11 April 2011

KALI KE 2 MUHYIDDIN NYARIS NAHAS HELIKOPTER: SUDAH-SUDAHLAH GUNA WANG RAKYAT!!


Hari ini sekali lagi Tan Sri Muhyiddin Yassin nyaris terlibat dalam kemalangan helikopter. Kalau tak silap saya sebelum ini beliau juga terselamat apabila helikopter Nuri milik TUDM yang dinaiki terpaksa mendarat cemas selepas menghantar Muhyiddin dalam satu program yang kebetulan juga di Sarawak.

Walaupun Muhyiddin tidak menaiki helikopter terbabit dengan nahas itu tetapi ia cukup mendedahkan kepada umum bagaimana pemimpin Umno/BN menggunakan wang rakyat dan aset milik negara. Atas kapisiti apa pemimpin Umno/BN menggunakan wang rakyat untuk tujuan kempen politik? Cuba tanya Tuan Guru Nik Aziz dan Lim Guan Eng adakah mereka guna wang rakyat untuk datang berkempen di Sarawak?

Hari ini kita dapati jentera BN diketuai Perdana Menteri menggunakan pelbagai aset negara yang cukainya dibayar oleh semua rakyat tanpa mengira ideologi politik secara sewenang-wenangnya. Apakah hendak menunggu nyawa melayang ketika menggunakan harta milik rakyat baru nak insaf? Apakah jatuhnya helikopter membawa petanda tidak baik kepada BN? Kita tunggu je lah 16 April nanti.

INI SEMUA ORANG SEMENANJUNG...BUKAN PENGUNDI DI SARAWAK!


Setiap kali pilihanraya ceramah Pakatan Rakyat mendapat sambutan hebat. Inilah antara medium terbaik untuk sampai maklumat. Seperti biasa setiap kali ceramah Pakatan Rakyat dibanjiri ribuan pendengar, pihak sebelah Umno-BN kata tak perlu bimbang itu kebanyakkannya orang luar bukan pengundi atau orang tempatan.

Di Sarawak dalam kempen PRUN ke 10, ceramah Pakatan Rakyat di Kuching, Miri, Bintulu dan banyak tempat mendapat sambutan luar biasa dipenuhi dengan ribuan hadirin sehingga penuh sesak. Jadi macam biasa pemimpin BN tak perlu risau, semua yang ramai-ramai tu adalah 'peminat ceramah' Pakatan Rakyat yang diimport dari Semenanjung. Mereka ramai-ramai naik perahu, rakit dan berenang ke Sarawak semata-mata nak dengar ceramah. Orang Sarawak tetap macam dulu, Taib Mahmud rampas tanah dan kumpul kekayaan pun tetap mereka akan sokong. Tak perlu nak desak Taib Mahmud letak jawatan atau berundur. Lagi lama lagi bagus!