurga kelak.

15 September 2009

FORMULA 1 DAN 1 MALAYSIA....AIR CINCAU DAN SIRAP BANDUNG


Kerajaan 1 Malaysia hari ini mengumumkan akan menubuhkan pasukan bercirikan 1Malaysia dalam sukan Formula 1. Sukan yang paling berprestij di dunia. Sekali dengar memang hebat dan mengkagumkan.

Menurut Datuk Seri Najib pasukan ini akan mengabungkan kepakaran syarikat tempatan seperti Naza Motor, Air Asia,Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan Persatuan Sukan Pemotoran Malaysia (MAM).

"Ini pasukan Malaysia. Kereta direka bentuk di SIC, dikeluarkan di SIC, diuji di SIC dan kereta buatan Malaysia. Kumpulan pitstop pun rakyat Malaysia," katanya. Mengulas lanjut Beliau berkata pasukan 1Malaysia itu akan mengenal pasti pemandu Malaysia yang sesuai, sambil menambah, projek tersebut dapat meningkatkan imej negara di persada antarabangsa.

Najib berkata Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) telah menerima permohononan Malaysia untuk menyertai kejohanan F1 dunia tahun depan.

Atas kertas semua nampak hebat....Tapi bagaimana pula segala modal untuk menyertai Formula 1 ini. Menurut Najib "pelaburan kerajaan Malaysia adalah melalui Proton". Apa syarikat Proton yang tiap-tiap tahun rugi tu????

Menyertai Formula 1 bukan masuk pertandingan lari dalam guni...paling koman pun modal diperlukan ratus-ratus juta...Bukan nak perlekeh tapi lihatlah apa yang berlaku kepada pasukan ditaja oleh Sauber Petronas yang guna pemandu mat salleh dan pelumba Formula 1 yang pernah dilahirkan oleh Malaysia seperti Alex Yong semua tak ke mana...

Dalam keadaan banyak pasukan ternama seperti Ferrari, Mercedez, Toyota dan Honda ingin menarik diri dari Formula 1 tahun depan pengumuman penyertaan Malaysia adalah sesuatu yang sukar diterima akal. Lebih-lebih lagi ketika kegawatan ekonomi hari ini....

Satu lagi katakanlah pasukan 1Malaysia Formula 1 menang tempat podium dalam pelumbaan tu nanti, pelumba Malaysia tu nak goncang botol air cincau atau botol sirap bandung? Maklumlah kalau sebelum ni pelumba mat salleh yang menang duduk goncang botol arak tapi disebabkan hendak berjiwa Malaysia kena juga cadangkan agar goncang botol air cincau dan sirap bandung pulak untuk menunjukkan identiti Malaysia...Malaysia boleh!!!

PM KATA YA...MB PAHANG KATA TIDAK


Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata hari ini beliau tidak akan mengadakan rumah terbuka Aidilfitri tahun ini kerana bimbang dengan penularan selesema babi atau influenza A (H1N1) yang disifatkannya kini berada ditahap serius.

Eloklah tu bukan sahaja kerana musim penyakit tetapi sekurang-kurangnya dapat menjimatkan duit rakyat yang sedang bergelut dengan kegawatan ekonomi yang sedang melanda. Duit itu boleh digunakan untuk bantuan kepada fakir miskin, anak yatim atau ibu tunggal yang bilangannya bukan sedikit di Pahang.

Walau bagaimanapun berbeza dengan Perdana Menteri 1 Malaysia, Dato Seri Najib Tun Razak yang tetap akan menganjurkan rumah terbuka di Sri Perdana bermula jam 11 pagi pada hari raya pertama dalam satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri semalam. Perkhidmatan bas percuma juga bakal disediakan untuk ke rumah terbuka tersebut untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Kata nak berjimat cermat kerajaan membuat perbelanjaan berhemat...bonus untuk kakitangan kerajaan tak diberi kerajaan tak cukup duit....Rakyat kena berjimat...Buat rumah terbuka boleh pulak? Oh yaa....Rakyat didahulukan....

14 September 2009

GURU TERANIAYA

Mungkin ramai yang beranggapan kerjaya guru adalah beruntung dan bertuah. Cuti banyak dan gaji pun boleh tahan. Cuma tahun ni bonus je tak de...Ops ada...Bantuan khas....Guru Gred DG 41 ke atas melepas walaupun gaji mereka lebih kecil dari guru DG 32 yang dapat merasa bantuan khas tersebut.

