Adakah Umno juga akan melabelkan sebuah badan bebas iaitu 'Merdeka Centre' juga sebagai penderhaka Ini kerana kajian Merdeka Centre menunjukkan hampir 74 peratus mahukan DUN dibubarkan manakala 76 peratus pengundi juga ingin melihat "pilihan raya menerusi rakyat" diadakan untuk menentukan kerajaan pilihan mereka.
Hanya 21 peratus responden mengatakan bahawa pihak istana mempunyai "hak" untuk menentukan kerajaan bagi rakyat jelata.
"Malah, 62 peratus lagi responden merasakan bahawa peranan istana dalam kes ini (perubahan kerajaan) tidak mencerminkan kehendak rakyat negeri Perak,"Hanya 29 peratus yang mengatakan peranan istana menggambarkan kehendak rakyat.
Pendapat umum itu dikendalikan oleh firma tersebut antara 6 dan 8 Februari lalu untuk mengukur percepsi pandangan orang ramai berhubung perkembangan politik di Perak.
Seramai 507 pengundi berdaftar di Perak dipilih untuk mengambil bahagian dalam kajian tersebut.
Saya menunggu siapa pemimpin, ahli atau penyokong Umno yang akan melabelkan Merdeka Centre sebagai penderhaka dan pengkhianat atas kajian yang dilakukan.
Apa yang pasti kajian terbaru Merdeka Centre ini akan lebih menggerunkan Umno yang bakal menghadapi pilihanraya kecil Bukit Gantang. Apa lagi tindakan dan sekatan yang mereka akan gunakan untuk menyekat kebangkitan rakyat Perak?
Adakah MB Perak, Dato seri Nizar Jamaludin akan dikaitkan dengan tuduhan liwat untuk menghakis dan mencemarkan imej beliau? Kita tunggu lepas ni kot-kot ada pemuda yang sudi 'menggadaikan maruah' untuk mengaku bahawa dia pernah diliwat oleh Nizar. Maklumlah ada orang kat negara kita ni suka sangat dengan bab membuat tuduhan liwat meliwat ni!