27 April 2010

JALAN KE PUTRAJAYA MAKIN HAMPIR


Pilihanraya kecil Hulu Selangor membawa 1001 cerita suka duka. Seperti kelaziman, kekalahan akan menimbulkan kekecewaan. Tetapi perasaan kecewa itu tidak wujud sama sekali bila meneliti dan mentafsir angka-angka keputusan pilihanraya kecil ini.

Peluang dan potensi Pakatan Rakyat cukup besar dalam pilihanraya umum akan datang. BN yang diistiharkan menang seolah-olah hilang semangat dan kata-kata apabila meneiliti semula keputusan pilihanraya berkenaan.

BN khususnya Umno hanya menang sorak seketika. Kini mereka mula menghitung hari detik-detik kejatuhan . Mereka seperti biasa terpaksa bergantung kepada undi pos, pengundi felda, masyarakat orang asli serta pengundi saluran 1 kampung Melayu tradisional. Di samping itu BN hanya kelihatan gagah dengan propaganda media, peranan SPR dan agensi kerajaan yang di bawah telunjuk mereka.

Bermula dari isu rampasan kerajaan Perak, pilihanraya kecil Bukit Gantang sehingga pilihanraya kecil Hulu Selangor sokongan kepada Pakatan Rakyat khususnya orang cina menunjukkan perkembangan yang sangat-sangat memberangsangkan.

Undi dan sokongan mereka tetap konsisten dan tidak terjejas. Wang dan projek mee segera serta pelbagai isu yang dibangkitkan oleh Umno-BN tenyata menikam dan membawa padah kepada BN. Dalam hal ini saya mengucapkan terima kasih kepada pemimpin Umno dan Perkasa yang berterusan memainkan isu perkauman.

Ternyata Umno-BN kini cukup tertekan dan terdesak menjelang tempoh pilihanraya umum yang bakal menjelang. Dalam keadaan sekarang Umno-BN tidak akan berani sama sekali sama ada membubarkan mana-mana DUN atau mengadakan piliahnraya umum dalam masa terdekat.

Apa yang yang saya harapkan perpaduan dan kerjasama yang erat dalam Pakatan Rakyat dapat dikekal dan dipertahankan. Dalam masa yang sama semua pimpinan dalam Pakatan Rakyat mengelakkan sebarang isu dalam atau isu sensitif yang boleh membuka ruang kepada Umno-BN 'bernafas' dan menyerang Pakatan Rakyat.