Tetapi ramai yang tidak menyedari walaupun guru didakwa banyak cuti tetapi kerja di sekolah terpaksa di bawa ke rumah kadang-kadang terpaksa disiapkan sehingga lewat malam. Itu belum termasuk tugas-tugas kerani dan pembantu tadbir yang terpaksa dilakukan oleh guru. Nak buat macam mana itu merupakan 'pakej' standard guru Malaysia.

Tetapi apa yang saya nak fokuskan kali ini ialah masa cuti guru pada hujung tahun yang semakin singkat. Jika sebelumnya cuti hujung tahun adalah hampir 2 bulan kini tinggal tak sampai 45 hari. Apa yang lebih malang kali ini tarikh peperiksaan dibuat dua minggu sebelum cuti persekolahan. Bermakna pada masa cuti guru tak boleh bercuti lagi kena menanda kertas peperiksaan akhir tahun yang segala urusan seperti penandaan, analisis markah dan sebagainya kena disiapkan dalam tempoh dua minggu dari tarikh akhir peperiksaan.

Sudah ada arahan dari pihak sekolah yang tidak membenarkan guru pada dua minggu pertama cuti semester agar tidak keluar dari 'kawasan'. Guru perlu 'on call' dan boleh dipanggil bila-bila masa oleh pihak sekolah pada waktu cuti. Inilah malang nasib guru hari ini....Apa-apa pun tahniah dan syabas kepada mereka yang benar-benar ikhlas memilih kerjaya guru.

13 September 2009

UMNO PARTI ISLAM: BANNER RAMADHAN DAN ARAK TAK TAHU NAK BEZA

Perdana Menteri 1Malaysia mendakwa Umno parti Islam sebab memperjuangkan Islam di negara ini. Inilah buktikanya banner sambutan Ramadhan dan banner arak boleh diletakkan bertindihan antara satu sama lain. Gambar yang diambil dari blog http://dppmuar.blogspot.com/ yang diletakkan di sebuah kedai cina Simpang empat Sungai Mati oleh Umno Bahagian Ledang.

Mungkin inilah gambaran parti Islam yang didakwa oleh Umno sehingga arak dan judi dikilang dan dijual berluasa di negara ini.

11 September 2009

CUBA RETAKAN PAKATAN RAKYAT, BN YANG BERDERAI!


Apa yang berlaku dalam BN hari ini umpama dikendung tak dapat yang dikejar berkeciciran. Itulah sibuk sangat jaga tepi kain orang sehingga tak sedar kain sendiri yang dipakai koyak rabak berlubang sini sana.

Secara terang-terang media pengampu dan penipu dimanipulasi untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat khususnya di antara PAS dan DAP. Dari isu pusat sembelihan babi di Kedah, isu penjualan arak di Selangor hinggalah isu pembinaan kuil di Seksyen 23 semuanya digembar-gemburkan secara tidak bertamadun.

Sebaliknya kerjasama dalam Pakatan Rakyat terus mantap dan utuh. Perbezaan pendapat dan salah faham sikit-sikit tu biasalah sedangkan lidah lagi tergigit.

Tetapi apa yang berlaku dalam BN bertambah haru biru dan mengharukan. Di Terangganu Umno bergaduh sesama sendiri. MCA bertambah kalut dengan perang antara Chua Soi Lek-Ong Tee Kiat. MIC seperti tidak mahu ketinggalan dalam drama perpecahan di dalam BN apabila Samy Vellu bakal bertempur dengan calon timbalan presiden MIC S Subramaniam. Itu belum masuk perkelahian dalam PPP antara M. Murugiah K Kayveas.

Kita tunggu apa lagi skrip dan babak yang seterusnya. Semua ini menjadi petanda yang cukup kuat gabungan yang dibangga oleh BN selama bakal menunggu masa untuk pecah berderai.

MAHLIGAI DI PARLIMEN PEKAN :RAKYAT DIDAHULUKAN...


Gambar ini bukan diambil dari parlimen atau Dun yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat. Gambar ini adalah rumah seorang rakyat dalam parlimen yang wakilnya adalah Perdana Menteri 1Malaysia di Parlimen Pekan.

Apa yang lebih menyedihkan Mohamad Hassan, 62 yang tinggal di Kampung Peramu pinggir sungai Pahang hanya mampu berbuka puasa dengan air masak sahaja kerana tidak ada juadah untuk dijamah. Juadah berbuka dengan nasi berlauk ayam atau daging mungkin satu hidangan impian kepada dia kerana jika dapat makan nasi sekali pun, ia tidak lebih sekadar berlauk ikan yang ditangkap sendiri atau pemberian orang ramai.

Keperitan dan kemalaratan hidup itu telah dilalui lebih 20 tahun lalu tetapi kesempitan dan kemiskinannya tidak pernah menjadi penghalang untuk meninggalkan ibadah puasa.

ISA SAMAD MENGIDAM JADI CALON DI BAGAN PINANG

Sehari dua ni kenyataan-kenyataan Tan Sri Isa Samad menggambarkan beliau cukup berminat menjadi calon Umno@BN di Bagan Pinang. Maklumlah ketua Bahagian le katakan...Mana le nak letak muka orang popular tak boleh jadi calon...

Isa Samad membidas Pakatan Rakyat yang membangkitkan isu moralnya untuk menyekat beliau menjadi calon.

"Saya tengok, pembangkang keluar penjara pun jadi calon. Ada dalam penjara pun boleh jadi calon. Jadi apa masalahnya?" Kata Isa...

Cuma nak tanya Isa Samad siapa pimpinan Pembangkang yang masuk penjara dan keluar penjara tu? Datuk seri Anwar Ibrahim dan M. Mahimoran? Mereka masuk penjara sebab apa? Mereka dipenjara atas tuduhan politik yang direka untuk menyekat dan mematikan karier politik mereka. Tak payah cerita banyak-banyak 1 satu dunia dan 1Malaysia dah tahu...Orang kampung saya pun tahu.

Isa Samad patut cermin diri, beliau memang le tidak dipenjarakan tetapi bukan bermakna beliau suci. 1Malaysia sudah tahu cerita beliau disingkir dari jawatan Naib Presiden dan digantung selama 3 tahun kerana rasuah. Rasuah adalah jenayah yang salah dari undang-undang mana-mana negara pun seluruh dunia dan amat dikeji dalam Islam. Cuma SPR (BPR) ketika tu tak menganggapnya jenayah...

Tetapi kalau Isa tetap berminat jadi calon di Bagan Pinang ia amat-amat dialukan supaya seluruh dunia dan 1Malaysia tahu bahawa Umno@BN mengiktiraf perasuah sebagai pemimpin.

09 September 2009

INI TAK ADIL!


Pengumuman kerajaan 1Malaysia di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak memberi bantuan khas sebanyak RM 500 kepada 860 ribu kakitangan kerajaan kumpulan sokongan dengan terpaksa membuat bayaran sebanyak 2 kali mengesahkan bahawa kerajaan 1Malaysia berada dalam keadaan gawat. Politik gawat, ekonomi gawat...Masalah sosial lagi gawat.

Pemberian sebelah pihak ini ternyata menyebabkan kira-kira 400 ribu kakitangan kerajaan merasa hampa dan kecewa kerana tidak mendapat sebarang imbuhan, bantuan atau bonus dari kerajaan.

Langkah ini bukan sahaja dilihat pelik tetapi juga buat pertama kalinya dalam sejarah pemberian bantuan atau bonus berat sebelah diperkenalkan oleh kerajaan. Mana perginya slogan rakyat didahulukan? Adakah lebih 400 kakitangan kumpulan pengurusan dan profesional tidak layak mendapat apa-apa imbuhan? Bagi saya kalau nak beri beri semua...Kalau tak nak beri sebab tak mampu jangan beri semua...Adakah ini dasar baru kerajaan 1Malaysia mewujudkan diskriminasi dalam pemberian imbuhan?

Adakah kegawatan ekonomi hanya dirasai oleh kumpulan sokongan? Adakah hanya kumpulan sokongan yang merasai kenaikan harga minyak? Adakah hanya kumpulan sokongan yang terbeban untuk menyambut hari raya dan persiapan anak sekolah sesi tahun depan?

Bagi golongan kumpulan sokongan jumlah RM 250 yang dibayar sebelum hari raya ini tidak mampu menyelesaikan masalah kegawatan ekonomi yang sedang dihadapi sekarang. Silap hari bulan nak beli kuih raya pun tak cukup...Baki RM 250 hujung tahun ini pula mungkin cukup bayar yuran sekolah lima orang anak yang kerajaan kata percuma tu...

Apa yang pasti pemberian imbuhan khas ini sedikit sebanyak akan menyebabkan golongan peniaga yang berjiwa kapitalis akan menaikkan harga barang. Tapi tak mengapa kenaikan ini hanya dirasai oleh kumpulan sokongan je...Manakala golongan pengurusan dan profesional terkecuali....Gaji mereka kan besar...Syabas 1Malaysia!

HANYA DUN DIKUASAI UMNO@BN BOLEH BUAT KEPUTUSAN MUKTAMAD?

Keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak menyingkirkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh dari DAP, V Sivakumar, sebagai Speaker DUN adalah muktamad dan tidak boleh dicabar oleh mana-mana mahkamah.

Perkara itu diputuskan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azahar Mohamed, selepas membatalkan saman Sivakumar terhadap Speaker DUN, Datuk R Ganesan, di sini semalam.

Azahar berkata, mahkamah tidak boleh mencampuri keputusan yang dibuat pada sidang DUN Perak, 7 Mei lalu kerana ia diputuskan secara betul mengikut Perkara 72, Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan urusan persidangan DUN dijalankan secara sah dan tidak boleh dipersoal dalam mana-mana mahkamah.

Mungkin hakim boleh menambah hujahnya bahawa keputusan ini hanya tertakluk kepada mana-mana Dun yang dikusai oleh Umno@BN manakala Dun yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat kuasa Dun berkenaan bukan sahaja boleh dipertikaikan di mahkamah tetapi juga boleh diubah oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia. Sekian dimaklumkan.

CONFIRM! PAS BERTANDING DI BAGAN PINANGI

Pakatan Rakyat hari ini mencapai keputusan sebulat suara meletakkan calon Pas untuk bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Persetujuan itu diumumkan secara bersama oleh Persuruhjaya Pas NS, Mohd Omar; Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) NS, Datuk Kamarul Bahrin Abbas; dan Pengerusi DAP NS, Loke Siew Sook.

Pengumuman itu sebagai menjawab desas desus bahawa PKR mahu bertanding kerusi itu yang sebelum ini ditandingi wakil Pas.

Keputusan ini juga sebagai satu tamparan kepada Umno yang masih lagi tercari-cari calon yang sesuai untuk bertanding di Bagan Pinang. Suara akar umbi Umno mahukan ketua bahagian Tan Sri Isa Samad sebagai calon dalam masa yang sama kepimpinan peringkat pusat dan negeri kurang menyenangi Isa Samad yang dianggap tidak sehaluan dengan Menteri Besar, Datuk Muhamad Hassan.

08 September 2009

MUSIM PEMIMPIN PAS BUAT DUIT?


Bulan lepas Dato Mahfuz Omar menang saman fitnah sejumlah RM 150 ribu kerana penyiaran berita oleh Berita Harian kerana menuduh beliau mengajak bertumbuk di parlimen tidak lama dulu. Hari ini Kerajaan 1Malaysia dan polis bersetuju di depan hakim Mahkamah Tinggi untuk membayar RM 50 ribu kepada Datuk Mustafa Ali (Pengarah Pilihanraya Pas) dalam isu beliau ditangkap secara salah di bangunan Parlimen.

Perkara itu diputuskan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini merekodkan persetujuan kerajaan itu kerana menahan beliau di bangunan Parlimen pada 11 Disember 2007.

Hakim P.S. Nathan merekodkan persetujuan itu ekoran saman yang dikemukakan oleh Mustafa kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia.

Manakala pada 26 Ogos lalu Dr. Hatta Ramli dan dua pimpinan Pas Rompin menang saman kerana tindakan Ketua Polis Rompin ketika itu ( DSP Hanafi) menangkap pimpinan Pas berkenaan ketika sedang berceramah di dalam premis atau dalam bangunan markas Pas. Jumlah ganti rugi akan ditetapkan kemudian oleh mahkamah berdasarkan tuntutan atau ganti rugi yang akan ditafsirkan kemudian.Saya sempat bertanya kepada Saudara Fadli Ramly peguambela yang mewakili pimpinan Pas terbabit minggu lalu berapa gantirugi boleh dapat. Ratus-ratus ribu juga katanya.. ...Wow! kata saya...Kaya le Pas Rompin.

Semua ini sebagai peringatan kepada pihak polis dan berkuasa agar tidak menyalah gunakan kuasa dengan mengikut telunjuk para pemimpin Umno. Bila dah macam ni siapa yang susah dan mendapat malu? Maruah dan integriti penjawat awam dan polis terjejas. Khabarnya banyak lagi tuntutan saman dan ganti rugi yang telah difailkan kerana salah laku dan tindakan pihak polis terutamanya yang disifatkan keterlaluan dan mencabuli undang-undang dan pelembagaan negara.

Tetapi kalau pihak polis nak bertindak menangkap secara sesuka hati teruskanlah. Jadi tak adalah payah-payah Pas dan Pakatan Rakyat terpaksa memungut derma untuk mengisi dana untuk menumbangkan Umno@BN dalam pilihanraya akan datang.


07 September 2009

UNDI POS AKAN MENANGKAN UMNO DI BAGAN PINANG?

Bukan saya tidak yakin tentang potensi Pakatan Rakyat untuk menang di N9 Bagan Pinang. Dari perkembangan semasa dan mod sokongan rakyat peluang Pakatan Rakyat untuk melebarkan agregat kemenangan dalam pilihanraya kecil kepada 8-0 adalah sangat meyakinkan. Walaupun pelbagai provokasi dan isu perkauman cuba dicetuskan terutama di Selangor Umno@BN ternyata gagal untuk mengubah persepsi orang ramai yang semakin muak dan meluat kepada parti itu.

Tetapi berdasarkan statistik 34.7% atau 4925 pengundi adalah pengundi Pos saya merasakan peluang Pakatan Rakyat adalah sukar.Jumlah pengundi keseluruhan di Bagan Pinang ialah 14 192 orang. Di bawah adalah keputusan pilihanraya Umum Bagan Pinang tahun lepas.
Apa yang memusykilkan saya kenapa jumlah kertas undi rosak dan tidak dikembalikan adalah sangat tinggi dalam pilihanraya umum lalu iaitu 1052 (7.41%). Apa yang berlaku sebenarnya? Kalau kawasan itu kawasan ramai pengundi asli mungkin masuk akal juga. Semua ini menguatkan tanggapan bahawa undi pos telah dimanipulasi dan disalah gunakan untuk memenangkan Umno dalam PRU lalu di Bagan Pinang.

Pengundi Pos di Bagan Pinang

Saya yakin undi pos akan jadi senjata Umno di Bagan Pinang. Jika SPR benar-benar sebuah badan bebas dan bukan alat Umno@BN dalam menguruskan pilihanraya di Malaysia SPR perlu memansuhkan undi Pos agar perasaan curiga rakyat dan pertikaian terhadap pilihanraya kecil di Bagan Pinang tentang undi Pos tidak berlaku. Tetapi percayalah itu semua hanya harapan dan mustahil akan berlaku di Bagan Pinang kecuali Umno@BN ditumbangkan dalam pilihanraya umum ke 13. Walau bagaimanapun lawan tetap lawan!

06 September 2009

TEE KEAT PANGGIL SOI LEK ANJING?


Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek mendakwa Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat menggelarnya sebagai anjing pada pertemuan beliau dengan ketua-ketua bahagian MCA di Sabah baru-baru ini. Jika itu berlaku maka krisis MCA dan BN semakin kronik dan tak dapat den nak nolong.....

KEPALA LEMBU DAN PERANGAI LEMBU



Awala-awal lagi saya meramalkan isu kepala lembu yang dibawa oleh pemimpin Umno setempat tentang bantahan pembinaan kuil di Seksyen 23 tak akan kemana. Menteri Dalam Negeri, polis dan beberapa pemimpin Umno seperti main tarik tali dalam isu ini. Ketua Polis Negara kata akan bertindak segera, suspek atau dalang utama dah dikenal pasti tapi tak tahu kenapa sehingga kini tidak ada sebarang tindakan diambil.

Hari ini hilang isu kepala lembu muncul isu 'boo'. Semua ini jelas menunjukkan bahawa pihak terbabit lebih berminat menimbulkan isu perkauman dan menyelesaikan masalah rakyat. Mereka yang memainkan isu perkauman dan tidak menghiraukan rakyat dalam isu ini sebenarnya lebih teruk dari lembu!

ISU RAKYAT: KERAJAAN PAKATAN RAKYAT LEBIH TELUS


Semua media pengampu milik Umno@BN menyiarkan kekecohan yang berlaku dalam sesi dialog melibatkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang diketuai oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkaitan isu pembinaan kuil di Seksyen 23 semalam.

Dialog itu membuktikan kesediaan kerajaan Pakatan Rakyat bersemuka dan berbincang tentang masalah rakyat. Pujian wajar diberikan kerana kesediaan mendengar masalah rakyat. Tak kisah apa kesudahan dialog itu tetapi ia membuktikan bahawa kerajaan pakatan Rakyat lebih telus dan berani berhadapan dengan rakyat. Begitu juga seperti yang ditunjukkan Menteri Besar Kedah Ustaz Datuk seri Azizan Razak dalam isu pusat penyembelihan babi di Alor Star dan Ketua Menteri Pulau Pinang dalam isu Kampung Buah Pala mereka turun dan mendengar masalah dan rintihan suara lubuk hati rakyat walaupun pun mengetahui mereka bakal disumpah seranah.

Mereka lebih gentelman berbanding pemimpin Umno@BN yang takut berhadapan dengan rakyat.Sebagai contoh bila Kampung Berembang di Selangor hendak dirobohkan pemaju mana pergi pemimpin Umno@BN yang diketuai Datuk Muhd. Khir Toyo ketika itu? ( sibuk meninjau projek istanannya barangkali). Begitu juga apabila Masjid Kampung Bujal di Kuala Berang dirobohkan mana pergi kelibat pemimpin Umno@BN? Malah merekalah yang menjadi dalang merobohkan masjid berkenaan. Dalam hal yang lain pemimpin Umno@BN takut untuk bersemuka dengan rakyat dalam isu besar negara seperti PPSMI dan ISA.

Pemimpin Umno@BN patut rasa malu dengan sikap mereka yang lebih mementingkan kepentingan diri dari memberi perhatian dan mengutamakan masalah rakyat. Tahniah dan syabas kepada kerajaan Pakatan Rakyat!

05 September 2009

PRK BAGAN PINANG: BAGAI PINANG DIBELAH TIGA?


Akhirnya SPR terpaksa tunduk untuk melaksanakan pilihanraya kecil di N9 Bagan Pinang setelah calon Umno@BN Azman Mohd. Nor meninggal dunia semalam. Semoga roh Allahyarham diberi keampunan dan rahmat oleh Allah SWT.

OK lah...kalau di Permatang Pasir hajat Umno@BN untuk meletakkan calon yang dapat menandingi ataupun setara umpama pinang dibelah dua tidak kesampaian. Maknanya seperti pinang dibelah tiga! Calon Pas bebas dari isu kontroversi dan salah laku berlatarbelakang pendidikan syariah. Manakala calon Umno@BN tekedu dalam PRK lalu menjawab pelbagai isu berkaitan dengan dirinya.

Mungkinkah sejarah calon Umno@BN bagai pinang dibelah tiga atau empat berulang di Bagan Pinang? Ini kerana Bagan Pinang terletak di Parlimen Telok Kemang yang dimenangi PKR yang mana Ketua Umno Bahagiannya ialah Tan Sri Isa Samad bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dan sempat memanaskan kerusi naib presiden Umno untuk beberapa bulan.

Jika Datuk Muhd. Ali Rustam yang bergelumang rasuah boleh dikekalkan sebagai Ketua Menteri Melaka dan Pengerusi Perhubungan Umno Melaka mengapa tidak Isa Samad yang kesalahannya hampir serupa dipilih sebagai calon Umno di PRK Bagan Pinang? Lagipun beliau telah membuktikan pengaruh dan sokongan padu apabila berjaya mengekalkan jawatan Ketua Bahagian Umno di Telok Kemang tanpa bertanding. Jika orang lain dipilih oleh Umno sebagai calon di Bagan Pinang silap hari bulan masalah dan perpecahan akan membarah dalam Umno di situ.

Walau bagaimanapun jika siapa pun dipilih sebagai calon Umno@BN menentang calon Pakatan Rakyat ia tetap seperti pinang di belah tiga empat. Mana sama Pakatan Rakyat menentang dan menolak ISA dan memperjuangkan negara berkebajikan dan keadilan untuk rakyat manakala pemimpin Umno hanya sibuk mengumpul dan membolot kekayaan untuk kepentingan individu.

Seorang kenalan rapat saya yang dalam pilihanraya umum lalu menjadi calon dan kini wakil rakyat Umno yang dulunya hanya gred DG 41 kini baru beberapa tahun jadi wakil rakyat sudah mampu memiliki Toyota Fortuner dan Perdana V6 asalnya hanya kereta kancil dan MyVi je! Hand phone je bernilai RM 4000 ( dapat hadiah katanya!)....Itu baru satu contoh....Lihatlah wakil rakyat Umno di tempat anda dan bandingkan pula dengan wakil rakyat dari Pakatan Rakyat. Jadi kesimpulannya siapa pun calon Umno@BN di Bagan Pinang ia tetap seperti pinang dibelah atau dikerat tiga berbanding dengan calon Pakatan Rakyat sama ada dari segi prinsip dan hala tuju perjuangan.

03 September 2009

KAPAL SELAM KONTROVERSI AKHIRNYA TIBA...


Seluruh negara gempar satu ketika dahulu apabila pendedahan tentang Kapal Selam pertama negara yang dikatakan dibayar dengan komisyen yang sangat tidak munasabah iaitu RM 600 juta. Dalam beberapa pilihanraya kecil lalu semasa penamaan calon replika kapal selam ini mendapat perhatian umum.

Hari ini kira-kira 9.20 pagi sebentar tadi Kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman selamat tiba di Pusat Hidrografi Nasional, Pulau Indah.

Ketibaannya disambut Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam satu istiadat penuh bersejarah di Jeti KD Sultan Abdul Aziz Shah.

Turut menyambut, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.

Apa yang pasti pada ketika rakyat Malaysia bergembira dan merasa bangga dengan ketibaan kapal selam ini ada pihak yang bersedih dan berduka. Siapa? Teka sendirilah...

TERLEPAS...HANYA KERANA MEREKA UMNO?


Demontrasi kepala lembu membantah pembinaan kuil di Seksyen 23 Shah Alam benar-benar mengejutkan. Bukan terkejut dengan demontrasi kerana negara ini tidak pernah sunyi dari demontrasi. Tetapi apa yang mengejutkan ialah kepala lembu berdarah yang diusung sebagai protes kepada pembinaan kuil itu.

Maka ramailah yang terkejut dan buat-buat terkejut. Mereka yang terkejut kerana tidak menyangka ada pihak yang bertindak keterlaluan kerana mengusung kepala lembu yang dianggap suci kepada agama hindu. Tindakan itu disifatkan tidak menghormati sensitiviti agama seperti sengaja ingin mencetuskan isu perkauman.

Bagi yang buat-buat terkejut kerana melihat bantahan meluas daripada pelbagai pihak di negara ini. Maka yang buat-buat terkejut tu segera meminta polis bertindak dan mengambil langkah tegas terhadap pihak yang terlibat. Ketua Polis Negara berjanji satu siasatan segera akan dijalankan dengan mengarahkan Ketua Polis Selangor. Ketua Polis Selangor berkata polis akan menyiapkan siasatan pada Selasa lepas di bawah Akta Hasutan.

Tetapi hari ini senyap sunyi tak dengar apa-apa berita perkembangan siasatan. Malah Menteri Dalam Negeri dilihat begitu lunak dan lembut dengan berjumpa pihak terbabit di Putrajaya semalam. Baguslah tu penyelesaian secara muzakarah katakan...

Kenapa adakah kerana yang terlibat berdemontrasi itu pemimpin dan penyokong Umno?Saya tak dapat bayangkan kalau demontrasi lepas dipimpin oleh pimpinan Pakatan Rakyat seperti Hj. Muhamad Sabu, Dato Mahfuz Omar atau Ustaz Nashrudin Tantawi dengan mengusung kepala lembu ( Tapi mereka tidak akan bertindak bangang macam tu) saya yakin malam tu juga mereka akan diheret ke balai dan silap hari bulan berhari raya di Kem Kamunting tahun ni.

Apa yang berlaku jelas menunjukkan sikap double standard pihak berkuasa dalam menangani isu keselamatan di negara ini. Lihatlah juga dengan bertimbun-timbun laporan rasuah melibatkan zaman Umno di bawah Datuk Muhd. Khir Toyo di Selangor? Dari isu duit Balkis, melancong ke Disneyland sehinggalah isu istana mewah bernilai puluhan juta di Sekysen 7 semuanya senyap dan sepi. Kenapa? Adakah kerana mereka Umno maka mereka kebal dari tindakan undang-undang?

02 September 2009

WAKIL RAKYAT BOLEH GOYANG KAKI


Berita baik untuk semua wakil rakyat di Malaysia sama ada di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri, semua Yang Berhormat selepas ini tidak perlu untuk menghadiri sidang DUN atau Dewan Rakyat selepas ini. Kedudukan sebagai wakil rakyat tidak terjejas malah semua Yang Berhormat layak mendapat elaun setiap bulan mengikut kelayakan walau pun tidak menghadiri sidang dewan.

Untuk makluman semua Yang Berhormat, walaupun tidak menghadiri sidang DUN atau Dewan Rakyat, rakyat sebagai pembayar cukai menghalalkan segala elaun diterima oleh Yang Berhormat. Jika Yang Berhormat tidak mempunyai sijil cuti sakit (MC) sebagai bukti ketidakhadiran kepada Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat tidak perlu gundah gulana kerana yang Berhormat boleh mendapatkan sijil cuti sakit berkenaan di mana-mana klinik yang boleh diajak berunding dengan harga RM 5 sehari. Jika sijil cuti sakit Yang Berhormat dipertikaikan Yang Berhormat tidak perlu risau kerana SPR sudi membantu.Sekian Dimaklumkan...

01 September 2009

TIADA PILIHANRAYA DI KOTA SIPUTEH....

Saya memang dah menjangka bahawa tidak akan berlaku pilihanraya kecil di Kota Siputeh ( baca posting saya sebelumnya). Cuma saya menunggu apakah alasan SPR untuk menidakkan pilihanraya kecil di Kota Siputeh.

Apa pun hujah yang diberi oleh SPR, rakyat terus memerhati dan menghakimi sebarang keputusan yang dibuat oleh SPR akhir-akhir ini hanya mengikut telunjuk pihak tertentu yang bimbang dan gerun dengan kebangkitan rakyat.

Apa yang berlaku di Perak sebelum ini, pengenalan peraturan baru yang dibuat tergesa-gesa seperti dalam piliahanraya kecil lalu menunjukkan SPR terus diperalatkan oleh mereka yang bimbang hilang kuasa dan pengaruh.

Undang-undang dan peraturan pilihanraya yang digubal sebelum ini boleh kekal dan berubah mengikut kemahuan dan citarasa pihak tertentu dengan memperalatkan SPR untuk mentafsir undang-undang yang mereka gubal sendiri.

KOTA SIPUTEH: SIAPA BAKAL BERPUTIH MATA?


Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia akan membuat keputusan hari ini sama ada 'memperkenan' atau sebaliknya permintaan Speaker DUN Kedah untuk melucutkan status Adun Kota Siputeh yang gagal hadir tanpa izin ke sidang Dun dua kali berturut-turut.

Bagi Pakatan Rakyat pilihanraya kecil ini penting untung meneruskan kesinambungan kemenangan Pasca Pilihanraya Umum dan juga memberi isyarat kepada Umno@BN bahawa Pakatan Rakyat tidak tergugat dengan melompatnya Adun Lunas Mohamad Radzi Salleh sebagai calon 'bebas'.

Bagi Umno@BN pilihanraya kecil ini adalah sesuatu yang ingin dielakkan setelah baru menerima aib ketujuh setelah tewas dengan majoriti besar di Permatang Pasir.Jika pilihanraya kecil diadakan Umno hampir pasti akan berputih mata sekali lagi dengan kebangkitan rakyat yang semakin menolak Umno@BN. Mungkinkah Umno@BN akan boikot pilihanraya kecil Kota Siputeh seperti di Penanti jika diumumkan kosong oleh SPR untuk mengelakkan aib yang seterusnya?

Jika pilihanraya kecil Kota Siputeh tidak diadakan kita tunggu apakah alasan SPR yang akan diguna pakai untuk menidakkan sebarang pilihanraya kecil. Apa yang pasti jika pilihanraya kecil diadakan ada pihak yang bakal berputih mata. Paling tidak pun Adun Kota Siputeh sekarang Datuk Abu Hassan Sarif yang bakal kehilangan taraf Yang Berhormat dan pelbagai elaun yang bukan sedikit akan hilang begitu sahaja.